1.0 PENGENALAN Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Lebih – lebih lagi, seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Seterusnya, tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang tidak normal, iaitu abnormal behavior dalam bahasa Inggeris. Ia boleh ditakrifkan terkeluar dari nilai dan norma social masyarakat, termasuk sekolah. Di bawah konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah (Mook soon sang, 2010). Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.
GAMBAR RAJAH 1 : JADUAL JENIS – JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH
GAMBAR RAJAH 2 : PELBAGAI TINGKAH LAKU BERMASALAH DALAM KELAS.
2.0 TIGA ISU BERKAITAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH khususnya di dalam bilik darjah. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad(2009), kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Gambar rajah berikut merupakan klasifikasi tingkah laku bermasalah negatif kepada tiga aspek iaitu tingkah laku bergantung, tingkah laku disruptif dan tingkah laku distruktif.
2.1 Isu Membuli Terdapat beberapa isu berkaitan dengan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah yang kian berleluasa di sekolah – sekolah rendah. Salah satu isu ialah, isu membuli yang merupakan salah satu contoh kepada tingkah laku bermasalah negatif iaitu distruktif. Menurut Olweus (2001), buli bermaksud perbuatan tingkah laku langsung yang diperlakukan kepada orang lain dengan sengaja. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Isu ini merupakan tingkah laku yang membahaya diri, sekolah dan masyaraat. Menurut James Ang Jit Eng Ed.D (2011), terdapat dua jenis buli iaitu buli berbentuk fizikal seperti memukul, menendang, mencubit dan sebagainya. Jenis kedua ialah buli berbentuk mental seperti mengejek yang menjadikan seseorang mengalami masalah kesihatan. Secara keseluruhannya, Isu membuli kerap berlaku pada masa kini dalam kalangan murid sekolah di Negara kita. Contohnya, menurut sebuah laporan berita MYNEWSHUB bertarikh 5 Julai 2017 menyatakan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merekodkan 12 kes buli dalam tempoh enam bulan
pertama tahun ini. hal ini
menunjukkan bahawa tingkah laku sebegini sedang meningkat
dengan drastik dalam kalangan para murid dari semasa ke semasa.
GAMBAR RAJAH 3 : BERITA TENTANG KADAR PENINGKATAN ISU MEMBULI
2.2 Model pengurusan bilik darjah dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah membuli Model Modifikasi Tingkah Laku Oleh B.F Skinner model modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen – elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Oleh itu, model ini sangat sesuai bagi mengatasi kes membuli. terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak guru dengan menggunakan model ini bagi mengatasi tingkah laku bermasalah ini. pertamanya ialah, peneguhan positif berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah, pujian, markah merit dan sebagainya manakala peneguhan negatif berlaku apabila rangsangan seperti markah dimerit, tidak memberi token dikeluarkan bagi meningkatkan tingkah laku diingini. Contohnya, murid yang membuli orang lain di kelas atau luar kelas guru perlu memberi peneguhan negatif seperti pemberian markah dimerit atas perlakuan seperti memukul orang lain. Apabila pihak guru memberi peneguhan kepada pelajar itu maka, murid itu kurang membuli orang lain dan ia akan meningkatkan tingkah laku yang diingini. Jika murid itu berubah daripada tingkah laku negatif kepada positif pihak guru perlu memberi peneguhan positif iaitu memberi pujian di hadapan kelas, memberi markah merit dan sebagainya untuk mengekalkan tingkah laku yang baik. Oleh itu, peneguhan positif dan negatif digunakan untuk meneguhkan atau meningkatkan tingkah laku yang diingini. Seterusnya, pihak guru yang ingin menggunakan model ini, perlu menganalisis tingkah laku murid – murid di dalam bilik darjah terlebih dahulu. Guru perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan tingkah laku yang memerlukan perhatian yang khusus. Sebagai contoh, bagi tingkah laku membuli di dalam kelas guru perlu memerhati murid yang berkenaan itu dari segi perlakuan dan cara interaksi dengan rakan sekelasnya. Jika murid itu suka membuli orang lain seperti pukul orang lain, pihak guru mesti mengambil tindakan drastik dengan menggunakan model ini iaitu menggunakan peneguhan dengan kerap.
