Folio Sivik

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Sivik as PDF for free.

More details

  • Words: 1,231
  • Pages: 7
TEMA : Pelbagai Budaya Masyarakat Di Malaysia ( Orang Sikh ) Ahli-ahli Kumpulan : -

Agustine Ashley

Benjamin Koh Lee Guang Jin ( Penolong Ketua.K ) Lim Kea Seng ( Ketua.K ) Lim Yew Chiang( Setiausaha ) Tam Wai Sern Tan Beng Yau Tingkatan : Guru P.Sivik :

3

Merah Encik Ustaaz Abd Hakim Bin Md. Yusof Penghargaan

S aya

mengucapkan ucapan penghargaan saya kepada Guru Sivik saya , Encik Ustaaz Abd Hakim Bin Md . Yusof kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjalankan folio Sivik . Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah saya , Encik Ong Chong Wee yang telah memberikan kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian folio ini selepas waktu persekolahan . Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang saya hormati . Saya bersyukur kerana

mendapat kerjasama daripada ahli kumpulan saya , iaitu Augustine Ashley , Benjamin Koh ,Lim Kea Seng , Lim Yew Chiang , Tam Wai Sern Tan Beng Yau dan saya .

Sikhisme Sikhisme (juga dikenali sebagai agama Sikh; bahasa Panjabi: ਿਿੱਖੀ, sikkhī, IPA: /ˈsɪkkʰiː/) adalah sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan orang guru lain di Punjab, India pada abad ke-15. Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia, dengan lebih daripada 23 juta penganut. Sikhisme berasal daripada perkataan Sikh, yang datang daripada kata dasar śiṣya dalam bahasa Sanskrit, yang bermakna "murid" atau "pelajar", atau śikṣa yang bermaksud "arahan".

Isi kandungan •

1 Kepercayaan



2 Sejarah



3 Lima K



4 Guru-guru Sikhisme



5 Hari-hari keagamaan



6 Adat istiadat penganut Sikh



7 Bilangan penganut Sikh



8 Penyertaan



9 Nota kaki



10 Pautan luar

Kepercayaan Kepercayaan utama orang Sikh adalah keyakinan dalam Waheguru - yang digambarkan menggunakan simbol suci ēk ōaṅkār, iaitu Tuhan Universal. Sikhisme menggalakkan meditasi yang berdisiplin di bawah nama dan mesej Tuhan, untuk memperoleh keselamatan. Agama ini juga menggambarkan Tuhan melalui konsep yang tidak mengandungi antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada dewa-dewa). Tuhan juga kadang kala diinterpretasikan sebagai Alam Semesta sendiri oleh orang Sikh. Penganut agama Sikh dikehendaki mengikuti pengajaran sepuluh orang guru Sikh, bersama dengan kitab suci yang bernama Guru Granth Sahib, yang bukan sahaja menggubal penulisan enam daripada sepuluh guru Sikh tersebut, tetapi juga mengandungi karya-karya yang ditulis oleh orang dari pelbagai latar belakang socio-ekonomik dan agama. Teks dalam Guru Granth Sahib telah didekri oleh Gobind Singh, guru yang kesepuluh, sebagai guru Khalsa Panth yang terakhir. Tradisi dan ajaran agama ini berkait rapat dengan sejarah, masyarakat dan budaya Punjab. Kebanyakan orang Sikh tinggal di Punjab, dan sebelum penceraian India dan Pakistan, jutaan orang Sikh tinggal di wilayah Punjab di Pakistan.

Sejarah Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengasas agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539), Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil waheguru. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru. Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau dan secara perlahan-lahan. Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan "Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K".

Guru-guru Sikhisme Perkataan guru datang daripada perkataan bahasa Sanskrit gurū, yang bermaksud "pengajar" atau "mentor". Tradisi dan falsafah Sikhisme telah dibentuk oleh sepuluh orang guru dari tahun 1499 sehingga 1708. Setiap guru menyokong dan menambah mesej yang diajar oleh guru sebelumnya, menyebabkan pengasasan agama Sikhisme ini. Nanak adalah guru pertama, dan telah memilih seorang pendidik sebagai guru seterusnya. Gobind Singh merupakan guru manusia yang terakhir. Sebelum kematian beliau, Gobind Singh mengeluarkan dekri bahawa Guru Granth Sahib adalah guru terakhir dan abadi bagi orang Sikh.

Tokoh suci Sikhisme •

Bhagat Kabir



Bhagat Farid



Bhagat Namdev



Baba Budda (tokoh paling suci dalam Sikh)



Baba Banda Singh Bahadur (menentang orang Islam di Punjab)



Baba Deep Singh (Mempertahankan kuil emas)

Tokoh lain •

Bhai Vir Singh



Bhai Kaan Singh Nabha

Hari-hari keagamaan Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanskar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood" Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu •

Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)



Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)



Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)



Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)



Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)

Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian. Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.

Adat istiadat penganut Sikh Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi

lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud "Puteri". Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian serban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat. Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

Bilangan penganut Sikh Terdapat 26 juta penganut Sikh. 75 % menetap di India. 60 % tinggal di negeri Punjab, India iaitu 2/3 daripada penduduk negeri Punjab. Tempat lain ialah di of Haryana, Himachal Pradesh, Jammu and Kashmir, Rajasthan, Uttar Pradesh, Uttaranchal, Maharashtra dan Delhi. Ramai daripada mereka berhijrah ke Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat , Timur Tengah, Afrika Timur, Asia Tenggara, Eropah Barat, Australia dan New Zealand.

Penyertaan Penganut Sikh aktif dalam politik di pelbagai tempat di seluruh dunia terutama di India. •

Manmohan Singh - Perdana Menteri India.



Tentera - ramai daripada mereka menyertai tentera dan polis di India dan di seluruh dunia terutama zaman penjajahan Empayar British. Antaranya ialah Jeneral Joginder Jaswant Singh.



Tan Sri Dato' Seri Darshan Singh Gill - di Malaysia, beliau menjadi pemimpin kaum Sikh.



Karpal Singh - peguam dan pemimpin parti pembangkang DAP dalam Parlimen Malaysia.



Master Tara Singh



Baldev Singh



Sardul Singh Caveeshar



Shaheed Bhagat Singh Sandhu



Shaheed Udham Singh Jammu



Pratap Singh Kairon



Professor Piara Singh Gill



Arjan Singh



General Joginder Jaswant Singh



Dr. Narinder Singh Kapany



Harbhajan Singh



Milkha Singh



Shaheed Sant Jarnail Singh Bhindranwale



Shaheed General Shabeg Singh

Lampiran

Upacara Sikh

Kuih Orang Sikh

Bendera Sikh

Related Documents

Folio Sivik
May 2020 17
Folio Sivik
October 2019 30
Folio Sivik
June 2020 10
Folio Sivik
October 2019 14
Sivik Folio
May 2020 6
Sivik Folio
April 2020 16