5.0
ISU DAN CABARAN
Golongan wanita yang bekerja juga terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan didalam pekerjaan yang mereka ceburi. Cabaran ini merangkumi aspek fizikal dan juga mental yang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Wanita juga terpaksa bersaing dengan kaum lelaki untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan dipasaran. Namun pada masa kini pekerja wanita telah diberi keyakinan untuk menjawat jawatan yang tinggi didalam sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai cabaran yang harus dilalui oleh kaum wanita untuk mereka memperolehi jawatan tersebut. Antara cabaran yang perlu dilalui oleh kaum wanita didalam pekerjaan ialah masalah yang berkaitan dengan gangguan seksual ditempat kerja, diskriminasi dan juga konflik dwikerjaya. 5.1
Gangguan Seksual di Tempat Kerja
Gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan penghinaan, penganiayaan dan kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat oleh seseorang atau sekumpulan kerana hendak memenuhi keinginan seksual mereka. Gangguan seksual bukan sahaja disifatkan sebagai perbuatan meraba, menyentuh, menunjukkan isyarat lucah dan buku lucah atau mengeluarkan kata-kata lucah. Namun gangguan seksual sebenarnya lebih daripa itu. Ab. Aziz Yusof (2007) mengatakan bahawa: Menurut perspektif islam gangguan seksual berlaku dalam pelbagai bentuk seperti berpakaian mengikut bentuk badan, tutur kata atau isyarat lucah yang digambarkan melalui tangan atau jari dan perbuatan yang menghairahkan. Selain itu, gangguan seksual juga bukan sahaja perlakuan lelaki kepada wanita tetapi juga wanita kepada lelaki. (ms.308)
Jelas menunjukan bahawa golongan wanita lebih terdedah kepada gangguan seksual berbanding dengan lelaki. Gangguan seksual merupakan pencabulan hak asasi dan dianggap perbuatan yang tidak beretika yang boleh menimbulkan kesan negatif terhadap mangsa iaitu golongan wanita. 5.1.1
Faktor pekerja wanita terdedah kepada gangguan seksual
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah berlakunya gangguan seksual ini terus berlaku. Antara faktor tersebut ialah budaya organisasi, persekitaran kerja, status, kuasa dan pengaruh dan kurang pengetahuan dan perasaan takut. Faktor budaya organisasi boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya gangguan seksual kepada kaum wanita ditempat kerja. Hal ini boleh berlaku disebabkan budaya organisasi yang terlalu longgar dalam hal ehwal pergaulan antara pekerja lelaki dengan wanita. Secara tidak langsung perkara sebegini mendorong pekerja lelaki untuk melakukan gangguan seksual terhadap pekerja wanita sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Selain itu, tahap
perlindungan yang diberikan kepada pekerja wanita pula adalah berada pada tahap yang lemah. Sekiranya berlaku gangguan seksual terhadap pekerja wanita, pihak atasan organisasi hanya memandang ringan terhadap masalah yang berlaku dan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya. Faktor kedua ialah persekitaran kerja. Gangguan seksual berlaku kerana komposisi lelaki dan wanita yang tidak seimbang dan merangsang kepada gangguan seksual ditempat kerja ini berlaku. Jumlah pekerja lelaki yang lebih ramai berbanding dengan pekerja wanita menyebabkan pekerja wanita lebih cenderung untuk mengalami gangguan seksual. Hal ini berlaku disebabkan,
pekerja lelaki lebih berani untuk melakukan gangguan seksual apabila mereka mempunyai kumpulan lebih ramai dalam organisasi. Faktor ketiga ialah status pekerja wanita tersebut. Status pekerja wanita juga menjadi salah satu faktor yang mendorong berlakunya gangguan seksual. Status pekerja wanita yang belum berkahwin pada kebisaanya menjadi pilihan kepada pekerja lelaki unuk melakukan gangguan seksual ini. Hal ini disebabkan mereka merasakan wanita yang belum mendirikan rumah tangga lebih mudah didekati dan dilayan bebanding dengan mereka yang sudah berumahtangga. Selain itu juga pekerja wanita yang berstatuskan janda juga turut menjadi pilihan pekerja lelaki untuk melakukan gangguan seksual. Faktor keempat ialah kuasa dan pengaruh. Gangguan seksual ini berlaku adalah disebabkan percubaan seseorang untuk menunjukkan kuasa dan pengaruh mereka ditempat kerja. Gangguan seksual ini biasanya dilakukan oleh pegawai atasan yang mempunyai kuasa dan pengaruh dalam organisasi. Pekerja lelaki yang dilantik sebagai ketua atau pengurus, kadang kala menyalah gunakan kuasa dengan mengambil kesempatan terhadap kakitangan wanita dengan mengugut untuk mengambil tindakan memberhentikan kerja, menyekat kenaikan pangka atau memberi penilaian buruk jika enggan mematuhi dan mengikut kehendak mereka. Faktor terakhir ialah kurang pengetahuan dan perasaan takut. Kebnayakan wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual ini adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berpengetahuan mengenainya. Mereka takut untuk membuat aduan kerana bimbang akan dibuang kerja sekiranya berbuat demikian. Disebabkan kurang pengetahuan, takut dan malu mereka membiarkan sahaja perkara tersebut berterusan.
