Curriculum Report Meeting - 1st 2017

  • Uploaded by: Nur Laili Hj Ali
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Curriculum Report Meeting - 1st 2017 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,455
  • Pages: 8
MESYUARAT GURU KALI 1 TAHUN 2017 TARIKH

: 28 DISEMBER 2016

HARI

: RABU

MASA

: 8.30 PAGI

TEMPAT

: KEDAH ROYAL CLUB

KEHADIRAN : 1. EN. KHOLIB BIN ABD. HAMID ( GURU BESAR ) 2. PN. ROSHADAH BT HASHIM ( PK PENTADBIRAN) 3. EN. NAVAWI BIN HAMID (PK HEM) 4. PN. SHAHROM BT KASSIM ( PK KOKURIKULUM) 5. PN. ADIBAH BT ISMAIL 6. EN. AZMIR HELMI BIN ABD. HALIM 7. EN. ISWARDI BIN AHMAD ISMARA 8. EN. JASLI BIN SUDIN 9. PN. KHATIJAH BT ISMAIL 10. PN KU ASMA BT KU AHMAD 11. EN. MOHAMAD EHSAN BIN SAAD 12. EN. MOHAMAD SOFI BIN AHMAD 13. EN. MOHD SANY BIN AHMAD 14. PN. NORA’INI BT ZAINUN 15. PN. NORAZLINA BT AZIZ@KHALID 16. PN. NORLAILI BT HJ. ALI 17. PN. NORLIDA BT MOHD KHOZAN 18. EN. PAKRUL HISYAM BIN MUSA 19. PN. RAFIZAH BT MOKHTAR 20. PN. RUFAIDAH BT AHMAD 21. CIK RUZITA BT MUSTAFFA 22. EN. SAMSUDDIN BIN MUSTAFFA 23. PN. ZAIHIROH BT ZAINOL 24. TN. HJ. ZOLKEFALI BIN HJ. HANAFI TIDAK HADIR 1. 2.

EN. ABDUL RANI BIN AHMAD (BERSEBAB) EN. MOHD NIZAR BIN SAID (BERSEBAB)

ALUAN PENGACARA 1. En. Mohd Ehsan memulakan mesyuarat ini dengan ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah hadir dan mengumumkan kehadiran guru adalah 25/26 (Encik Abdul Rani b Ahmad tidak hadir kerana membawa anak saudara ke hospital. BACAAN DOA 2. Ustaz Azmir Helmi membaca doa pembuka majlis.

AGENDA 1 : ALUAN GURU BESAR 1.1

Guru besar mengalukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menghadiri mesyuarat kurikulum kali 1 bagi tahun 2017 serta mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada semua guru dan mengucapkan selamat datang kepada guru baharu dan menyatakan nama guru-guru yang telah bertukar.

1.2

Pengerusi berharap agar dapat bekerjasama dengan semua guru bagi menghasilkan budaya kerja yang sangat tinggi, cemerlang, dan mampu bersaing di pelbagai peringkat pada tahun ini.

1.3

Guru besar memaklumkan hasil perjumpaan dengan pengarah pendidikan terdapat beberapa fokus yang perlu dititik beratkan seperti : a) Meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah b) Mengurangkan kes salah laku murid c) Mengelakkan kes keracunan makanan di kantin sekolah d) Mengelakkan tanda-tanda gejala najis dadah e) Peningkatan dalam pencapaian ko kurikulum

1.4

Beliau juga menekankan tentang kualiti pendidikan yang masih menggunakan SKPM G2 akan menggantikan SKPM.

1.5

Guru besar memaklumkan PPPM kini dalam gelombang kedua yang menekankan 5 aspirasi sistem pendidikan dan 11 anjakan pendidikan.

1.6

6 ciri murid globalisasi yang menguasai pengetahuan kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika kerohanian dan identiti nasional.

1.7

Beliau juga berharap agar guru mempunyai sikap cemerlang dan berketrampilan sebagai seorang guru dan memahami konsep organisasi. Elakkan kronisme dalam kalangan guru dan sentiasa mewujudkan budaya kerja berpasukan.

