Minit Mesyuarat Tahunan Pibg 2018.docx

  • Uploaded by: Mohd Khairizan Reduan
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Tahunan Pibg 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,667
  • Pages: 9
MINIT MESYUARAT TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) SIBU

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Tarikh Hari Masa Tempat

: : : :

Agenda

:

Ucapan aluan Guru Besar SK Agama Sibu Ucapan aluan Yang Di Pertua PIBG Pengesahan minit mesyuarat agung 2017 Hal-hal berbangkit Pembentangan usul ibu bapa Laporan tahunan oleh setiausaha Laporan kewangan oleh bendahari Hal-hal lain Ucapan penangguhan mesyuarat oleh Yang Di Pertua PIBG 2017-2019

Kehadiran Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24.

10 Februari 2018 Sabtu 8.00 Pagi Dewan Ijtimai’yah SK Agama Sibu

:

Nama Nasir bin Osen Siti Asmah binti Mohammad Saedah binti Junaidi Rosnani binti Julaihi Noriza binti Johari Saimi bin Hasni Madeline Lindong Abdullah Haminah binti Japar Mohd Nazif bin Maslan Haminah binti Japar Muhammad Zulahzmi Maryana binti Ishak Rohani binti Isahak Henni binti Hamdin Habsah binti Johari Shamsuddin bin Narawi Hassim bin Jajol Kamisah Ahim Indra Putra Wan Ismail Shahminjamin Inche Awang Zaini Norlan bin Naim Halifah binti Muhi Dygku Nur'ain

Bil. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48.

Nama Fazilah Mohd Nor Sali bin Uin Nurzanaziah binti Mohd Noor Zaliha binti Stam Sohaini binti Joani Bahian Bin Bolhi Sozi Faizan Bin Haris Mazlina binti Rambli Norlela binti Arsat Fadzidah binti Mahud Zamri bin Hamzah Mariam binti Sirat Mohd Faizal Tasuki Wividiawaty binti Jaffar Husairi Bin Shahren Muhammad Radindra Senan Hajijah Binti Ibrahim Lahan bin Suhaili Noorhidayah bt Abdullah Abubakar bin Udin Mohamad Soffian bin Las Kasmaliza binti Abdul Wahap Hairuddin Bin Saar Junaidah Ibrahim

Bil. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56. 57. 58. 59. 60. 61. 62. 63. 64. 65. 66. 67. 68. 69. 70. 71. 72. 73. 74. 75. 76. 77. 78. 79. 80. 81. 82. 83. 84. 85. 86. 87. 88. 89. 90. 91. 92. 93. 94. 95. 96. 97. 98.

Nama Kasmaliza binti Abdul Wahap Sofia binti Ma'soud Ali basah bin Anyut Nurketini Asrinah Mahidi Mayzatul Ismam Binti Yahaya Rabiah binti Saraiee Jeffery bin Bakar Norasyikin binti Abdul Rahim Mohammad Taufik bin Huraini Kassim bin Mantali Roswati Hj Mid Fatiah binti Wahet Dayang Aniza Binti Awang Putra Suriaty binti Ali Basah Faizal bin Mohamad Siti Yoha binti abd salam Sarimah binti Kepli Zainal Abidin bin Sabang Rajeman bin Baharon Masturi binti Mahmud Mohd Khairul Razikhin Bin Daud Sarimah Abu Bakar Moslem bin Jaraie Syamsiah Murjani Azeerah binti Affendi Hajijah Binti Ibrahim Faridah Binti Arib Sutini binti Han Mohd Zahid Abidin Halmi Bin Hamdi Ismail bin Bohan Jamajid bin juli Ismail Bin Khusairi Melia binti Abu Bakar Salfarina Binti Han Alidin bin Haji Abd Hamid Muhammad Iswandi bin Rapaee Nuzalimah binti Mohd. Ali Jeffery Bin Bakar Jamaludin Bin Razli Syamsudin Abol Nur Irawati Jali Abdullah Abang Salohi bin Abang Banten Hairuni Binti Gani Mohd Rodzy Bin Rahim Muhd Shahrir Bin Md Shaik Norhaida binti Johari Mohd Zarizi bin Che Husin Rahimah Abdullah

Bil. 99. 100. 101. 102. 103. 104. 105. 106. 107. 108. 109. 110. 111. 112. 113. 114. 115. 116. 117. 118. 119. 120. 121. 122. 123. 124. 125. 126. 127. 128. 129. 130. 131. 132. 133. 134. 135. 136. 137. 138. 139. 140. 141. 142. 143. 144. 145. 146. 147. 148.