5.1.2
Kesan-kesan gangguan seksual kepada pekerja wanita
Gangguan seksual yang berlaku ini bukan sahaja boleh mendatangkan kesan negatif kepada pekerja tetapi turut memberi kesan kepada organisasi jika tiada langkah pembetulan diambil. Kesan kepada pekerja adalah seperti masalah psikologi dan psikiatrik. Mangsa akan mengalami perasaan rendah diri, menyimpan perasaan marah dan dendam serta mudah diperolok-olokan oleh orang lain. Kemurungan yang berpanjangan boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan. Hal ini menyebabkan pekerja wanita yang menjadi mangsa ini tidak dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. Secara tidak langsung kemerosotan prestasi kerja boleh berlaku. Mangsa akan berasa hilang semangat dan motivasi untuk menjalankan tugas mereka. Selain itu juga, kadar ketidakhadiran ke pejabat adalah tinggi disebabkan mereka mangsa merasa takut hendak berhadapan dengan pelaku gangguan. Gangguan seksual ini turut memberi kesan kepada organisasi. Organisasi tidak dapat mencapai matlamatnya disebabkan kadar ponteng yang tinggi dan pekerja tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap tugas mereka. Hal ini secar tidak langsung menybabkan produktiviti organisasi tersebut menjadi lemah. Selain itu, jika mangsa membuat laporan mengenai gangguan yang berlaku ini dan difailkan dimahkamah, pihak organisasi akan menanggung kos yang besar untuk membayar kos perbicaraan dan kos pampas an. Hal ini telah menyebabkan kerugian yang besar kepada pihak organisasi.
5.2
Konflik Dwikerjaya
Wanita dan dwikerjaya sudah dianggap lumrah pada masa kini. Penglibatan wanita didalam dunia pekerjaan bukan merupakan satu faktor untuk mereka lari daripada tanggungjawab terhadap kelaurga. Walaupun golongan wanita ini memegang jawatan yang tinggi didalam sesebuah organisasi, namun mereka masih lagi perlu melakukan tugas mereka sebagai isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anaknya. Hal ini menunjukkan wanita memegang dwikerjaya iaitu sebagai pekerja dan suri rumahtangga. Bagi wanita yang belum bekerja, mereka tidak mempunyai banyak masalah dalam memenuhi keperluan kerjaya yang dipilih memandagkan mereka tidak mempunyai tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Bagaimanapun, bagi wanita yang sudah berkahwin, timbul masalah untuk mereka menyesuaikan kerjaya diluar dan tanggungjawab dalam rumah tangga sekiranya mereka mahu berjaya dalam kedua-dua bidang. Tanggungjawab wanita terhadap keluarga masih lagi merupakan keutamaan, sedangkan bagi kaum lelaki tanggungjawab terhadap kerjaya mengatasi tanggungjawab yang lain. Mereka yang terlibat dengan pekerjaan profesional perlu mencurahkan sebahagian masa besar masa dan tenaga yang diluangkan untuk keluarga dan rumah tangga terpaksa dikurangkan. Bagi kaum wanita, mengabaikan suami dan keluarga merupakan satu kesalahan. Berbanding dengan kaum lelaki, masa yang digunakan bagi aktiviti luar rumah boleh dilakukan tanpa perlu memikirkan tanggungjawab dirumah. Suami akan merasa bebas meninggalkan rumah dan keluarga, sekiranya mengetahui ada orang yang akan menguruskan anak dan rumah. Adalah jelas bahawa seorang suami yang memberi masa yang banyak kepada kerjayanya tidak dianggap salah, tetapi tidak bagi kaum wanita.