PEMBENTANGAN KEPUTUSAN UPSR 2016 1.8

Guru besar mengumumkan keputusan UPSR 2016 dengan peratus lulus 48% dan seorang murid telah mendapat 6A. Keputusan keseluruhan yang telah dicapai ialah Kota Setar mendapat tempat ke 4 dalam negeri Kedah. Daripada 5865 orang calon % lulus ialah 64.81)

PEMANTAUAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 1.9 Guru-guru kelas hendaklan memastikan pada hari pertama buka sekolah nanti, setiap murid mempunyai 1 meja, 1 kerusi dan 1 set buku teks dan pemantau dari PPD akan turut serta pada hari pertama persekolahan.

1.10

JADUAL WAKTU Jadual juga telah mengikut spesifikasi keperluan semasa dan mengikut fleksibiliti bagi subjek yang telah ditekankan bersesuaian dengan SPI KPM bil.8 tahun 2016. Jadual waktu 2017 telah disediakan dan akan diedarkan kepada semua guru.

1.11

HEADCOUNT Maklumat daripada tuan PPD pula ialah mengenai program dialog prestasi untuk tahun 4,5 dan 6 dengan mengambil keputusan (AR 1) yang akan diadakan pada bulan March nanti. Dialog prestasi akan melibatkan guru dan semua penolong kanan.

1.12

Setiap panitia dinasihatkan menyediakan headcount bagi setiap tahun dengan merujuk TOV tahun lalu dan bandingkan dengan keputusan AR1 2017 akan diguna untuk dialog yang akan meyentuh tentang perkembangan semasa murid-murid serta merangka intervensi yang bersesuaian.

1.13

Audit akademik bermula dari tahun 3 dan dikendalikan oleh ketua panitia matapelajaran masing-masing bagi memastikan semua program berjalan dengan lancar dan memberi impak yang positif kepada pencapaian murid.

LINUS 1.14

Audit LINUS akan dibuat oleh penyelaras LINUS.

KOKURIKULUM 1.15

PKG akan mengeluarkan jadual aktiviti kokurikulum dan sukan PAJSK mesti direkodkan kedalam sistem dan juga dalam buku rekod.

1.16

Penggunaan portal sekolah juga haruslah dipertingkatkan dalam menyampaikan maklumat semasa. Jika ingin membuat majalah sekolah, pihak sekolah boleh dapatkan kata aluan daripada pihak PPD.

1.17

Beberapa program tertentu di sekolah sekolah di zon Alor Janggus akan dikendalikan di bawah zon Alor Janggus.

1.18

Program rakan sekolah dijalankan bersama-sama program lain bagi meningkatkan kejayaan sekolah. GB boleh turut serta dalam pemantauan pdp oleh SISC+

1.19

Penjaminan kualiti dan perlarasan markah boleh dilakukan oleh guru subjek masing-masing.

1.20

Guru-guru diingatkan supaya peka kepada pengajaran abad ke 21 dengan menggunakan peta I-THINK yang bersesuaian dan guru hanya berperanan sebagai pemudahcara dalam setiap aktiviti yang dirancang. Setiap kelas perlu ada sudut pameran hasil kerja murid dan catatan objektif pdp di papan hijau.

Untuk tindakan :

Untuk makluman:

Semua guru

Semua guru

AGENDA 2 – MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT Cadangan : Encik Samsuddin bin Mustaffa Sokongan : Encik Azmir Helmi bin Abd. Halim

AGENDA 3 – PERKARA BERBANGKIT 3.1

En. Azmir Helmi inginkan penjelasan mengenai baju sukan memandangkan pada tahun 2016 tiada pesanan baju sukan dibuat. Puan Shahrom menyatakan baju sukan 2017 akan dibuat.

3.2 Tanda nama hendaklah dibuat sendiri oleh waris memandangkan tiada pesanan yang dibuat pada tahun ini. 3.3 makluman dari unit SPBT, buku teks tahun 5 telah cukup mengikut bilangan murid. Ianya telah diusahakan dengan mengambilnya dari SK Lahar Budi. Tahun 1 buku kurang 2 set dan buku teks Bahasa Arab tidak diberikan keppada murid bukan Islam. 3.4 Enrolmen murid bagi tahun 2017 ada 3 orang murid bukan Islam. Tahun 1seorang, tahun 3 seorang dan tahun 4 seorang 3.5 Buku Bahasa Arab tidak cukup dan akan ditambah buku pendidikan moral ada dibuat pesanan tetapi tidak pasti siapa yang terima buku tersebut. En. Samsudin telah berhubung dengan pihak pembekal untuk kepastian. Untuk tindakan : Semua guru

