Etika Kerja

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Etika Kerja as PDF for free.

More details

  • Words: 2,027
  • Pages: 8
1 ETIKA KERJA 1. Pendahuluan Etika kerja merupakan etika atau tingkahlaku terhadap kerja yang dipandang dengan sikap positif, iaitu sebagai satu kepercayaan yang menganggap bahawa kerja itu adalah penting. Lantaran itu, manusia perlu menjaganya dengan cara yang paling baik. Etika kerja dalam erti kata yang lebih luas merangkumi satu atau beberapa kepercayaan di bawah ini: (Max Weber) i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii.

Manusia mempunyai sesuatu kewajipan agama/moral untuk memenuhi kehidupan dan tugas yang berat. Para pekerja diharapkan menggunakan masa kerja bukan untuk kepentingan peribadinya. Pekerja harus mempunyai rekod kedatangan yang baik. Para pekerja hendaklah produktif dalam mengeluarkan barangan atau memberi perkhidmatan. Para pekerja harus berasa bangga dengan kerjanya dan melaksanakannya dengan baik. Para pekerja harus mempunyai perasaan penglibatan dan setia kepada kerjanya, tempat kerja serta ahli-ahli yang lain. Para pekerja haruslah sentiasa memikirkan pencapaian yang tinggi. Manusia boleh mendapatkan kemewahan melalui kerja yang jujur.

Dalam hubungan ini, perkhidmatan awam di negeri ini telah pun mempunyai etika kerjanya yang dikenali sebagai “Etika Perkhidmatan Awam”. 2. Etika Perkhidmatan Awam Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memberikan perkhidmatan awam yang sebaik-baiknya kepada rakyat di Negara ini. Beberapa usaha kea rah pencapaian hasrat tersbut dilancarkan untuk seterusnya dilaksanakan bagi semua peringkat jentera pentadbiran. Di samping penggunaan alat-alat moden seperti computer sera mesinmesin yang sopistikated di Jabatan-jabatan Kerajaan, perlu juga diterapkan suatu nilai di kalangan individu-individu dalam perkhidmatan itu sebagai penimbal balik kepada peralatan-peralatan moden yang disebutkan tadi. Nilai yang dimaksudkan adalah “Etika Perkhidmatan Awam” yang telah dilancarkan pada tahun 1979 dan bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan semua kakitangan kerajaan mengenai tanggungjawab mereka kepada rakyat. 2.1Teras Perkhidmatan Awam Sebagai yang terkandung dalam buku Panduan Perkhidmatan Cemerlang teras perkhidmatan awam adalah seperti berikut: i.

Berazam meninggikan mutu perkhidmatan;

2 ii. iii. iv. v. vi. vii.

Bekerja dengan penuh tanggungjawab; Berusaha mengikis sikap mementingkan diri; Berkhidmat dengan pen uh muhibah dan kemesraan; Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara; Bekerjasama dalam membentras kelemahan dan musuh negara; dan Berpegang teguh kepada ajaran agama.

Ketujuh-tujuh teras di atas tadi diperkukuhkan lagi dengan cogankata “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 2.1.1 Berazam meninggikan mutu perkhidmatan: Menggalakkan tiap-tiap kakitangan kerajaan mempunyai hasrat untuk meninggikan mutu perkhidmatannya dan tidak berpuas hati dengan pencapaian mereka setakat ini. Mereka digalakkan supaya berusaha untuk memikirkan cara-cara baru bagi menjalankan kerjayanya demi kepentingan rakyat dan Negara. Dengan ini matlamat-matlamat yang telah ditentukan dapat dicapai dalam jangka masa yang telah dijadualkan. 2.1.2 Bekerja dengan penuh tanggungjawab: Setiap penjawat awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, memahami segala implikasi daripada tindakannya serta sanggup menerima padah dan pujian dari perbuatan itu. 2.1.3 Berusaha mengikis sikap mementingkan diri: Seseorang pegawai awam tidak harus membenarkan kepentingan diri mengatasi kepentingan tugas dan negaranya. Dia haruslah sentiasa berpandukan kepada peraturan yang disediakan dan tidak mengambil langkah mengikut hati dan perasaan sahaja. Teras ini membimbing pegawai awam mengamalkan disiplin diri agar segala kecurangan dan penyalahgunaan kuasa tidak berlaku. 2.1.4 Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan: Pegawai-pegawai awam harus bekerja dengan penuh perasaan mesra dan amalan muhibbah sesuai dengan struktur masyarakat majmuk Negara ini. Pegawai-pegawai awam dikehendaki bukan sahaja berbaik-baik sesame mereka, malahan mereka mesti sentiasa menunjukkan rasa kemesraan dan muhibah apabila berhubung dengan rakyat. Ini akan melahirkan masyarakat yang mahu tolong-menolong tanpa rasa curiga mencurigai. 2.1.5 Bekerja ke arah menunjukkan pemikiran rakyat dan pembangunan negara: Pegawai-pegawai awam hendaklah memandu serta menggalakkan rakyat jelata mengambil peluang dalam usaha pembangunan negara. Pihak kerajaan menyediakan berbagai kemudahan kepada orang ramai dan tugas pegawai-pegawai awam ialah membimbing serta memberi tunjuk ajar bagaimana peluang-peluang ini boleh direbut. Matlamat kepada bimbingan

