Report 1st

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Report 1st as PDF for free.

More details

  • Words: 2,663
  • Pages: 14
‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

Indeks

SINOPSIS & MUQADDIMAH

1

Mengambilkira Mesir adalah bumi Al-Azhar dan peranan ulungnya dalam aktiviti penyebaran Al-Quran

dan

Islam,

mengungkayahkan

Kementerian

Musabaqah

Awqaf

Mengahafaz

Mesir

dengan

Al-Quran

kerjasama

Al-Azhar

Antarabangsa

Kaherah

[berikutnya singkatan : “MTQ”] . Penganjuran MTQ tahun ini adalah kali Ke-16 . Negara Brunei Darussalam telah sekian lama menghantar peserta negara ke MTQ ini melalui Kementerian Hal Ehwal Agama. Penyertaan di MTQ ini antara agenda penting negara bagi memberi peluang dan ruang pendedahan beraksi di pentas antarabangsa kepada para Huffaz negara, dengan harapan agar peserta negara mampu bersaing dengan peserta peserta lain dan berjaya mengangkat nama serta martabat negara di mata dunia. Dalam hal ini, Negara Brunei Darussalam pernah melakar nama di podium MTQ ini setelah mengungguli tempat PERTAMA dalam Kategori 5 [6 Juz Hafazan Bagi Negara Bukan Arab] pada tahun 2006 melalui Yang Mulia Awang Mohamad Hazim bin Haji Abdul Halim. Cabaran negara kali ini digalas oleh satu delegasi seorang peserta dan seorang pengiring/jurulatih yang telah diperkenankan untuk mewakili negara melalui Warkah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan : HHPO 41/1962/IX bertarikh 03 September 2008

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 1

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

PESERTA

1

PENGIRING /

1

JURULATIH

Haji Muhammad Farid bin Haji Mohd Yassin

Pelajar Tingkatan 4 ITQSHHB

Ustaz Hj Abdul Hafeiz bin

Penolong Pengetua Hal Ehwal Khas

Haji Nuh

ITQSHHB

PENYERTAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Memandangkan hanya seorang peserta dicalonkan, pencalonan hanya dibuat dalam Ketegori 5 [Hafaz 6 Juz Bagi Negara Negara Bukan Arab] . Peserta negara dicalonkan dalam kategori tersebut bermula dari Juz 1 hingga Juz 6.

SLOT TAKLIMAT DAN DOA SELAMAT Satu sesi taklimat dan doa selamat telah diadakan pada 11 September 2008 di ITQSHHB .Slot yang memuatkan taklimat, penerangan, tips pertandingan dan suapan motivasi ini bertujuan memberi suntikan semangat dan input berkaitan MTQ kepada delegasi. Delegasi berlepas dari Bandar Seri Begawan pada Hari Jumaat 12 September 2008

Indeks

2

PENGANJURAN / IMPLEMENTASI PERTANDINGAN

MAJLIS PEMBUKAAN RASMI Majlis perasmian pertandingan dilangsungkan pada Hari Rabu 17 Ramadan 1429 / 17 September 2008 bertempat di Dewan Muhammad Abdouh Universit Al-Azhar oleh oleh Dr. Mahmoud Hamdi Za’zoq Menteri Waqaf Mesir. Turut hadir ialah Fadhilatus Syeikh Dr Syed Tontowi Syeikhul Azhar dan Dr Momammed Nazif Perdana Menteri Mesir.

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 2

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

PENEMPATAN & LOKASI PERTANDINGAN Semua peserta dan hakim pertandingan di tempatkan di Dar Al-Mudarra’at / Armour Force Hotel. Pertandingan dilangsungkan di Dewan Firdaus di lokasi yang sama.

KATEGORI PERTANDINGAN & PENYERTAAN Berikut adalah 5 kategori yang dipertandingkan pada tahun ini.

Kategori 1 Kategori 2 Kategori 3 Kategori 4 Kategori 5

Hafaz 30 Juz Berserta Tafsir [ Juz ke 18 ] 30 Juz Hafaz 20 Juz [ Pilihan Mana Mana Bahagian1] Hafaz 10 Juz [ Pilihan Mana Mana Bahagian ] Hafaz 6 Juz Bagi Negara Negara Bukan Arab [Pilihan Mana Mana Bahagian]

Sambutan dunia dan masyarakat Islam terhadap MTQ ini amat menggalakkan dari masa ke semasa. Tahun ini peyertaan terus meningkat kepada lebih 100 orang peserta yang mewakili 68 negara. Sekadar menyenaraikan negara negara yang menyertai Kategori 5, seramai 15 orang peserta ; 1 2 3 4 5

Afrika Selatan Brunei Darussalam Brundi Bangladesh Ghana

6 7 8 9 10

Kanada Kenya (Perempuan) Kongo Brazzaville Kongo Demokratik Madagascar

11 12 13 14 15

Malawi Seirra Leon Timor Leste Itali (Perempuan) Uzbekistan

PANEL HAKIM

1

Peserta berhak menentukan bahagian yang akan disertainya [ seperti dari Juz 1 hingga 20 , atau dari Juz 10 hingga 30 , dan begitu juga bagi kategori 4 & 5 samaada diawal Al-Quran atau diakhirnya] The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 3

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

Panel Hakim seramai 13 orang terdiri daripada 6 hakim tempatan dan 7 hakim jemputan antarabangsa dari negara negara berikut : 1. Arab Saudi

2. Syria

6. Libya

7. Mahgribi

3. Sudan

4. Senegal

5. Tunisia

Panel Hakim dibahagikan kepada 2 Lujnah dengan masing masing 6 orang hakim yang menilai peserta secara bergilir mengikut kategori yang dihakimkan. Manakala seorang hakim tempatan bertindak sebagai Pengerusi Panel Hakim bagi kedua dua lujnah tersebut.

