Math Melaka

  • Uploaded by: Nurul Afiqah
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Math Melaka as PDF for free.

More details

  • Words: 360
  • Pages: 1
Akibat ke atas masyarakat Suasana hidup di dalam masyarakat tidak lagi tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompak dan lain-lain yang dilakukan oelh penagih-penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah. Didapati 40% daripada banduan penjara adalah pesalah dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu mengganggu keamanan, ketenteraman, ketertiban peraturan dan undangundang negara. Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan dadah. Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan dadah.

(4) Akibat ke atas negara Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah dadah yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau masyarakat, dari segi kos nyata (tangible) dan kos tidak nyata (intangible). Kos nyata termasuklah : (a) Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi; (b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah; (c) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan; (d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan; dan (e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambahkan bilangan anggota polis,kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.

Kos tidak nyata yang mengakibatkan kerugian lebih besar yang mana sukar ditentukan jumlahnya dengan tepat, termasuklah ketakutan dan kekecewaan yang dialami oleh masyarakat dan mangsa aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh penagih dan pengedar dadah. Golongan masyarakat yang terbesar terlibat dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan bahawa dari jumlah penagih yang dikesan, kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumur di antara 20 - 29 tahun. Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa. Kesan dadah yang lebih buruk kepada negara ialah dari segi keselamatan dan ketahanan negara. Pengganas komunis dan anasir subvertif boleh menggunakan dadah sama ada : (a) Untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara secara langsung; (b) Untuk menjadikan dadah sebagai punca kewangan bagi membiayai perjuangan mereka dan secara tidak langsung mendatangkan kesan buruk kepada keselamatan negara. Kegiatan seperti ini telah terbukti di negara Burma, Afghanistan dan di beberapa buah negara Latin Amerika serta semasa penyerahan Hong Kong ke tangan British selepas Perang Candu di abad Kelapan belas.

Related Documents


More Documents from "Hayati Aini Ahmad"

Folio Sivik
October 2019 30
Rph Pjk.docx
May 2020 18
Math Melaka
October 2019 33
Bahan Autentik.pptx
May 2020 18