Hendak Mengetahui Isi Laut

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hendak Mengetahui Isi Laut as PDF for free.

More details

  • Words: 1,611
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKAL MELAYU ( JXEA 1104 ) KARYA KLASIK TAJUK: KUPASAN FALSAFAH “HENDAK MENGETAHUI ISI LAUT” SESI : 2008/2009 SEMESTER : 1

NAMA : MOHD LOKHMAN BIN MOHAMAD NO.MATRIK : JEA 080046 NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MUHAMMAD TUTORIAL : SITI HADIJAH ABD RAHMAN FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU(APM) UNVERSITI : UNIVERSITI MALAYA.(UM)

Petikan karya klasik “Hendak Mengetahui Isi Laut” Maka Raja Suran Fikir dalam hatinya, “Bahawa isi darat telah aku ketahuilah , dan segala isi laut bagaimana gerangan rupanya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya aku ketahui betapa halnya.” Setelah baginda berfikir demikian, maka baginda pun menyuruh menghimpunkan segala pandai dan utus, maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam. Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu, dan diberinya berantai emas. Setelah sudah maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran ; maka baginda pun terlalulah sukacita melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberi anugerah akan segala hakim dan utus itu, tiada terkira-kira banyaknya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu, maka segala yang diluar semuanya habis kelihatan; maka dikuncikan baginda pintu peti itu dari dalam. Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut, maka peti itu pun tenggelamlah, maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam peti itu, pelbagai kekayaan Allah subhanahu wa taala dipandang baginda, moga-moga dengan takdir Yang Amat Kuasa, maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang Dika. Maka Raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu, lalu berjalan melihat segala yang indah-indah; maka baginda bertemu dengan sebuah negeri terlalu besar, lagi dengan teguhnya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu, maka dilihat baginda dalam negeri itu suatu kaum Bu Sum namanya, terlalu amat banyak, tiada siapa mengetahui bilangannya; tetapi mereka itu setengah Islam dan setengah kafir. Setelah mereka itu memandang rupa Raja Suran, maka sekalian orang itu hairan tercengang-cengang dan takjub memandang pakaian baginda itu. Maka oleh segala mereka itu akan Raja Suran dibawanya kepada rajanya. Adapun nama raja mereka itu Raja Aktabu’l-Ard. Setelah raja itu melihat rupa Raja Suran itu, maka ia bertanya pada orang yang membawa baginda itu, “Orang mana ini?”Maka sembah orang itu, “Baharu datang tuanku orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tiada tahu.” Maka Raja Aktabu’l-Ard bertanya kepada Raja Suran, “Orang mana kamu ini? Dan dari mana kamu datang ke mari ini?” Maka sahut Raja Suran, “Adalah hamba ini datang dari dalam dunia: hambalah raja segala manusia, nama hamba Raja Suran.” Maka Raja Aktabu’l-Ard pun terlalu hairan mendengar kata Raja Suran itu; maka katanya, “ Adakah dunia lain daripada dunia kami itu?” Maka sahut Raja Suran, “Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak, pelbagai jenis di dalamnya. “ Setelah Raja Aktabu’l-Ard mendengar kata Raja Suran itu, terlalu amat takjub ia, seraya mengucap subhana ‘llahu’l malikul’l jabbar. Maka oleh Raja Aktabu’lArd akan Raja Suran dibawanya naik duduk di atas takhta kerajaannya.

Kupasan karya klasik Falsafah merupakan suatu ilmu pemikiran yang berfikir secara mendalam, kritis, kreatif, dan inovatif. Perkataan falsafah berasal daripada gabungan dua perkataaan iaitu “ philo “ bermaksud cinta dan “ Sophia “ yang membawa maksud kebijaksanaan. Oleh hal yang demikian, falsafah boleh ditakrifkan sebagai cinta akan kebijaksanaan. Falsafah juga boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan ( reflective) dan pentaakulan ( reasoning)

bagi merumuskan sifat, hakikat, dan

kandungan alam wujud. Menurut Plato ( 428-347 S.M ) , falsafah ialah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat fizikalnya. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005:406 ) , falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu yang lain.