2.3 Intervensi bimbingan dan kaunseling Isu membuli sangat berleluasa dalam kalangan para pelajar di sekolah. Oleh itu, pihak guru boleh mengatasi isu tingkah laku ini dengan menggunakan bimbingan dan kaunseling sebagai suatu pendekatan. kaunseling merupakan satu proses di mana guru kaunselor membantu murid untuk memahami dirinya sebenar, kekuatan dan kelemahan diri supaya murid dapat membuat keputusan – keputusan yang berkesan tentang pilihan – pilihan dalam hidupnya. Pihak yang membimbing perlu mengenali murid – muridnya dari segi sahsiah, tingkah laku dan pencapaian supaya dapat membantu murid – murid tersebut menetapkan matlamat yang baik. Murid – murid sekolah sentiasa terdedah kepada rangsangan – rangsangan negatif yang mendorong mereka untuk membuat pilihan – pilihan salah. Contohnya, murid yang memiliki tingkah laku negatif iaitu membuli orang lain, ia berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Oleh itu, murid ini perlu memerlukan bimbingan dan kaunseling yang membantu murid itu supaya dapat menghindari daripada tingkah laku tersebut. Selain itu, pihak guru juga perlu menetapkan beberapa matlamat semasa memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang terlibat dalam buli. Salah satu matlamat ialah, pihak guru perlu menguruskan tingkah laku dengan lebih baik supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Contohnya, bagi pelajar yang membuli guru perlu menguruskan tingkah laku murid tersebut dengan menunjukkan beberapa tingkah laku yang baik supaya pelajar itu dapat menyedar kesalahannya dan juga dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Seterusnya, pihak guru juga membina sikap untuk memajukan diri dalam semua bidang yang diceburi. Dengan ini, murid tersebut akan berusaha untuk membina sikap mulia bagi memajukan diri sendiri. Matlamat – matlamat ini dapat mengatasi pelajar – pelajar daripada bertingkah laku sebegini. Di samping itu, pihak guru juga bertanggungjawab dalam memberi kaunseling kepada murid yang bertingkah laku negatif seperti membuli. Contohnya, pihak guru perlu mematuhi prinsip – prinsip bimbingan supaya bimbangan itu dapat dilakukan dengan lancar dan juga dapat dimanfaatkan oleh pelajar itu. Salah satu prinsip yang harus dipatuhi oleh pihak guru untu mengatasi masalah buli ialah, bimbingan perlu dilakukan secara kolaboratif dengan pihak – pihak lain di sekolah seperti pentadbir, guru kaunseling, guru disiplin, dan menjalinkan hubungan dengan ibu bapa pelajar tersebut. Dengan ini, murid itu dapat peluang untuk menghindari daripada tingkah laku membuli. Terdapat juga beberapa etika bimbingan. Oleh itu, pihak guru juga harus berperanan dalam menerapkan etika – etika itu bagi mengatasi tingkah laku bermasalah ini. sebagai contoh, pihak guru perlu menerapkan etika iaitu menghormati murid dan tiada unsur diskriminasi pelajar yang betingkah laku sebegini. Ia bermaksud pihak perlu melayan pelajar
itu tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Jika berbuat demikian, proses bimbingan akan terjejas. Sepatutnya, pihak guru perlu melayan pelajar itu dengan baik dan mengenal pasti latar belakang, keperluan murid itu. Contohnya, bagi pelajar yang bertingkah laku sebegini mungkin pelajar itu daripada keluarga yang kurang berpendidikan, tidak mendapat kasih sayang ibu bapa dan keperluan murid itu tidak dapat disempurnakan oleh keluarga. Oleh itu, pihak guru mesti menolong murid itu dengan menyempurnakan keperluan murid itu dari segi kasih sayang dan fisiologi. Dengan ini, pelajar itu berasa selamat dan dapat menyemai tingkah laku berpositif. Tuntasnya, pembimbing adalah untuk memberikan bantuan dan nasihat, bukannya untuk menilai dan menghukum murid itu.
3.0 Isu Hiperaktif
Isu berkaitan tingkah laku bermasalah yang lain ialah isu hiperaktif dalam bilik darjah. Isu ini boleh dikategorikan sebagai tingkah laku yang menganggu orang lain iaitu, distruptif (Haliza Hamzah Dan Joy Nesamalar Samuel, 2016).