Nama Habsyah binti Kipli Muhammad Iswandi bin Rapaee Fauziah binti Pandi Morshidi Bolhassan Muliana binti Abdullah Nur Sharfidah Bt Shariff Muhamad Hairi bin Ali Sapian Atot Nurul Syuhadah binti Hipeni Muhammad Padli bin Abd Gani Syed Fadilah Radin Afni Octovia binti Radin Abd Razak. Sarimah Kan Muhammad Nasrun Bin Zarni Sharifah Mariah Nurul Huda binti Ali Mohd Nazri bin Sobi Nadzrah Hadzrami Mohd Khairizan Bin Reduan Endun Enavella Menor Ak Janda Fatimah Binti Afandi Fatimah Binti Kushairi Dayang Faridah Binti Abang Bakawi Laila Binti Julaihi Mastura binti Bujang Nur Aizat Mohd Razib Mohamad Mahren Bin Ismail Muhammad 'Abdillah bin Mat Ali Nur Azmina binti Suhaimi Halis Bin Mohd Isa Abu Bakar Bin Isa Kissma Binti Ali Ahmad Nuruddin bin Rosli Madinah Binti Bohari Lau Siew Lin Anisah Binti Pungut Rokiah Binti Julaihi Wong Key Ching Siti Minah Binti Suhili Zorimi Binti Aminsin Izzati Fatimah binti Abdul Aziz Yacob Bin Pon Norlija Binti Hj Tomi Muhammad Jeffri bin Muhammad Nasir Muhammad Farid Bin Aziz Razali bin Arifin Rosmah binti Mohd Sharee Susan Akom Nur Mahirah binti Abd Jalil Mohd Zailan bin Awang Seman

Bil. 149. 150. 151. 152. 153. 154. 155. 156. 157. 158. 159. 160. 161. 162. 163. 164.

Nama Ahmad Sulhi Ahmat Radi Hu Lin Lin Hamzan Bin Japot Mimnajwa Binti Mad Riban Nureyev Anak Jimmy Vivian binti Joseph Na Saftuyah binti Omar Abdul Taib Muhammad Mastura Binti Sahar Hasnidza bt Hj Mohd Hussain Nur Shamsina Abdul Rahman Mahsuri Tanin Rahmah binti Den Muhammad Hakimi Bin Abu Hassan Natrawati Jalil Saidal Bin Mat

1.0

Kata aluan daripada Yang Di Pertua PIBG – Haji Kassim Bin Mantali. 1.1 Beliau mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua ibu bapa dan guru yang hadir. 1.2 Beliau mohon bantuan dan kerjasama semua untuk salurkan buah fikiran dan tenaga demi meningkatkan kecemerlangan murid-murid di SK Agama (MIS) Sibu. 1.3 Beliau memaklumkan antara projek dan perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun 2018 seperti berikut. 1.3.1 Kelas Bimbingan PIBG Tahun 6 melibatkan 48 orang murid yang berminat yang dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad. 1.3.2 Majlis Makan Malam Amal PIBG yang akan diserikan dengan kehadiran penceramah terkenal iaitu Ustaz Shamsul Debat. 1.3.3 Pembinaan jalan keluar alternative 1.3.4 Projek gotong royong (Program Keceriaan) 1.3.5 Pembinaan tempat berbumbung di kawasan lapang di hadapan blok sekolah. 1.3.6 Program Tafaqquh Fiddin anjuran JK Surau Ar-Rahman yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Abdillah. Mohon ibu bapa yang berkelapangan datang memeriahkan majlis ilmu yang dijalankan dan setiap malam Jumaat. 1.4 Beliau turut memaklumkan bahawa usaha mentarbiahkan anak-anak adalah tanggungjawab semua ibu bapa dibantu oleh guru kerana mereka adalah “role model” dalam membangunkan sahsiah anak-anak. 1.5 GB memaklumkan pihak sekolah akan cuba lakukan yang terbaik dan yang mampu untuk dilakukan untuk anak-anak berdasarkan pelbagai usul yang telah diutarakan. Pihak ibu bapa juga disaran untuk membantu pihak sekolah dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan demi anak-anak. 1.6 GB mohon ibu bapa tidak menunggu di hadapan kelas anak-anak pada waktu balik agar tidak mengganggu pembelajaran anak dalam kelas. 1.7 GB juga berpesan agar ibu bapa mematikan enjin kenderaan ketika menunggu anak-anak supaya asap kenderaan yang berbahaya tidak dihidu oleh anak-anak. 1.8 GB mohon kepada ibu bapa agar merancang cuti anak-anak agar tidak ketinggalan dalam pembelajaran dalam kelas. Jika terpaksa cuti, perlu tulis surat kepada pihak sekolah. 1.9 Beliau berharap kerjasama utuh antara ibu bapa dan pihak sekolah akan terus diteruskan serta dipertingkatkan demi kecemerlangan anak-anak di SK Agama (MIS) Sibu.

