Ucapan Dato’ Mohd Asri Hj. Muda (YDP Pas) dalam mesyuarat agung khas PAS pada 25 Disember 1977 selepas PAS disingkirkan daripada Barisan Nasional. Melalui ucapan ini, dapat disingkap sejarah bagaimana berlakunya krisis dalaman PAS (yang dikatakan telah dirancang oleh UMNO) dan kesempatan yang diambil oleh UMNO untuk menyingkirkan PAS daripada pakatan BN dan sekaligus melemahkan PAS sehingga membolehkan BN menguasai Kelantan melalui parti BERJASA sebelum UMNO menguasai kerajaan Kelantan sepenuhnya.
MUKADDIMAH Syukur kita kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana dengan rahmat dan inayahNya kita dapat berkumpul di pagi yang bersejarah ini untuk membincangkan satu masalah perjuangan bersama yang kita sama-sama maklumi. Dalam sejarah PAS, sudah dua kali muktamar khas pernah diadakan, pertama pada tahun 1954 membincang kan isu yang melibatkan kemerdekaan negara kita - dan kita menyokongnya - dan yang keduanya ialah untuk mengambil keputusan sama ada menyertai atau tidak kerajaan campuran pada tahun 1972 dan kita mengambil keputusan menyertainya. Ini adalah kali ketiga, iaitu setelah kita di luar Barisan Nasional semula. Hampir lima tahun kita menjadi sekutu dalam pemerintahan negara. Banyak pengalaman dan penjelajahan telah kita dapati yang menjadi asam garam ilmu yang sangat berfaedah kepada kita sebagai pejuang-pejuang Islam yang kompiten. Selama itu rasanya, tidaklah sesia kerana pada lahir dan batinnya kita telah menunaikan amanah dan sebanyak sedikit corak pemikiran bangsa kita sudah berubah, InsyaAllah, ke arah yang lebih menyenangkan dari prespektif Islam yang kita perjuangkan. Perkembangan PAS juga bertambah. la telah mengembangkan sayapnya dan kini berjumlah 109 kawasan. Dari segi kedudukan. Kita telah berhasil menempatkan petugas-petugas kita di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Johor. Pada hakikatnya masing-masing petugas itu telah melaksanakan tanggungjawab sedaya upaya mereka, sehinggakan kerana begitu baiknya, mereka disayangi oleh banyak pihak di samping tidak disenangi oleh pihak-pihak yang curiga kerana sebab-sebab tertentu yang Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita bersyukur kerana keseluruhan pejuang-pejuang Islam dalam PAS adalah padu, dan semangat juang mereka nampaknya tidak mudah patah atau luntur. Adapun bangkangan-bangkangan dari setengah-setengah pengikut parti, maka sebahagiannya tidak lain dari sebab cinta dan cemburu kepada parti sementara sebahagian yang lain adalah disebabkan 'vested interest' yang tertentu yang mudah saja dikenal oleh orang-orang kita semua. Muka 1 / 37
Adalah menjadi lumrah perjuangan di mana-mana saja, terdapat yang tahan uji dan ada yang cabut lari. PAS sudah makmur dengan pengalaman seperti ini, kerana ia adalah sebuah parti yang dewasa dalam usianya dan tidak luput dari ujian-ujian yang datang silih berganti dengan bentuknya yang berbagai.
CUBAAN DAN CABARAN Selepas UMNO, PAS - lah satu-satunya parti yang tertua dalam negara ini. Parti-parti yang sezaman dengannya telah menjadi mendiang. Yang ada sekarang hanya parti-parti baru. PAS lahir pada tahun 1951 dan sampai kini usianya lewat sesuku abad. Selama hayatnya 26 tahun, PAS telah menempuh dan melalui berbagai ujian dan cubaan yang pahit. Beranilah saya katakan bahawa kepahitan yang ditelan oleh PAS selama ini lebih hebat dari mana-mana parti pun yang masih wujud di Malaysia sekarang. Pemimpin-pemimpinnya pernah ditahan, diculik, dibuang daerah, diugut, dan berbagai lagi sehingga satu dua yang lemah imannya berpaling tadah dan menentang parti. Kerajaan yang dibinanya di Terengganu, dijatuhkan dengan cara yang kotor dan percubaan-percubaan yang dibuat terhadap Kerajaan PAS di Kelantan tidak kurang kotor dan hebatnya. Ketahanan PAS menghadapi cabaran-cabaran sengit sepanjang zaman yang dilaluinya itu, memberikan bukfi bahawa perjuangan PAS adalah benar dan meyakinkan. Dalam banyak hal, PAS tidak dapat memberikan kemudahan material kepada pengikut-pengikutnya sebagai satu usaha lahiriah bagi mengikat mereka dari terjebak dengan ikhtiar pihak lawan. Dari segi lahirnya, PAS adalah terdedah kepada apa saja tindakan, baik berbentuk terror atau berbentuk akta yang mungkin diluluskan atas nama demokrasi atau berbentuk Iain-Iain. Tetapi PAS mempunyai satu senjata maknawi yang tidak dapat dipatahkan, iaitu keimanan para pengikutnya terhadap aqidah perjuangan hingga sebahagian besar para mujahidnya berani hidup dan mati kerananya. Inilah bezanya antara PAS dengan parti lain. PAS mempunyai sasaran yang mutlak dalam perjuangannya, bagi mencapai mardhatil'lah. Sasaran tersebut tertulis jelas dalam undang-undang dasar PAS yang berbunyi: Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. (Fasal (2) 2.(1.))
Muka 2 / 37
Untuk mencapai cita-cita besar dan mutlak inilah kita berjuang. Sebagai satu panduan kita untuk bergerak, eloklah sebentar kita menoleh kembali cabarancabaran hebat yang pernah ditempuh oleh PAS. i)
Perletakan jawatan secara kontroversial oleh Yang Dipertua Agungnya yang pertama, Allahyarhamhu Tuan Haji Ahmad Fuad pada tahun 1954, iaitu setelah tiga tahun parti PAS lahir ke dunia. Peristiwa ini berlaku dalam satu muktamar khas di Bukit Mertajam yang diadakan untuk menentukan sikap PAS bagi menghadapi perkara yang dihadapi masa itu -sama ada menyokong saranan Tunku Abdul Rahman yang menganjurkan Konvensyen Nasional bagi menuntut kemerdekaan, atau mengikut cadangan Allahyarhamhu Datuk Sir Onn bin Jaafar yang menganjurkan Konferensi Nasional. Muktamar tersebut telah mengambil keputusan majoriti untuk menyokong saranan Tunku. Akibatnya Allahyarhamhu Tuan Haji Ahmad Fuad yang menyokong Datuk Sir Onn, telah merasakan beliau sudah tidak dipercayai lagi oleh para pengikutnya, lalu meletakkan jawatannya. PAS kehilangan pemimpin, dan terpaksa bersusah payah mencari gantinya hinggalah beberapa waktu kemudian barulah didapati. Beliau ialah Allahyarhamhu Prof. Dr. Burhanuddin Alhelmy.
ii)
Komplot menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Trengganu pada tahun 1962, yang nampaknya mengge-garkan negara dan pihak PAS sendiri. Peristiwa ini sedikit sebanyak telah dianalisa sebagai peristiwa yang penting kerana hanya mulai 1959, kira-kira tiga tahun sebelum peristiwa itu baru wujud kerajaan Negeri yang diperintah oleh parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.
iii)
Beberapa orang pemimpin PAS, termasuk Yang Dipertua Agungnya Prof. Dr. Burhanuddin ditangkap atas tuduhan terlibat dalam penggulingan Kerajaan dan menyokong Sukarno. Kejadian tersebut menjelang za-man konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia tahun 1963. Akibat dari tahanan tersebut. Prof. Dr. Burhanuddin terus uzur hinggalah beliau meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
iv)
Wafatnya Prof. Zulkifli Muhammad secara trajis dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri bersama isterinya pada tahun 1964. Kepergian pemimpin yang di-sayangi itu ditangisi oleh kawan dan lawan, dari semua bangsa, khususnya para pengikut PAS yang masih dahaga-kan pimpinannya. PAS dan negara kehilangan seorang puteranya yang dedikasi tegas dan berkalibar. Prof. Zulkifli. Muka 3 / 37
Setiausaha yang pertama Kolej Islam Malaya dan juga sebagai pensyarahnya yang masa itu bertempat di Kelang, Selangor sajiggup meninggalkan jawatannya untuk berjuang sepenuh masa dalam politik Islam. v)
Usaha penggulingan Kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1968 yang terkenal dengan peristiwa Turn about turn, di mana pelanunan terhadap manusia politik dilakukan oleh pihak parti• berkuasa satu peristiwa yang menjadi ingatan kepada rakyat di seluruh negara. Kejadian ini tidak mudah dilupakan kerana beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri PAS dicolek dan dibawa ke Kuala Lumpur, lalu dihadapkan di hadapan kaca televisyen dan radio supaya membuat pengakuan dengan sumpah meninggalkan PAS dan menyokong pihak lawan. Bagai-manapun, berkat keimanan masingmasing mereka telah menyeberang pulang ke pangkuan PAS menjelang sidang Dewan Undangan Negeri di Kota Bharu, pada 20 Sept. 1968.
vi)
Kempen 'menawan Kelantan' dalam pilihan raya 1969 di mana merupakan satu kempen yang terbesar dan arrogan dalam sejarah. Sebuah manifesto khas dikeluar-kan untuk Kelantan dengan janji belanja keseluruhannya lebih dari 500 juta. Masa itu kelihatannya PAS akan musnah sama sekali. Pemuda-pemuda tahan lasak berkeliar-an untuk melakukan apa sahaja bagi mematahkan setiap aktiviti kempen pihak PAS. Hasilnya mereka mendapat dua kerusi tambahan dalam dewan negeri.
vii)
Isu kemasukan PAS dalam kerajaan Campuran yang bermula dalam satu muktamar dalam tahun 1972. Isu ini menyebabkan timbul pertentangan terbuka antara golongan yang menyokong dan yang menentang. Setengah orang berpendapat bahawa masalah tersebut adalah paling besar dan berat pernah dihadapi oleh PAS. Namun muktamar telah memberikan persetujuannya dengan syarat mesti-lah dikaji dari masa ke semasa.
Kini kita menghadapi ujian nombor lapan. Cabaran dan masalah kali ini merupakan kemuncak dari segala cabaran dan boleh dikatakan ianya paduan dari semua cabaran yang telah lalu. Cabaran kali ini walaupun kelihatannya mendadak, tetapi prasarananya telah disediakan beberapa tahun semasa dan sebelum lahirnya Kerajaan Campuran yang kemudiannya menjadi Barisan Nasional. Dengan sebab itu walaupun kejadiannya berlaku dalam masa yang tidak berapa panjang, namun ia telah pun menelan korban tenaga, pemikiran, perhatian yang bukan sedikit dan terpaksa diakui bahawa dalam tempoh tertentu masa itu
Muka 4 / 37
bukan kecil pula imej dan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS terjejas. Peristiwa ini juga dari satu segi, seolah-olah telah menutup perhatian dan pendengaran atas krisis-krisis parti lain dan juga terhadap krisis-krisis PAS yang telah lalu. Dalam kebanyakan hal, kita seolah-olah sedang berlegar dalam jerangkap samar yang dipasang melalui 'grand design' anasir komunis. Kita melihat hakikatnya apabila kita memerhatikan kelangsungannya perjalanan usaha penghancuran mana-mana saja pihak yang agak menonjol yang mereka fikir akan menjadi penghalang kepada perkembangan pengaruh atau kemajuan usaha mereka. Memang benar, diantara yang dianggap para pemimpin mereka telah diamankan, tetapi masih terdapat kaki tangan mereka, dan di samping itu kempenkempen mereka dan garis-garis yang disediakan dengan rapi itu terus berjalan. Sungguh ironi manakala masih terdapat orang-orang yang tidak yakin terhadap wujudnya rancangan-rancangan yang tidak kelihatan seperti ini. Lantas mereka berpendapat bahawa segala macam yang berbentuk mengancam keselamatan perpaduan dan negara yang tidak kelihatan itu sebagai mengadakan sesuatu yang tidak ada. Dalam masa lima tahun terakhir, kita menyaksikan setengah-setengah pemimpin yang anti komunis satu demi satu dijatuhkan. Dalam hubungan ini parti PAS merupakan sebuah parti yang tidak pernah kompromi terhadap faham komunisme dan sosialisme/marxisme leninisme, dan pemimpin pemimpinnya yang sedarkan hal ini tentu tidak dapat ditundukkan. Penghancuran boleh dilakukan melalui berbagai cara. Tetapi penghancuran terhadap sesebuah organisasi paling effektif jika dilakukan dari dalam. Sebuah gunung pejal akan memakan masa bertahun-tahun untuk meruntuhkannya dengan cara menyerangnya dari luar. Tetapi jika diletupkan dari dalam ia tidak akan memakan masa lebih lama untuk hancur berkecai.
KELANTAN DAN PERGOLAKAN POLITIK Peristiwa Kelantan sama sekali tidak terlepas dari andaian ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Kelantan merupakan kubu Parti Islam yang paling pejal. Oleh yang demikian, kepejalan itu mesti dileburkan, sekurang-kurangnya dilumpuhkan atau pun dilemahkan. Itulah juga apa yang berlaku sepanjang dua kali pilihanraya - 1964 dan 1969 - iaitu sebelum kita memasuki Barisan Nasional. Jawapan terakhir bagi segala percubaan dan sepak terajang itu diberikan oleh rakyat sendiri.