Murid yang bertingkah laku bermasalah
hiperaktif merupakan murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan menganggu orang lain. Sebagai contohnya yang berlaku di sekolah rendah, murid hiperaktif ini memanjat pagar tingkap. Kemungkinan murid itu jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Murid hiperaktif ini merupakan murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Murid aliran perdana juga mempunyai tingkah laku ini. hal ini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain. Antara punca berlakunya tingkah laku tersebut dari sudut pengurusan bilik darjah ialah kebosanan dengan aktiviti kelas kadangkala mendorong kanak – kanak melanggar peraturan, menipu, dan lain – lain. Sekiranya dibiarkan, mereka mungkin berasa seronok kerana terlepas daripada peneguhan dan hukuman. Selain itu, faktor pengurusan bilik darjah yang tidak kondusif juga mempengaruhi murid bertingkah laku hiperaktif. Dalam suasana tidak selesa, murid tidak berminat untuk belajar lalu menganggu kawan – kawannya yang sedang belajar.
3.1 Model pengurusan bilik darjah dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah hiperaktif Model pengurusan bilik darjah yang sesuai bagi mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut ialah, model disiplin Asertif Canter. Canter percaya bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan – peraturan yang telah ditetapkan. Model ini menyerupai model modifikasi tingkah laku Skinner, Cuma model ini lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid – murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Murid – murid yang bertingkah laku hiperaktif tidak boleh duduk diam dan ini akan mengganggu rakan sekelas yang lain. Dengan ini, pihak guru boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan model ini yang menetapkan peraturan kelas yang harus dipatuhi oleh semua murid. Oleh itu, murid yang berkenaan dengan tingkah laku ini dapat menunjukkan tingkah laku baik apabila mematuhi peraturan kelas. Selain itu, menurut Canter terdapat tiga jenis guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional dan tanpa gangguan. Guru yang paling sesuai bagi mengatasi tingkah laku hiperaktif ialah guru yang asertif. Guru yang asertif ialah seorang yang jelas, yakin dan memberi arahan dengan tegas dalam kelas. Canter juga berpendapat pendekatan asertif sangat sesuai untuk menguruskan disiplin bilik darjah. Oleh itu, pihak guru mestilah menjadi seorang guru yang asertif untuk mengatasi masalah ini. Contohnya, guru yang asertif sangat tegas dan jelas dalam memberi tahu tentang peraturan bilik darjah dan juga kepentingan peraturan dan rutin bilik darjah. Dengan ini, murid yang bertingkah laku hiperaktif mereka pasti mematuhi peraturan bilik darjah seperti tidak boleh berlari dalam kelas da tidak boleh mengganggu rakan lain. Hal ini demikian kerana, guru yang asertif ini sangat bermesra dengan murid dan pada masa itu juga guru itu sangat tegas dalam peraturan kelas. Oleh itu, pelajar itu pun akan mematuhi arahan guru tersebut. Tambahan pula, guru yang asertif juga membimbing anak muridnya seperti menyediakan persekitaran kelas yang kondusif kepada murid – murid. Dengan ini, murid hiperaktif akan menggunakan ruang ditetapkan oleh guru itu. Lebih – lebih lagi pihak guru juga boleh menggunakan sistem kad warna bagi mengatasi tingkah laku bermasalah ini dalam kelas. Contohnya, untuk kesalahan pertam, murid berkenaan mendapat kad kuning, kad kedua oren, kad ketiga warna merah dan sebagainya. Jika murid itu mengulangi kesalahan seperti berlari dalam kelas, pihak guru boleh memberi kad berwarna merah. Melalui sistem ini, murid – murid yang bermasalah sebegini akan kurang membuat kesalahan dan patuh pada peraturan bilik darjah. Pihak guru juga harus melaksanakan tindakan pembetulan dalam kelas. Tindakan pembetulan dikenakan kepada murid – murid yang mengganggu hak murid – murid lain untuk
belajar dengan selesa. Hieraki tindakan pembetulan Canter dibentuk untuk melaksanakan tindakan pembetulan tingkah laku khususnya distruptif iaitu hiperaktif. Hieraki ini perlu konsisten dan adil untuk semua murid yang melanggar peraturan kelas. Dengan merujuk pada hieraki ini para guru dapat mengatasi masalah tingkah laku bermasalah dengan berkesan
Kali pertama murid hiperaktif mengganggu murid lain dan berlari. - Guru memberi arahan kepada murid itu.
