Folio Sivik

  • Uploaded by: Nurul Afiqah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Sivik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,052
  • Pages: 14
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUTTERWORTH JALAN NEW FERRY , BUTTERWORTH LAPORAN PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT TEMA: WARAISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MALAYSIA 2008 TAJUK PROJEK: PAMERAN ALAT MUSIK DAN ADAT RESAM PELBAGAI KAUM DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CONVENT BUTTERWORTH, PULAU PINANG. NAMA PELAJAR:

NOOR SYAFAWANI BINTI FAUZI NUR ATIRAH BINTI MARZUKI NUR AZLEEN BINTI SALIKIN NURUL AFIQAH BINTI SOFWAN SITI ZULAIKHA BINTI MOHD. SHUKRI

TINGKATAN

: TIGA SETIA

NAMA GURU

:

PUAN RAJINA DEVI A/P SITA RAM

___________________ (NOOR SYAFAWANI) ___________________ (NUR ATIRAH) ____________________ (NUR AZLEEN) ____________________ (NURUL AFIQAH) _____________________ (SITI ZULAIKHA)

___________________ (PUAN RAJINA DEVI)

SENARAI KANDUNGAN

Bil.

Kandungan

1.

Pengenalan

2.

Objektif Projek

3.

Lokasi Projek

4.

Strategi Pelaksanaan

5.

Masalah-masalah Pelaksanaan

6.

Kos Pelaksanaan

7.

Tempoh Pelaksanaan

8.

Penghargaan

9.

Refleksi dan Kesimpulan

10.

Kesimpulan

Halaman

PENGENALAN Saya Noor Syafawani, Nur Atirah , Nur Azleen , Nurul Afiqah, Siti Zulaikha,ialah murid Tingkatan Tiga Setia di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth,Pulau Pinang.Untuk menjalankan projek Khidmat Masyarakat secara kumpulan di luar waktu persekolahan, kami berlima telah memilih tajuk ‘ Pameran Alat Musik dan Adat Resam di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth.’ Kami memilih tajuk tersebut kerana kami dapati murid – murid, guru – guru, dan staf sokongan terdiri daripada kaum yang berbeza seperti Melayu, Cina, dan India. Setiap kaum ini mempunyai Alat Musik dan Adat Resam tersendiri yang

mencerminkan budaya dan keunikan kaum masing – masing. Setelah berbincang dengan Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan iaitu Pn. Rajina Devi, kami membuat untuk Keputusan untuk mengadakan satu pameran alat musik dan adat resam untuk pelbagai kaum di sekolah ini sebagi Projek Khidmat Masyarkat memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan

OBJEKTIF PROJEK Antara Objektif Projek ini adalah untuk :



Mengenal pasti adat resam dan alat musik tradisional pelbagai kaum.



Bersikap terbuka terhadap adat resam dan alat musik tradisional pelbagai kaum.

• Mengutip derma untuk mengisi tabung kebajikan pelajar miskin sekolah. •

Menghargai kunikan adat resam dan alat musik tradisional pelbagai kaum.

• Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertangungjawab terhadap masyarakat dan negara.

LOKASI PROJEK Kami memilih dewan sekolah sebagai lokasi untuk mengadakan pameran ini. Dewan ini mempunyai ruang yang sangat luas. Ramai orang dapat menyaksikan pameran ini pada satu masa yang sama. Semua pintu juga berkunci. Jadi bahan – bahan pameran adalah terpelihara daripada kerosakan dan risiko kehilangan.

STRATEGI PELAKSANAAN 1. Persediaan awal Sebelum memulakan kerja projek ini, kami telah berjumpa sebanyak tiga kali untuk membincangkan projek ini. Akhirnya kami telah mncapai kata sepakat seperti berikut: a) Memutuskan bahawa pameran ini akan diadakan pada Ogos 2008 mulai pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. b) Mengenal pasti bahan-bahan pameran yang diperlukan termasuklah alat musik dan maklumat-maklumat tentang yang berkaitan. c) Membahagikan tugas-tugas kepada setiap ahli kumpulan untuk: i)

Mendapatkan maklumat berkaitan dengan pameran.

ii)

Meminjam atau mendapatkan alat musik tradisional.

iii)

Membahagikan tugas semasa pameran.