Muka 5 / 37
Dengan lahirnya Barisan Nasional maka pilihanraya tahun 1974 adalah merupakan pilihanraya yang berseja-rah. Suasana pilihanraya berjalan lancar dengan tenteram, tidak terdapat lagi ugutan dan tangkapan oleh pihak berkuasa sebagaimana pada beberapa pilihanraya sebelumnya. Masing-masing pihak berusaha memberikan kerjasama dan menunjukkan kejujurannya sama ada dengan ikhlas atau tidak. Dalam pilihanraya ini Barisan Nasional memperoleh kejayaan 100% di Kelantan dan sebagaimana pada era sebelumnya PAS tetap memiliki majoriti yang menentukan dalam Dewan Undangan Negeri. Rakyat di Kelantan telah meletakkan harapan yang sangat besar kepada Barisan Nasional dan mereka turut merasa berbahagia atas bercantumnya dua golongan masyarakat PAS dan UMNO, bagi sama-sama mencurahkan khidmat bakti kepada mereka. Mereka mengimpikan akan dapat melihat berjayanya pembangunan jasmaniah dan rohaniah yang seimbang, menuju matlamat bersama: Kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Era ini dikenal sebagai era 'action-oriented', dan sebagai pemegang saham terbesar dalam Barisan Nasional di Kelantan, PAS merasa dirinya berkewajipan mengemukakan muka-muka yang benar-benar mempunyai keupayaan bagi menjalankan tugas dan amanah suci membentuk kerajaan untuk menghadapi cabaran zaman, dan PAS membuat pilihan sesuai dengan ketentuan dalam perlembagaan PAS sendiri dan selaras dengan semangat Barisan Nasional atas keyakinan terhadap kejujuran yang diharapkan dari semua pihak. Pembentukan kerajaan di semua negeri di Semenanjung telah berjalan dengan lancar dengan tidak ada sesuatu masalah pun yang timbul, termasuk pembentukan kerajaan di Pulau Pinang oleh Parti Gerakan Rakyat Malaysia atas nama tiket Barisan Nasional. Tetapi malangnya, tidak demikian halnya dengan pembentukan kerajaan di Kelantan. Suatu masalah yang rumit telah timbul. Sengaja ditimbulkan oleh satu golongan tertentu. Atas nasihat dua orang tokoh UMNO Kelantan yang mempunyai ambisi besar, pimpinan Barisan Nasional telah menolak pilihan PAS, yang tentu saja dengan seribu satu alasan yang sengaja dicari-cari. Dan untuk pengetahuan kita bersama, salah seorang dari tokoh yang dimaksud itu, sekarang ini sedang diamankan kerana dianggap terlibat dengan kegiatan komunis yang mengancam keselamatan negara yang kita cintai ini. Kita telah berusaha mengadakan rundingan dengan pihak pimpinan Barisan Nasional di Kuala Lumpur untuk memecahkan kebuntuan ini dan seterusnya kita diminta datang ke Kota Kinabalu untuk melanjutkan perundingan, kerana kebetulan dengan kunjungan pimpinan Barisan Nasional ke Sabah. Demi untuk menghormati semangat Barisan Nasional kita memenuhi panggilan ke Kota Kinabalu, tapi di Muka 6 / 37
sana kita hanya untuk mendengar bahawa perbincangan ditangguhkan hingga kembali di Kuala Lumpur. Rupa-rupanya ada tokoh-tokoh yang menasihatkan supaya perundingan jangan dilanjutkan sebelum berjumpa dengan mereka, di mana mereka telah mengemukakan pencalonan Datuk Haji Mohammad bin Nasir dari PAS kepada pihak pimpinan Barisan Nasional untuk membentuk dan memimpin kerajaan Kelantan. Pencalonan itu diterima dan direstui oleh pimpinan Barisan Nasional, dan Datuk Haji Mohamad Nasir sendiri juga menerima pencalonannya, walaupun sebelumnya beliau telah menyatakan kepada pihak Perhubungan PAS Negeri Kelantan bahawa beliau tidak ingin dicalonkan untuk memegang sesuatu jawatan. Bagi kita hal ini adalah merupakan ujian pertama terhadap survival Barisan Nasional yang kita sendiri ikut membinanya itu. Demi untuk memelihara perpaduan dan ke-harmonian dengan perasaan yang terlalu pahit PAS sekali lagi terpaksa memberikan pengorbanan yang menyinggung kewibaannya sebagai satu parti politik yang mempunyai identitinya sendiri. Fait a comply dihadapkan kepada kita. Dan kita terima perlantikan Datuk Haji Mohammad bin Nasir menjadi Menteri Besar Barisan Nasional di Kelantan. Sesudah perlantikan berlangsung, kenyataan yang pertama dari beliau ialah: 'Saya bukanlah Menteri Besar lantikan dari PAS, tapi saya adalah Menteri Besar lantikan dari Barisan Nasional' dan sejak dari itu bermulalah suatu sejarah baru bagi kerajaan Kelantan, yang klimaksnya sebagaimana yang sudah diketahui bersama. Selepas kerajaan Barisan Nasional ditubuhkan, minat dari pihak penghancur tetap tidak berubah. Manouvre politik dibuat untuk melemahkan PAS, parti yang memerintah negeri. Salah satu yang menonjol ialah buku 'Politik dan Dilema Pembangunan Kelantan' yang diterbitkan tidak berapa lama selepas Kerajaan Barisan Nasional dibentuk. Buku itu mendedahkan keberanian mereka, dan keberanian tersebut dibuat mungkin atas perhitungan bahawa PAS sudah hampir musnah akibat perpecahan yang berlaku. Buku itu terang dan jelas membawa mesej UMNO yang pertama dikemukakan dalam pilihanraya 1964 dan kemudiannya dalam tahun 1969. la juga dengan beraninya mendedahkan siapa dan siapa yang terlibat di sebalik penyusunan buku itu. Dari satu aspek lain, Kelantan merupakan gelanggang pertarungan dari dua penjuru dalam bentuk yang berasingan. Satu penjuru adalah pertarungan terbuka antara PAS dan UMNO - Perikatan. Pihak PAS mempertahankan diri dalam pertarungan ini, sementara pihak UMNO bermati-matian untuk merampas negeri itu dari tangan PAS. Dari segi lain, pertarungan sesama sendiri dalam perebutan kuasa dalam pimpinan UMNO Pusat. Negeri Kelantan secara kebetulan dijadikan medan perjudian kerana ada di antara pemimpin UMNO yang berasal dari Kelantan dikatakan mempunyai potensi untuk menjadi pemimpin negara suatu
Muka 7 / 37
masa kelak. Dengan erti kata lain, gelanggang Kelantan boleh menentukan masa depan pucuk pimpinan negara Malaysia. Bagi mencapai maksud besar tersebut, PAS tidak dapat tidak mesti dihancurkan. Hanya melalui puing-puing kemusnahan PAS itu barulah boleh dijadikan tapak melangkah dan pangkalan bergerak untuk belayar bagi menuju dan mencapai pulaunya. Cumanya mereka silap perhitungan, kerana perebutan pangkalan tersebut tidak semudah yang dijangkakan, dan lambat laun bisa menenggelamkan kapal mereka sendiri. Apabila Barisan Nasional ditubuhkan, maka terbukalah suatu peluang bagi mengeksploitasikan kelemahan pimpinan Kerajaan Negeri sebagai alat menghancurkan kekuatan PAS dari dalam. Mereka menggunakan senjata kita sendiri. Patutlah diakui dengan terus terang bahawa dengan senjata barunya kali ini menyebabkan berlakunya semacam kejejasan dalam beberapa aspek perjuangan PAS, terutama Kerajaan Negerinya, pimpinan dan pemimpinnya. Tetapi Allah S.W.T. maha mengetahui dan maha adil kerana walaupun demikian, namun para pengikut PAS masih bersifat 'teras' dalam perjuangan dan pantang mundur, apabila mereka pantang mundur dalam saat-saat yang paling genting seperti ini, maka mereka layaklah dianggap sebagai panglima-panglima jihad yang tulen. Ujian yang paling baik dapat ditentukan dengan dua keadaan, keadaan susah dan keadaan senang lenang. Banyak orang yang tahan menghadapi ujian kesusahan, tetapi jarang orang yang tahan menghadapi ujian kesenangan. Apabila kedua-dua ujian itu kita mampu menghadapinya, maka merekalah mujahid yang sebenarnya.
ÇÌÈ tûüÎ/É‹»s3ø9$# £`yJn=÷èu‹s9ur (#qè%y‰|¹ šúïÏ%©!$# ª!$# £`yJn=÷èu‹n=sù ( öNÎgÎ=ö6s% `ÏB tûïÏ%©!$# $¨ZtFsù ô‰s)s9ur dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. Al Ankabut : 3 Pihak yang berwajib yang bertanggungjawab dalam PAS sedar bahawa keadaan yang demikian jika dibiarkan berpanjangan, akan melumpuhkan perjuangan PAS dalam jangka pendek dan jangka panjangnya. Mereka telah berusaha menyelamatkan keadaan. Tidak ada lain maksud, kecuali menunaikan tanggungjawab penyelamatan itu. Mereka lalu berusaha menukarkan pimpinan kerajaan yang nyata bukan saja telah diperalatkan malah menyeleweng dari khittah perjuangan parti.
Muka 8 / 37
Mungkin ada pihak yang menimbulkan masalah 'masa' dan 'cara' dalam tindakan ini. Tetapi, 'masa' ini adalah paling baik dari masa-masa yang lalu dipandang dari perspektif perpaduan PAS, dan jika ditunggu lebih lama lagi, menurut perhitungan kita; jarum-jarum yang dicocokkan itu akan bertambah kukuh dan sendi tulang Kerajaan dan perjuangan PAS akan semakin lemah. Faktor-faktor yang timbul dari tindak tanduk yang berlaku ini dirumuskan dan didapati bahawa 'masa' ini adalah sebaik-baiknya, sekurang-kurangnya paling baik dari masa-masa yang tidak baik sebelum atau sesudahnya. Demikian pula mengenai cara, bahawa dalam sesebuah negara demokrasi seperti yang diamalkan di negara ini, maka 'cara' yang kita buat adalah berlandaskan asas tersebut. Tidak dapat disangkal bahawa ini adalah keras, tetapi tiada pilihan lain dalam konteks tindakan ini. Kita dapati ketebalan pengaruh musuh ke atas 'orang kita' yang telah diperkudakan itu, adalah sukar untuk dikikis lagi. Pengaruh mereka sudah menjunam mencengkam ke dalam diri orang yang berkenaan, sehinggakan sudah sampai ke tahap sanggup menghancurkan Kerajaan PAS itu sendiri yang diperjuangkan olehnya dan oleh ahli-ahli PAS sejak sebelum atau pada mulai tahun 1959 itu. Yang mau diselamatkan nampaknya ialah dirinya sendiri dengan alasan apa yang di namakan kepentingan rakyat Kelantan. Semua ini kita ukur sebaik-baiknya. Ketepatan ukuran dan perhitungan ini dibuktikan sendiri oleh Datuk Haji Mohammad bin Nasir bila beliau mengakui satu persatu sewaktu mesyuarat Jawatankuasa Agung pada 26 September, 1977. Beliau berkata, memang beliau berusaha memujuk dan rnenawar orang-orang PAS agar menyokongnya dalam pengertian tertentu “agar menyela-matkan dirinya”. Mendengar pengakuan ini, lebih-lebih lagi apabila beliau didapati tidak menunaikan janji dan ikrar untuk sama-sama menghadiri mesyuarat pada 29 September itu, juga ikrar damai yang diputuskan dalam sidang 26 September, maka saya sebagai yang Dipertua Agung, tidak ragu-ragu lagi untuk memberi undi pemutus pada mesyuarat 29 September.
