Cabaran 9

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cabaran 9 as PDF for free.

More details

  • Words: 524
  • Pages: 3
Cabaran 9:Menwujudkan masyarakat makmur yang tinggi daya saing dan ketahanan dinamik serta tangkas menghadapi perubahan Membentuk sebuah masyarakat yang makmur bukanlah satu usaha yang mudah terutama dalam era globalissi ekonomi dunia.Malaysia sebagai sebuah negara kapitalis di dalam ‘global village’ yang wujud sekarang terpaksa bersaing dengan Negara-negara lain yang juga sedang berusaha untuk menjadi Negara maju.Di samping proses globalisasi ini,beberapa aliran lain juga sedang berlaku seperti blok perdagangan (trading bloks),kemunculan dan kematangan pasaran bebas sosialis,penswastaan,kebangkitan ‘pacific rim’dan pertunbuhan ekonomi Amerika Latin dan juga Afrika.Dengan muncuknya perkembangan ini,Malaysia terpaksa bersaing dengan negara-negara lain yang sedang berlumba-lumba mencapai kemakmuran untuk rakyatnya.Untuk berjaya dalam persaingan ini,dan mencapai kemakmuran untuk rakyat adalah wajar bagi Malaysia menwujudkan suatu ekonomi yang bersifat dinamis,tangkas dan mempunyai daya ketahanan.Untuk memenuhi sifat-sifat ini,ekonomi negara mestilah melalui transformasi struktural.Hal ini merangkumi perubahan seperti penurunan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Negara Kasar(KNK) dan kenaikan dalam sumbangan sektor pembuatan dan perkhidmatan .Struktural pengeluaran mesti berubah ke arah pertambahan nilai (value addad)yang lebih tinggi dan aktiviti-aktiviti yang lebih intensif dari teknologi dan pengetahuan . Disamping itu, bagi menyokong usaha ini eksport negara mesti di pertingkatkan dengan barangan buatan menjadi bahan eksport utama ,dan pada masa yang sama industriindustri yang berdaya saing terus dipupuk(Seru,1992:24).Ini semua memerlukan pengorbanan dan iltizam bukan sahaja daripada negara tetapi juga daripada sektor swasta.Pengkorporatan Malaysia (Malaysia Incorporation) adalah satu usaha untuk mencapai matlamat ini,iaitu untuk menwujudkan ekonomi yang berdaya saing,dinamik,tangkas,berdaya tahan ,sebagai satu prasyarat kepada pembentukan masyarakat yang makmur.Walaupun begitu,Y.A.B. Perdana

Menteri mengigatkan kita supaya menhindarkan diri daripada bahaya rasa taksub akan pertumbuhan .Yakni bahaya terlalu asyik dengan peningkatan perangkaan pertumbuhan tanpa menghiraukan tanggungjawab terhadap kestabilan,mengawal inflasi,memastikan kesinambungan,memajukan kehidupan dan taraf hidup,dan pencapaian matlamat-matlamat sosial yang lain.

Cabaran 7:menwujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang,iaitu sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan serta tidak berkisar kepada negara ataupun individu,tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap’ Perdana Menteri dalam membicarakan cabaran ini menyuburkan kembali peranan komuniti dan masyarakat dalam menjaga kebajikan rakyat.Pada sistem lampau,kebajikan rakyat menjadi tangunggjawab komuniti dan sistem kekeluargaan,bukan negara.Tetapi selepas merdeka,dalam usaha kerajaan untuk memajukan rakyat,tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat telah dipindahkan daripada komuniti dan keluarga kepada negara.Cabaran sekarang ialah untuk mengembalikan tugas ini kepada komuniti dan keluarga.Ini bermakna sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri mesti di bentuk dan akhirnya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berbudi dan penyayang.Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kemajuan dalam sesebuah negara akan menyebabkan ikatan kekeluargaan menjadi semakin longgar.Pengalaman di negara maju memberikan kita banyak bukti keruntuhan dalam . sistem kekeluargaan . Selain itu,cara hidup penduduk bandar sudah lama menunjukkan keindividualan yang kadangkala amat ekstrem.Sistem keluarga yang lebih luas(extended family sistem)sudah lama menunjukka bibit-bibit kehancuran.Berita mengenai penganiayaan bayi makin kerap tersiar di akhbar.Ramai pula yang mula menghantar orang tua mereka ke rumah orang orang tua.Ada pula yang mengusahakan rumah orang tua secara haram.Kita perlu memperkukuhkan sistem perkahwinan dan kekeluargan serta meningkatkan perasaan cinta kepada mereka yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat.Sekali lagi kita perlukan perubahan sikap yang berkesan untuk mencapai cabaran ini.Untuk mengelakkan masyarakat Malaysia mengalami nasib sama,cabaran ini perlu diberi perhatian oleh setiap lapisan anggota masyarakat.Oleh itu,kebajikan setiap ahli masyarakat harus diberikan tumpuan jika hendak melihat kewujudan sebuah masyarakat yang penyayang.

Related Documents

Cabaran 9
November 2019 23
Cabaran Remaja
June 2020 18
Cabaran Pengetua
October 2019 22
Penutup Cabaran
June 2020 7
Cabaran Ctu.pptx
April 2020 11
Cabaran Dakwah.pdf
December 2019 25