ه ْ َ ست ِ غ ِ َ ست ِ مدُ لل ْ َ ن، ه َ اَلـ ْ َ ون ْ َ ون ُ فُر ُ ُ عيْن ُ ُمد َ ح ْ ح َ ه َ ه ُ ْ ر أَن ُ ن ت ِ سيِّئَا ِ و ِ ف ِ ه ِ وذُ بِالل ُ َ ون َ ن ْ م ْ م َ سنَا ْ شُر ْ ع َ ِ و َ َ ه ّ ض ه ْ َأ ْ ُن ي ِ م ِ د ِ ه ْ َن ي ْ م ْ م ُ َ فل ُ ه الل َ مالِنَا َ ع َ و ُ َل ل ُ ْ ضلِل َ ه َّ وال َّ وال َ ولِنَا َ م َ َ فل ُ َ سل ُ ى َر َ هاِد ُ َي ل ْ س َ ُصلَة َ ،ه َ عل َ على آل ِه وأ َصحاب .ن ِ م ِ ِ َ ْ َ ِ ِ َ ال ْ هأ َ ْ عي َ جـ َ ن َ َ و ِ ْ مي
, Ya Allah , Tuhan Semesta Alam Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2003 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lapan, Puchong pada pagi yang berbahagia ini dengan tema : “Guru Berkualiti Sumber Aspirasi Negara” Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid , Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata . Ya Allah , Tuhan Yang Mentadbir Langit dan Bumi , Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada guru-guru kami kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa
dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya . Ya Allah , Tuhan Yang Menjadikan Malam dan Siang , Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta . Ya Allah , Tuhan Yang Menurunkan Hujan , Pandanglah kami dengan pandangan rahman dan rahim-Mu , permudahkanlah segala urusan kehidupan kami sama ada di dunia mahupun akhirat , kerana sesungguhnya kami meyakini dengan keyakinan yang tiada mengandungi syak dan keraguan bahawa tiada kesenangan melainkan Engkau permudahkan urusan tersebut , dan Engkau menjadikan yang sukar itu mudah sekiranya Engkau mengizinkannya . Ya Allah , Tuhan Yang Mencipta Makhluk Berpasangpasangan , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai
perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الخرة حسنة وقنا عذاب النار وصلى الله على خير خلق الله وخاتم النبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد لله رب العالـمين