3“t•÷zW{$# ’n?tã $yJßg1y‰÷nÎ) ôMtót/ .bÎ*sù ( $yJåks]÷•t/ (#qßsÎ=ô¹r'sù (#qè=tGtGø%$# tûüÏZÏB÷sßJø9$# z`ÏB Èb$tGxÿͬ!$sÛ bÎ)ur
( (#þqäÜÅ¡ø%r&ur ÉAô‰yèø9$$Î/ $yJåks]÷•t/ (#qßsÎ=ô¹r'sù ôNuä!$sù bÎ*sù 4 «!$# Ì•øBr& #’n<Î) uäþ’Å"s? 4Ó®Lym ÓÈöö7s? ÓÉL©9$# (#qè=ÏG»s)sù ÇÒÈ šúüÏÜÅ¡ø)ßJø9$# •=Ïtä† ©!$# ¨bÎ)
dan jika dua puak dari orang-orang Yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap Yang lain, maka lawanlah puak Yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya Dengan adil (menurut hukum
Muka 9 / 37
Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam Segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. Al Hujurat : 9 Sebenarnya mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Agung pada 26 September itu, setelah mengkaji dan berbahas dengan panjang lebar, telah mengambil keputusan dengan sebulat suara bagi menyelesaikan krisis PAS Negeri Kelantan itu dengan penuh rasa muhibbah dan ukhuwah Islamiah dan pihak yang bertentangan telah dengan rela hati bermaaf-maafan dan berdamai (sulh) yang mengandungi makna yang sangat tinggi nilainya dalam konteks perpaduan dan perjuangan, di mana pihak Datuk Haji Mohamad bin Nasir diminta menarik balik semua tuduhan yang dihadapkan kepada pemimpin-pemimpin dan parti PAS dengan cara terbuka; sementara pihak ahli-ahli Dewan Negeri PAS Kelantan dan Perhubungan PAS Kelantan menarik balik usul undi tidak percaya terhadapnya. Dan dengan demikian langkah memecatnya pun tidak akan diteruskan. Datuk Haji Mohamad telah meminta tempoh sehingga 29 September untuk membuat pernyataan itu. Dalam tempoh tersebut telah dipersetujui bahawa keduadua pihak tidaklah dibolehkan membuat sebarang kenyataan akhbar atau berucap di mana-mana majlis bagi mengelakkan daripada berbangkit semua persoalan itu. Mesyuarat tersebut ditamatkan dengan salam bersalaman yang penuh mesra. Tetapi malangnya janji dan ikrar bersama pada 26 September itu telah dinodai oleh beliau sendiri, dengan kenyataan-kenyataan akhbarnya dan ucapannya kepada pelajar-pelajar di Kuala Lumpur pada 27 September, juga ucapannya dalam sebuah rapat umum di Pasir Mas pada 28 September. Semuanya ini merupakan bukti-bukti yang nyata bagi sesiapa sahaja yang dengan ikhlasnya ingin mencapai penyelesaian apalagi jika kita kembali mengingatkan pengakuan seperti yang saya sebutkan terdahulu dari ini, pengakuan mana telah dilakukan di hadapan mata dan telinga ahli-ahli jawatankuasa kerja agung sendiri, walaupun ada di antara mereka yang hadir itu tetap tidak setuju beliau dipecat. Jawatankuasa agung telah mengambil langkahnya dengan penuh cermat dan teliti hatta terpaksa mengakui kesilapan tekniknya sendiri dalam menghitung jumlah undi dan terpaksa mengadakan mesyuarat semula bagi membetulkan kesilapan teknik itu. Saudara-saudara yang hadir pun sedia maklum betapa soal kesilapan teknik telah dijadikan ejekan oleh setengah-setengah pihak tertentu, tetapi demi untuk mencapai penyelesaian yang jernih dan bersih, Jawatankuasa Kerja Agung dengan berani menghadapi segala-galanya.
Muka 10 / 37
Berkait dengan soal pemecatan Datuk Haji Mohammad bin Nasir dari ahli PAS ada suatu perkara yang menarik perhatian yang mungkin jika tidak diberi penjelasan akan memperliar lagi tohmah dan tuduhan terhadap pemimpin PAS, iaitu mengenai mesyuarat Jawatankuasa Pusat Dewan Ulama PAS pada 9hb Oktober 1977, yang telah membuat keputusan berhubung dengan pemecatan tersebut, di mana mesyuarat Jawatankuasa Agung pada 19 Oktober 1977 telah membuat keputusan yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Dewan Ulama itu. Akibatnya telah menimbulkan tuduhan bahawa Jawatankuasa Agung PAS tidak mengendah dan mengenepikan nasihat dari Dewan Ulama PAS sendiri, dan beberapa orang ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat telah meletak jawatan masing-masing. Terlepas dari persoalan teknik tentang adanya mesyuarat Dewan Ulama itu, saya terpaksa memberi sedikit penjelasan tentang fungsi Dewan Ulama di dalam PAS. Sebagai badan Ulama yang sama-sama kita hormati, ianya telah diberi suatu fungsi yang amat penting sebagai tempat meminta atau memberi nasihat atau pendapat di dalam masalah hukum-hukum Islam, agar PAS sebagai sebuah parti politik Islam dalam perjalanannya tidak terkeluar dari landasan Islam. Demikianlah ketika sebelum kita memutuskan di dalam muktamar khas dahulu, sama ada bersetuju atau tidak menyertai di dalam kerajaan campuran yang terdiri dari berbagai-bagai golongan kaum dan agama, maka kepada Dewan Ulama telah dirujukkan untuk mendapat pandangan yang sahih dari segi hukum Islam, Maka Dewan Ulama dengan penuh tanggungjawab telah menjalankan tugasnya mengkaji secara mendalam, sesuai dengan kehendak hukum Islam, yang akhirnya memberikan pendapat bahawa menyertai kerajaan campuran adalah "harus" (mubah). Dengan berdasarkan pendapat itu muktamar khas PAS telah membahas dengan panjang lebar pula dari segi politik dan implikasinya di mana akhirnya muktamar khas itu telah mencapai keputusan bersetuju PAS ikut serta di dalam kerajaan campuran di semua peringkat. Amanah dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Dewan Ulama itu sesuai dengan kandungan perlembagaan PAS fasal 40 ceraian (2) mengenai tugas dan tanggungjawab Dewan Ulama. Adapun berkenaan dengan pemecatan ahli, segala syaratnya telah dijelaskan dengan terang di dalam Perlembagaan PAS dengan kaedah, aturan dan sebagainya. Berdasar kepada kehendak-kehendak Perlembagaan itu, PAS di dalam sejarahnya pernah mengambil langkah-langkah disiplin terhadap ahlinya, ada yang digantung keahliannya di dalam tempoh tertentu, dan ada pula yang dipecat terus dari ahli. Langkah-langkah seperti itu tidak pernah menimbulkan sebarang keraguan dan kesangsian. Sebab sebagai sebuah parti politik, disiplin adalah merupakan perkara yang amat mustahak bagi menjamin agar pertubuhan itu tidak dikhianati, dihancurkan atau terjejas. Langkah disiplin terhadap seseorang ahli PAS seperti yang telah diambil terhadap Datuk Haji Muhammad bin Nasir merupakan setakat ini kemuncak dari langkah jaminan menyelamatkan parti. Kekeliruan di dalam mentafsirkan perlembagaan oleh sebahagian dari kita adalah Muka 11 / 37
perkara biasa. Demikianlah anggapan saya tentang kekeliruan mentafsirkan fasal 40 ceraian (2) Perlembagaan PAS itu. Sebagai anggota parti politik kita haruslah dapat memahami persoalan ini dengan jujur dan amanah. Penterjemahan kita terhadap fasal-fasal di dalam Perlembagaan kita hendaklah dirangkaikan dengan pandangan yang luas dan menyeluruh terhadap kandungan penuh Perlembagaan itu sendiri. Allah tetap memelihara dan menguatkan pertubuhan kita selagi kita sanggup diikat oleh nizam yang kita sendiri berpegang di dalam lingkungan perjuangan yang lebih luas dan suci. Dengan suluhan-suluhan yang awal dan kemudian terbukti tepat inilah maka ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan membuat keputusan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan itu. Surat kata dua itu sesungguhnya masih bersifat rahsia. Tidak ada sesiapa yang tidak berkenaan mengetahuinya. Tetapi pada 14 September, menjelang Hari Raya Puasa yang keramat, Datuk Haji Mohammad Nasir rupa-rupanya telah mendedahkannya kepada pihak akhbar. Pendedahan tersebut dikepilkan dengan tuduhan-tuduhan yang mengan-dungi fitnah jahat. Tuduhan-tuduhan lapuk itu pernah beberapa kali dibangkitkan oleh musuh-musuh politik PAS pada masa lalu. Oleh kerana tuduhan dan fitnah tersebut sangat berat serta membabitkan nama baik pimpinan PAS dan mengancam kredibiliti Kerajaan PAS Kelantan dan pemimpin-pemimpinnya selama ini, kecuali Datuk Haji Mohammad Nasir yang sebelum ini pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar selama dua kali pemerintahan; maka sebagai yang Dipertua Agung dan juga sebagai Menteri Besar dulu, saya telah menjawab bagaimana tersiar dalam akhbar-akhbar dua hari kemudiannya. Jawapan dalam akhbar-akhbar tentu tidak sepenuhnya tersiar dan dalam gelombang yang sedemikian hebat tentu tidak mendapat perhatian yang sebaikbaiknya. Kerana itu izinkanlah saya memberi jawapan secara lebih teratur kepada para perwakilan sekalian tentang tuduhan fitnah itu dan hakikat disebaliknya.
TIGA TUDUHAN Di antara beberapa banyak tuduhan dan fitnah yang telah dilemparkan oleh Datuk Mohammad bin Nasir terhadap partai PAS dan pemimpin-pemimpinnya adalah berhubung dengan tiga perkara yang tidak putus-putus disebutnya. Saya rasa dalam hal ini saudara-saudara sekalian memerlukan gambaran yang sebenarnya tentang perkara-perkara tersebut.
Muka 12 / 37
Pertamanya soal Syarikat Timber Mine. Dalam tahun 1964 Kerajaan PAS Kelantan telah pun menganjurkan suatu rancangan untuk membangunkan ekonomi negeri Kelantan. PAS sedar bahawa negeri Kelantan adalah salah satu daripada negeri yang termiskin di Semenanjung Malaysia ini. Adalah diketahui bahawa Kerajaan Kelantan tidak berkeupayaan untuk menyelenggarakan rancangan perekonomian yang memerlukan modal yang banyak khususnya di dalam menjayakan rancangan-rancangan tanahnya. Negeri Kelantan pada hakikatnya mempunyai tekanan penduduk yang kuat oleh kerana hampir 65% bilangan penduduknya terdapat di dataran Kelantan atau 'Kelantan Food Plain' yang hanya berjumlah lebih kurang 18% sahaja dari muka bumi negeri Kelantan. Untuk mengatasi masalah tekanan penduduk ini, Kerajaan PAS Kelantan telah pun berusaha untuk membuka kawasan tanah yang luas di Kelantan Selatan. Oleh kerana kawasan yang digelar oleh orang-orang Kelantan 'tempat jin bertendang' ini sangat sukar untuk diusahakan maka sangatlah perlu dan penting diadakan prasarana yang secukupnya bagi menjayakannya. Kesemua ini memerlukan modal yang banyak dan hanya dapat dilaksanakan secara ekonomis dalam bentuk suatu projek yang besar. Bagi menjayakan rancangan ini Kerajaan PAS Kelantan telah pun mengeluarkan kebenaran kepada sebuah syarikat bernama TIMBERMINE untuk mengeluarkan hasil kayu-kayan di dalam kawasan yang dicadangkan bagi pembangunan tersebut. Syarat-syarat yang dikenakan kepada mereka adalah syarat-syarat yang lazim dikenakan oleh Kerajaan, dan selain daripada itu mereka hendaklah membina jalan-jalan yang akan menjadi milik awam. Kawasan-kawasan awam seperti sekolah, hospital, masjid dan Iain-lain hendaklah juga disediakan oleh mereka mengikut jadual-jadual tertentu, termasuk juga pemberian biasiswa untuk bumiputera. Syarikat tersebut telah disyaratkan supaya mengeluarkan hasil hutan dengan segera mengikut jadual dan mereka dikehendaki menyerah balik kawasankawasan tersebut kepada Kerajaan bagi membolehkan Kerajaan menjalankan projek-projek pembukaan tanah negeri di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan. Bagi membuktikan bahawa syarikat ini mempunyai kesanggupan untuk mengusahakan rancangan ini, maka mereka dikehendaki membayar pendahuluan atau 'prepayment' kepada tribute yang mesti dikenakan oleh Kerajaan terhadap hasil kayu kayannya. Ini telahpun dilakukan dan pihak Kerajaan PAS Kelantan telah menggunakan wang tersebut untuk kemajuan negeri. Usaha yang radikal inilah yang telah dilaung-laungkan oleh UMNO di dalam pilihanraya 1964 sebagai
Muka 13 / 37
