1.0 Pengenalan Ramai berpendapat secara umumnya kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Tidak kurang juga yang menyatakan menjadi seorang guru merupakan ‘jalan mati’ setelah profesion lain tidak memberikan peluang yang baik. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Subjek guru dan cabaran semasa merupakan subjek wajib yang perlu dipelajari oleh guru pelatih program ijazah sarjana muda
(PISMP) semester lapan. Subjek ini memberi
pendedahan kepada guru pelatih akan cabaran dan isu semasa yang akan dihadapi dalam dunia pendidikan. Hal ini kerana dalam era globalisasi para pendidik sering berhadapan dengan pelbagai cabaran, inovasi dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Justeru itu sebagai seorang guru pastinya akan sentiasa berhadapan dengan isu, cabaran dan tekanan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Hanya guru yang professional dan mampu menghadapi cabaran sahaja yang dapat membantu Nnegara mencapai aspirasi sistem pendidikan secara menyeluruh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
1
1.1 Cabaran dan isu semasa Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan, ajakan (untuk berlawan dan sebagainya), sesuatu (unsur, faktor dan sebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dan lain-lain), pekerjaan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam biik darjah namun di sekolah secara amnya. Sekolah adalah sebuah gedung atau institusi bagi setiap insan yang berhasrat meneroka dan memperolehi ilmu pengetahuan tanpa mengira aliran. Oleh kerana, peranan sekolah sebagai pusat perkembangan dan perolehan ilmu pengetahuan, maka adalah amat penting bagi institusi ini mempunyai persekitaran yang selamat dari sebarang pengaruh negatif yang boleh mengugat fungsi sebenar dalam sesuatu sistem persekolahan itu. Oleh sedemikian, disiplin adalah menjadi asas utama dalam menjamin keberkesanan dalam sistem pendidikan di sesebuah sekolah. Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang yang aman dan harmoni supaya segala proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan sejajar dengan inspirasi negara menjadikan sistem pendidikan di sekolah adalah bertaraf antarabangsa. Oleh itu, aspek disiplin murid di sekolah harus diberi perhatian utama pihak sekolah, keluarga mahupun masyarakat sekeliling seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. “ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”. KPM 1981 Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media samaada bercetak mahupun elektronik. Pelbagai jenis salahlaku dilakukan oleh murid, dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan – kesalahan yang berat, seperti penyalahgunaan dadah, membuli, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru – guru dan murid, mencabul dan pelbagai lagi. Sekiranya hal ini tidak dibendung dengan segera, dikuatiri 2
ianya akan menjejaskan minat dan fokus murid – murid yang bermotivasi untuk belajar yang dimana secara tidak langsung akan memusnahkan inspirasi sekolah dan negara dalam membangunkan generasi yang terbilang. Apabila diteliti ada banyak faktor yang mendorong mereka untuk melakukan perbuatan – perbuatan tersebut dan faktor – faktor ini boleh dikategorikan kepada faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan sebaya, media hiburan dan pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita (sekolah). Oleh yang demikian, kajian saya ini berfokuskan kepada peranan atau tugas kita (sekolah) yang boleh dilaksanakan iaitu tugas itu seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan budaya dan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) mengenai perkara ini. “ Hari ini sekolah – sekolah menampung murid – murid yang lebih tidak seragam, iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang – peluang bagi mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. Di antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan penghargaan kepada murid; suasana nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan sikap tanggapan serta harapan para Guru”. (KPM1988 pp25-26) Saya telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekerapan, punca mengikut pandangan murid dan cadangan cara – cara mengatasi masalah disiplin khasnya di sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius. Oleh yang demikian usaha pihak sekolah untuk menangani permasalahan disiplin di sekolah tersebut hendaklah dianggap sebagai satu langkah kearah pengukuhan disiplin sekolah. Semoga usaha ini menjurus kearah perubahan sikap dan perlakuan murid kepada yang lebih murni dan berakhlak mulia dalam usaha membendung masalah tersebut ke suatu tahap yang paling minimum.
