Cerebral Palsy

  • Uploaded by: Hikari Sota
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cerebral Palsy as PDF for free.

More details

  • Words: 1,257
  • Pages: 5
CEREBRAL PALSY Maklumat dikumpul oleh: Admin Sumber : Pelbagai “CEREBRAL” ialah OTAK “PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT” Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat. Sebelum Kelahiran 1. Jangkitan dalam rahim 2. ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung 3. pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung Semasa Proses Kelahiran 1. Kelahiran tidak cukup bulan 2. kecederaan semasa lahir 3. lemas semasa lahir 4. jangkitan semasa lahir Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) 1. meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning 2. Jaundis yang teruk (kemicterus) 3. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal. Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial. Punca-punca : 1. kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama. 2. perkembangan otak yang tidak normal. 3. rembesan (intraeraneal bleeding). 4. demam kuning. 5. terhentak / terhempas / kejutan. 6. serangan kuman / penyakit. Tanda-tanda :

1. bayi kelihatan lembik 2. lewat perkembangan 3. menggunakan sebelah tangan (hand preference) 4. masalah menyusu 5. kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas rengsangan 6. refleks primitive yabg kekal 7. sembelit 8. cepat marah Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy 1. bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis. Umur

Tahap Perkembangan

0 – 10 bulan

1. kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.

11 bulan

1. mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.

1 – 3 tahun

1. 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik. 2. Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanakkanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.

8 tahun

1. Belum boleh bercakap

Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : 1. rencatan akal (kurang kecerdasan) 2. kerencatan pertuturan 3. rencatan penglihatan 4. rencatan pendengaran 5. sawan (epilepsy) 6. kecacatan anggota 7. kecacatan gigi

8. masalah mengenai pernafasan 9. masalah mangenai pemakanan 10. masalah untuk buang air besar atau kecil. Jenis-Jenis Cerebral Palsy •

Spastik



Ataxia



Athetoid

Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut. Athetoid.- Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka. Atxia - Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanakkanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut. 1. Hypoytonik – otot lembik. 2. Campuran sifat-sifat di atas. Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy. 1. Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanakkanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. 2. Kalau kanak-kanak tidak dibri latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. 3. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. 4. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka. Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama. Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu : 1. Spasticity 2. Athetosis 3. Ataxia

Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic. Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan. Basal Ganglia Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia. Serebelum Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan. Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat. Mengesan Kanak-kanak Spastik. Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan : •

Kesukaran sewaktu makan

Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula. •

Masalah pernafasan

Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising. •

Masalah tidur.

Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis. •

Masalah pertuturan.

Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya. •

Masalah pendengaran.

Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi. •

Masalah penglihatan.

Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan. •

Reaksi yang tidak normal

Kanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanakkanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia). •

Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.

Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya. Program Kanak-kanak Spastik dalam Kelas Pendidikan Khas. Kelas khas ini diwujudkan sejak tahun 1992. Kelas ini meliputi pelbagai aspek yang bukan berkaitan dengan pelajaran. Kelas ini dinamakan kelas kemahiran yang menempatkan pelajar yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Kelas Pembangunan bagi pelajar berumur dua belas tahun ke atas serta Kelas Pendidikan Khas untuk kanak-kanak berumur sembilan tahun ke atas. Kanak-kanak dalam kedua-dua kelas Kemahiran dan Pembangunan di berikan latihan fizikal yang berkesan, pembentukkan pemikiran dan kedua-duanya sekali. Mereka ini di dedahkan kepada komunikasi antara masyarakat.

Related Documents

Cerebral Palsy
June 2020 24
Cerebral Palsy
December 2019 25
Cerebral Palsy
April 2020 17
Cerebral Palsy
December 2019 21

More Documents from "Frances Anne Bautista Abe"

Cerebral Palsy
June 2020 24
Terapi
June 2020 40
Folio Pbs
June 2020 20
Dasar Pendidikan Khas
June 2020 28
Definisi Kanak
June 2020 18
Cover Kkbi
June 2020 21