Hari Guru

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hari Guru as PDF for free.

More details

  • Words: 335
  • Pages: 2
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU Tarikh : 18 Mei 2009 Tempat : SK Bukit Bertam Masa : 7.45a.m – 12.30 p.m. Sambutan Hari Guru SK Bukit Bertam pada tahun ini berlangsung dalam keadaan yang serba ceria dengan tema Hari Guru iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa”. Acara sambutan dimulakan seawal 7.45 pagi dengan perhimpunan pelajar dan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan serta lagu Negeri Perak. Acara diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Ahmad Fadhil B. Che Ros sebelum pelajar diarah untuk berpindah ke pekarangan kantin sekolah bagi meneruskan aturcara sambutan. Sambutan diteruskan dengan bacaan perutusan Yang Berhormat Dato’ Muhyuddin Bin Yasin Menteri Pendidikan Malaysia oleh Ustaz Mat Husin Bin Ali dan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Cik Puteri Nelly Izwa Bt Sawiji. Sejurus selepas bacaan perutusan tersebut, upacara diteruskan lagi Nyanyian Lagu “Guru Malaysia” dan bacaan Ikrar oleh guru-guru SK Bukit Bertam. Upacara Diteruskan lagi dengan ucapan wakil pelajar dan persembahan murid darjah 6 dan nyanyian lagu “Rakan Selawat” oleh pelajar-pelajar Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Bukit Bertam. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah berhenti rehat pada jam 10.15 pagi sebelum diteruskan dengan acara sukaneka pada jam 10.45 pagi. Pada Tahun ini acara sukaneka yang diadakan bagi sambutan Hari Guru ini antaranya ialah Sepak Raga Ratus, Pertandingan Bola Tampar, Pertandingan Bowling buah kelapa, serta mencari gula dalam tepung. Penyelaras bagi acara sukaneka pada tahun ini antaranya ialah Cik Puteri Nelly Izwa BT Sawiji, Cik Norfariza Bt Abdul Razak, Cik Hilda ‘Ain Bt Hassan dan beberapa lagi guru wanita sekolah SK Bukit Bertam. Upacara sukaneka pada tahun ini dimeriahkan dengan penglibatan wakil dari Persatuan Ibu Bapa Dan Guru bagi memberi kerjasama disamping memeriahkan acara sambutan tersebut. Upacara Sambutan pada tahun ini diakhiri pada jam 12.30 tengahari dengan acara penyampaian hadiah bagi pemenang serta acara pertukaran hadiah antara guru.

Bacaan Perutusan Oleh Cikgu Puteri Nelly

Persembahan Nasyid Oleh Murid Pendidikan Khas SK Bukit Bertam

Acara Sukeneka “Music Chair.”

Acara Sukeneka memasukkan air dalam botol minuman .

Bowling buah Kelapa

Pertandingan Bola Tampar antara pelajar dengan Guru SK Bukit Bertam

Related Documents

Hari Guru
May 2020 24
Teks Mc Hari Guru
May 2020 20
Pengenalan Hari Guru
May 2020 15
Tema Hari Guru
November 2019 30
Ikrar Hari Guru
April 2020 12
Laporan Hari Guru
May 2020 25