satu gadaian tanah oleh Kerajaan PAS Kelantan. Inilah dia 'senjata sulit' UMNO di dalam usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Kelantan. Perkara ini telah pun dibawa ke Mahkamah Tinggi Persekutuan. Keputusan telahpun diberikan. Selain daripada mengakui bahawa tanah tersebut bukan digadai, Mahkamah juga telah melanggar (mendedahkan?) beberapa syarat-syarat perjanjian yang memungkinkan Kerajaan Negeri boleh membatalkan perjanjian itu, sekiranya pihak syarikat me-langgarnya, tanpa melibatkan ganti rugi dan sebagainya. Pada mulanya syarikat ini telah menjalankan usaha mereka dengan baik. Akan tetapi selepas beberapa waktu mereka telah menghadapi berbagai masalah di mana mereka telah melanggar beberapa syarat-syarat perjanjian dengan Kerajaan. Dengan hal yang demikian pihak Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Ishak Lotfi telahpun membuat rancangan bagi menarik balik kawasan tersebut. Usaha ini telah diteruskan selepas pilihanraya 1974 dan EXCO negeri Kelantan di bawah pimpinan Datuk Haji Muhammad bin Nasir telahpun membuat keputusan menarik balik kawasan tersebut TANPA SEBARANG GANTIRUGI. Di samping itu satu kawasan seluas 30,000 ekar dari kawasan itu telahpun disediakan untuk FELDA. Kenyataan akhbar telahpun dikeluarkan oleh Datuk Mohammad bin Nasir sendiri pada tahun 1975 dan kesemua pihak khususnya PAS telah menyokong tindakan itu. Pe-muda PAS Negeri Kelantan telahpun menyuarakan sokongan penuhnya kepada tindakan itu. Tetapi sebelum sempat keputusan EXCO itu dilaksanakan, Allahyarhamhu Tun Abdul Razak telahpun meminta supaya Kerajaan Negeri Kelantan berunding untuk membayar saguhati kepada syarikat tersebut bagi mengelakkan perkara ini berlanjutan di Mahkamah. Pihak EXCO Kelantan pada awalnya tidak setuju untuk berbuat demikian, akan tetapi bagi menjaga hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya telah bersetuju berbuat demikian. Sesudah berunding beberapa lama maka saguhati sebanyak S3.5 million telah diberikan kepada Timbermine dan wang ini telah dipinjamkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan. Manakala ini dilaksanakan, secara mendadak Datuk Haji Mohammad bin Nasir bersama-sama dengan beberapa orang tokoh-tokoh UMNO Kelantan telah mengisytiharkan kepada rakyat bahawa beliau telah menebus kawasan balak yang telah 'DIGADAI' oleh pemimpin-pemimpin PAS. Maka timbullah kembali 'Senjata sulit' UMNO yang pernah mereka gunakan dulu. Cuma kali ini diambil alih peranannya oleh orang PAS sendiri, Datuk Haji Mohammad bin Nasir namanya. Bukan itu saja; bahkan dituduh pula bahawa orang-orang PAS menentang
Muka 14 / 37
rancangannya mengambil kembali kawasan tersebut. Bukankah ini suatu penipuan sejarah namanya? Perkara kedua ialah Kawasan Membalak di Sempadan Kelantan-Perak yang sering dilaung-laungkan oleh Datuk Mohd. bin Nasir Konsesi ini telah diberikan kepada Syarikat Ric-Seng bagi mengeluarkan kayu-kayan. Syarat-syarat yang telah dikenakan kepada syarikat ini ialah selain daripada royalti yang biasa dikenakan kepada pembalak-pem-balak, membayar tribiut kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC) dan membayar prepayment tribiut maka syarikat diwajibkan juga membina sebatang jalan raya kelas yang diiktiraf oleh J.K.R. menghubungi Sungai Siput di Perak dengan Gua Musang di Kelantan. Mengikut rancangan, jalan ini akan diteruskan oleh Kerajaan untuk menghubungi Kuala Krai di utara dan Kuala Lipis, Pahang di selatan. Perbelanjaan membina jalan ini pada ketika itu adalah dijangka akan menelan belanja berpuluh-puluh juta ringgit. Sekarang sebahagian dari jalan itu telah dibina. Kerajaan PAS masa itu memang sedar bahawa kawasan itu merupakan satu kawasan yang punya potensi baik dari segi pembangunan, sebab itulah kawasan ini perlu dibuka. Tindakan yang praktis mestilah dilaksanakan bagi menjamin potensi growth-area ini dimajukan. Kita tidak mahu kekayaan Mat Jenin dan kita tidak mahu rakyat kenyang di telinga, lapar di perut. Masalah membalak di kawasan ini sebenarnya tidak timbul. Semasa kawasan ini diisytiharkan sebagai kawasan panas, memang wajar sekali Kerajaan membekunya. Tidak ada siapa baik PAS maupun UMNO yang menentangnya. Manakala keadaan mula tenteram semula dan kawasan-kawasan yang sama di Negeri Perak telah dibuka semula dengan kawalan khas, tidak ada siapa yang ambil pusing. Tidak bergerak air pun di kalangan orang-orang PAS Kelantan. Malah Datuk Mohammad bin Nasir dan EXCOnya sendiri telah mencairkan lebih kurang 20,000 kawasan membalak di kawasan tersebut beberapa bulan sebelum krisis Kelantan berlaku. Yang pokoknya ialah masalah jalan. Jalan ini sebenarnya adalah jalan yang dulunya dirancangkan oleh Kerajaan Persekutuan sendiri bagi menghubungi Sungai Siput di Perak dengan Gua Musang di Kelantan. lanya juga merupakan jalan 'TIMUR-BARAT' yang asal dan dirancangkan untuk menghubungi tiga penjuru, Kuala Berang, Trengganu di Timur, Kuala Lipis, Pahang di Selatan dan Kuala Krai, Kelantan di Utara. Sampai sekarang ini minat Kerajaan terhadap jalan ini masih ada walaupun jalan Timur-Barat telah dipindahkan ke Utara, menghubungi Jeli dengan Grik. Manakala keadaan keselamatan sudah mula baik maka adalah munasabah usaha membina jalan tersebut diuruskan semula, bukan sahaja bagi tujuan ekonomi negeri malah bagi tujuan memudahkan pergerakan anggota keselamatan
Muka 15 / 37
dan juga usaha-usaha Kerajaan mengumpul kumpulan-kumpulan orang-orang asli di kawasan tersebut. Langkah ini memerlukan persetujuan pihak Kerajaan dan Jawatan Kuasa Keselamatan Negeri Kelantan. Persoalan ini telah ada dalam pengetahuan Kerajaan Pusat sendiri. Saya sendiri telah membincangkan hal ini dengan Datuk Mohammad bin Nasir dan beliau bersetuju untuk menimbangkannya. Apa yang anehnya ialah sesudah perkara undi tidak percaya terhadapnya menjadi heboh, beliau mulai melempar berbagai-bagai fitnah terhadap diri saya dan juga PAS Kelantan termasuk ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dari PAS dengan gambaran seolah-olah semua mereka ini mempunyai kepentingan diri dalam masalah ini. Kenapa suara sumbang ini tak dilaungkan ketika kedudukannya belum tercabar. Sebenarnya perusahaan kayu-kayan adalah merupakan sumber hasil kerajaan-kerajaan negeri yang lumayan dan telah menjadi amalan biasa bagi kerajaan-kerajaan negeri mengeluarkan hasil hutannya secara sistematik di manamana negeri yang luas kawasan hutannya, lebih-lebih lagi Kelantan selain dari kekurangan hasil, memerlukan pula projek pembangunan tanah bagi rakyat dengan suatu dasar bahawa kayu-kayannya mestilah dikeluarkan lebih dahulu. Perkara ketiga ialah berhubung dengan Perbadanan Perusahaan Pertanian atau 3-P. Pada tahun 1971 dan 1972 perusahaan tembakau di negeri Kelantan telahpun mengalami kemerosotan mutu yang sangat teruk. Pihak pembeli tembakau awet telah enggan membeli tembakau keluaran negeri Kelantan. Rakyat memprotes. Di samping itu Syarikat Malayan Tobacco atau MTC, pengeluar tembakau awet yang terbesar di Kelantan telahpun membuat keputusan untuk meninggalkan perusahaannya di Kelantan. Kesemua 14 buah stesen pengawet tembakau mereka akan ditutup mulai 1hb. Januari 1973. Keadaan ini sudah tentu akan mengancam penghidupan lebih kurang 60,000 penanam dan pekerja tembakau di Kelantan. MTC sanggup untuk menjual stesen-stesen mereka. Akan tetapi tidak ada sebarang organisasi baik swasta maupun Kerajaan yang mampu dan bersedia untuk mengambil alihnya. Walaupun penutupan stesen-stesen itu bererti sebahagian rakyat Kelantan akan kehilangan pendapatan langsung (direct income) sebanyak lebih kurang RM12 juta setahun, hanya sebuah syarikat sahaja yang sanggup bertawakkal bagi memulihkan mutu tembakau di Kelantan dan mengambil alih semua stesen-stesen M.T.C. itu. Syarikat itu ialah apa yang dikenali sebagai 3P. Secara kebetulan salah seorang dari mereka itu ialah seorang ahli PAS. Sesudah melalui perundingan akhirnya semua stesen pengawet tembakau M.T.C. bertukar tangan kepada 3P dengan bayaran pinjaman dari bank di mana SEDC sebagai penjamin. Pinjaman sebanyak RM2.839 juta itu sudah tentu kurang dari nilai rasmi ketika itu sebanyak RM8.1 juta.
Muka 16 / 37
Sungguhpun dalam tahun 1973 3P mengalami kerugian kerana cuaca dan Iain-Iain, tetapi tahun 1974 ia telah memperolehi keuntungan, dengan mutu tembakau naik kepada nilai 85%. Pada ketika inilah seorang Timbalan Menteri telah menghubungi 3P dengan mengatakan bahawa Tun Razak telah pun mengeluarkan arahan supaya 3P menjualkan 70% sahamnya kepada Kerajaan atau agensi-agensinya yang akan diberitahu kelak. Tetapi pihak 3P telah menolak oleh kerana mereka berpendapat 3P sebagai sebuah syarikat yang dimiliki 100% oleh bumiputera dan kesemua pekerja-pekerjanya juga bumiputera adalah bersesuaian dengan Dasar Ekonomi Baru Negara. Bertolak dari titik inilah jalan yang akan ditempuh 3P mulai diranjau. Dari semua sudut ia berhadapan dengan berbagai masalah. Dan setelah melalui beraneka pancaroba maka akhirnya perusahaan yang dipegang oleh 3P ini dijalankan oleh S.E.D.C. sendiri. Apa yang dibangkit oleh Datuk Mohammad bin Nasir dan rakan-rakannya ialah soal jaminan SEDC kepada bank. Sebenarnya jaminan itu diberi berdasar kepada kepentingan rakyat Kelantan yang sebahagian besar bergantung kepada perusahaan tembakau ini, di samping membantu perusahaan bumiputera sesuai dengan Dasar Ekonomi Baru. Jaminan itu tidak jadi masalah kalau jualan secara tawaran yang telah dibuat dalam tahun 1976 dulu diterima oleh semua pihak termasuk pihak yang berkuasa mengeluarkan lesen dan quota tembakau. Sebab tanpa quota dan lesen itu tidak ada siapa pun yang telah membuat tawaran itu bersedia membeli stesenstesen pengawet tembakau itu. Persoalan ini belum sampai ke hujung lagi, mungkin mahkamah yang dapat menentukan atau langkah positif dari semua pihak akan mencapai penyelesaian yang saksama. Yang jelasnya tiada timbul soal mempertahankan orang perseorangan dan tidak ada kaitannya sama sekali soal 3P ini dengan soal undi tidak percaya kepada Menteri Besar. Di akhir-akhir ini pihak pengarah 3P telahpun memberitahu SEDC melalui peguamnya bahawa mereka akan meminta Mahkamah melelong harta-harta 3P yang dipegang oleh SEDC. Di samping itu SEDC pula telah menjawab mengatakan bahawa jaminan yang diberikan oleh SEDC itu sebenarnya tidak sah. Datuk Mohammad bin Nasir menyatakan bahawa ada golongan tertentu yang ingin menggulingkan beliau kerana takut kes 3P dibawa ke mahkamah. Pada pandangan saya jika kes ini dibawa ke mahkamah maka 3P akan gembira sekali. Untuk sekadar makluman ingin saya menyebutkan bahawa jaminan yang diberikan oleh SEDC kepada Hong Kong and Shanghai Banking Corporation semasa jaminan itu diperbaharui pada tahun 1975 telah ditandatangani oleh Datuk Mohammad bin Nasir sendiri. Muka 17 / 37
Dari keterangan ringkas ini nyatalah perkara-perkara yang ditimbulkan itu telah dieksploitasikan bagi kepentingan politik musuh PAS. Kita bukanlah mewakili 3P atau mana-mana pihak, tetapi salah satu tugas kita adalah menyatakan kebenaran. Seperti saudara-saudara maklum, bermacam-macam fitnah telah ditaburkan oleh lawan politik kita sejak tahun 1964 lagi, tetapi ianya reda sesudah peristiwa 13 Mei 1969. Manakala tiba pilihanraya 1974, di mana kita sudah berada dalam Barisan Nasional, golongan bebas bersatu telah mengambil alih peranan tersebut dengan cara yang tidak kurang kencangnya seperti tahun 1964. Namun rakyat tetap menolak fitnah itu, sebagaimana rakyat menolaknya pada tahun 1964 dan sebagaimana Mahkamah Rayuan Persekutuan pernah menolaknya menjelang pilihanraya 1969. Kini tuduhan dan fitnah ditaburkan lagi, dan sekali lagi pemegang rolnya bertukar tangan. Kali ini oleh seorang Menteri Besar PAS. Oleh kerana itu ia makin panas, kerana tertuangnya dari orang penting PAS sendiri di mana para pengambil kesempatan yang terdiri dari lawan-lawan politik yang lama atau penyokongpenyokongnya, di mana orang-orang yang suka memfitnah dan mendengar fitnah, yang terdiri sama ada dari golongan yang menggelar dirinya bijak pandai atau orang biasa berpadu tenaga dan golongan mereka ini seiring jalan - selimbai tangan untuk menghancurkan bukan saja pengkalan tempat PAS bertapak, iaitu Negeri Kelantan, tetapi seluruh PAS itu sendiri. Ini terbukti dengan usaha menubuhkan partai saingan PAS yang juga kononnya bercita-cita memperjuangkan Islam. Maka tidaklah menghairankan jika penggembelingan hasutan dan fitnah ini begitu marak, laksana maraknya api yang membakar hutan rimba yang daundaunnya gersang di tengah panas terik kemarau panjang. Seluruh pemimpin PAS, termasuk saya sendiri dihina dan dicerca, nama baik diinjak-injak dengan penuh semangat dan kekejian yang tiada taranya. Semua 20 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dan pimpinan Kerajaan dari PAS yang terdiri dari apa yang dinamakan kumpulan 20 itu adalah banjingan yang tidak boleh diampunkan lagi. Seluruhnya hitam. Seluruhnya? Menasabahkah pada lojiknya, tiada seorang pun yang baik di antara mereka? Seluruhnya hitam legam. Sebaliknya seluruh mereka putih melepak. Di manakah dalam dunia ini keadaan demikian boleh dipercayai. Kempen-kempen yang dirancangkan beberapa lama, sejak tahun 1964 itu, menyebabkan kita hampir berani berkata, sudah hampir masak benar hingga meledak dengan hebatnya pada kali ini; malah kali ini diberikan asam garam dan belacan cabai dengan sebaik-baiknya setelah beberapa kali dicuba dan gagal.