3
1.2 Pernyataan Masalah Cabaran dan tekanan daripada perspektif personal. Saya telah melaksanakan praktikum 3 selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Silibin Perak. Sekolah ini majoriti murid berbangsa Melayu dan India. Saya dapati murid sering melakukan kesalahan disiplin tidak kira murid berbangsa Melayu ataupun India.. Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan perilaku salahlaku tidak menyedari bahawa tingkah laku-tingkah laku yang sering dilakukan dalam kalangan mereka sendiri adalah merupakan salahlaku. Jenis-jenis tingkah laku ini dianggap tingkah laku yang biasa berlaku dalam kalangan mereka seperti suka mengejek rakan, barang, mengugut pelajar, berkuku panjang dan sebagainya. Bagi mereka perilaku tersebut hanyalah sekadar perkara biasa dalam perhubungan sesama rakan – rakan. Namun, apabila perilaku itu kerap kali dilakukan tanpa batasan, ianya boleh mengudang pelbagai masalah. Oleh itu, suatu kajian tentang permasalahan yang timbul dari perbuatan yang menjurus kepada salahlaku tersebut akan dilaksanakan dalam kajiaan ini dengan terperinci. Cabaran dan tekanan daripada perspektif sekolah pula tugas hakiki seorang ialah mengajar dan mendidik anak murid di dalam bilik darjah mengikut opsyen yang telah diberikan. Namun begitu berkaitan masalah disiplin anak murid pihak sekolah terutama bahagian pentadbiran menyalahkan guru-guru kerana tidak mengambil berat dan melaksanakan langkahlangkah yang lebih efisien bagi menyelesaikan masalah tersebut. Malahan terdapat juga pihak sekolah yang lepas tangan dan langsung tidak membela guru apabila ibu bapa hadir ke sekolah menyerang guru hanya kerana guru mendenda dan memarahi anak mereka kerana melakukan kesalahan sedangkan cerita yang disampaikan oleh murid tersebut kepada ibubanya telah ditokok tambah. Selain daripada tugas mengajar guru ditambah pula dengan masalah disiplin murid persoalannya dimanakah peranan sekolah dan ibu bapa? Cabaran dan tekanan daripada perspektif kebangsaan boleh dilihat bebanan tugas yang semakin bertambah yang diberikan oleh kementerian pendidikan. Mengapa saya katakana sedemikian rupa? Jika dulunya saya melihat tugas guru akan bermula 7.30 pagi dan berakhir 1.30 tengah hari namun tidak lagi pada masa kini. Sememangnya arus pendidikan telah berubah. Dasar pendidikan juga telah banyak berlaku perubahan dan sebagai seorang guru yang profesionalosme adalah menjadi tanggungjawab guru melaksanakan dasar tersebut. Berbanding melaksanakan langkah-langkah atau menggubal peraturan yang lebih relevan dan proaktif berkaitan menyelesaikan masalah disiplin murid di sekolah rendah ini kerana jika tidak dibasmi di peringkat rendah ia akan berterusan di peringkat menengah dan pastinya akan lebih
4
membimbangkan tetapi guru dibebankan dengan kerja lebih masa iaitu mesyuarat yang hampir setiap hari selepas habis waktu persekolahan yang semestinya telah mengambil masa rehat serta masa untuk menyelesaikan tugas-tugas yang perlu. Guru juga diarahkan membuat kerjakerja pengkeranian iaitu membuat fail-fail sedangkan terdapat software yang telah didirikan dan guru juga telah diwajibkan untuk mengisi perisian tersebut maka tekanan guru bertambah akibat kerja yang bertambah yang bukannya termasuk dalam perspektif bidang mengajar seorang guru. Kebanyakkan pelajar yang terbabit dengan permasalah salahlaku ini tidak sedar kesankesan buruk akibat salahlakutersebut.Jika ianya melibatkan salahlaku yang kecil maka ianya mudah untuk diperbaiki dan tidak mendatangkan impak yang besar keatas pelajar yang melakukan salahlaku tersebut. Tetapi, sekiranya ianya melibatkan salahlakuyang besar seperti kes bergaduh, merogol dan sebagainya, maka sudah pasti ianya akan memberikan impak yang buruk kepada pelajar itu sendiri yang dimana boleh memalukan diri dimata keluarga mahupun masyarakat. Apabila ianya telah berlaku, kebanyakkan sudah terlambat. Kesan-kesan negatif ini juga akan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran remaja terbabit akan terbantut, dan seterusnya bakal merosakkan masa depan mereka sendiri. Masalah salahlakudikalangan pelajar jika tidak ditangani dengan serius dan berkesan dikuatiri akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pelajar dan juga institusi sekolah. Kesedaran serta kefahaman yang mendalam tentang salahlaku pelajar di sekolah oleh guru dan mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan amat perlu dalam usaha mengawal serta mengatasi masalah ini.