Kali kedua/ketiga mengganggu rakan. - Guru memberi denda kepada pelajar itu. Kali keempat mengganggu rakan. - Guru memberi arahan untuk mematuhi peraturan kelas dan selagi murid itu berbuat demikian tindakan akan diambil. Kali kelima murid itu masih mengganggu rakan. - Guru memberitahu bahawa murid itu mesti berjumpa dengan guru besar jika berbuat lagi sekali Tingkah laku yang melampau. - Guru memberi arahan kepada murid untuk berjumpa dengan guru besar sekarang juga
RAJAH 4 HIERAKI PEMBETULAN CANTER
3.2 Intervensi bermain Bagi tingkah laku bermasalah iaitu hiperaktif, intervensi yang sesuai ialah terapi bermain yang sama juga. Hal ini demikian kerana, murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah ini sentiasa tidak berada dalam satu keadaan yang tetap, mereka sentiasa membuat apa sahaja perbuatan yang mereka ingin membuat. Contohnya, dalam kelas murid itu tidak boleh duduk di tempat sendiri tetapi berlari dalam kelas. Oleh itu, pihak guru berasa amat susah untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini, pihak guru boleh menggunakan intervensi terapi bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga mengatasi tingkah laku bermasalah ini. dalam terapi bermain ini terdapat pelbagai pergerakan yang boleh dibuat oleh murid – murid semasa bermain. Apabila pihak guru mengadakan sesuatu permainan yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran maka murid hiperaktif itu berasa selesa dan seronok untuk bermain permainan itu.
Terdapat beberapa jenis permainan untuk mengatasi tingkah laku bermasalah hiperaktif. Antaranya ialah,
permainan pasir
berlari sambil mengira
cari harta karun
Pertamanya ialah bermain pasir. Kanak – kanak suka bermain pasir. Dengan adanya terapi bermain menggunakan pasir kanak – kanak akan berasa seronok, relaks dan lain – lain. Semasa di dalam ruang bermain, kanak – kanak bebas bermain dengan pasir. Sebagai contohnya, murid yang bertingkah laku hiperaktif sukar untuk duduk diam maka, pihak guru boleh mengadakan bermain pasir di luar kelas. Oleh itu, murid itu berasa selesa untuk menggunakan ruang yang lebih luas untuk bermain. Dengan itu, murid itu dapat memberi fokus terhadap apa yang pihak guru memberi arahan mahupun terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Lebih – lebih lagi, bagi mengatasi tingkah laku bermasalah ini pihak guru juga boleh permainan berlari sambil mengira. Hal ini demikian kerana, murid yang bertingkah laku sebagai hiperaktif mereka suka berlari dalam kelas dan tidak boleh berada dalam satu keadaan. Pihak guru mesti mengikuti aktiviti murid itu seperti berlari tetapi semasa berlari pengisian pembelajaran perlu ada. Sebagai contoh, semasa pihak guru mengajar matapelajaran matematik dalam kelas, pihak guru boleh mengadakan permainan berlari sambil mengira kepada murid – murid yang mempunyai tingkah laku tersebut. Melalui permainan ini murid – murid itu meningkatkan minat untuk belajar di kelas.
Permainan yang lain ialah, cari harta karun. Permainan ini harus dilakukan secara berkumpulan. Permainan ini juga mementingkan pergerakkan pelajar. Disebabkan murid – murid yang bertingkah laku hiperaktif suka berlari maka, pihak guru boleh melakukan permainan ini. murid – murid ini juga seronok bermain dan ia akan merangsang minat murid untuk belajar dalam cara begini. Tuntasnya, permainan cari harta karun adalah permainan yang sangat sesuai bagi murid bertingkah laku hiperaktif kerana permaianan ini dapat menarik minat murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
4.0 Isu Pengasingan Diri
Isu ketiga ialah, tingkah laku pengasingan diri yang membawa kepada tingkah laku bergantung iaitu tingkah laku yang membahaya diri sendiri. Tingkah laku pergantungan iaitu tingkah laku pengasingan diri kerap berlaku dalam kalangan kanak – kanak yang berumur sepuluh tahun ke bawah. Penglibatan seseorang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik oleh pihak guru di sekolah. Tetapi, terdapat segelintir murid yang mempunyai sikap mengasingkan diri sendiri dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak guru di sekolah. Contohnya, murid yang mempunyai tingkah laku ini tidak melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan kelas, tidak menyumbangkan idea atau bertukar pandangan. Mereka berasa lebih selesa untuk duduk seorang diri. Pelajar seperti ini juga didapati mempunyai harga diri yang rendah yang akan mengakibatkan masalah – masalah lain yang mana pelajar berkenaan akan cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial bagi tujuan mendapatkan perhatian atau layanan guru. Punca berlaku isu tersebut dalam kalangan murid ialah kelemahan dalam kemahiran komunikasi di mana murid berkenaan mungkin kurang mahir dalam mewujudkan komunikasi antara rakan sekelas atau kemahiran sosial amat kurang. Faktor yang lain pula ialah, ibu bapa tidak berperanan dalam menangani tingkah laku anak mereka masing – masing. Disebabkan kesibukan dalam pekerjaan mereka tidak ada masa untuk bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengatasi tingkah laku bermasalah ini.
