JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
SOALAN
: AMBIL SATU PETIKAN (KARYA MELAYU KLASIK). BUAT KUPASAN DARI SUDUT FALSAFAH
TAJUK
: GURINDAM BERLAPIS
NAMA
: NOR LIYANA BT BADRI@BAHAROM
NO MATRIK
: JEA080075
NAMA PROFESOR : DR AMRAN MUHAMAD
GURINDAM BERLAPIS
Kalau suka hisap rokok, Kalau suka duduk di tembok, Tentu akal susah tokok.
Kalau cakap tak cermat, Kalau kelakuan tak hormat, Tentu hidup tak selamat.
Kalau makan terlalu lekit, Kalau manum terlalu sedikit, Tentu penyakit mudah jangkit.
Jangan suka puji diri, Masuk bakul angkat sendiri, Nanti kawan habis lari.
Kalau fifkiran selalu tak betul, Kalau cakap kurang taakul, Alamatlah berat mahu memikul.
Jika hutang sudah melekat, Resah risau selalu menyakat, Langkah panjang menjadi singkat, Kaki dan tangan akan terikat, Perjalanan anda akan tersekat.
Pabila mata sudah kabur, Pabila kulit sudah kendur, Pabila uban sudah berterabur, Pabila gigi sudah gugur, Pabila telinga sudah tak faham ditegur, Pabila badan terlalu uzur, Pabila selalu di suap bubur, Itulah tanda akan ke kubur.
1)PENGENALAN
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba dan digunakan pertama kali oleh Pythagoras (570-504 S.M). Perkataan falsafah mengandungi gabungan dua perkataan iaitu ”philo” bermaksud cinta dan ”sophia” bermaksud kebijaksanaan. Oleh itu, falsafah dapat diertikan sebagai ”cinta akan kebijiksanaan” Gurindam mempunyai banyak definisinya mengikut pandangan tokoh masingmasing. Misalnya menurut Ismail Hamid,istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Beliau berpendapat walaupun istilah gurindam ini berasal dari Sanskrit, namun gurindam melayu dengan gurindam melayu adalah berbeza dari segi bahasanya, persoalan, rima akhir, rangkap dan sebagainya. Raja Ali Haji pula menjelaskan pembentukan gurindam dibahagi menjadi 2 baris yang bersajak. Setiap baris adalah kalimat dan hubungan antara kalimat itu biasanya disebut samada anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku katanya adalah berbeza. Namun dijelaskan ada gurindam yang mempunyai lebih dari 2 baris dan berlapis-lapis. Za’ba pula mengatakan bahasa gurindam adalah padat dan bernas. Ianya dihasilkan bertujuan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran. Manakala Harun Mat Piah mendefinisikan gurindam adalah sejenis karya klasik melayu lama yang tak tentu bentuknya samada terikat ataupun tidak. Gurindam mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat melayu iaitu sebagai tujuan didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis formal.
2)MAKSUD GURINDAM
Maksud gurindam dalam baris satu ialah, praxis suka menghisap rokok dan duduk di tepitepi tembok tidak mendatangkan sebarang faedah, malah ianya membuang masa dan tiada ilmu pengetahuan dan morphe yang boleh didapati apabila bersikap sedemikian. Berdasarkan theoria,praxis menghisap rokok boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri manusia seperti menghidap penyakit strok, paru-paru dan sakit dada. Percakapan adalah sesuatu patah perkataan yang diucapkan keluar daripada mulut seseorang, ia bukan sesuatu yang empirikal. Percakapan haruslah dijaga dan diucapkan dengan sopan-santun, lemah-lembut, merendahkan suara ketika bercakap dengan orang yang lebih berusia. Manakala kelakuan adalah tingkah-laku yang boleh dizahirkan oleh manusia. Selain percakapan, kelakuan juga harus dijaga jika hendak hidup selamat didunia dan di akhirat. Makanan dan adalah sumber tenaga kepada manusia. Jika tidak dijaga pengambilannya tentu penyakit mudah berjangkit. Praxis suka memuji diri sendiri mestilah dielakkan ada dalam diri setiap orang. Malah setiap orang haruslah mempunyai praxis heumenes yang tinggi dalam diri. Suka memuji diri sendiri akan dibenci dan ditinggalkan kawan. Manusia haruslah menggunakan ratio dan fikiran dengan betul untuk memikirkan baik dan buruk sesuatu pekara itu kepada diri dan orang lain. Apabila berkata-kata haruslah menggunakan taakul dan berfikir terlebih dahulu jika tidak mahu membebankan diri dengan pekerjaan. Praxis berhutang keliling pinggang akan membuatkan hati dan hidup seseorang tidak aman dan tenang kerana sentiasa gelisah bagaimana hendak menyelesaikan hutanghutangnya.