2. Langkah-langkah pelaksanaan a) Ogos 2008 pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. i)

Kami telah berada di dewan sekolah untuk

ii)

menghiasi tapak pameran dan mempamerkan alat musik yang kami ada di ruang yang telah ditetapkan.

iii)

Kami telah memperuntukkan ruang pameran kepada enam bahagian untuk setiap tiga jenis kaum.

iv)

Kami amat bertuah kerana dapat meminjam beberapa buah alat musik untuk dipamerkan.

b) Hari pameran pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. i)

Kami telah berada di ruang masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan.

ii)

Sebagai langkah terakhir, kami telah mengemaskan tapak pameran dan mengutip semua bhan dan alatan yang telah kami gunakan semasa menjalankan projek.

MASALAH-MASALAH PELAKSANAAN Kumpulan kami sebenarnya tidak mengalami begitu banyak masalah kerana semua ahli memberi sumbangan dan kerjasama yang baik. Semua ahli bertungkus-lumus untuk menyiapkan projek tersebut. Namun demikian, oleh sebab alatan musik tradisional jarang dimainkan oleh generasi muda sekarang, agak susah bagi kami bagi memperolehkan bahan-bahan yang diperlukan. Kami amat bertuah kerana dapat meminjam beberapa peralatan daripada pihak sekolah.

Satu masalah lagi yang kami hadapi ialah kegiatan aktiviti sekolah seperti kokurikulum. Ini adalah kerana banyak aktiviti sekolah diadakan pada waktu petang dan projek kami juga diadakan pada waktu yang sama. Oleh itu, ramai pelajar yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan pameran ini.

KOS PELAKSANAAN Oleh sebab semua bahan dan alatan yang diperlukan dipinjam daripada sekolah, kami semua tidak menangung kos yang begitu banyak perbelanjaan. Kami semua tinggal berhampiran dengan sekolah. Justeru itu, kami hanya berjalan atau menaiki basikal ke sekolah. Oleh yang demikian, kami tidak perlu mengeluarkan kos bagi pengangkutan.

TEMPOH PELAKSANAAN Kerja projek dimulakan pada 24 April 2008 di mana satu perjumpaan selama 1 ½ jam antara ahli-ahli kumpulan telah diadakan selepas waktu sekolah. Ini diikuti dengan dua perjumpaan lagi pada 23 Jun dan 24 Jun yang telah berlangsung selama 3 ½ jam. Pada Ogos 2008 , kami telah menggunakan 3 jam untuk menghiasi tapak pameran dan pada keesokan harinya pameran telah berlangsung selama 2 jam. Jadi jumlah tempoh pelaksanaan adalah 10 jam.

PENGHARGAAN Kami dapat melaksanakan projek dengan sempurna kerana bantuan , sokongan , dan kerjasama daripada beberapa pihak. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kasih kepada orang yang telah memberi kerjasama antaranya ialah: a) Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan , iaitu b) Puan Ranjina Devi yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang pelaksanaan projek ini. c) Ibu bapa kami yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan dari segi kewangan dan maklumat. d)

Puan Pengetua, Puan Chew Saw Hwa , yang telah memberi kebenaran untuk kepada kumpulan kami untuk menjalankan projek ini.

e) Guru-guru dan ibu bapa yang telah meminjamkan bahan-bahan dan alat-alat pameran kepada kami.

REFLEKSI DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhan, projek mempamerkan adat resam dan alat musik setiap kaum di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Butterworth telah dijalankan dengan jayanya dan dapat memberi peluang kepada semua warga SMK Convent Butterworth untuk mengenali, menghargai , dan seterusnya bersikap terbuka terhadap adat resam dan alat musik kaumkaum lain. Semasa menjalankan projek ini, setiap ahli kumpulan berpeluang mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi dan dapat merapatkan hubungan kami. Sungguhpun projek ini memerlukan tenaga dan masa yang banyak , kami berasa puas hati dan bangga kerana dapat memberi sumbangan kepada sekolah. Hasil usaha kami dapat dinikmati oleh semua warga SMK Convent Butterworth. Daripada projek ini, kami mempelajari bahawa khidmat masyarakat merupakan satu amalan hidup yang sungguh murni. Melalui sumbangan kami, semua warga sekolah mendapt manfaat, termasuk kami sendiri. Apabila kami melihat muridmurid begitu tertarik dan gembira apabila melihat alat musik yang tidak pernah mereka lihat, kami sedar bahawa usaha kami tidak sia-sia.

Related Documents

Folio Sivik
May 2020 17
Folio Sivik
October 2019 30
Folio Sivik
June 2020 10
Folio Sivik
October 2019 14
Sivik Folio
May 2020 6
Sivik Folio
April 2020 16

More Documents from ""

Folio Sivik
October 2019 30
Rph Pjk.docx
May 2020 18
Math Melaka
October 2019 33
Bahan Autentik.pptx
May 2020 18