1.3 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk : i)
Mengenapasti jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah di bandar
yang terpilih di daerah Ipoh ii)
Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid
iii)
Mengenalpasti strategi,pendekatan atau cadangan untuk mengurangkan atau mengatasi
masalah disiplin murid.
5
1.4 Kepentingan Kajian Kajian ini diharap akan menghasilkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan salahlakupelajar di sekolah rendah. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat menjelaskan lagi tentang salahlaku dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Silibin seperti berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain serta program-program pencegahan yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya di Sekolah Kebangsaan Silibin di Ipoh. Di samping itu, dapatan ini juga diharapkan membolehkan pelajar yang terlibat salahlaku tersebut supaya mendapatkan bantuan daripada pihak yang berkenaan seperti pihak guru, kaunselor dan sebagainya bagi menyelesaikan konflik dalaman dan luaran yang dialami mereka. 2.0 Tinjauan Literatur Sebagai manusia, sudah pastinya murid – murid tidak lari dari mempunyai masalah. Masalah – masalah ini timbul disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah disebabkan oleh keperluan asasi, psikologi dan rohani (agama) serta harapan – harapan tertentu yang dipunyai oleh seseorang murid itu tidak dapat dipenuhi seperti yang dinyatakan oleh Hasnan (2008), Al – Banna ( 2003) dan Train (1995) “Untuk membina pelajar yang cemerlang dari sudut tingkah laku antaranya adalah dengan melaksanakan ibadah – ibadah yang khusus terutamanya solat lima waktu dan ibadat – ibadat sunat yang lain. Ini kerana menurut beliau, tingkah laku seseorang pelajar terhadap Penciptanya dapat diterjemahkan dengan melakukan ibadah solat yag diwajibkan dan disunatkan. Melalui ibadah ini seseorang pelajar bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan baik dengan Allah S.W.T, bahkan dia juga dapat membentuk tingkah laku seorang muslim yang sejati. Solat juga boleh menghindarkan dirinya daripada melakukan perkara dan perbuatan yang buruk. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: : Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” Hasnan, 2008
6
3.0 Metodologi Kajian 3.1 Rekabentuk Kajian Reka bentuk kajian permasalah salahlaku dikalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Silibin adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku yang ada di sekolah. 3.2 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ialah jumlah keseluruhan pelajar tahap 2 Sekolah Kebangsaan Silibin iaitu seramai 252 orang pada sesi 2015. Di mana 20 orang pelajar telah terlibat dengan salahlaku di sekolah itu pada tahun 2015. Pelajar-pelajar yang menjadi sampel (temu ramah) dalam kajian ini adalah merupakan pelajar yang pernah terlibat dengan aktiviti salahlaku 3.3 Instrumen Kajian Tiga jenis instrumen telah digunapakai untuk melaksanakan kajian ini, iaitu temubual separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi / penyata salahlaku yang ada di sekolah. Temubual separa struktur dengan Guru Besar, Guru Disiplin, dan guru – guru penolong mengenai masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut, tindakan pihak sekolah dan cara – cara menangani masalah tersebut. (Lampiran 1) Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah yang dikaji. (Lampiran 2) Analisis berdasarkan rekod rasmi / penyata salahlaku / masalah disiplin / SSDM •
Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan
3.3.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku
Jadual 1 menunjukkan salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah yang dikaji. Ia menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang terlibat dan jumah kekerapan berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku yang dicatatkan merangkumi kesalahan seperti
7
berambut panjang, ponteng sekolah, mencuri, memeras ugut, membuli (berkelakuan kasar terhadap murid), berkuku panjang, dan mengancam/memukul/mencederakan murid lain. Jadual 1 : Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2015 ( Januari – Julai 2015 ) Kod
Jenis Salahlaku
Kekerapan
/
Bilangan Jumlah
Jumlah
murid yang terlibat
murid
kekerapan
Lelaki
Perempua
yang
berlaku
n
terlibat
kes salahlaku
*B
*K
*B
*K
2
4
1
3
3
7
murid lain.
1
3
0
0
1
3
115
Memeras ugut
2
2
0
0
2
2
116
Membuli
2
1
0
0
2
1
Tingkah laku Jenayah 112
Mencuri
121
Mengancam/memukul/mencederakan
Kekemasan Diri 332
Berkuku panjang
2
2
4
5
6
7
331
Berambut Panjang
2
2
0
0
2
2
Ponteng Sekolah
3
2
1
3
4
5
Jumlah
14
16
6
11
20
27
Ponteng 882
Sumber; Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK Silibin 2015 Petunjuk ; *B – Bilangan murid yang teribat dengan kes salahlaku *K – Kekerapan berlaku kes salahlaku
Jadual 1 menunjukkan 14 orang murid lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku manakala 6 orang murid perempuan telah terlibat dengan 11 kes salahlaku. Pada keseluruhannya, seramai 20 orang murid telah terlibat dengan 30 kes salahlaku di sekolah yang dikaji daripada Januari hingga Julai tahun 2015.
8
4.0 Dapatan Berdasarkan hasil analisis data mengenai persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan, dapatan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:
4.1 Perspektif Personal Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat kategori punca salahlaku. Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut 11 daripada 20 orang murid, bersamaan 55% telah dikenalpasti melakukan salahlaku kerana kehendak diri sendiri. Pada keseluruhannya, murid – murid yang ditemubual telah terdorong melakukan perbuatan salahlaku atas alasan seperti masalah kewangan. Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini ditunjukkan dalam transkrip temubual dengan Murid A, Murid B dan Murid C “Saya ingin membeli ( jenis makanan) seperti (rakan sebaya) tetapi saya tidak ada duit yang mencukupi jadi saya ambillah duit rakan saya dalam beg (nama mangsa).” ( Murid A) “Saya tidak yakin saya boleh lulus jadi saya rasa lebih baik saya ponteng sekolah.” (Murid B) “Saya rasa sekolah hanya membosankan kerana akan mendapat banyak kerja rumah yang akan diberi guru nanti.”