Ilmu falsafah juga dianggap sebagai suatu penyelidikan

dan kajian yang

mempunyai misi, matlamat, dan bahan yang tersendiri. Setiap bidang ilmu falsafah itu mempunyai fungsi dan makna yang tersendiri. Falsafah mencakupi setiap aspek ilmu yang sedia ada. Ilmu falsafah juga melihat sesuatu kejadian dalam alam semesta dari perspektif keseluruhan. Selain itu, falsafah juga dapat ditakrifkan sebagai suatu pengkajian yang merumuskan pemikiran akal fikiran manusia yang akan membentuk suatu asas pemikiran. Ilmu falsafah hendaklah di kaji, di fahami, dan diamati sebaik mungkin agar ianya dapat memberi manfaat kepada kita. Kini, takrif falsafah adalah berbagai-bagai dan ianya bergantung kepada sudut pandangan dan pegangan prinsip hidup pentakrifnya. Melalui petikan cerita diatas, falsafah yang dapat saya utarakan ialah mengenai kisah dan sjfat Raja Suran yang suka mencari ilmu. Melalui cerita tersebut, Raja Suran

ialah seorang yang suka mencari ilmu untuk menambahkan lagi pengetahuannya dalam sesuatu perkara. Didalam cerita tersebut, Raja Suran sanggup turun ke dalam laut untuk untuk mengetahui isi atau benda-benda yang terdapat di dalam laut. Raja Suran telah mengupah rakyatnya yang pandai dan mahir dalam ilmu pertukangan untuk membuat satu benda seolah-olah kenderaan untuk memasuki ke dalam laut. Raja Suran sanggup membelanjakan banyak harta dan wang untuk mengupah rakyatnya bagi membina dan menyiapkan kenderaan untuknya masuk ke dalam laut. Apabila kenderaan tersebut siap dibina, Raja Suran sangat gembira kerana hajatnya untuk menerokai isi laut tercapai. Dengan sifatnya yang suka meneroka untuk mencari ilmu untuk mengetahui sesuatu perkara, Raja Suran begitu bersemangat menaiki kenderaan yang di bina rakyatnya dan terus masuk ke dalam laut untuk meneroka. Melalui kisah tersebut, falsafah yang dapat kita lihat ialah apabila seseorang mempunyai sifat cintakan ilmu sepertimana sifat yang ada pada Raja Suran ia akan membuat atau menjadikan seseorang itu bersemangat untuk melakukan sesuatu untuk mendapatkan ilmu. Hal ini demikian kerana, ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia bagi menghadapi segala dugaan yang mendatang Tanpa ilmu seseorang tidak akan dapat menghadapi dugaan dengan jayanya kerana hanya dengan ilmu sahaja sesuatu dugaan atau masalah dapat diatasi. Falsafah yang dapat saya keluarkan daripada petikan cerita kisah Raja Suran tersebut ialah mengenai kesungguhan usaha Raja Suran.

Sikap Raja Suran yang

bersungguh-sungguh untuk mengetahui isi laut menunjukkan suatu falsafah atau prinsip hidup Raja Suran yang suka membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh sehingga matlamat yang ingin dicapainya tercapai dengan jayanya. Melalui petikan cerita Raja Suran tersebut, Raja Suran telah menunjukkan satu sikap yang bersungguh-

sungguh dalam usahanya untuk menerokai lautan. Dengan semangat Raja Suran yang membara untuk mengetahui isi laut, baginda telah mengupah orang bawahannya yang mahir dalam bidang pertukangan untuk membuat peti kaca berkunci bagi membolehkan Raja Suran menaikinya untuk masuk ke dalam laut dan menerokainya.

Raja Suran

bertungkus-lumus berusaha untuk menyiapkan peti kaca tersebut agar baginda dapat menerokai lautan secepat mungkin.

Berdasarkan cerita tersebut, ianya telah dapat

menggambarkan suatu sikap dan prinsip hidup Raja Suran yang suka melakukan sesuatu kerja dengan dan bersungguh-sungguh.

Disitu telah dapat memberi gambaran satu

falsafah iaitu falsafah apabila melakukan sesuatu kerja, ia hendaklah dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Sekiranya sesuatu pekerjaan itu tidak dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh, pekerjaan tersebut tidak akan sempurna dan mungkin akan menyusahkan hidup kita. Hasil pekerjaan tersebut juga tidak akan dapat menepati kehendak yang diinginkan.

Lantaran daripada petikan cerita Raja Suran tersebut,

sikapnya yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara atau kerja dapat kita contohi. Hal ini demikian kerana, sikap yang ditunjukkan oleh Raja Suran tersebut adalah satu sikap yang positif untuk diikuti sekiranya seseorang itu ingin berjaya. Perbicaraan

falsafah

ini

amat

berguna

untuk

membentuk

suatu

pemikiran yang positif. Seterusnya, melalui petikan cerita Raja Suran tersebut ketertinggian martabat seseorang juga dapat membantu diri untuk mencapai sesuatu perkara. Mengambil contoh daripada petikan cerita tersebut, ketinggian kedudukan Raja Suran sebagai raja di bumi telah berjaya menyakinkan raja di sebuah negeri di dasar laut iaitu Raja Aktabu’i-Ard bahawa baginda berasal dari dunia dan terdapat alam lain selain daripada alam lautan. Ini

menunjukkan bahawa ketinggian martabat juga dapat membantu kita dalam sesetangah perkara. Jika dilihat dari sudut yang lain, kita dapati satu falsafah iaitu berfikir dari konteks luar dari skop tersebut iaitu ketinggian martabat diri akan meningkatkan maruah dan status diri kita. Semakin tinggi martabat diri kita, kita akan dipandang tinggi oleh orang atau masyarakat. Oleh hal yang demikian, martabat diri hendaklah sentiasa kita pelihara dan sentiasa kita tingkatkan. Keberanian Raja Suran meneroka ke dalam alam lautan seorang diri juga dapat dilihat dari sudut falsafah. Hal ini demikian kerana, keberanian amat penting sebagai pencetus semangat. Tanpa keberanian kita akan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dan kesannya kita tidak akan dapat mencapai matlamat yang diinginkan. Keberanian juga membantu dan menjadikan kita seorang yang tabah mengharungi dugaan yang mendatang. Tanpa keberanian juga seseorang akan lemah dalam menghadapi dugaan yang melanda. Melalui petikan cerita Raja Suran tersebut, Raja Suran telah berani dan bersemangat mengambil keputusan dan risiko dengan meneroka ke dalam alam seorang diri. Itu menunjukkan keberanian akan memungkinkan segalanya walaupun mustahil. Kesimpulannya, melalui perbicaraan falsafah yang terdapat di dalam petikan cerita Raja Suran yang ingin mengetahui isi laut daripada teks Sulalatus Salatin, dapat saya simpulkan bahawa falsafah yang terdapat dalam petikan cerita tersebut amatlah pelbagai dan mempunyai maknanya yang tersendiri. Falsafah yang terdapat di dalam cerita Raja Suran tersebut juga dapat kita jadikan sebagai pengajaran dan pegangan. Falsafah daripada petikan cerita tersebut adalah berbeza antara satu sama lain. Satu-satu falsafah tersebut mempunyai makna dan fungsinya yang tersendiri. Falsafah-falsafah tersebut jika dihayati mempunyai nilai positif yang tersendiri. Sebagai contoh, kisah

keberanian Raja Suran meneroka alam lautan seorang diri. Daripada kisah tersebut kita dapat jadikan keberanian Raja Suran tersebut sebagai satu pencetus semangat kepada kita untuk menjadi berani sepertinya. Ilmu falsafah merupakan ilmu yang berguna kerana ia membantu membentuk pemikiran kita kearah pemikiran yang kritis, kreatif, dan inovatif. Falsafah yang telah saya tonjolkan daripada petikan cerita tersebut merupakan falsafah daripada pemikiran yang bebas iaitu tidak terikat dengan orang lain. Kisah Raja Suran tersebut dapat kita falsafahkan dari pelbagai sudut sama ada sudut realisme, pragmatisme dan sebagainya,

RUJUKAN Ahmad Sunawari2006.Sejarah Falsafah.Bangi: Fakulti Pengajian Islam Awang Sarian.2007.Falsafah dan Logika Melayu.Selangor : Synergymate. Sdn.Bhd. Hashim Musa.1998.Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Etika Melayu.Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Dipetik daripada Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah yang diambil pada hari Sabtu, 16 Ogos 2008.

Related Documents


More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48