CABARAN GURU DARI PIHAK IBUBAPA Cabaran era komunikasi abad ke-21 terhadap sistem pendidikan negara begitu terasa. Ledakan teknologi maklumat dan kemajuan teknologi global serta kewujudan arus perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam sistem pentadbiran negara, menuntut konsep pendidikan mencorak ke arah yang bercirikan teknologi secara saintifik. Profesion perguruan juga merupakan badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menghasilkan rakyat masa depan yang serba canggih sebagai jentera penggerak negara. Malangnya ketika kita bersungguh-sungguh menyahut cabaran masa kini untuk menrealisasikan aspirasi negara, timbul pula bantahan ibu bapa terhadap hukuman guru-guru ke atas pelajar. Dan tindak balas dari berita berkenaan, ibu bapa atau pelajar menyerang atau mencederakan guru terbabit. Ini akan menyebabkan trauma dikalangan guru itu sendiri. Dahulu, para pendidik mempunyai status yang tinggi dalam hierarki hidup masyarakat tetapi sekarang tidak lagi. Ini kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri.Ibubapa terlalu manjakan anak mereka sehinggakan apa yang dperkatakan oleh anak mereka dipercayai bulat-bulat tanpa usul periksa.. Dan akibatnya, murid ini tidak takut untuk melawan guru kerana murid ini percaya ibubapa mereka akan sentiasa berdiri dibelakang mereka.. Sikap ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru. Kalau kita membicarakan tentang masalah guru memukul pelajar. Pasti banyak tafsiran yang berbeza dari ibubapa mengenai guru yang jahat. Kalau seorang murid sekolah rendah, pasti kata ibubapa ini guru yang jahat akan memberi latihan atau kerja rumah yang banyak. Jelas di sini keikhlasan guru yang memberi latihan atau kerja rumah untuk meningkatkan kemahiran murid, disalah tafsirkan sebagai jahat. Tetapi ibubapa lupa, bahawa guru itu lebih banyak menghabiskan masanya untuk menyemak latihan atau kerja rumah murid-muridnya. Dalam hal ini, ibu bapa yang kurang faham akan beranggapan guru memberi kerja rumah yang banyak sebagai mendera anak mereka.