(Murid C)
Manakala 4 daripada 20 orang murid, bersamaan 20% telah melakukan salahlaku kerana faktor keluarga. Isu ini merupakan cabaran pada saya sebagai seorang guru lebih-lebih lagi saya hanya merupakan guru pelatih. Pengetahuan dan pengalaman yang saya miliki baru sedikit. Apabila menghadapi situasi berhadapan dengan murid yang mempunyai masalah disiplin saya akan berasa tekanan dan kurang keyakinan diri apabila murid tersebut tidak mendengar nasihat saya. Oleh kerana itu saya berbincang dengan guru kaunseling dan guru disiplin langkah yang wajar diambil bagi mengatasi dan menyelesaikan masalah tersebut. Pelbagai pendekatan harus dilakukan demi mencegah perilaku salahlaku pelajar dari terus berleluasa. Salah satu contoh pendekatan iaitu dicadangkan oleh Rigby (1996) dimana beliau menggunakan tiga pendekatan untuk menangani masalah salahlaku individu iaitu;
9
i)
Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-pelajar mematuhi semua
peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh sekolah. Secara unggul, pendekatan ini menegaskan bahawa semua salahlaku akan dikenakan tindakan yang serius. ii)
Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan atau undang - undang
yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan melalui pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran atau peraturan sekolah itu sendiri. Ianya disampaikan kepada pelajar melalui buku undangundang sekolah. iii)
Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu pendekatan dimana
pelajar yang bermasalah salahlaku akan bertemu dengan guru disiplin atau kaunselor dalam perbincangan tertutup untuk mendengar alasan, perasaan dan motif tindakan mereka. Kaunselor menggunakan pendekatan ini supaya perilaku salahlaku dapat mengubah tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan. Pendekatan kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti solat berjemaah, tazkirah dan sebagainya dalam kalangan pentadbir, guru dan pelajar perlu dilaksanakan bagi memperkukuhkan asuhan jasmani dan rohani yang menjadi asas pembentukkan keperibadian yang mulia berlandaskan nilai – nilai islam khususnya bagi pelajar Islam. 4.2 Perspektif Sekolah 3 daripada 20 orang murid, bersamaan 15% telah melakukan salahlaku kerana faktor persekitaran. 2 daripada 20 orang murid, bersamaan 10% telah melakukan salahlaku kerana faktor sekolah. Pada pendapat saya masalah ini akan menjadi tekanan dan cabaran yang sangat besar kepada saya sekiranya warga sekolah terutama bahagian pentad\biran tidak memandang serius akan masalah ini. namun begitu, sepanjang saya praktikum di sekolah ini saya dapat melihat kesungguhan dan kecekapan pihak sekolah dalam usaha mengatasi masalah disiplin ini. Setiap perkara yang berlaku mempunyai sebab dan alasan tertentu. Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah juga berpunca daripada persekitaran sekolah itu sendiri. Antara perkara yang menggalakkan masalah disiplin berlaku adalah organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengaliran murid mengikut pencapaian. Selain itu, pihak berkuasa yang terlalu menekankan peperiksaan juga menyumbang berlakunya disiplin murid sekolah sekiranya dilihat pada aspek persekitaran sekolah. Antara yang lain ialah, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru yang terlalu menekan pelajar menyebabkan masalah disiplin. Guru-guru yang melabelkan sesetengah pelajarnya seperti pelajar yang bodoh dan malas akan menyebabkan motivasi pelajar menurun dan jatuh. Murid10
murid yang rendah motivasinya lebih cenderung untuk melakukan masalah disiplin. Persekitaran sekolah seperti bilangan pelajar yang terlampau ramai secara tidak langsung juga mewujudkan suasana yang membenarkan berlakunya masalah disiplin. Bilangan murid yang ramai menyukarkan pengawalan pelajar. Murid-murid yang kecewa pula akan mencuba mendapatkan perhatian guru dengan cara menimbulkan kenakalan, merosakkan harta benda sekolah serta menganggu rakan-rakan lain. Peranan guru disiplin pula ialah membantu guru besar atau pengetua sekolah menyediakan peraturan-peraturan sekolah dan memastikan peraturan- peraturan tersebut dipatuhi sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar sekolah. Guru disiplin juga menjadi penyelaras di antara guru- guru dan pengetua sekolah di dalam hal disiplin pelajar- pelajar. Hal yang demikian turut berlaku dalam kalangan pelajar yang bersifat agresif iaitu mereka sering dan mudah bertindak ganas seperti cepat marah. Mereka ini juga kadangkadang sengaja untuk menimbulkan kenakalan agar mereka ini mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya daripada guru-guru ,rakan-rakan, dan ibu bapa. Pada asasnya individu yang berkelakuan melanggar peraturan mempunyai keperluan emosi yang tidak dapat dipenuhi. Selain itu, perasaan iri hati dan tersingkir di rumah, sekolah, dan persekitaran yang kerap mendorong berlakunya tingkah laku yang menyimpang terhadap diri dan juga orang lain. Hal yang demikian berlaku kerana kekurangan keupayaan bagi melaksanakan sesuatu dan juga kerana faktor sosial yang ada di sekitar mereka yang boleh melumpuhkan kehendak. Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin murid. Pihak sekolah boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru – guru yang bertanggungjawab mengesan menangani dan menyelesaikan masalah/salahlaku murid. Denda yang dikenakan haruslah setimpal dengan kesalahan murid. Semua staf hendaklah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan – tindakan disiplin ke atasu murid, memberi peringatan dan khidmat bimbingan. Matlamat utama ialah membentuk disiplin kendiri yang baik iaitu disiplin yang datang dari kerelaan dan kesukaan hati pelajar sendiri dan bukan kerana paksaan atau perasaan takut. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menunjukkan contoh disiplin yang baik atau “role model” kepada pelajar seperti bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa, bersimpati, berdedikasi dan bersikap positif semasa berhadapan dengan pelajar- pelajar mereka sama ada di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah mahupun di luar sekolah.. Dari segi sosioemosi pula, jika didapati pelajar tidak diterima oleh kelompok pelajarpelajar yang lain, maka penyiasatan hendaklah dijalankan dan usaha perlu diambil untuk
11
mewujudkan suasana yang riang dan mesra supaya pengajaran-pembelajaran(P & P) berjalan dengan berkesan. Guru hendaklah berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan pelajar- pelajarnya. Perhubungan sedemikian menggalakkan komunikasi di antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar meluahkan masalah sama ada dari aspek akedemik atau peribadi. Guru yang bijaksana akan cuba mendengar masalah- masalah tersebut serta berempati dengan pelajar berkenaan dan berusaha untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Amalan ini dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan pelajar seperti tolong menolong, ambil berat, toleransi dan sebagainya selain dapat mengurangkan bilangan masalah disiplin di sekolah. Guru hendaklah membantu pelajar- pelajar membentuk disiplin arahan diri. Pelajar sepatutunya bertanggugjawab atas tingkahlakunya dan bersikap berdikari. Jawatan- jawatan seperti ketua kelas, pengawas, perpustawan dan sebagainya dapat membantu pelajar membina sifat tersebut dengan kehadiran guru sebagai ketua atau penyelaras. Kegiatan kokurikulum pula seperti persatuan unit beruniform, kelab dan persatuan membantu pelajar mendisiplinkan diri dan bertanggungjawab atas diri sendiri, masa dan tingkahlaku serta memperbaiki cara atau skil perhubungan di mana guru bertindak sebagai pemerhati atau pembimbing sebagai rujukan utama pelajar jika terdapat sebarang masalah. Pelajar yang bertanggungjawab akan menyedari kesan- kesan negatif yang ditimbulkan oleh masalah- masalah disiplin dan akan menghindari dari melakunya. Selain itu, guru disiplin memainkan peranan penting sebagai pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibubapa/penjaga ketika mengendalikan masalah disiplin selain menjalankan hukuman disiplin jika diarahkan oleh pengetua. Guru disiplin sama- sama membantu guru besar atau pengetua sekolah mewujudkan semangat kesetiaan dan kekitaan di kalangan pelajar- pelajar dan guru- guru sekolah. Peranan lain sebagai guru disiplin ialah mengawasi dan membimbing pengawas- pengawas sekolah yang telah dilantik melakukan tugas- tugas mereka sebagai pengawas dengan baik dan tidak lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar sekolah. Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan utama dalam memberi kerjasama, nasihat dan pandangan kepada guru disiplin dan guru- guru lain ketika menyelasaikan masalah- masalah disiplin. Guru bimbingan dan kaunseling seharusnya menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling sama ada dengan pelajar- pelajar yang mempunyai masalah disiplin mahupun dengan pelajar- pelajar yang tidak mempunyai masalah
12
