Tekanan Kanak-kanak

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tekanan Kanak-kanak as PDF for free.

More details

  • Words: 566
  • Pages: 4
SWA 3113: ULASAN JURNAL

Tajuk

: Fostering care: The child, The family and The professional system

Nama jurnal

: Journal of Social Work Practice, Vol. 16 (2)

Tahun terbitan

: 2002

Nama pengarang

: Sara Barratt

Sinopsis Jurnal ini menceritakan mengenai pelaksanaan konsep penjagaan sementara yang berbentuk institusi untuk kanak-kanak yang tidak boleh tinggal bersama keluarga kandung mereka. Konsep penjagaan ini bermula pada 1950-an dan 1960-an di UK di mana bahagian kebajikan kanak-kanak telah membentuk idea penjagaan untuk kanak-kanak yang bermasalah. Kewujudan idea ini berpunca daripada terdapat ramai ibu yang terpaksa tinggal di hospital kerana sakit atau komplikasi ketika bersalin. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang tidak dijaga itu dihantar kepada institusi yang terpilih untuk menjaga mereka.

Pada 1970-an berlaku perubahan dalam konsep ini apabila timbul isu lain dalam komuniti. Terdapat isu yang begitu membimbangkan berkaitan dengan kanak-kanak dimana ramai kanak-kanak dilaporkan telah menjadi mangsa dera oleh keluarga kandung atau orang yang terdekat dengan mereka. Oleh sebab itu, profesion kerja sosial telah mengemukakan idea supaya kanak-kanak yang berpotensi untuk didera atau menjadi mangsa dera perlu dibawa keluar dari keluarga tersebut dan tinggal bersama penjaga yang boleh menjamin keselamatan kanakkanak tersebut.

SWA 3113: ULASAN JURNAL

Dalam pelaksanaan konsep ini kanak-kanak tersebut tidak semestinya tinggal di institusi terpilih sahaja tetapi juga ada yang tinggal bersama penjaga yang telah dipilih. Sebelum dipilih penjaga tersebut perlulah menjalani temuduga. Aspek yang paling utama adalah mereka perlu menjadikan peranan ibubapa sebagai keutamaan dalam menjaga kanak-kanak tersebut. Antara orang yang dipilih untuk menjadi penjaga adalah pasangan yang tiada anak, wanita berkerjaya yang belum berkahwin dan pasangan heteroseksual.

Metod yang digunakan Pekerja sosial akan bertindak sebagai orang tengah yang menghubungkan antara penjaga dan kanak-kanak tersebut. Bermula dengan pemilihan penjaga, pekerja sosial perlu sentiasa peka dan mengikuti tahap perkembangan kanak-kanak tersebut sepanjang berada bersama penjaga mereka.

Pekerja sosial perlu memberikan maklumat yang secukupnya kepada penjaga mengenai kehidupan sebelum kanak-kanak itu dan apa yang telah mereka lalui agar penjaga tahu apa yang mereka perlu berikan supaya kanak-kanak tersebut tidak rasa terabai. Perbincangan secara bersemuka antara kanak-kanak, penjaga dan pekerja sosial adalah perlu untuk berbincang mengenai keperluan kanak-kanak tersebut. Semasa berbincang bahasa yang digunakan oleh pekerja sosial perlulah mudah dan ringkas supaya mereka faham apa yang sedang berlaku dalam hidupnya.

SWA 3113: ULASAN JURNAL

Pekerja sosial juga digalakkan membantu penjaga memahami dan belajar berkomunikasi dengan kanak-kanak tersebut agar mereka tidak rasa asing dan saling memerlukan antara satu sama lain. Pengunaan genogram penting untuk membantu kanak-kanak tersebut memahami akan hubungannya dengan penjaga dan keluarga kandungnya. Selain itu, penggunaan genogram juga bertujuan untuk memastikan kanak-kanak itu tidak rasa rendah diri dengan kawan-kawannya kerana mereka tahu mengapa mereka ditempatkan bersama penjaga dan mengapa mereka tidak tinggal bersama keluarga kandung.

Pekerja sosial juga bertanggungjawab memilih penjaga yang sesuai dengan kanak-kanak tersebut agar perbezaan budaya tidak menjadi faktor yang menghalang penjaga dan kanak-kanak berkenaan berinteraksi. Keterbukaan dalam berbincang mengenai perbezaan budaya antara mereka juga perlu diutamakan agar kanak-kanak tersebut dapat membentuk keyakinan diri yang positif. Mereka juga perlu diberikan peluang dalam membuat keputusan bersama dimana keputusan yang dibuat akan memberi impak kepada diri mereka.

Kesimpulannya, peranan pekerja sosial, kanak-kanak yang terlibat dan penjaga adalah saling berkaitan demi memastikan kanak-kanak tersebut mendapat jagaan yang sepatutnya dan panjaga mendapat pengalaman menjadi ibubapa yang mengembirakan. Proses membuat keputusan untuk menempatkan kanak-kanak tersebut juga dipengaruhi oleh sikap pekerja sosial

SWA 3113: ULASAN JURNAL

berdasarkan pengalaman silam hidup mereka, pengetahuan, dan pertimbangan apa yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut.

Related Documents

Tekanan
April 2020 40
Tekanan
May 2020 33
Tekanan
December 2019 46
Tekanan Darah.doc
April 2020 11
Rahasia Tekanan
April 2020 18
Tekanan Hidrostatis.docx
November 2019 21