Muka 18 / 37
Pada kali ini, peranan yang dimainkan di belakang tabir bukan lagi oleh tokoh-tokoh dari barisan bebas bersatu, bahkan sebahagian adalah tokoh-tokoh dalam UMNO. Adalah tidak mustahil tangan-tangan luar ikut menggerakkan jarijemarinya memainkan peranan untuk melenyapkan perjuangan kita, perjuangan Islam, yang mutlaknya menentang apa saja bentuk dan watak kegiatan thaghut dan penjahanam pemikiran manusia di dunia. Pada satu saat tertentu, sebelum, pada dan selepas pengundian tidak percaya dikemukakan terhadap Datuk Haji Mohammad bin Nasir, mereka hampir mencapai maksudnya, iaitu satu tahap di mana mungkin mereka boleh mengucapkan salam takziah kepada perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS. Tetapi mereka lupa bahawa Allah lebih berkuasa dari segala-galanya, dan saya ingin menegaskan di sini bahawa pihak-pihak tertentu akan menyesal dengan apa yang mereka lakukan, sesalan kemudian yang tiada berguna lagi. Dalam gelanggang pembakaran semangat dan kancah hasutan fitnah itu, kita bersyukur kepada Allah kerana diberi taufiq dan hidayahNya sehinggakan sebahagian rakyat yang sedar bersama pengikut-pengikut PAS yang setia, tetap dalam iman dan kesabaran. Mereka tenang dan memandang semua itu tidak lain dari percubaan yang memanggil mereka menghadapinya dengan sabar, tabah dan waspada. Kepada mereka saya ingin merakamkan ucapan tahniah yang tulus ikhlas. Juga kepada para pemimpin PAS yang dedikasi telah membuktikan bahawa mereka tidak pernah ragu-ragu untuk bertindak bagi memenuhi hasrat parti dan pengikut-pengikutnya, walaupun terpaksa mengosongkan jawatan-jawatan penting mereka dalam kerajaan baik di pusat atau di negeri-negeri. Saya juga ingin khususkan penghormatan ini terhadap sikap setiakawan sebahagian besar dari pimpinan kita dari atas hingga ke bawah yang terpaksa menghadapi gelombang dan taufan. InsyaAllah jika semangat ini berkekalan, PAS akan tetap utuh dan perjuangan Islam akan tahan dilambung gelombang walaupun para pemimpinnya silih berganti. Sokongan-sokongan yang tidak berputusan dari para pengikut PAS dari seluruh negara kepada kita, kepada langkah dan tindakan kita, selama masa gawat ini berjalan, telah memberikan kekuatan yang bukan sedikit kepada kita untuk terus tegas dan tidak ragu-ragu terhadap apa saja bahana yang mendatang.
TUNJUK PERASAAN DAN RUSUHAN DI KELANTAN Pada 15 Oktober, usul undi tidak percaya kepada Datuk Haji Mohammad bin Nasir, Menteri Besar Kelantan telah dibentang dan diluluskan dengan kemenangan mutlak, ertinya tiada siapa menentang. Pihak lawan menjadi panik sehingga Muka 19 / 37
terpaksa keluar Dewan Undangan Negeri sebelum pembilangan undi selesai. Ini diikuti oleh orang yang kena undi. Kita mengetahui ada arahan dari pimpinan mereka agar bersikap menentang dalam pengundian itu. Tetapi oleh kerana mereka melihat solidaritas yang padu di kalangan 20 orang anggota PAS dalam Dewan Undangan Negeri, mereka telah kehilangan pegangan dan beramai-ramai keluar dewan. Inilah jawapan kepada andaian yang meragukan kesetiaan anggotaanggota PAS itu. Kejadian tersebut memukul batang hidung mereka, bahawa para pendukung PAS adalah orang-orang yang tak mudah dipujuk dan ditewaskan dengan wang ringgit dan pangkat. Melihat kebulatan yang tidak tersangkakan itu maka rapat umum haram yang direncanakan, tiba-tiba berubah menjadi tunjuk perasaan dan rusuhan yang di luar dari nilai-nilai kemanusiaan. Sebahagian dari maklumat atas kejadian itu telah saya bentangkan melalui ucapan saya di Dewan Rakyat pada 8hb. November yang lalu. Saya kira tidaklah perlu saya mengulanginya lagi di dalam muktamar khas ini. Kesemua kejadian dalam peristiwa tunjuk perasaan dan rusuhan itu memberi kita satu gambaran seolah-olah berlaku satu 'public prosecution' terhadap 'established order' yang wujud di Kelantan pada waktu itu. 'Prosecution' dan 'Public Judgement' yang timbul di dalam kekosongan undang-undang atau kekakuan undang-undang yang berlaku itu tidak ubah seperti apa yang berlaku di dalam perkembangan Revolusi Kebudayaan di Negeri Cina Komunis, yang dipelopori oleh 'The Gang of Four' melalui 'Red Guard' atau Tentera Merah. Apakah kita di Malaysia ini mempunyai juga The Gang of Four yang sedang menjayakan rancangan 'revolusi' mereka untuk mencapai sesuatu matlamat yang bersifat 'personality cult' atau 'ideological cult'? Sebahagian daripada mereka telah ditangkap dan apakah lebihannya masih berkuasa dan berbahaya kepada negara? Apakah kumpulan ini boleh ditakrifkan sebagai rakyat dan apakah ini boleh dipanggil rusuhan rakyat yang menyebabkan pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan tergamak merampas kuasa Kerajaan Negeri di Kelantan dengan menggunakan kuasa perlembagaan di bawah kuasa darurat Fasal 150 ? Biarlah rakyat menjawabnya dan sejarah menukilnya. Pemain-pemain di belakang layar telah menangguk pe-luang ini untuk membentuk suasana dan keadaan bagi mencapai strategi besar mereka, iaitu: menawan Kelantan dan menghancurkan PAS, dengan cara apa pun. Pihak UMNO yang mulanya menyokong pembubaran Dewan Undangan Negeri, telah mengubah strategi mereka dengan menyokong undang-undang darurat itu.
Muka 20 / 37
FORMULA DEMI FORMULA Perubahan sikap ini terbukti dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir ke Kelantan pada 22 Oktober dengan menemui beberapa pihak yang terlibat dan kemudiannya menemui pihak PAS bagi mengemukakan apa yang dinamakan formulanya. Formula tersebut katanya untuk menyelesaikan krisis Kelantan. Formula itu bermaksud supaya semua anggota exco PAS yang lama mestilah ditiadakan dalam membentuk kerajaan baru Kelantan. Sebaliknya exco UMNO biarlah orang dan muka lama juga. Demi untuk menghilangkan kekeruhan dan mewujudkan suasana baik, pihak Perhubungan PAS telah mengambil keputusan bersetuju dengan cadangan tersebut di samping menyatakan saranannya agar exco UMNO yang lama turut juga ditiadakan dalam kerajaan yang akan dibentuk nanti, biar sama-sama muka baru, barulah adil namanya. Ini adalah satu pengorbanan PAS yang besar dalam konteks Kerajaan PAS Kelantan, kerana Kelantan adalah tapak Kerajaan PAS. Ini suatu tolak ansur yang besar dan luar biasa bagi PAS di mana kerajaannya telah cuba digugat dalam beberapa kali pilihanraya tetapi gagal. Namun pihak UMNO rupa-rupanya belum berpuas hati dengan pengorbanan itu, kerana strategi barunya bukan pembukaan Kerajaan baru, tetapi penguasaan terhadap Kelantan seluruhnya. Kita telah bersetuju pada dasarnya bahawa kerajaan yang akan dibentuk terdiri dari muka-muka baru dari orang kita, cumanya untuk lebih adil pihak UMNO juga hendaklah muka-muka baru. Apabila kita kemukakan soal ini kepada mereka, tidaklah banyak cerewet mereka untuk menerimanya. Tetapi dengan penambahan satu syarat baru yang luar biasa yang berbunyi: "Memandangkan kepada keadaan yang memerlukan kawalan ketat sekarang, buat beberapa waktu pentadbiran negeri Kelantan diurus oleh seorang pen-tadbir yang terdiri dari pegawai kanan M.C.S. di bawah satu undang-undang yang akan diluluskan oleh Parlimen di bawah undang-undang darurat sekarang. Pegawai ini akan di-beri kuasa penuh dan bertanggungjawab kepada Perdana Menteri supaya pentadbiran yang berkesan dapat diadakan." Ini adalah cadangan baru sama sekali, yang tidak pernah disebut atau ditimbulkan baik sewaktu Dr. Mahathir melawat Kelantan atau Iain-Iain tempat sebelum kenyataan yang pertama dan tawaran yang pertama. Maka jelaslah cadangan baru itu dibuat bagi membolehkan niat dan hasrat mereka kepada "penguasaan Kelantan seluruhnya". Perhubungan PAS Kelantan telah mengadakan satu mesyuarat pada 29hb. Oktober 1977 dan telah mengambil keputusan melantik sebuah jawatankuasa khas bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kandungan formula Dr. Mahathir yang dianggap adalah dari Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn sendiri. Muka 21 / 37
Jawatankuasa Khas berkenaan, dengan merujuk kepada kandungan formula baru itu telah bersetuju mengambil keputusan menolak cadangan tersebut, dengan hujah tepat bahawa cadangan tersebut "akan bererti demokrasi dalam kehidupannya sudah tiada wujud lagi". Oleh kerana soal muka baru dan muka lama didapati kait-mengait dengan cadangan di atas, maka soal perlantikan orang dalam kerajaan dianggap tidak berbangkit lagi. Sebagai cadangan balas, Jawatankuasa tersebut bagi pihak PAS Negeri Kelantan telah mengemukakan Formula baru, iaitu: a)
Sebuah Kerajaan baru hendaklah ditubuhkan dengan seberapa segera yang boleh yang mengandungi komposisi 6 orang PAS termasuk Menteri Besar serta Timbalan Menteri Besar dan 3 UMNO.
b)
Memandangkan kepada keadaan keselamatan dan keamanan yang memerlukan kawalan ketat sekarang, buat sementara waktu Jawatankuasa Keselamatan Negeri hendaklah disusun semula dengan satu komposisi baru iaitu: 1) Pengerusi - Seorang pegawai kanan M.C.S. yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak (PAS-UMNO). 2) Timbalan Pengerusi — Timbalan Menteri Besar atau wakilnya. 3) Anggota-anggota — (a) Setiausaha Kelantan
Kerajaan
Negeri
(b) Ketua Polis Kelantan (c) Pegawai Pemerintah Askar di Kelantan (d) Pengarah Penerangan Negeri Kelantan - (bukan Haji Abdul Hamid bin Omar, orang yang memegang jawatan itu sekarang) 4) Setiausaha — Hendaklah dilantik mengikut peraturan biasa, tetapi Encik Hasan bin Abdullah setiausaha yang ada sekarang hendaklah digantikan." c)
Bagi membolehkan komposisi jawatankuasa keselamatan Negeri Kelantan dilaksanakan maka jika terdapat sebarang percanggahan di dalam undang-undang atau akta yang ada sekarang maka undang-undang atau akta tersebut hendaklah dipinda sama ada terpaksa melalui Dewan Rakyat atau sebagainya. Muka 22 / 37
d)
Oleh kerana tawar menawar formula demi formula antara PAS Negeri Kelantan dengan pihak UMNO atau dengan Barisan Nasional telah memakan masa begitu lama maka pihak PAS Negeri Kelantan merasa tidaklah perlu mengambil masa yang lama lagi untuk mencapai penyelesaian.
e)
Cadangan ini dikemukakan dengan penuh yakin bahawa ianya dapat diterima dengan baik demi kebajikan rakyat dan Negeri Kelantan.
Cadangan itu ditutup dengan kata-kata : "Oleh yang demikian adalah menjadi kewajipan PAS Negeri Kelantan mempertahankan kedudukan ini jika sekali pun terpaksa berada di luar Barisan Nasional Peringkat Negeri Kelantan." Berikutan dengan cadangan tersebut, Perdana Menteri memanggil anggota Jawatankuasa Khas untuk mengadakan perbincangan dengannya di Jabatan Perdana Menteri dan perjumpaan itu berlangsung pada 2hb. November 1977. Saya sebagai Yang Dipertua Agung bersama Datuk Abu Bakar Umar Naib Yang Dipertua Agung turut menemani delegasi tersebut. Pertemuan tersebut merupakan pertemuan yang malang, kerana pihak Perdana Menteri langsung tidak menyentuh cadangan balas dari Jawatankuasa Khas yang begitu moderat serta lengkap itu. Sebaliknya Perdana Menteri cuba memberi taklimat terhadap cadangan dan rancangannya yang asal yang mahu Kerajaan ala-Mageran. Pertemuan itu nampaknya sebagai memberitahu: Inilah yang kami mahu buat, mahu atau tidak, kami buat juga. Kemudian diberi tempoh selama tiga hari untuk pihak PAS menjawabnya.