disiplin dengan bertujuan mewujudkan tingkahlaku yang baik serta membimbing mereka ke jalan yang betul. Guru bimbingan dan kaunseling boleh menganjurkan aktiviti- aktiviti selain dari program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) seperti ceramah kerjaya, taklimat menguruskan masa dengan betul, kempen kesedaran dan sebagainya supaya pelajar- pelajar mendapat panduan yang betul dalam mengharungi kehidupan. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling membantu guru disiplin dan pengetua sekolah membina perhubungan dengan ibubapa/penjaga pelajar yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Selain itu, peranan guru kokurikulum ialah menyediakan jadual aktiviti- aktiviti kokurikulum serta mengadakan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan pelaksanaannnya. Selain itu, guru kokurikulum juga menjadi penyelaras dan panduan kepada guru- guru lain di antara ahli- ahli persatuannya dengan guru disiplin/pengetua ketika masalah disiplin timbul dalam persatuan. Peranan lain ialah guru kokurikulum mengatur acara yang menarik dan berfaedah untuk persatuannya serta memupuk bakat dan potensi di kalangan pelajar- pelajar supaya mereka tidak hanya tertekan dengan pelajaran dan akedemik sahaja serta mengelakkan bakat dan potensi mereka tidak terpesong ke arah negatif. Ini selaras dengan matlamat pendidikan untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan perbuatan salahlaku, ianya berlaku kerana pelajar mempunyai kelemahan rohani yang disebabkan kurangnya penghayatan dalam agama. Selain itu, faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah juga menjadi penyebab perlakuan salahlaku pelajar – pelajar di sekolah yang dikaji. 4.3 Perspektif Kebangsaan Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih. Kementerian Pelajaran juga boleh mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah disiplin pelajar. 13
Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar di sekolah pada setiap masa. Tindakan Kementerian Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani disiplin pelajar adalah tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengambil
tindakan
yang
tegas
kepada
pihak
pentadbiran
sekolah
yang
cuba
menyembunyikan masalah disiplin pelajar di sekolah mereka. Diharapkan juga kementerian boleh mempertimbangkan melaksanakan penambahbaikan dalam menilai tugas-tugas hakiki seorang guru. Hal ini jika tugas seorang guru lebih kepada mesyuarat yang terlalu banyak serta membuat fail-fail lebih daripada tugas mengajar jangan dislahkan guru jika hasilnya melahirkan murid yang kurang berkualiti. 5.0 Rumusan Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai cita- cita ataupun matlamat yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh pelbagai pihak, selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati, sopan santun, budi pekerti, di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata. Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap sebagai keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan bermacammacam bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghilangkan nilai-nilai murni yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Tetapi apa yang berlaku di zaman ini sudah amat jauh bezanya. Sekolah dan golongan pendidik mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah. Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang
14
banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar. Semua pihak terutama kerajaan perlu menitikberatkan maslah disiplin di peringkat sekolah rendah ini kerana di peringkat inilah menjadi titik tolak permulaan kepada kes-kes masalah yang lebih besar dan serius. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, memandangkan masa kini murid lebih banyk menghabiskan masa di sekolah maka menjadi peranan penting guru, sekolah dan kerajaan berusaha membentuk jati diri serta menerapkan nilai-nilai murni yang kukuh bagi membentuk insan yang mantap dari pelbagai aspek. Hal ini amat penting kerana anak-anak inilah merupakan pemimpin dan aset kerajan di masa hadapan. Jika pada akar umbinya tidak diperbetuljan dikhuatiri akan menjadi racun yang akan merosakkan serta membebankan negara di masa hadapan Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika semua pihak yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Cuba fikirkanlah apa yang akan terjadi kepada negara kita yang tercinta ini jika mereka yang bijak tetapi tidak mempunyai jati diri serta rosak akhlaknya menjadi pemimpin. Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit. Samada sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.
15
16