Untuk makluman: Semua guru

AGENDA 4 - UCAPAN PK KURIKULUM 4.1 Pn. Rosadah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian semua guru hadir ke mesyuarat. 4.2 Beliau juga telah menerangkan mengenai misi dan visi sekolah serta memperkenalkan slogan baharu bagi SKST iaitu SENTIASA KEHADAPAN SATU TUJUAN sebagai suntikan semangat kepada murid-murid pada tahun akan datang. 4.3 memaklumkan tarikh pendaftaran Tahun 1 pada 29/12/2016 dan gotong royong bagi Tahun 2 hingga 6. 4.4 Jadual waktu akan diedarkan dan hendaklah disampaikan kepada murid pada hari gotong-royong bagi persediaan mereka pada hari pertama persekolahan.

4.5 Buku rekod mengajar boleh di ambil di sekolah pada hari pendaftaran tahun 1 dan PRA sekolah. Sila lengkapkan setiap bahagian dalam buku tersebut Untuk tindakan : Semua guru

Untuk makluman: Semua guru

AGENDA 5 – UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID 5.1 En. Navawi memaklumkan bahawa RMT bagi tahun 2016 berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan. 5.2 bagi tahun 2017 seramai 40 orang dianggarkan mendapat RMT dan guru kelas mestilah memastikan murid-murid hadir untuk mengambil makanan dan mengemaskini data murid dalam APDM 5.3 bagi program pendaftaran Tahun 1, beliau meminta guru yang terlibat membuat dokumentasi. 5.4 Lawatan Jabatan Kesihatan akan dijalankan pada 6/8/2017 bagi tahun 1 dan pra sekolah pada 20/7/2017 dan guru diingatkan supaya mengemaskini buku laporan kesihatan murid 5.5 lengkapkan butiran di dalam rekod kedatangan murid dan lengkapkan fail kuning. 5.6 Audit kehadiran akan dibuat oleh PK HEM dan Unit Kaunseling bagi mendapatkan prestasi yang terbaik. 5.7 Guru besar juga memaklumkan bahawa amalan guru penyayang diteruskan seperti biasa dan diuruskan oleh Unit Kaunseling.

Untuk tindakan : Semua guru

Untuk makluman: Semua guru

AGENDA 6 – UCAPAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 6.1 memaklumkan bahawa kegiatan kokurikulum akan dijalankan pada sebelah pagi setiap hari rabu pukul 7.45-8.45 mengikut jadual yang telah diedarkan 6.2 Acara yang bakal diadakan di peringkat daerah ialah: a. merentas desa b. sepak takraw c. balapan dan padang d. bola jaring ( 27/03/2017) e. bola baling 6.3 Tuntutan bayaran makanan murid semasa menyertai acara di luar sekolah ialah RM 5.00 jika acara hanya berlangsung pada waktu pagi. Akan tetapi jika acara sampai ke petang, bayaran RM 7.00 akan diberikan. Untuk tindakan : Semua guru

Untuk makluman: Semua guru

AGENDA 7 - HAL-HAL LAIN 7.1

pemantauan akan berlangsung pada hari pertama persekolahan

7.2 bacaan surat khabar utusan setiap hari isnin perlulah didokumentasikan dan langganan surat khabar akan dibuat oleh Pusat Sumber Sekolah. 7.3 Buku rekod pengajaran dan pembelajaran akan disemak pada minggu kedua persekolahan. Diingatkan supaya mengisi semua maklumat yang perlu di dalam buku rekod tersebut bagi tujuan semakan guru besar.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.55 petang dengan bacaan Al-Asr.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

……………………………

……………………………..

( PN. NORLAILI BT HJ ALI)

(PN. ROSADAH BT HASHIM)

SETIAUSAHA

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Disahkan oleh :

………………………………………. ( EN. KHOLIB BIN ABD. HAMID) GURU BESAR

Related Documents

1st Meeting
June 2020 11
1st Meeting
May 2020 12
1st Report
November 2019 16
Report 1st
November 2019 24
Meeting Report
November 2019 11

More Documents from "Allen Varney"