DARURAT DI KELANTAN Dalam masa tiga hari itu telah keluar kenyataan dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan hasrat mereka mahu mengadakan pemerintahan ala-Mageran, surat-surat memanggil sidang khas Parlimen diedarkan dan mesyuarat khas Kabinet juga dipanggil. Tidak syak lagi segala-galanya bersifat ancaman yang pada asasnya untuk memusnahkan Kerajaan PAS Kelantan. Sebagai orang-orang yang memikul amanah rakyat dan amanah Allah dalam perjuangan menegakkan agama dan syariatnya, petugas-petugas PAS tidak merasa gentar menghadapinya, lalu pada masa yang dijanjikan pihak PAS telah menolak tempoh yang diberikan oleh Perdana Menteri. Penolakan ini adalah sebagai formaliti semata-mata, kerana
Muka 23 / 37
penolakan yang sebenarnya telah dibuat sewaktu surat dari Jawatankuasa Khas itu dihantar waktu menolak Formula Mahathir dan mengemukakan formula baru. Jawatankuasa Agung PAS Pusat yang bersidang pada hari Ahad 6hb. November telah mengambil keputusan tegas, iaitu menentang terus terhadap cadangan hendak mewujudkan akta darurat di Kelantan serta mengarahkan Menteri-Menteri Kabinet dari PAS menentangnya dalam kabinet dan jika ternyata akta itu akan dibawa terus ke Parlimen, maka petugas-petugas dari PAS sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen, hendaklah meletakkan jawatan masing-masing, serta semua ahli Parlimen sama ada di Dewan Rakyat dan Dewan Negara, hendaklah seberapa yang boleh berucap menentang akta darurat Kelantan 1977. Barang siapa yang tidak patuh kepada arahan ini maka ianya terpecat dengan sendirinya. Dari keputusan yang dibuat dengan sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa kerja agung PAS itulah maka petugas-petugas PAS meletakkan jawatan masing-masing dan menentang akta darurat Kelantan itu. la juga menyebabkan terpecatnya Haji Hasan Adli sebagai ahli PAS. Hari Selasa 8hb. November 1977 adalah hari yang ditunggu bukan saja oleh PAS tetapi oleh seluruh negara. Bagi Kerajaan Pusat hari itu ditunggu-tunggu kerana itulah harinya mereka akan bentangkan akta darurat Kelantan yang pasti akan diluluskan, meski pun sebahagian besar dari mereka tetap berdukacita kerananya. Pada pagi itu petugas-petugas PAS seramai lima orang telah menyampaikan surat-surat perletakan jawatan masing-masing dengan cara menyerahkan sendiri ke tangan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, sewaktu kabinet bersidang secara khas. Saya sebagai anggota kabinet telah membangkang akta itu dan setelah itu menyerahkan surat perletakan jawatan saya. Nampak sekali bahawa mereka tidak menyangka bahawa pihak kita sampai begitu sekali sanggup berkorban dalam menghadapi soal yang pokok dan hidup mati seperti ini. Mereka menyangka bahawa orang-orang PAS ini boleh ditunjuktunjuk begitu mudah sahaja. Selesai sahaja kami bersalam, dan pada ketika itu sudah jelas Y.B. Tuan Haji Hasan Adli, tidak menyertai kita dan sebaliknya menyokong akta itu. Kami meninggalkan bilik kabinet ke Bangunan Parlimen untuk meminta agar tempat duduk kami ditukar. Perpisahan dalam Kabinet itu merupakan satu kemenangan moral yang tak dapat dilupakan oleh mereka yang cintakan perpaduan. Pada pukul 3.20 petang itu Akta Darurat Kelantan dibentangkan dalam Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri untuk bacaan kali pertama, dan kemudian Dewan ditangguhkan untuk pukul 7.30 malam. Pada pukul 4.00 petang, DYM SPB Yang Dipertuan Agung menitahkan perisytiharan darurat di Negeri Kelantan. Pada Muka 24 / 37
pukul 7.36 malam itu, akta tersebut dibacakan untuk kali kedua dan ketiga untuk diluluskan. Saya telah membuat ucapan panjang lebar memberikan sebab-sebab kenapa rang undang-undang itu tidak perlu. Antara tentangan tersebut menyebutkan bahawa rundingan belum sampai ke mana, dan cadangan balas kita tidak dibincangkan langsung. Bila pengundian dijalankan di akhir persidangan itu, semua 12 orang anggota kita di Dewan Rakyat telah menentangnya. Petang esoknya, Dewan Negara turut meluluskan akta itu dan seorang Senator kita telah menentangnya. Hasil dari penentangan itulah Dewan Tertinggi Barisan Nasional mengadakan mesyuaratnya pada 5 Disember 1977 untuk mentafsirkan Fasal 14 tentang disiplin. Amatlah aneh jika Barisan Nasional campurtangan tentang perkara ini, kerana sebelum itu tidak pernah dipanggil pun, sama ada kita setuju atau tidak, bagi membincangkan soal-soal pokok seperti Undang-undang Darurat Kelantan itu. Pentafsiran tersebut telah ditekankan sedemikian rupa dan memang aneh sungguh bila mereka membuat konklusi bahawa PAS hendaklah memecat ahliahlinya yang menentang whip Barisan Nasional. Jadi ertinya saya kena pecat saya sendiri dan rakan-rakan saya? Bukankah perkaranya macam main sunglap yang tidak sepatutnya dilaku kan oleh orang-orang tua. Itu dari segi logiknya. Dari segi prinsipnya, gabungan yang bernama Barisan Nasional ini sudah melampaui batasnya yang sebenar. Dalam gabungan yang longgar seperti Barisan Nasional, mana-mana pihak pun tidak seharusnya melanjutkan tangan begitu jauh hingga ke dalam diri mana-mana parti komponen. Setiap partai mempunyai aturan dan kaedahnya sendiri. Lainlah kalau kita ini dalam satu partai, bolehlah memecat mana-mana ahli yang tidak patuh kepada disiplin. Itupun ada kaedahnya. Dan kita bukan satu cawangan dari UMNO atau satu cawangan dari Barisan Nasional. Kita sama-sama mempunyai identiti. Dari segi protokolnya kita adalah setaraf. Adalah tidak menasabah bagi sesiapa sahaja yang bertamadun memikirkan bahawa semua pihak boleh campur tangan sampai begitu jauh ke dalam partai kawan sendiri, kecuali orang-orang yang berniat songsang dan serong. Dengan sebab-sebab yang makqul saya telah memberikan ucapan yang tegas dan menentang pentafsiran tersebut dan kehendak-kehendak Barisan Nasional yang bersifat 'campurtangan dalam rumahtangga kita itu'. Kisah-kisah selanjutnya dari siri ini memberi gambaran bahawa Barisan Nasional sekarang bukan Barisan Nasional sebelum ini. Mereka yang berkuasa dan menjadi teras telah mempergunakan Platform Barisan Nasional itu bagi kepentingan kultus semata-mata, walaupun terpaksa melanggar semangat dan tata tertib persekutuan dan tradisi.
Muka 25 / 37
Saya yakin bahawa anasir-anasir tidak sihat mempengaruhi Barisan Nasional ini untuk memecah belahkan rakyat, terutama perpaduan orang-orang Melayu. Tepat sebulan selepas peristiwa 8 November, maka pada 8 Disember diadakan pertemuan Majlis Tertinggi UMNO yang telah membuat keputusan untuk memecat PAS. Pada pagi 9hb. Disember anggota-anggota Tertinggi Barisan Nasional mengadakan pertemuan di kalangan mereka, dan kita tidak dijemput, walaupun mereka mengetahui bahawa PAS pada ketika itu adalah salah satu komponennya. Keputusan Majlis Tertinggi UMNO itu dimaklumkan kepada pemimpinpemimpin Barisan Nasional dan memutuskan bahawa Dewan Tertinggi Barisan Nasional akan bersidang pada 13 Disember bagi membincangkan usul UMNO untuk memecat PAS. Pada petang 9 Disember itu, Pemangku Presiden UMNO, Datuk Hussein Onn mengumumkan dalam satu perhimpunan khas UMNO seluruh negara di Dewan Tuanku Abdul Rahman. Ucapan tersebut menyebut antara lain: jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendakki di dalam resolusi yang telah dipersetujukan oleh Barisan Nasional dalam mesyuarat Majlis Tertingginya pada 5hb. Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujukan resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional . Pada 13 Disember, Dewan Tertinggi Barisan Nasional mengadakan mesyuaratnya di Ibu pejabatnya, dan kali ini PAS dijemput sama. Agendanya untuk memecat PAS. Mungkin, apabila dilihatnya PAS hadir, barangkali mereka tidak sangka, maka agenda itu diubah menjadi berbunyi seperti berikut: "Melaksanakan keputusan yang telah diambil dalam mesyuarat khas Dewan Tertinggi pada 5hb. Disember 1977 dan mengambil tindakan memecat parti-parti anggota yang enggan mematuhi setelah diberi tempoh yang berpatutan. Parti PPR menentangnya dan wakil-wakil PAS mengambil sikap tunggu dan lihat pertelagahan mereka, kerana tidak ingin lagi mengulang-ulang hujah yang sama yang telah dihujahkan sebelumnya. Keputusan apa yang dinamakan 'mesyuarat' itu antara lain berbunyi: ' . . . Parti PAS yang didapati telah melanggar disiplin parti mengikut pentafsiran yang baru dibuat terhadap Fasal 14 Perlembagaan Barisan Nasional sepatutnya memecat ahli-ahlinya sesudah Usul Pentafsiran itu diluluskan. Sungguhpun demikian, Parti PAS diberi tempoh selama 4 hari mulai daripada hari ini untuk mengikut keputusan ini. Jika tidak, dengan sendirinya Parti PAS dipecat daripada Barisan Nasional . . ."'
Muka 26 / 37
Ayat-ayat tersebut nampak sekali berliku liku. Jika Parti PAS didapati melanggar disiplin, kenapa tidak dipecat terus, sebaliknya meminta PAS memecat ahli-ahlinya, cara-nya memang menggelikan. Kenapakah sehingga demikian likunya sengaja dibuat, kerana mereka sedar implikasinya bagi masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Terserahlah kepada tafsiran masyarakat seluruhnya. Kita hanya memberikan fakta untuk tatapan sejarah. Namun demikian, Jawatankuasa Agung PAS telah mengadakan mesyuaratnya pada malam 14 Disember dan mengambil keputusan bahawa apa yang dipanggil 'tempoh' atau sebagainya adalah tidak mempunyai erti apa-apa, kerana sudah mereka tahu bahawa PAS dengan pendiriannya tidak berganjak. Oleh yang demikian, PAS menganggap ianya telah dipecat pada malam 13 Disember itu lagi. Tetakala surat rasmi memberitahukan keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi pada 13 Disember sampai ke tangan saya pada pagi 15 Disember 1977, kita sebenarnya telahpun menjawabnya terlebih dahulu dari itu dan pada 15 Disember itu kita sudahpun meminta Setiausaha Dewan Rakyat menukarkan tempat duduk di sebelah pihak pembangkang. Kita sudah bersedia dari semua segi. Pada 16 Disember anggota-anggota kita sudah duduk di pihak pembangkang, pada hal salah seorang naib presiden parti yang berkuasa bercakap di Kedah bahawa mereka sedang menunggu hari esok, bahawa ahli-ahli PAS dalam badanbadan berkanun akan disingkir dan bahawa mereka sudah menunggu lama untuk berbuat demikian dan bahawa PAS ini adalah musuh mereka. Memang selama ini kita mengagak bahawa sebahagian pemimpin UMNO tidak senang terhadap kita, tetapi tidak pernah disahkan, kecuali dalam kenyataan dari pemimpin penting UMNO tersebut. Memang mereka boleh berbuat apa saja, tetapi untuk perhatian saudara-saudara kita tidak memusuhi ahli-ahli UMNO dan tidak pernah untuk menganggap ahli-ahli UMNO sebagai musuh kita. Kita sentiasa baik sangka, kita tidak tergamak menyatakan bahawa semua orang UMNO itu musuh kita. Kita hanya tidak dapat kompromi dengan sebahagian pemimpin UMNO yang bertindak songsang dan serong untuk memakan dan menelan kawan, manusia sebangsa dengan mereka, demi membina kepentingan politik jangka pendek dan jangka panjangnya hingga tergamak melupakan kepentingan keseluruhan nasib bangsa dan negara mereka. Bagaimanapun itulah manifestasinya. Pepatah orang tua-tua berkata, "Bangkai gajah tidak dapat ditutupkan dengan nyiru". Tembelang dari ketidakjujuran dan penyelewengan serta kezaliman akan terdedah dari semasa ke semasa, InsyaAllah melalui mulut, sikap, watak dan kegiatan mereka.