4.1 Model pengurusan bilik darjah dan intervensi yang sesuai bagi menangani tingkah laku bermasalah pengasingan diri
Model Beyond Discipline Alfie Kohn merupakan satu model yang sesuai untuk mengatasi tingkah laku bermasalah iaitu mengasingkan diri daripada orang lain. Murid yang bertingkah laku sebegini akan menunjukkan sikap pasif dan tidak memberi fokus terhadap sebarang aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Kohn menyatakan bahawa komuniti bilik darjah ialah sebuah tempat murid – murid berasa disayangi dan menyayangi antara satu sama lain. Murid mempunyai rasa kepunyaan di bilik darjah dan melibatkan diri dengan aktif di dalam bilik darjah (Kohn, 2001). Oleh itu, model ini sangat sesuai bagi membendung masalah ini dalam kalangan para pelajar. Terdapat beberapa cadangan yang diberi oleh Kohn bagi membantu guru dan murid membentuk komuniti pembelajaran. Cadangan ini boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi tingkah laku pengasingan diri. Antaranya ialah,
membina hubungan antara murid dengan guru
mengadakan aktiviti yang melibatkan kelas dan sekolah
strategi membentuk komuniti pembelajaran
meningkatkan hubungan antara murid
perjumpaan kelas
Pertamanya ialah, pihak guru perlu membina hubungan yang rapat dengan murid supaya murid – murid dapat menghormati guru, membantu guru dan mengurangkan sikap mementingkan diri sendiri. Melalui hubungan ini, pelajar yang mengasingkan diri sanggup memberi tumpuan semasa guru mengajar dalam kelas mahupun aktif dalam apa jua aktiviti yang dilakukan oleh guru. Oleh itu, pihak guru perlu membina hubungan yang rapat dengan murid – murid yang sering mengasingkan diri dalam bilik darjah. Selain itu, pihak guru juga
harus meningkatkan hubungan antara murid. Hubungan ini boleh ditingkatkan melalui aktiviti yang berkaitan dan saling memerlukan antara murid. Sebenarnya, murid yang mengasingkan diri dengan orang lain, mereka tidak berkongsi dan menyumbangkan idea dengan rakan – rakan. Oleh itu, pihak guru boleh mempelbagaikan aktiviti – aktiviti seperti membuat buku skrap secara berkumpulan, bergotong – royong, membuat lakonan di hadapan kelas secara kumpulan dan sebagainnya. Melalui aktiviti – aktiviti tersebut, pelajar yang mengasingkan diri dapat meningkatkan hubungan dengan murid, berkongsi pendapatnya dengan ahli kumpulan. Dengan ini, pihak guru dapat mengatasi tingkah laku bermasalah ini. Kohn menyatakan bahawa antara aktiviti yang terbaik untuk melibatkan semua murid di dalam kelas adalah dengan mengadakan perjumpaan kelas. Oleh itu, pihak guru mesti mengadakan perjumpaan kelas sekurang – kurangnya dua kali dalam seminggu. Dalam perjumpaan kelas itu, pihak guru boleh berkomunikasi dengan murid – murid, menyoal tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar dan boleh mengadakan apa – apa permainan yang melibatkan semua murid untuk bermain. Melalui aktiviti ini, pelajar – pelajar yang suka mengasingkan diri sendiri dapat menyumbang idea semasa guru mengadakan perbincangan, melibatkan diri dalam permainan seperti mencari harta karun dalam kelas dan lain – lain. Dengan ini, pelajar – pelajar tersebut akan mengubahkan tingkah laku bermasalah ini kepada tingkah laku positif. Strategi akhir untuk megatasi masalah ini ialah, pihak guru harus mengadakan aktiviti yang melibatkan kelas dan sekolah. Contohnya, pihak guru boleh mengadakan aktiviti gotong – royong, melukis mural yang melibatkan kelas dan sekolah. Dengan ini, semua pelajar akan menyertai aktiviti – aktiviti ini secara aktif. Murid – murid akan berganding bahu antara satu sama lain dalam aktiviti – aktviti. Oleh itu, aktiviti – aktiviti ini akan mendorong murid – murid yang mengasingkan diri untuk bekerjasama dengan murid – murid lain semasa mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.