3 ini ialah supaya rakyat negara ini dapat berdikari tanpa mengharapkan pertolongan semata-mata. 2.1.6 Bekerja dalam membenteras kelemahan dan musuhmusuh Negara: Permaufakatan dan persefahaman serta persatupaduan rakyat sangat dituntut bagi menjayakan tugas ini. Gejala-gejala yang perlu dibentras seperti dadah, komunis, rasuah, kecuaian dan seumpamanya. 2.1.7 Berpegang teguh kepada ajaran agama: Ini merupakan satu ciri yang penting dalam menjalankan tugas dan adalah selaras dengan prinsip pertama Rukunegara iaitu “Kepercayaan Kepada Tuhan”. Adalah dipercayai bahawa seseorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama akan menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh dianggap sebagai jenayah. Dia juga tidak akan tertarik kepada ideologi komunis. 3. Cadangan Pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam Surat Pekeliling Am 5/79 yang telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara mengandungi beberapa cadangan untuk dilaksanakan oleh Jabatan-jabatan: i.

Pemberian penghargaan dalam bentuk pengesyuran untuk menerima pingat-pingat, sijil-sijil kepujian, cenderamata, pertimbangan untuk kursus-kursus dan sebagainya untuk mereka yang telah member perkhidmatan dengan cemerlang;

ii.

Mengadakan dialog-dialog dan perbincangan untuk menerangkan cara pelaksanaan Etika Perkhidmatan Awam;

iii.

Penubuhan Jawatankuasa Kelab Sukan, Kebajikan dan Sosial serta mengadakan aktiviti yang selalu mengasah kebolehan dan mendapat penglibatan ahli;

iv.

Mengeluarkan Berita Jabatan masing-masing, (Buletin Jabatan) sebagai salah satu alat komunikasi antara kakitangan jabatan;

v.

Mengadakan majlis jamuan teh/makan pada harri yang ditetapkan untuk member kesempatan kepada semua pegawai dan kakitangan bergaul mesra antara satu sama lain bagi menanam semangat kekitaan (esprit de corps);

vi.

Menganjurkan majlis syarahan/ceramah agama pada satu hari yang telah ditetapkan dalam tiap-tiap minggu/dua minggu/bulan kepada kakitangan beragama Islam;

4 vii.

Kursus-kursus/latihan yang sesuai diberikan kepada pegawaipegawai yang sedang berkhidmat atau yang baru dilantik bagi mempertingkatkan kecekapan kerja;

viii.

Mengadakan pertandingan pejabat terbersih, memperbaiki dan mengindahkan pejabat dengan projek ‘landscaping’, supaya mewujudkan rasa kebanggaan dan rasa kepunyaan dalam perkhidmatan awam;

ix.

Memasukkan Etika Perkhidmatan Awam sebagai salah satu mata pelajaran dalam kursus-kursus;

x.

Lawatan-lawatan mengejut oleh Ketua-ketua Jabatan, pegawaipegawai kanan dan sebagainya untuk menaksir perjalanan kerja di pejabat;

xi.

Menyediakan Manual Kerja dan senarai tugas bagi semua pegawai dan kakitangan supaya tidak timbul kesalahfahaman atau keraguan tentang tanggunjawab masing-masing;

xii.

Mengadakan kursus selepas waktu pejabat bagi kakitangan wanita seperti kursus menjahit dan lain-lain mengikut kegemaran masingmasing;

xiii.

Penyediaan Buku Panduan yang mengandungi maklumat penting Jabatan-jabatan Kerajaan untuk kegunaan rakyat mendapatkan perkhidmatan;

xiv.

Menggalakkan kakitangan melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan dengan menubuhkan Badan Kebajikan Am Kakitangan Jabatan;

xv.

Mengadakan majlis-majlis dialog dan pameran serta projek-projek gotong-royong untuk memupuk semnagat kerjasama di antara semua pegawai, kakitangan dan orang ramai (sesuai terutama sekali untuk daerah-daerah)

xvi.

Mewujudkan perpustakaan jabatan untuk membuat rujukan dan menambah pengetahuan kakitangan kerajaan;

xvii.

Agensi-agensi yanag menjalankan kursus-kursus hendaklah memasukkan perkara Perhubungan Awam sebagai salah satu tajuk dalam kurukulumnya.

5 4. Etika Kerja Islam Etika Kerja dalam Islam adalah meliputi etika-etika yang lain. Ianya bersifat menyeluruh (sejagat) serta member penegasan bahawa tiap-tiap satu kerja yang dilaksanakan adalah semata-mata untuk Allah S.W.T. (beribadat kepata Allah S.W.T.). Tegasnya bahawa kerja yang dijalankan bukan semata-mata untuk keselamatan dan kebahagiaan di dunia, tetapi lebih penting dan utama ialah kelamatan dan kebahagiaaan di akhirat. Oleh yang demikian dalam menjalankan kerja harian kita perlu sentiasa patuh dan menjunjung akidah, syariah dan akhlak Islam. Sebagai contoh, kita harus menjalankan kerja dengan bersih, cekap dan amanah tanpa melalaikan ibadah khusus kepada Allah S.W.T. Terdapat lima garis utama etika kerja dalam Islam seperti berikut: i.

Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah;

ii.

Bekerja dengan ikhlas dan amanah;

iii.

Bekerja dengan tekun dan cekap;

iv.

Bekerja dengan semangat gotong-royong dan mesyuarah serta berpadu fikiran; dan

v.

Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

4.1Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah : Satu tingkat kesedaran dan keikhlasan hati perlu dilaksanakan sebagai satu ibadah dan pengabdian hambanya kepada yang Maha Berkuasa. Pada dasarnya memperolehi satu jawatan dan melakukan satu-satu pekerjaan itu adalah untuk mencari sumber hidup bagi keperluan sendiri, keluarga dan masyarakat. Jika pekerjaan itundilakukan mengikut lunas-lunas yang ditetaplan oleh Allah dan untuk mencari keredhaan Allah, balasan yang setimpal atas kerja yang baik telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. dan ia Maha mengetahui dengan apa yang kita lakukan. 4.2Bekerja dengan ikhlas dan amanah: Berhubung dengan matlamat melahirkan manusia yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. maka seseorang itu haruslah melakukan pekerjaannya dengan ikhlas dan amanah. Ikhlas ertinya melakukan pekerjaan semata-mata kerana Allah dan bukan untuk mendapat sanjungan, penghormatan dan sebagainya dari manusia atau dari majikannya. Pekerjaan yang dilakukan untuk

6 mendapatkan balasan yang telah disebutkan itu akan meninggalkan kesan yang negatif apabila harapannya tidak tercapai. Oleh yang demikian ikhlas dalam kehidupan seseorang muslim khususnya boleh membentuk peribadi lebih mantap, lebih yakin dan rela menerima sebarang hasil atau akibat dari pekerjaannya. Amanah ertinaya mempunyai kepercayaan, setia dan jujur dalam menjalankan sesuatu yang dipertanggungjawabkan sama ada yang berbentuk tugas, harta atau rahsia. Menjaga amanah dan menunaikannya merupakan suatu tugas yang amat berat yang mesti ditanggung oleh manusia. Dalam perkhidmatan awam, tugas itu mestilah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Amahan yang diserahkah kepada seseorang perkhidmatan awam meliputi bidang tugas serta menyimpan rahsia kerajaan. Oleh yang demikian, seseorang perkhidmatan awam mestilah menyedari dan berwaspada sentiasa melaksanakan segala amanah yang diberikan kepadanya. 4.3Bekerja dengan tekun dan cekap Tekun dan cekap merupakan faktor utama dalam mempertingkatkan produktiviti dalam perkhidmatan. Kepaduan antara dua sifat itu memudahkan pencapaian matlamat sesuatu organisasi yang dianggotai oleh perkhidmat-perkhidmat awam. Sesuatu pekerjaan yang dibuat dengan tekun sudah pasti akan memperelokkan mutu kerja itu sendiri. Kerja yang sempurna dan kemas itu pula seterusnya akan mendorong untuk lebih baik lagi atau sekurang-kurangnya untuk mengekalkan tahap yang telah dicapainya.

4.4Bekerja dengan semangat gotong-royong dan mesyurah serta berpadu fikiran Sesebuah organisasi terdiri dari sekumpulan individu yang menganggotainya. Setiap anggota itu pula mempunyai jalinan perhubungan manusia secara formal atau tidak formal. Jalinan yang formal adalah sebagai yang ditunjukkan dalam carta organisasi jabatan maing-masing. Manakala jalinan yang tidak formal adalah lebih halus dan kuat pengaruhnya dalam menjayakan atau menggagalkan pencapaian matlamat sesuatu organisasi. Oleh yang demikian, pentingnya semangat bergotong-royong dan berpadu fikiran itu tidak dapat disangkal lagi pentingnya. 4.5Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat : Agama Isalam yang diturunkan adalah sebagai rahmat kepada alam seluruhnya. Rahmat kepada alam meliputi yang diturunkan kepada

7 manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan semua yang terkandung dalam alam ini. Oleh yang demikian maka setiap umat manusia khususnya yang beragama Islam hendaklah memberikan keutamaan dalam menjalankan tugas semata-mata untuk kebaikan dan kesejahteraan alam seluruhnya. 5. Nilai-nilai Murni Dalam Perkhidmatan Jiwa yang hidup memerlukan jasmani dan rohani yang sihat. Aspek jasmani melalui penyediaan infrastruktur bagi mencapai kehendak asasi memang telah mendapat perhatian dan keutamaan kerajaan. Penerapan nilai-nilai murni yang berlandaskan nilai-nilai Islam adalah satu langkah yang sangat tetap ke arah penghasilan kerja yang cemerlang. Untuk menghasilkan kerja yang cemerlang, maka perseimbangan antara pembangunan infrastruktur lahiriah dan batiniah perlu wujud. Dalam hubungan ini, kerajaan telah mengisytiharkan beberapa dasar serta slogan-slogan untuk difahami dan seterusnya dihayati oleh perkhidmatperkhidmat awam khususnya. Dasar Pandang Ke timur, Bersih Cekap dan Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan adalah contoh yang jelas bagi usaha-usaha ke arah pencapaian tujuan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya melalui penerapan nilai-nilai murni tersebut. Sudah sedia maklum bahawa sekiranya kita hendak menyenaraikan nilai-nilai mulia, maka memeng terlalu banyak nilai-nilai demikian mengikut latarbelakang rakyat negara ini. Dasar penerapan nilai-nilai Islam bertujuan untuk: i.

Menanam semangat cintakan nilai suci Islam;

ii.

Menghormati kebaikan dan membenci keburukan;

iii.

Membentuk sikap yang berguna kepada negara;

iv.

Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang bertanggungjawab;

v.

Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu;

vi.

Melatih diri dengan disiplin; dan

vii.

Menjalankan amanah dengan dedikasi.

Bagi mencapai tujuan di atas, maka sebanyak sebelas nilai utama telah dikenalpasti sebagai asas dalam penerapan nilai-nilai murni di bawah dasar tersebut : i.

Amanah

8 ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

Tanggungjawab Ikhlas Dedikasi Sederhana Tekun Bersih Berdisiplin Bekerjasama Berbudi mulia Bersyukur

Begitu juga hasrat yang telah digariskan dalam dasar-dasar yang lain iaitu Dasar Pandang Ke Timur, Bersig, Cekap dan Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan yang kesemuanya mempunyai matlamat untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam. Teras bagi kesemua dasar atau konsep itu adalah nilai-nilai mulia yang menuntut amalan serta penghayatannya dalam perkhidmatan. Penutup Perkhidmatan yanag baik serta sempurna dan cemerlang adalah menjadi harapan semua rakyat. Hakikat ini memang diakui oleh semua pihak sehingga telah menjadi amalan dalam perkhidmatan awam untuk sentiasa “Berkhidmat Untuk Negara” seperti yang diikrarkan dalam setiap kali urusan surat-menyurat. Usaha ke arah perkhidmatan yang diingini itu telah pun dibantu lagi dengan pembentukan satu Etika Perkhidmatan Awam yang kemas dan kinkrit. Garis Panduan etika itu telah ditimbali lagi dengan pengisytiharan nilai-nilai murni yang lain melalui Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran, dasar Pandang Ke Timur, Bersih Cekap dan Amanah, dan Kepimpinan Melalui Teladan. Segala keunggulan bilai-nilai itu akan tinggal begitu sahaja sekiranya kita selaku perkhidmat-perkhidmat awam tidak melakukannya. Oleh yang demikian langkah seterusnya ialah untuk kita mengamalkan segala panduan yang telah sama-sama kita maklumi, ke arah pencapaian perkhidmatan yang cemerlang.

Related Documents

Etika Kerja
May 2020 4
Etika Kerja
June 2020 3
Etika Kerja
June 2020 4
Etika Kerja
June 2020 5
Etika Kerja
June 2020 5
Etika Kerja[1]
June 2020 1