والصلة والسلم على رسولنا المين وعلى، الـحمد لله الذي بنعمته تتم الصالـحات . آله وأصحابه أجـمعين Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Forum Inovasi dalam Pendidikan pada hari ini . Ya Allah Ya Tuhan Kami Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan lagi pencapaian pelajaran ini di sekolah kami , demi kebaikan anak-anak kami . Ya Allah Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) kami akan menjadi guru yang cemerlang, gemilang dan berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin , Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan , Dan jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan keburukan . Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram , Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada pagi ini dapat melaksanakan segala kebajikan untuk kepentingan agama bangsa dan Negara. Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan. ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار والحمد لله رب العالـمين