4.2 Intervensi Terapi Bermain Menurut Landreth (2001), bermain adalah rangkaian tingkah laku yang kompleks dan mempunyai pelbagai dimensi yang berubah mengikut perkembangan kanak – kanak. Bermain merupakan cara yang terbaik bagi kanak – kanak untuk belajar tentang persekitaran, memahami tugas dan tanggungjawab, meluahkan perasaan dan emosi, memupuk kemahiran bersosial dan juga membina hubungan. Oleh itu, terapi bermain merupakan intervensi yang paling sesuai bagi mengatasi isu pengasingan diri dalam bilik darjah yang kian menular dalam kalangan pelajar. Terdapat tiga peringkat bermain bagi kanak – kanak. Secara khususnya, umur murid yang belajar di sekolah rendah ialah dalam lingkungan 7 hingga 12. Isu tersebut kerap berlaku dalam kalangan murid yang berumur 10 tahun ke bawah. Sebenarnya, pada peringkat ini, kanak – kanak mula bermain dengan permainan yang mempunyai peraturan seperti bola sepak, dam sebagainya. Permainan seperti ini juga merangsang fikiran murid untuk berfikir secara logik semasa bermain. Contohnya, murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah ini tidak menyumbang idea. Apabila guru mengadakan permainan seperti dam murid itu akan berfikir dan menyumbang idea juga kepada rakan – rakan lain. Bukan itu sahaja, pada peringkat ini mereka mula bersosial dan menerima pandangan rakan sekelas semasa bermain. Sebagai contoh, pihak guru boleh mengadakan permainan “puzzle game” kepada pelajar yang mempunyai tingkah laku pengasingan diri. Melalui permainan ini murid itu boleh mula berinteraksi dengan rakan – rakan, menerima pandangan rakan sekelas dan juga mula meningkatkan kemahiran sosial secara optimum.
Terdapat beberepa teknik terapi permainan yang sesuai untuk mengatasi tingkah laku bermasalah ini. berikut adalah contoh permainan :
main boneka
permainan bercerita
theraplay
Pertamanya, pihak guru boleh mengadakan permainan boneka iaitu memberikan suatu cara yang tidak mengancam untuk anak – anak bermain di luar fikiran dan perasaan mereka. Dalam permainan ini, ahli terapi mendapat maklumat tentang pemikiran dan tingkah laku murid. Contohnya, jika ahli terapi mendapat maklumat tentang seseorang murid bahawa murid ini bertingkah laku pendiam atau suka mengasingkan diri sendiri maka ahli terapi itu boleh melaksanakan permainan ini secara kumpulan. Oleh itu, murid itu dapat peluang untuk berinteraksi dengan murid – murid lain, penglibatan murid dalam permainan secara aktif akan berlaku. Teknik permainan lain yang boleh mengatasi tingkah laku bermasalah tersebut ialah bercerita. Terapi bercerita merupakan satu medium untuk berkomunikasi antara pihak guru / ahli terapi dengan kanak – kanak. Ia digunakan untuk membangunkan atau meningkatkan keyakinan diri mereka melalui satu kaedah yang boleh menghubungkan antara pihak guru dengan kanak – kanak. Teknik permainan ini sangat sesuai bagi mengatasi murid yang bertingkah laku mengasingkan diri daripada orang lain. Hal ini demikian kerana, terapi mewujudkan komunikasi dua hala iaitu antara murid itu dengan pihak guru, rakan sekelas mahupun ahli terapi. Bukan itu sahaja, permainan ini menjadi idea utama yang dianggap sebagai salah satu cara pihak guru untuk membina hubungan dengan murid – murid yang bertingkah laku pendiam. Melalui permainan ini murid itu dapat mengenali rakan sekelasnya dengan lebih mesra dan rapat. Murid itu juga boleh berkongsi maklumat penting tentang diri, keluarga dan rakan secara tidak langsung akan meluahkan perasaan dan emosi yang
terpendam. Dengan ini, murid itu boleh menghindari daripada tingkah laku bermasalah ini. disebabkan cara pelaksanaan permainan bercerita berlaku secara kumpulan maka, murid – murid yang mempunyai tingkah laku pendiam boleh dapat diatasi dengan berkongsi dan menerima idea dan pandangan antara satu sama lain dalam kumpulan dan murid itu tidak akan berasa untuk mendiamkan diri sendiri. Teknik permainan yang lain ialah, theraplay iaitu ia lebih kepada membina dan mengeratkan hubungan antara murid – murid dengan ibu bapa/penjaga/pendidik supaya para murid berasa selamat hargai. Permainan juga dapat mengukuhkan lagi hubungan antara guru dengan pelajar. Contohnya, disebabkan murid yang bertingkah laku mengasingkan diri maka, pihak guru boleh menggunakan theraplay ini untuk membina hubungan yang erat dengan pelajar tersebut dan guru.