Tanda-tanda seseorang itu akan mengalami trasidential (berpindah ke alam ghaib iaitu ke alam barkhzah (meninggal dunia)) ialah apabila mata sudah kabur, kulit sudah kendur, beruban, telinga kurang pendengaran dan makan disuap bubur.
3)FALSAFAH GURINDAM Menurut falsafah yang boleh dimengertikan, praxis suka menghisap rokok dan duduk di atas tembok membuatkan tiada apa-apa ilmu dan pengetahuan yang boleh ditimba seseorang. Taakul juga susah ditokok kerana tiada ilmu dan pengalaman yang berguna yang boleh dijadikan weltanschauung iaitu pandangan hidup. Walhal positivisme merupakan suatu bentuk empirisisme tulen yang bermula dengan pengalaman sebagai asas ilmu. Iaitu ilmu hanya diperolehi melalui pengalaman hidup dan pekara yang boleh dialami sebagai asas ilmu. Taakul boleh diibaratkan sebagai sehelai kertas putih dan kosong yang kemudiaanya merima tulisan ilmu dari dunia luarnya. Setiap sesuatu yang terdapat di dalam akal adalah hasil pengamatan dan pemikiran manusia. Ahli empirisisme iaitu David Hume percaya bahawa objek-objek di dunia menghasilkan kesan (impression) dalam akal yang jika berkekalan menjadi idea. Ilmu diperolehi manusia melalui 4 saluran iaitu melalui pancaindera, hujahan, ilham dan laporan yang benar. Hal ini tidak boleh diperolehi jika seseorang itu lebih suka duduk-duduk di tembok dan merokok tanpa melakukan dan membuat sesuatu pekara yang berguna untuk dirinya sendiri samada di dunia dan di akhirat. Dalam masyarakat Melayu Tradisional, orang-orang yang dianggap mempunyai nilai moral dan etika yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat ialah orang yang
menjaga percakapan dan kelakuannya. Jika masyarakat manusia mengabaikannya, sudah tentu hidupnya tidak akan dihormati dan selamat. Percakapan yang cermat merujuk kepada percakapan yang sopan, merendahkan nada, lemah-lembut dan percakapannya menyumbang dan memberi manfaat kepada masyarakat dan komunitinya. Perumpamaan melayu ada menyatakan ’terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata buruk padahnya’. Perumpamaan ini menguatkan tafsiran bahawa percakapan memberi impak yang besar terhadap masyarakat manusia, kerana jika tersalah kata mungkin akan membuatkan orang lain tersinggung dan menyimpan dendam kepada kita. Kelakuan juga boleh ditakrif sebagai akhlak. Akhlak mencakupi aksiologi moral dan etika iaitu fiil, sifat dan perlakuan yang baik, halus dan benar yang patut dipunyai seseorang kerana dapat memberi kebaikan kepada diri dan orang lain. Segala kelakuan dan sifat yang baik bukan untuk mendapatkan pujian dan pengiktirafan daripada manusia, tetapi untuk mencari keredhaan-Nya di akhirat walaupun ia adalah sesuatu yang trasidential iaitu termasuk dalam pekara-pekara ghaib dan supralogikal iaitu melampaui tanggapan taakul manusia biasa. Apabila kita berkelakuan takbur, sombong dan bongkak, tentu akan mendapat balasan segera atau kemudian hari. Untuk memperoleh akhlak mulia, kita mestilah terlebih dahulu mengetahui hakikat diri insan sebagai makhluk yang terdiri daripada unsur rohani dan jasmani. Tempat terbentuknya etika ialah dalam unsur rohani yang membuahkannya dalam perlakuan dan perbuatan oleh anggota jasmani Makanan adalah salah satu pekara asas dalam kehidupan manusia selain pakaian, minuman dan tempat tinggal. Jika manusia makan secara berlebihan, tidak mengikut panduan, tentu penyalit mudah berjangkit. Minum air yang banyak mestilah diamalkan