Muka 27 / 37
Bayangan dari kenyataan tersebut jelaslah tidak memberi gambaran yang optimistik tentang perpaduan orang Melayu dan perkembangan agama Islam. Yang terbayang ialah dendam kesumat yang sepatutnya tidak ada kepada orang yang bercita-cita untuk jadi Pemimpin Negara. Seluruh ahli PAS yang dedikasi hendaklah bersiap sedia menghadapi implikasi ancaman dan balas dendam ini, yang pada hakikatnya kita semua adalah terdedah kepada apa-apa saja tindakan dan ancaman. Sewaktu kita menjadi pembangkang dulu, beberapa orang ahli Dewan Undangan Negeri terpaksa bertanding ketika mereka dalam tahanan di Batu Gajah, dan mereka menang. Kalau mereka yang ber kuasa mau mempertinggikan tempat jatuhnya dia mungkin akan bertindak lebih drastik dan keras dari itu.
UNDI TIDAK PERCAYA DI KEDAH Setengah pihak mendakwa bahawa undi tidak percaya di Negeri Kedah bagi menurunkan Menteri Besarnya, sebagai tindakan membalas dendam kerana Kerajaan Pusat menguatkuasakan undang-undang ala-Mageran di Kelantan. Dakwaan tersebut tentulah meleset kalau dilihat tarikh lahirnya suara mahu mengemukakan usul itu yang disebut oleh seorang anggota Dewan Undangan Negeri Kedah dalam bulan Oktober, sedangkan undang-undang ala-Mageran di Kelantan dikuat kuasakan di Kelantan pada 8 hb. November. Sebenarnya, masalah pokok yang timbul di Kedah itu berpunca dari rasa tidak puas hati rakyat negeri tersebut, terutama dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kupang yang berdekatan dengan Baling, di mana suatu demonstrasi rakyat pernah berlaku beberapa tahun lalu. Sebagai wakil yang membawa amanah rakyat, penyuara yang membawa usul undi tidak percaya itu mempunyai pertimbangan khas bila mana rakyat kawasannya tidak henti-henti mendesak supaya pembangunan di kawasan yang berhampiran dengan sempadan itu dipercepatkan menjadi realiti, jangan hanya sekadar bercakap sahaja. Rahsia kemerosotan perhatian Kerajaan Negeri di kawasan itu adalah rahsia umum sehinggakan kerap kali dalam Dewan Rakyat ditimbulkan oleh wakil Barisan Nasional bagi kawasan Baling sendiri. Bagi wakil rakyat PAS, tentulah janggal jika ia tidak menyampaikan amanah itu. Pun dalam soal ini, pihak PAS bukanlah mahu meminta wakilnya menjadi Menteri Besar, cuma menukarkan Menteri Besar yang ada sekarang kepada orang lain yang lebih berkalibar, dari kalangan UMNO sendiri. Hanya sedikit si lap faham timbul, kerana kes ini lahir sewaktu krisis Kelantan sedang bergolak hingga mudahlah kepada tukang-tukang reka menokok tarn bah dan mengaitkannya dengan Kerajaan ala-Mageran di Kelantan. Bagi Muka 28 / 37
orang-orang yang rasional, tidaklah timbul masalah yang menakutkan. Tidak menasabah bagi PAS untuk merampas kuasa, tetapi adalah kewajipan PAS untuk menyedarkan pihak-pihak yang memerintah bagi mengatasi masalah kepincangan yang berlaku dan kemunduran yang berpanjangan. Kita merasakan benar betapa ketakutan yang terpendam terhadap isu Kedah ini, hinggakan Perdana Menteri sendiri menyebutnya dalam satu perjumpaan khas UMNO yang penting di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam hubungan ini, saya kira, ketakutan tersebut sudah di luar rasional, hingga seolaholah menjadi salah satu faktor pemecatan PAS dari Barisan Nasional. Pemerintahan negara ini akan menjadi kelam kabut jika apa saja langkah yang jujur dari rakyat atau wakil rakyat, dianggap sebagai mencabar perpaduan dan kepimpinan. Kita tidaklah mahu mengajar itik berenang, tetapi wajar sekali untuk mengingatkan bahawa sesuatu masalah haruslah dihadapi dengan tenang dan kepala dingin, bukan dengan panik dan kehilangan tuju. Pada 21 hb. Disember yang baru lepas Usui itu selamat dikemukakan dan dibahas di dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, dan seperti yang diduga Usui itu telah pun ditolak dengan suara terbanyak, iaitu 9 suara dari anggota PAS menyokong dan 14 suara dari pihak Kerajaan menentang. Sebenarnya kalah menang dalam persoalan ini tidak menjadi perhitungan, tapi jelaslah bahawa PAS telah berjaya membuka tabir yang selama ini tidak ada siapa yang berani membukanya yang dengan demikian terserlahlah hakikat yang selama ini tidak diketahui. Perbahasan usul itu juga dapat memberi dua gambaran yang jelas, iaitu perpaduan anggota PAS yang sering sengaja dipertikaikan dan kegoyahan sikap sebahagian anggota pihak Kerajaan yang benar memahami dan maukan kebenaran. Semuanya ini adalah rangkaian rantai dari scope perjuangan yang luas. Bukan Kelantan, bukan Kedah tetapi meliputi negara seluruhnya.
FAKTOR KEKUATAN DAN KEMENANGAN Dengan langkah-langkah kita seterusnya sejak dari awal hingga ke hari ini, dalam masalah yang menyeluruh ini ternampak pada zahirnya kita kehilangan banyak perkara. Kita kehilangan jawatan-jawatan, kita kehilangan sebuah kerajaan buat sementara dan sebagainya. Berpandukan perkara-perkara lahiriah ini, terdapatlah setengah kalangan mengirakan bahawa kita telah kalah. Soalnya, dalam sesuatu perjuangan itu apakah kebendaan atau fizikal menjadi ukuran? Ukuran politik bukan di situ! Ukurannya tidak terjangkau oleh materi, nilainya relatif, dan ukurannya pun relatif. Memang sudah tidak ada Kerajaan PAS di Kelantan buat sementara ini, tetapi PAS nyata lebih segar dan penyokong-penyokong PAS lebih Muka 29 / 37
bersemangat dari dulu. Tindakan drastik dari pihak lawan, menyentuh hati nurani' umat dan hati nurani itu dapat memberi penilaian bahawa langkah-langkah pihak lawan itu adalah langkah tidak sabar dan tidak jujur. Repleksi ini memberi kesan yang besar kepada rakyat, baik di bandar dan di kampung. Dengan kejadian ini PAS terbukti hidup, mendapat sambutan yang lebih hangat dari masa-masa yang lalu. Dipandang dari segi kebendaan memang kita rugi, orang-orang kita kehilangan kerja, jadi mangsa, terkorban dan sebagainya. Tetapi dalam politik, perkataan 'pengorbanan' tak dapat dipisahkan. Pengorbanan itu suatu harga yang mesti dibayar untuk mencapai kemenangan yang lebih besar. Perjuangan PAS dimulai dengan pengorbanan dan kemenangan moral itulah kita merangkak dan bertapak untuk mencapai kemenangan dari segenap aspek. Sebab itulah saya pernah mengatakan bahawa peristiwa ini sangat bersejarah, bukan saja dalam PAS tetapi dalam sejarah politik tanah air kita. Justeru itu, perlulah kita menginsafi semua perkembangan dengan matang, memberikan penilaian atasnya dengan matang, dan berfikir serta bertindak dengan matang. Sesungguhnya kekuatan dan kemenangan kita tidaklah mutlak bergantung kepada kekuatan materi dan kebendaan ataupun kepada kedudukan yang dianggap boleh menaikkan prestige kita, tapi yang lebih penting dan utama dari segala-galanya itu ialah keyakinan dan pegangan kita terhadap cita-cita perjuangan dengan doktrinnya yang tegas dan akidahnya yang jelas. Dalam hubungan ini dan pada kesempatan ini, rasanya amat sesuai bagi kita untuk menyentuh sepintas lalu mengenai satu perkara penting yang kurang kita amati berhubung dengan hukum-hukum perjuangan ideologi untuk dijadikan sebagai panduan kita. Jika kita tinjau sejarah perjuangan ideologi di dunia,termasuk perjuangan menegakkan Risalah Islamiah, dapatlah diambil kesimpulan bahawa kemenangan perjuangan itu ditentukan oleh beberapa faktor yang antara satu sama lain saling isi mengisi dan saling lengkap melengkapi. Faktor yang pertama ialah ideologi yangterang dan jelas, yakni segala sesuatu yang kita perjuangkan itu bukan saja jelas sasarannya untuk kita, maiah boleh dijelaskan kepada sesiapa yang meminati dan menghajatinya. Jika kita sudah yakin bahawa yang kita perjuangkan itu sangat benar, terang dan nyata maka kita dengan sendirinya merasa bahawa apa yang kita perjuangkan itu sangat berharga, dan kita berani mati kerananya. Yang kedua ialah potensi yang cukup. Potensi dalam konteks ini ialah 'kekuatan' dan ianya mesti cukup yang boleh menentukan, yang bererti bahawa kekuatan kita itu boleh dikerahkan bila-bila masa saja.
Muka 30 / 37
Yang ketiga ialah organisasi yang rapi. Termasuk dalam hukum organisasi yang rapi ini ialah pembentukan anak-anak organisasi mengikut status sosialnya dalam segenap peringkat. Yang keempat dan terakhir ialah keampuhan dan ketepatan taktik dan strategi, yakni kecekapan kita menggunakan masalah politik tertentu pada saat tertentu sebagai taktiknya. Adapun strateginya pula ialah kemampuan kita menggunakan masalah politik untuk mencapai rencana perjuangan dalam jangka waktu tertentu bagi mencapai sasarannya yang mutlak. Dalam konteks perjuangan PAS, maka sasarannya yang mutlak ialah supaya terjelmalah masyarakat yang mengamalkan dasar-dasar Islam keseluruhannya. Kita yakin hanya dasar-dasar Islam saja yang dapat memberi jawapan terhadap permasalahan dunia masa kini dan bila-bila masa sekalipun. Kita sentiasa mengingatkan bahawa Barisan Nasional bukanlah matlamat atau sasaran utama kita, dan apabila kita tidak lagi berada di dalamnya namun sasaran kita yang mutlak terus diperjuangkan. Kita berada sekarang di kem yang lain, tetapi matlamat dan sasaran kita tetap tidak berubah. Pikullah amanat perjuangan ini walau di mana kita berada, InsyaAllah kita senantisa diberi kekuatan jiwa dan keteguhan iman dalam perjuangan ini. Kini sampai ke suatu tahap yang walaupun kembali semula sebagai parti pembangkang, tetapi kita menghadapi masalah yang berlainan, keadaan masyarakat bertambah maju dalam pemikiran, umat Islam kian matang dan lebih ramai yang cintakan kepada Islam. Kerana itu satu pemu satan dan pembinaan ke arah mencapai sasaran yang mutlak itu perlu dipertimbangkan dengan langkah-langkah yang lebih positif. Kita perlu bergerak lebih positif sambil kekuatan kita disusun semula, dipungut dan dihimpun dar semua potensi yang ada, yang memang bukan kecil bagi mewujudkan kekuatan yang sebenar. Kita mau organisasi kita berlipat ganda kemasnya dan perlulah dilatih mujahid-mujahid teras yang mampu dan sanggup berhadapan dengan segala suasana dan kemelut, di samping gigih bekerja sebagai pekerja partai.
PERPADUAN UMAT ISLAM DAN BANGSA MELAYU Sekarang dengan rasminya PAS menjadi parti pembangkang, parti pembangkang yang terkuat di Malaysia, la kembali memegang peranan lamanya sesudah hampir 5 tahun ia berada dalam Kerajaan. Sebagai sebuah parti pembangkang, sudah tentu ia akan berusaha dan bertindak dengan apa cara jua
Muka 31 / 37
pun sesuai dengan ajaran Islam di dalam lingkungan perlembagaan negara bagi mencapai kemenangan yang lebih besar. Kita sama-sama sedar, tiada parti politik yang tidak punya program untuk menjadi parti memerintah, sebab hanya melalui kuasa pemerintahan sajalah pemerintahan negara bukan pemerintahan negeri semata-mata dapat kita melaksanakan keseluruhan daripada objektif dan program parti. Saya kira hanya mereka yang baru bertatih dalam politik sahaja yang tidak mahu mengerti hakikat ini. Kita sedar tentunya dalam proses penyampaian kepada hakikat ini maka peranan utama sebagai pembangkang ialah menjadi tenaga yang berkesan dalam tugas 'check-and-balance' untuk menjamin bahawa demokrasi dalam negara ini tidak diselewengkan. Kerana itu berperanan sebagai parti pembangkang tidaklah semudah yang difikirkan. la menghendaki kesungguhan dan ketabahan serta kejujuran yang tidak kurang sifatnya seperti waktu ianya menjadi parti yang memerintah. Nyatalah di sini bahawa perubahan tapak tempat terdiri dan peralihan tugas tidaklah mengurangkan kewajipan terhadap negara. Adapun soal yang hangat diperbincangkan sekarang ialah tentang perpaduan umat. Apakah dengan perubahan fungsi PAS daripada parti pemerintah kepada pembangkang akan menimbulkan keretakan dan perpecahan di kalangan umat Islam dan bangsa Melayu? Mengikut YAB Datuk Perdana Menteri bahawa dengan keluarnya PAS dari Barisan Nasional, perpaduan orang Melayu tidak jejas. Sejauh mana benarnya pendapat beliau ini? Saya sendiri sewaktu ditanya oleh wartawan tentang kenyataan tersebut, dengan cara ringkas saya menjawab: Untuk sementara waktu biarlah saya meminjam kenyataan Perdana Menteri itu. Sesungguhnya hampir lima tahun lamanya rakyat telah digembelingkan dengan suatu pegangan bahawa ikut sertanya PAS dalam Kerajaan Campuran yang kemudiannya berubah menjadi Barisan Nasional adalah mengandungi makna yang amat dalam sekali, makna yang tersirat di sebalik kata-kata tersurat tentang kemantapan politik untuk keselamatan Negara pembangunan ekonomi, sekaligus menimbulkan tanggapan yang penuh kesedaran dan keinsafan tentang kekuatan politik umat Islam dan bangsa Melayu serta keutuhannya, bukan untuk jangka pendik semata-mata, malah yang lebih utamanya untuk jangka panjang, atau dalam kalimah lain, untuk zaman depan. Masyarakat majmuk atau 'plural society' yang wujud di Malaysia menolong mempertingkatkan daya fikir rakyat dalam membuat perhitungan dan penilaian yang sedemikian, maka tidaklah dapat disalahkan kepada rakyat bumiputera dan umat Islam jika mereka berpendapat bahawa perpecahan antara PAS dan UMNO
Muka 32 / 37
sama sekali tidak menguntungkan malah mengkaburkan zaman depan mereka dan keturunannya. Demokrasi seperti yang diamalkan di negara kita ini adalah satu sistem yang tidak mengenal ampun dan maaf, tidak mengenal tolak ansur, tidak mengenal belas kasihan, tidak mengenal nilai-nilai perasaan dari naluri suku kaum dan bangsa dalam kancah pergolakan perebutan kuasa. Demokrasi yang diamalkan sekarang bukanlah satu sistem yang dapat menjamin terpeliharanya sifat-sifat naluri semula jadi itu; peranannya yang lebih utama ialah menjamin bahawa pertarungan perebutan kuasa dapat berjalan dengan sewajarnya di bawah hukum dan norma-norma susilanya sambil memberikan perlindungan agar hasil pertarungan itu terpakai dan dipakai. Demokrasi ala-Barat punya banyak pentafsiran dalam memberikan nilai-nilai yang sungguh membingungkan seperti nilai politik kepada perebutan kuasa atau 'power struggle' serta membuka pintu approachnya kepada kaedah bahawa tujuan menghalalkan cara; yang sama saja ertinya untuk mencapai keadilan mestilah diperjuangkan walaupun melalui cara-cara kezaliman, perjuangkanlah kebenaran walaupun terpaksa melalui kebatilan. Inilah konsep approach yang pernah dijual oleh seorang plitikus barat yang terkenal dengan nama Machiavelle yang dinisbahkan kepada Machiavellisme. Kita seluruhnya berada dalam sistem dan suasana itu sekarang. Maka janganlah kita heran jika kita menyaksikan permainan 'power struggle' di mana-mana saja, dalam pemerintahan, dalam parti, antara partiparti politik - pendeknya di semua lapangan. Semenjak peristiwa 13 Mei 1969, kesedaran berpolitik di semua peringkat makin meningkat, daripada usaha menyelamat dan membangun sedikit demi sedikit berubah corak kepada suatu pertarungan perebutan kuasa yang makin lama makin sengit. Kehilangan pemimpin-pemimpin menyebabkan pertarungan itu makin meriah, justeru sistem demokrasi seperti yang diamalkan tidak pula pernah menekankan persoalan pembinaan pimpinan dan pemimpin. Biasanya pemimpin lahir di tengah-tengah pergolakan politik itu sendiri. Oleh itu apalah yang kita herankan jika perebutan kuasa itu bukan saja antara parti pemerintah dengan parti pembangkang bahkan ianya berlaku juga antara parti dengan parti yang samasama memerintah, malah lebih jauh dari itu ianya mungkin berlaku antara golongan dan tokoh-tokoh dalam sesebuah parti itu sendiri. Sejak meninggalnya Tun Dr, Ismail yang kemudian diikuti oleh Tun Razak, dan kemudian daripada itu meninggal pula Tan Sri Albar Singa UMNO, sedangkan Datuk Harun Idris terpaksa berhempas pulas diterunggu pengorbanan, maka UMNO menghadapi suatu kamelut pimpinan yang paling hebat dalam sejarahnya. Dengan tidak menafikan kebolehan pemimpin yang ada sekarang, kemunculan tokoh-tokoh baru dan tokoh-tokoh muda di dalam medan perebutan Muka 33 / 37
kuasa cukup menarik perhatian. Sungguhpun parti PAS sendiri mungkin tidak boleh dikecualikan dalam soal ini, akan tetapi ianya tidaklah parah, masih boleh disebut lumayan justeru oleh kerana Islam sebagai tali pengikatnya cukup mampan untuk membantu anggota dan pengikutnya memberikan penilaian dan penghukuman. Oleh kerana UMNO dianggap dan menganggap dirinya sebagai parti terbesar dan parti berkuasa di negara kita ini, maka sebarang pergelutan 'power srtuggle' di dalamnya akan menimbulkan implikasi yang besar kepada struktur politik negara dan masyarakat. Apa yang berlaku sekarang ini tentang perpecahan antara PAS dan UMNO adalah akibat lambungan ombak dari gelombang pertarungan itu. Kita sentiasa memerhatikan semua persoalan politik negara dengan cermat dan teliti, PAS menyertai kerajaan Campuran dan Barisan Nasional dengan penuh perhitungan dan waspada dan kita dikeluarkan dari Barisan di tengah-tengah kesedaran dan kewaspadaan kita sendiri pada ketika mana mereka sedang kepanasan dan peluh meleleh dalam masa 'interlude*. Sekali lagi jangan kita merasa heran jika dalam suasana demikian orangsering lupa kepada persoalan pokok — persoalan zaman depan dengan bangsa dan agamanya — ya, persoalan perpaduan bumiputera mengikut istilah yang masih dipakai sekarang. Kebimbangan rakyat bukan tidak berasas, perpecahan undi bumiputera dan umat Islam di dalam sesebuah kawasan pilihanraya yang kurang majoriti kita akan menyebabkan kawasan tersebut terlepas dari tangan kita. Perhitungan undi memang terlalu sensitif, malah lebih sensitif dari perhitungan menang kalah dalam 'pergelutan rebut kuasa'. Kenapa perhitungan ini baru sekarang begitu menonjol? Padahal masalahnya bukan baru. Tatkala PAS bersama-sama dalam Barisan Nasional dulu pun soal ini merupakan soal pokok dan soal hidup matinya kita. Dasar Jus Soli dan kerakyatan belum dianggap basi, la tetap baru. Pendaftaran pengundi baru tahun ini tentunya ada kaitan; dan semacam suatu kebimbangan telah menular; kebimbangan yang punya asas dan punya sifat sendiri. Begitulah suasana sewaktu PAS di dalam yang boleh dianggap tenaga politik bumiputera dan umat Islam padu? Apalagi sekarang sesudah kita ditendang keluar? Hendak ke mana kita ini sebenarnya? Saya gunakan perkataan 'KITA' di sini untuk bumiputera, Melayu, umat Islam seluruhnya. Cukupkah tahap perjuangan kita ke tahap BERKUASA sahaja? cukupkah kita dengan demokrasi yang ada untuk kita berkuasa? Sedangkan demokrasi yang kita bentuk dan kita pelihara tidak punya tenaga sendiri, tenaganya ialah rakyat, ialah pengundi. Malah KUASA juga tiada nilai sendiri, nilainya ialah pada cita-cita suci yang dipikulkan di atas tiap
Muka 34 / 37
bahu kita oleh Allah SWT, yang mesti diperjuangkan dengan apa saja yang ada, jika tidak, berlakulah sunnah Allah:
ÇÌÑÈ /ä3n=»sVøBr& (#þqçRqä3tƒ Ÿw ¢OèO öNä.uŽö•xî $·Böqs% öAωö7tFó¡o„ (#öq©9uqtGs? cÎ)ur dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. Muhammad : 38 Kini betapakah sikap yang harus kita ambil? Nasi sebenarnya belum menjadi bubur. Langkah-langkah positif masih terbuka. Meskipun PAS berada di kem lain dengan fungsinya yang berlainan, namun tiada siapa yang boleh menghalang kita dari mengambil langkah sederap dan sederup dalam menghadapi soal ini yang begitu serius dan sensitif. Jangan lupa tiada bunyi yang boleh terbit dari tepukan angin sebelah tangan.
PROGRAM POLITIK KE HADAPAN Untuk menghadapi perjuangan yang makin seru dan hebat, PAS mestilah dengan penuh keupayaannya menyusun program dan strategi poiitiknya dengan rapi bagi menjamin kejayaan kita yang lebih besar. Di antara program itu ialah: 1)
Menambah dan mempertinggikan kekuatan fahaman dan keyakinan politik Islamiah di kalangan anggota-anggota parti dan rakyat.
2)
Menyusun semula organisasi dari peringkat atas sampai ke bawah sehingga ia benar-benar merupakan komponen-komponen yang boleh dicantumkan menjadi sebuah jentera yang tahan lasak sesuai dengan peranannya sebagai sebuah parti politik yang berkesan.
3)
Menyusun dan memperkuatkan jentera pilihanraya bagi mencapai kemenangan yang maksima, berkesan serta menyeluruh dalam pilihanraya umum yang akan datang.
4)
Memberikan perhatian serius kepada surviral umat Islam di Malaysia khususnya di bidang politik di mana taburan kependudukan mereka adalah tidak seimbang antara satu negeri dengan satu negeri yang lain, dan antara satu kawasan pilihanraya dengan satu kawasan pilihanraya yang lain.
Muka 35 / 37
5)
Memainkan peranan yang konstraktif dan bertanggungjawab sebagai pembangkang dalam parlimen dan dewan-dewan undangan negeri, kecuali Kelantan negeri yang kita kuasai, yang sedang dalam gantungan, dan di negeri Johor yang belum ada wakilnya.
6)
Berusaha menjadikan PAS sebagai induk perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu, tanpa melupakan amanat perpaduan dan pembangunan negara secara menyeluruh dan adil dari peringkat serendah-rendahnya hingga setinggi-tingginya terutama golongan yang tidak berada dan yang terbiar.
Inilah di antara program perjuangan PAS dalam jangka waktu yang tertentu yang mesti kita penuhi. Kejayaannya adalah bergantung kepada keteguhan iman serta kebulatan tekad dan azam kita, keuletan dan keberanian kita berjuang, kesabaran dan ketabahan kita dalam menghadapi sebarang dugaan dan cabaran dan kesediaan serta kesanggupan kita menerima sebarang risiko. Hanya dengan paduan keempat-empat ciri perjuangan ini sahaja parti kita akan mencapai kejayaan dengan izin Allah.
PENUTUP Saya rasa selama kita pernah bermuktamar dan bermesyuarat agung, sama ada muktamar biasa atau muktamar khas, maka ucapan dasar yang saya sampaikan pada muktamar khas hari ini adalah yang terpanjang sekali. Saya memohon maaf kerana mengambil masa saudara-saudara begitu lama bagi menyampaikan ucapan ini. Saya mengambil kesimpulan bahawa adalah kewajipan bagi saya dengan secara terus terang menerangkan kepada saudara-saudara beberapa fakta dan selok-belok pergolakan politik parti dan negara agar sekaligus dapat kita seluruhnya memahami persoalan yang sama-sama kita hadapi sekarang. Kita telah sama-sama memahami likunya perjalanan politik, musuh politik kita sejak dulu memainkan politik 'pecah kemudian perintah' atau 'divide and Rule'. Bukankah saudara-saudara sendiri telah mendengar dan mengikuti dengungdengung suara sumbang sejak dulu lagi, seperti di Sabah "kita sayang USNO tapi kita tak mahu Tun Mustapha", demikian pada kita pula didengungkan juga "Kami mahu PAS tapi kami tak mahu Asri". Politik 'divide and Rule' ini adalah pusaka tua yang ditinggal oleh penjajahan dulu. Tapi rupanya keris tua itu masih terpakai juga. Hanya bergantunglah sematamata kepada dapat atau tidak kita ditembusi oleh keris berkarat itu.
Muka 36 / 37
Jika iman kita tebal dan pengertian politik kita pejal, keris berkarat itu akan patah hujungnya. Jika tidak, lukalah kita, luka berbisa oleh padahnya karat-karat kotor yang membawa merana sepanjang zaman. Apakah generasi Islam Malaysia yang akan datang akan menerima peninggalan sebuah munazzamah Islamiah yang sedang nazak atau sebuah munazzamah Islamiah yang segar dan sihat adalah bergantung kepada sikap kita sekarang. Hari ini saya telah lahirkan pendirian dan pendapat saya. Selagi pendirian dan pendapat ini dapat diterima oleh saudara-saudara sekelian maka saya tetap bersedia meneruskan pimpinan PAS ini sehingga ke suatu muktamar di mana mungkin datang pengganti mengambil alih dengan persetujuan muktamar atau sehingga Allah menentukan qadha dan qadarnya. Marilah sama-sama kita berserah kepada Allah untuk kebaikan dan keselamatan perjuangan kita. Amin.
Muka 37 / 37