5.0 Kesimpulan Sesebuah bilik darjah terdiri daripada murid – murid yang mempunyai harapan dan impian masing – masing. Guru yang masuk ke bilik darjah untuk mengajar perlu bersedia dari aspek fizikal dan mental. Persediaan ini bukan sahaja berkaitan dengan kandungan matapelajaran yang hendak diajar. Malah, persediaan guru perlu mengambil kira murid – murid sebagai individu yang berfikir, mempunyai keperluan yang berbeza dan sebagainya. Hal ini bermaksud, guru perlu sedar bahawa kelas yang akan diajar mempunyai pelbagai tingkah laku yang berbeza dan sesetengah tingkah laku ini mungkin sukar diterima dan bolrh menimbulkan pelbagai masalah disiplin. Oleh itu, guru perlu tahu pendekatan dan kaedah yang sesuai bagi membantu dan menangani masalah yang wujud agar beliau kekal relevan. Pihak guru mesti berperanan penting dalam menangani tingkah bermasalah dengan memilih model pengurusan bilik darjah dan intervensi menangani tingkah laku bermasalah yang sesuai dengan tingkah laku murid. Hal ini demikian kerana, model – model dan intervensi – intervensi menjadi satu pendekatan atau strategi yang berkesan bagi membendung tingkah laku bermasalah negatif yang kian berleluasa dalam kalangan murid – murid di sekolah. Dengan adanya model – model dan intervensi – intervensi, pihak guru dapat menguruskan bilik darjah dengan lancar dan guru dapat memastikan murid – murid mendapat peluang untuk memperoleh hasil pembelajaran yang dirancang. Bukan itu sahaja, teori – teori yang telah dibincangkan boleh menjadi panduan untuk guru merangka satu bentuk pengurusan yang sesuai dengan situasi guru di dalam bilik darjah masing – masing. Tuntasnya, pihak guru mesti berganding bahu dengan murid, pihak sekolah dan juga ibu bapa serta mengembleng tenaga untuk mengatasi tingkah laku bermasalahh dalam kalangan murid – murid sekolah.
6.0 Rujukan Garry Martin Dan Joseph Pear. (2003). Looking In Classrooms (9th Ed), New York : Harper Collins Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Edisi Kedua. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd James Ang Jit Eng Ed.D. (2011). Pengurusan Disiplin Murid Edisi Kedua. Sungai buluh, Selangor : C.T Book Makers Sdn. Bhd Kohn, A. (2001). Beyond Discipline : From Compliance To Community. Upper Saddle River, NJ: Meril/ Prentice Hall Landreth. (2001). Innovations In Play Therapy. Taylor & Francis Group Moon Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan. Puchong Selangor :Penerbitan Multimedia Mynewshub, 2017. JPNT Merekod 12 Kes Buli Tempoh 6 Bulan Pertama. Dimuat turun pada 5.7.2017 daripada http://www.mynewshub.com/berita-malaysia/ Jpnt-merekod12-kes-buli tempoh-6-bulan-pertama Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad. (2009). Murid Dan Alam Belajar, Kuala Lumpur, Oxford Fajar. Olweus,D. (2001). Peer Harassment : A Critical Anylisis And Somr Important Issues. In J. Juvonen & S. Graham (Eds). Peer Harassment In School : The Plight Of The Vulnerable And Victimized, Guilford Press Salleh Abd Rashid, Suliadi Firdaus Sufahani, Mohd Kasturi Nor Abd Aziz (2016). Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah. Dimuat turun pada 30.1.2016 daripada journalarticle.ukm.my