Oleh kerana wanita yang berkerja terpaksa menghadapi dua peranan yang berasingan, mereka akan selalu menghadapi tekanan untuk melaksanakan kedua-dua tanggungjawab dengan sempurna. Selalunya diandaikan wanita profesional akan mengurangkan komitmennya dirumah dan begitu juga sebaliknya. Walaupun dengan adanya pembantu rumah yang dapat meringankan kerja rumah yang perlu dilakukan oleh wanita, namun para isteri perlu mentadbir dan tanggungjawab ini menjadi semakin besar dengan bertambahnya bilangan anak. Dwikerjaya juga memungkinkan berlakunya konflik peranan yang boleh menjadi tembok kepada kemajuan wanita dalam kerjaya mereka. 5.3
Diskriminasi Di Tempat Kerja
Masalah diskriminasi yang berlaku di organisasi bukan sesuatu perkara yang asing lagi. Masalh diskriminasi dikalangan gender yang biasa berlaku adalah agihan pendapatan yang tidak seimbang, pembahagian jawatan tertentu dan juga polisi sesebuah organisasi. Terdapat perbezaan yang ketara dalam aspek agihan pendapatan dikalangan pekerja lelaki dan juga pekerja wanita. Walaupun kerajaan telah mengambil langkah memberikan bayaran gaji yang sama mengikut jawatan, namun perkara ini tidak berlaku didalam organisasi swasta. Kebiasaanya pekerja lelaki akan diberikan wang gaji yang lebih berbanding pekerja wanita. Pekara sebegini sering wujud didalam sektor perkilangan. Sebab yang sering digunakan oleh pihak organisasi adalah pekerja lelaki membuat keja-kerja berat berbanding dengan pekerja wanita. Namun mereka ini adalah dari jawatan yang sama iaitu operator pengeluaran yang melakukan kerja yang sama. Hal ini menunujukkan wujudnya diskriminasi terhadap pekerja wanita.
Selain itu juga, diskriminasi juga wujud dalam pembahagian jawatan tertentu. Walaupun terdapat kemajuan dari segi bilangan iaitu lebih ramai wanita menjawat jawatan profesional dan pengurusan, tetapi masih wujud juga had sekatan yang tidak dapat ditembusi oleh wanita. Golongan wanita yang dianggap lemah dan emosi dijadikan sebab mereka tidak dibenarkan memegang jawatan yang penting didalam sesebuah organisasi. Malah pekerja wanita yang mempunya kemahiran kepimpinan dan berpengetahuan tinggi mengenai pengurusan sering diketepikan dan pihak organisasi lebih gemar memilih pekerja lelaki yang kurang berkemahiran. Pekara sebegini tidak seharusnya berlaku, kerana gender bukan sesuatu isu yang besar untuk dipersoalkan kebolehan pekerja wanita untuk memegang jawatan yang tinggi. Polisi sesebuah organisasi juga turut menimbulkan diskriminasi dikalangan pekerja wanita. Sesetengan organisasi mengutamakan kecantikan fizikal seseorang pekerja wanita untuk terus bekerja di organisasi tersebut. Sebagai contoh industri penerbangan negara ini masih mengamalkan diskriminasi terhadap wanita kerana melatakkan terma kecantikan paras rupa dalam pengambilan krew kabin wanita. Selain penampilan fizikal, diskriminasi gender berlaku melalui polisi terhadap wanita berkahwin, hamil, berat badan, umur pesaraan, kenaikan pangkat dan keperluan perubatan. Berdasarkan laporan Berita Minggu, satu kes diskriminasi gender telah dilaporkan mengenai diskriminasi gender yang berlaku di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang mana telah menetapkan supaya pramugari hanya dibenarkan mempunyai dua anak serta hak umur pesaraan pada usia 45 tahun. Beatrice Fernandez merupakan pramugari MAS yang dipecat kerana hamil dan enggan melatakkan jawatan bersesuaian dengan Persetujuan Bersama (CA) antara syarikat dan kakitangan yang mensyaratkan pramugari hamil meletakkan jawatan atau membolehkan majikan memecatnya jika enggan berbuat demikian. (Berita Minggu, 13 Mac
2005). Hal ini adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 8(2) yang menyatakan bahawa: Kecuali sebagaimana dibenarkan secara nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, ketururnan atau tempat lahir, atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan dibawah satu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuh atau menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan. (Perlembagan Persekutuan, m.s 8) Jelas menunjukan disini bahawa terdapat diskriminasi terhadap pekerja wanita walaupun pekara ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Hal sebegini tidak boleh dipandang ringan oleh organisasi mahupun pihak kerajaan bagi mengelakkan pekara yang lebih teruk akan berlaku. Selain itu langakah mengatasi perlulah diambil bagi membela pekerja wanita daripada terus tertindas.