Definisi Kanak

  • Uploaded by: Hikari Sota
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Definisi Kanak as PDF for free.

More details

  • Words: 734
  • Pages: 4
DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanakkanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut: 1. kebolehan kognitif 2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial 3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan 4. penguasaan membaca 5. kemahiran perkembangan (developmental skills) 6. kemahiran matematik CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran: a. Ciri-ciri fizikal Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa. b. Ciri-ciri intelek Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih. c. Ciri-ciri sosial dan peribadi Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka. RASIONAL Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira

aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat. MATLAMAT Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. OBJEKTIF Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka: 1. Menguasai kemahiran komunikasi 2. Menguasai kemahiran bergaul 3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling 4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri 5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif 7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni 10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek SASARAN Murid-murid terencat akal ringan yang: •

Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah



Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain



Tiada kecacatan fizikal yang teruk



Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif (sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk



Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia Autisme •

Bermasalah komunikasi



Sukakan rutin



Berada di dunia sendiri



Ekolalia



Cederakan diri sendiri



Kompulsif tanpa tahu kesan



Tidak suka bergaul



Tidak ada tentangan mata



Kerencatan bahasa



Masalah kefahaman



Tidak suka disentuh



Bermasalah interaksi sosial



Pergerakan berulang-ulang

Palsi Serebrum •

Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan



Masalah pergerakan



Masalah postur



Kekejangan



Pergerakan tidak terkawal



Masalah imbangan badan



Masalah komunikasi



Masalah motor halus/kasar



Masalah tulisan



Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa •

Kecelaruan pertuturan



Kecelaruan bahasa



Kecelaruan suara



Masalah artikulasi



Masalah kelancaran

Sindrome Down Gangguan Penumpuan ADHD



Lambat menyiapkan tugasan



Mudah terganggu



Masalah kosentrasi



Masalah mengurus tugasan



Cepat lupa



Impulsif



Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu



Memerlukan pengawasan yang lebih



Masalah menunggu giliran

Hiper Aktif •

Tidak boleh duduk diam



Impulsif



Tumpuan perhatian singkat



Suka ganggu orang lain



Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat •

Keupayaan umum yang istimewa



Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi



Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi



Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran



Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

Related Documents

Definisi Kanak
June 2020 18
Kanak
April 2020 18
Kanak
May 2020 15
Kanak-kanak Autisme
June 2020 8
Tekanan Kanak-kanak
June 2020 11

More Documents from ""

Cerebral Palsy
June 2020 24
Terapi
June 2020 40
Folio Pbs
June 2020 20
Dasar Pendidikan Khas
June 2020 28
Definisi Kanak
June 2020 18
Cover Kkbi
June 2020 21