2.0

Kata aluan daripada Guru Besar SK Agama Sibu – Ustaz Saidal Bin Mat. 2.1 Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur atas kesudian ibu bapa meluangkan masa untu sama-sama berfikir tentang perkara yang perlu dilakukan demi kecemerlangan anak-anak. 2.2 Beliau mengucapkan tahniah atas kehadiran ibu bapa yang memberansangkan da nada wakil kehadiran dari setiap tahun dari Tahun 1 hingga Tahun 6. 2.3 Majlis Islam Sarawak (MIS) telah mengadakan banyak perkara untuk memartabatkan sekolah melalui program transformasi sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah memerlukan sokongan dan kerjasama ibu bapa, PIBG, Lembaga Pengurusan Sekolah dan Persatuan Alumni Sekolah untuk merealisasikan segala perancangan yang dibuat. 2.4 Beliau turut memaklumkan tentang keputusan UPSR 2017 yang menunjukkan peningkatan di mana 3 subjek mencapai pencapaian lulus 100%.

2.5 Mulai tahun 2017, pencapaian murid bukan hanya dilihat dari segi akademik sahaja tetapi fokus kepada 4 elemen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) iaitu Penilaian Bilik Darjah (PBD), PAJSK (Segak), Psikometrik dan UPSR. 2.6 Ringkasan Perutusan KPM 2.6.1 Mohon semua ambil tahu tentang pengurusan tertinggi kementerian. 2.6.2 Harap semua tahu tentang pelaksanaan KPM untuk pelaksanaan pembelajaran pada abad ini 2.6.3 Ambil tahu tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2.6.4 Ambil tahu tentang Transformasi Nasional 2050 (TN50) – enam aspirasi murid 2.6.5 Baca perutusan tahun baharu dari KPM 2.6.6 Bantuan Persekolahan 2018 akan diagihkan selepas Tahun Baru Cina 2.6.7 Ambil tahu tentang Pembelajaran Abad Ke-21 2.6.8 Tingkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta. 2.7 GB ucapkan terima kasih kepada AJK pelaksana PIBG atas perancangan yang pelbagai untuk pembangunan dan kecemerlangan murid.

3.0

Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2017 Cadangan Sokong

4.0

: :

Ustazah Fatimah Binti Afandi Nur Aizat Binti Mohd Razib

Perkara-perkara berbangkit Tiada

5.0

Pembentangan usul ibu bapa oleh Guru Besar – Encik Saidal Bin Mat 5.1

Mencadangkan agar penggunaan baju PJ dibenarkan ketika waktu kelas Kafa supaya murid yang tidak dapat balik pada waktu tengahari tidak membawa barang terlalu banyak. Tindakan : Tidak dapat dilaksanakan kerana fungsi baju kafa salah satunya adalah untuk kenal pasti murid yang Kafa dan yang bukan Kafa. Ia juga untuk tujuan keselamatan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, serta dapat menunjukkan pengurusan Kafa yang sistematik dan meningkatkan disiplin murid.

5.2

Berharap disiplin murid-murid tidak berada di tahap kritikal. Tindakan : Kawalan disiplin murid akan dipertingkatkan melalui unit HEM. Guru bertugas mingguan juga akan bertanggungjawab memantau displin murid. GB juga menyarankan ibu bapa ambil anak tepat pada masanya bagi mengelakkan anak-anak melakukan aktiviti yang berisiko.

5.3

Laluan kenderaan cuma sehala dalam kawasan sekolah. Laluan 2 hala menyebabkan jalan menjadi sesak. Tindakan : Laluan alternatif sedang dalam pembinaan dana akan diteruskan.

5.4

Menyediakan kemudahan loker simpanan buku sekolah murid sama ada sewaan/percuma kepada setiap murid dalam kelas untuk mengurangkan beban buku yang berat ke sekolah. Tindakan : Sukar dilaksanakan atas kekangan kewangan sekolah. Namun PIBG akan

cuba berbincang di peringkat PIBG untuk jalan penyelesaian terbaik. 5.5

Mengecat semula lantai jalan berbumbung sekolah. Tindakan : Akan dicat semula semasa gotong royong.