kerana fungsi air dapat membersihkan bahan toksid di dalam badan. Jika masyarakat manusia tidak mempraktiskan amalan ini, sudah tentu pelbagai penyakiy mudan berjangkit. Sifat suka memuji diri sendiri diibaratkan seperti mengangkat bakul sendiri. Istilah bakul digunakan kerana bakul adalah tempat untuk mengisi barang. Samalah seperti perumpamaan mengagkat bakul sendiri dengan sifat-sifat baik diri sendiri yang dicanagcanangkan sendiri. Manusia seperti ini dianggap mempunyai aksiologi diri yang rendah. Sifat memuji diri akan membuat sahabat membenci dan lari ndaripadanya. Menurut erti kata falsafah, kita janganlah suka dipuji-puji orang dan jangan pula suka memuji diri sendiri kerana sifat demikian menunjukkan orang yang kurang taakul. Hubungan persahabatan merupakan prinsip asasi dalam pembentukan sesebuah masyarakat, kerana manusia amat lemah dan tak dapat memenuhi keperluan hidupnya apabila bersendirian. Insan adalah makhluk yang suka kepada pergaulan kerana ia merupakan fitrah kejadiannya. Oleh sebab itu ia dinamakan insan iati ’unsun’ yang bermaksud persahabatan. Persahabatan haruslah dipupuk kerana ia memunculkan perasaan kasih sayang dan cinta. Untuk membina persahabatan berdasarkan kebaikan dan kasih sayang, maka kita hendaklah menjaga akhlak dengan ciri-ciri oriental dan jauhi sikap memuji diri kerana sikap demikian akan dibenci kawan. Bahu adalah anggota badan manusia yang emperikal. Umumnya bahu dibuat untuk mengalas barang. Bahu juga diibarat sebagai tempat menggalas beban masalah dan perumitan hidup manusia. Begitu juga apabila kita mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan fikiran yang kurang betul,rasional dan kreatif, alamat kerja yang dilakukan tidak akan berjaya. Manusia juga haruslah bercakap menggunakan taakul dan berlogos. Jika kita hanya pandai berkata-kata, ia berisiko untuk bercakap bohong dan besar, jika pekara ini
berlaku, alamat pekerjaan yang dikerjakan tidak berjaya kerana perancangan lebih besar daripada matlamat dan objektifnya. Mata, kulit, gigi dan telinga adalah berada dalam satu sisitem badan manusia. Alam kubur disebut juga sebagai trasidential iaitu yang meliputi pekara-pekara ghaib yang menjangkaui taakul manusia biasa. Manusia yang akan berpindah ke alam trasidential mempunyai tanda-tanda seperti matamya sudah kabur, kulit sudah kendur, uban sudah menutupi seluruh kepala, gigi berterabur, pendengaran tak jelas, badan uzur dan makan selalu bersuap bubur. Kadangkala maklumat yang diperoleh oleh deria adalah rendah martabatnya dan menipu diri sendiri kerana bersifat sementara dan mudah berubah. Misalnya mata yang kabur bukan menandakan seseorang akan ke kubur, walhal dia mengalami masalah penglihatan (rabun). Begitu juga dengan lidah. Bagi mereka yang kurang sihat, sudah tentu dia tiada selera makan dan makanan yang dirasanya berasa pahit walaupun sebenarnya manis. Ini menunjukkan deria sering membohongi kita, sedangkan ilmu daripada akal memenuhi ciri kebenaran (truth), kekekalan (permanence), kemantapan (stability), ketahanan (duration) dan ketentuan (certainty).
4) KESIMPULAN
Kesimpulan, pada pendapat saya, falsafah yang terkandung dalam gurindam ini adalah berfungsi sebagai memberi pengajaran dan panduan hidup kepada masyarakat, contohnya gurindam ini mengajar supaya kita tidak membuang masa dengan hanya melepak-lepak, supaya menjaga percakapan dan perlakuan, jangan suka memuji diri dan mengelakkan amalan berhutang. Gurindam ini juga memberi peringatan tanda seseorang itu akan
meninggal dunia. Ia turut berfungsi sebagai alat sindiran kepada masyarakat melayu, contohnya kepada orang yang suka berhutang dan suka memuji-muji diri sendiri. Gurindam turut berfungsi sebagai alat hiburan sewaktu lapang.
BIBLIOGRAFI.
Md. Ali Bachik 1980,Himpunan Puisi Klasik,Shah Alam : Marwilis Publisher Hashim bin Hj Musa, Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu