PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Definisi : Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika.
Formula 4C :
Communication (Komunikasi) – murid hendaklah berkomunikasi di dalam kelas menggunakan bahan seperti pembentangan , penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dan aktiviti lain.Ini bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran dan berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan-rakan mereka Collaboration( Kolaborasi) – murid berkolaborasi dalam pembelajaran berlangsung dengan aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Ini untuk bertukar idea dan pandangan Critical Thinking ( Kemahiran Kritis) – murid mengenalpasti masalah dengan cara yang lain dan menyelesaikannya. Teknik penyoalan yang betul juga boleh digunakan Creativity (Kreativiti) – pendekatan guru dalam Pdp hendaklah menggunakan unsur kreativiti dalam aktiviti , kreatif pada bahan, kreatif pada soalan dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir
Ciri-ciri PAK-21 : 1. Berpusatkan pelajar - pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing - meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan 2. Penggunaan komputer - alat penting untuk kelas abad ke 21 - sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif - penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan computer 4. Pembelajaran kendiri - kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran 5. Persekitaran yang kondusif - tidak terlalu sesak - peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projector 6. Pelajar faham dan mematuhi arahan - pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun - peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul 7. Saling hormat menghormati - perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar - guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka - pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas 8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka - sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka 9. Penilaian berasaskan pencapaian - guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja 10. Pembelajaran kolaboratif - pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.