5.6

Mohon pihak cikgu kemaskini (update) kerja sekolah murid-murid dalam ”Group Whatsapp” bagi memudahkan murid-murid menyiapkan kerja di rumah Tindakan : Disarankan kerja sekolah tak perlu dihantar ke dalam ”Group Whatsapp” bagi melatih murid bertanggungjawab dan sentiasa peka dengan kerja sekolah yang diberikan dan tidak bersikap sambil lewa.

5.7

Menambah baik gelanggang futsal dengan memasang penghadang yang lebih tinggi supaya bola tidak terkeluar dari gelanggang. Tindakan : Masih dalam proses mencari dana untuk memasang bumbung gelanggang futsal. Mohon bantuan ibu bapa untuk turut sama dalam mencari dana.

5.8

Memohon pihak sekolah menyediakan laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan dan menjimatkan masa. Tindakan : Laluan ditetapkan sehala untuk keluar dan masuk.

5.9

Yuran PIBG dinaikkan kepada RM20 setahun memandangkan PIBG tidak ada penaja dari segi sumbangan. Jumlah murid tidak ramai menyebabkan sumbangan sebanyak RM15 tidak mencukupi untung tabung dana PIBG yang sangat diperlukan untuk aktiviti dan pembangunan sekolah. Tindakan : Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju.

5.10 Waktu KK pada hari Rabu diawalkan untuk mengawal kesesakan lalu lintas yang berlaku ketika waktu balik. 1.45-2.45 Kelab & Persatuan 2.45-3.45 Unit Beruniform 3.45-4.45 Sukan & Permainan Tindakan : Pagar sekolah akan dibuka mulai 4.45 p.m., murid solat 4.45 p.m. hingga 5.00 p.m berkuat kuasa minggu seterusnya. 5.11 Tidak ada lagi pertukaran baju sukan (PJ) dan kain Kafa kerana melibatkan pertambahan kos semasa pendaftaran dan pembaziran pada pakaian sebelum ini. Tindakan : Kain Kafa kekal ungu. Pertukaran adalah kerana penggunaan yang telah terlalu lama. Manakala baju PJ baru hanya wajib untuk Tahun 1. Baju yang lama masih boleh digunakan.

5.12 Diminta Koperasi PIBG dibuka pada pukul 1 untuk membolehkan murid membeli makanan sebelum kelas Kafa bermula. Tindakan : Pihak sekolah akan berbincang dengan koperasi dan kantin. 5.13 Menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi Tindakan : Sedang diusahakan. Tempat cadangan adalah di sepanjang jalan keluar alternatif. 5.14 Wujudkan modul latihan tambahan untuk subjek Bahasa Inggeris kerana subjek tersebut tidak mempunyai buku aktiviti dan hanya bergantung kepada buku teks “Super Minds” sedangkan subjek tersebut sangat kritikal. Tindakan : Pembelian buku aktiviti untuk murid Tahap 1 tidak digalakkan kecuali ada permintaan boleh dilakukan dan perlu memohon kepada JPN.

5.15 Air bertakung di kawasan makmal Sains yang baharu amat dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tindakan : Dalam proses baik pulih sistem perparitan. 5.16 Melebarkan jalan masuk sekolah dan menyediakan laluan pejalan kaki untuk memudahkan anak-anak SK Agama Sibu yang tinggal berdekatan berjalan kaki ke sekolah. Tindakan : Melibatkan kos yang tinggi namun akan dibincangkan semula untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. 5.17 Mengadakan gotong royong sebulan sekali mengikut kelas supaya komitmen ibu bapa dan murid lebih menyerlah dan berkesan. Tindakan : Kerjasama ibu bapa diperlukan untuk sama-sama bergotong royong. PIBG setuju program gotong royong diteruskan. 5.18 Sediakan getah paip dan penyangkut pakaian di tandas untuk memudahkan murid buang air. Tindakan : Pihak pentadbir sekolah 5.19 Memasang penutup longkang di kawasan sekolah. Tindakan : Masih dalam proses menilai kos dan mencari dana. 5.20 Kawalan pengawal untuk lalulintas kenderaan waktu balik. Tindakan : Pihak Jaga akan bantu menjaga lalulintas dan memastikan enjin kenderaan dimatikan. 5.21 Membuat bilik persalinan pakaian Kafa untuk kegunaan murid-murid Kafa. Tindakan : Dana duit tabung RM1 sebulan untuk membuat ruang menukar baju di kelas. Tindakan guru kelas dan AJK kelas. 5.22 Menyediakan dan mengadakan klinik Linus untuk bantu murid Tahun 1 dan 2 menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Tindakan : Tahun 1 belum ada LINUS. Bermula bulan Mac barulah saringan Linus dijalankan untuk tahun 1. Untuk Tahun 2 dan 3, Program Sejenak Bersama Guru (SEBERGU) LINUS masih dijalankan. 5.23 Mengadakan klinik pembelajaran sekolah pada Sabtu minggu pertama dan ketiga dengan kadar bayaran yang mampu dibiayai khusus untuk murid Tahun 5 dan Tahun 6. Tindakan : Untuk Tahun 6 akan mula dijalankan bermula 2018 manakala untuk Tahun 5 masih dalam perbincangan. 5.24 Ibu bapa yang lewat menghantar anak ke sekolah diharap tidak menengking pengawas murid yang bertugas kerana mereka hanya menjalankan tugas. Tindakan : Ibu bapa perlu bekerjasama untuk menghantar anak lebih awal ke sekolah. 5.25 Mengadakan kutipan tabung keceriaan kelas secara berkala. Cadangan RM1 sebulan. Diharap sumbangan dapat membantu guru kelas membiayai perbelanjaan menceriakan persekitaran kelas. Tindakan : Kerjasama ibu bapa dalam setiap kelas untuk membuat kutipan dana untuk keceriaan kelas. 5.26 Penyelenggaraan infrastruktur dan taman di kawasan sekolah untuk mengelakkan kehadiran binatang berbisa. Tindakan : Pihak Pentadbir.Sekolah

5.27 Mengetatkan kawalan keselamatan keluar masuk ke kawasan sekolah agar keselamatan murid terjamin. Tindakan : Penyediaan sticker kenderaan untuk ibu bapa yang keluar masuk. Ibu bapa atau pelawat yang ada urusan di sekolah perlu mendaftar di pondok pengawal dan dapatkan kad pelawat. 5.28 Mengadakan kelas Kafa untuk murid Tahun 1 Tindakan : Kelas Kafa tahun 1 tidak dapat dilaksanakan mengambil kira tahap kesediaan, disiplin serta kawalan kelas. 5.24 Memberi respon pantas dalam “group Whatsapp” Tindakan : Ibu bapa disaran hubungi terus guru jika ada urusan yang penting.

6.0

Laporan Tahunan oleh Setiausaha PIBG (Rujuk lampiran)

7.0

Laporan Kewangan oleh Bendahari PIBG (Rujuk lampiran)

8.0

Hal-hal lain 8.1 Masturi – Mencadangkan mesyuarat dijalankan dengan lebih teratur, emel surat jemputan, makluman mesyuarat belum menyeluruh. Respon : Surat jemputan telah diedarkan untuk satu keluarga satu surat untuk menjimatkan kertas. Surat juga telah diedarkan melalui media social. Manakala pengesahan kehadiran menggunakan bar code memudahkan urusan kutipan data dan lebih praktikal di abad ini. Cuma memerlukan lebih masa untuk ibu bapa mahir dalam penggunaannya. 8.2 Saimi Bin Hasni – Penganjuran Majlis Makan Malam Amal memerlukan kerjasama ibu bapa dalam merealisasikan majlis amal ini. 8.3 Muhammad Hakimi – Mohon bakat yang ada pada ibu bapa digunakan sebaiknya untuk bantu melatih murid-murid. 8.4 Kassim Bin Mantali – Mohon ibu bapa menggunakan “Group Whatapps” dengan betul dan berhemah serta memohon bantuan ibu bapa bagi membantu mengutip sumbangan untuk tabung PIBG.

9.0 Penangguhan Mesyuarat oleh Yang Di Pertua PIBG - Encik Kassim Bin Mantali Beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam membantu memajukan dan meningkatkan pencapaian sekolah. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah sudi hadir ke mesyuarat dan berharap segala keputusan yang dibuat dalam mesyuarat akan memberi kebaikan kepada semua pihak. Beliau turut memohon sokongan dan bantuan daripada semua pihak dalam membantu pihak sekolah dalam segala aspek.

Mesyuarat ini telah dipersetujui untuk ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan Oleh,

Disemak Oleh,

________________________ (MOHD KHAIRIZAN BIN REDUAN) Setiausaha PIBG, SK. Agama (MIS) Sibu.

__________________________ (KASSIM BIN MANTALI) Yang Di Pertua PIBG, SK. Agama (MIS) Sibu.

Related Documents


More Documents from ""