PROSEDUR PERTANDINGAN DAN PENGHAKIMAN Sesi taklimat prosedur pertandingan diadakan sehari sebelum pertandingan bermula . Antara prosedur pertandingan:



Pertandingan dijalankan dalam dua sesi setiap hari. Sesi pertama bermula jam 12.30 Tengahari hingga Jam 3.30 Petang. Sesi kedua bermula selepas Sembahyang Sunat Terawaikh [ Jam 9.30 Malam ] hingga jam 2.00 Pagi.



Tiada undian giliran dijalankan, senarai peserta yang akan diuji disiarkan di skrin interaktif yang terletak lobi hotel lebih kurang 2 atau 3 jam sebelum pertandingan bermula.



Jemputan khas, pengiring dan peserta peserta yang akan bertanding sahaja dibenarkan berada dalam dewan semasa pertandingan dijalankan..



Peserta dikehendaki memilih cabutan soalan melalui papan kekunci [Keyboard] komputer. Nama peserta, Negara, Kategori Penyertaan, Riwayat Bacaan, dan Soalan dipaparkan pada skrin komputer di podium peserta dan skrin besar di hadapan audiens.

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 4

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬



Permulaan dan penamatan soalan ( FAATIH ) diprogramkan dalam bentuk “Audio Visual” melalui perisian komputer.



Kesemua 6 orang hakim boleh bertindak sebagai “Munabbih”.



Kesemua 6 orang hakim menilai dan mencatatkan perolehan markah dalam semua aspek penghakiman ( Hafazan, Tajweed dan Adaa’ )



Panel Hakim boleh menyudahkan soalan sekiranya mereka berpuas hati dengan bacaan peserta walaupun belum selesai muqarrar soalan.



Panel Hakim akan memberhentikan bacaan peserta yang kerap melakukan kesalahan atau membaca dengan performa yang tersangkut sangkut dan dikira tidak dapat menyempurnakan jawapan bagi cabutan soalan tersebut.



Kesalahan ringan yang dibetulkan sendiri oleh peserta akan dipotong ¼ Markah.



Kesalahan ketara yang dibetulkan sendiri oleh peserta akan dipotong 1 Markah, manakala kesalahan sama yang dibetulkan oleh “Munabbih” dipotong 2 Markah.

TABURAN SOALAN

Kategori 1 4 Soalan Hafazan & 1

Kategori 2

Kategori 3

Kategori 4

Kategori 5

4 Soalan

4 Soalan

4 Soalan

4 Soalan

Hafazan Hafazan Hafazan Hafazan Soalan Tafsir 4 Soalan terkumpul memperuntukkan 80% Markah Hafazan, 10% Markah Tajweed dan 10% Markah Adaa’ ( Waqfu Wal Ibtida, Tartil dan Suara )

JUMLAH SOALAN HAFAZAN

PILIHAN SOALAN

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 5

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

 Setiap soalan mengandungi 20 opsyen.

4

 Peserta perlu memilih salah satu opsyen tersebut melalui tetikus komputer

Taburan pilihan soalan tidak mengikut tertib urutan Juz/Surah

 Setiap soalan perlu dijawab/baca 1 – 1 ½ Mukasurat

Penganjur perlu menyediakan 80 pecahan soalan bagi setiap peserta

Indeks

3

PERFORMA PESERTA NEGARA

Peserta negara diuji pada 18 September lebih kurang jam 1.15 pagi. Berikut adalah catatan ringkas performa dan ulasan persembahan peserta negara :

Soalan Pertama [ Surah An-Nisaa’ Ayat 123 hingga 128 ] Bacaan Lancar - terdapat satu kesalahan kalimah sempat dibetulkan sendiri oleh peserta. Seolan Kedua [ Surah Ali-Imran Ayat 118 hingga 125 ] Bacaan kurang lancar dan ditegur beberapa kali oleh Munabbih ** [Terminated - Diberhentikan bacaan oleh Panel Hakim dan dikira tidak dapat menyempurnakan soalan tersebut.

Soalan Ketiga [ Surah Al-Imran Ayat 177 hingga 182 ]

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 6

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

Bacaan lancar tanpa sebarang teguran Soalan Keempat [ Surah Al-Baqarah Ayat 221 hingga 227 ] Bacaan lancar tanpa sebarang teguran

Ulasan keseluruhan pengiring/jurulatih terhadap peserta negara berdasarkan catatan sesi latihan dan performa persembahan di MTQ : LEMAH

SEDERHANA

BAIK

AMAT BAIK

CEMERLANG

1

2

3

4

5

BIL

PEMERINGKATAN

ASPEK NILAIAN

    

[ Nilaian Purata Bagi 4 Soalan ]

1

Mutu Hafazan



2

Mutu Pelaksanaan / Amali Hukum Hakam Tajweed



3

Al-Adaa’ [Stail & Variasi Bacaan]



4

Tarannum / Sonoriti Vokal & Suara



5

Motivasi & Keyakinan Diri

PEMERINGKATAN / RATING KESELURUHAN







   ✘

KEPUTUSAN PERTANDINGAN DAN HADIAH Pengumuman rasmi keputusan pertandingan dibuat melalui siaran akhbar akhbar utama Mesir sehari setelah sesi pertandingan selesai dijalankan.

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 7

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

KATEGORI PERTAMA (1) TEMPAT TEMPAT PERTAMA KEDUA

TEMPAT KETIGA

Mesir

Libya

Lubnan

40,000. LE

35,000 LE

30,000 LE

KATEGORI KEDUA (2) TEMPAT TEMPAT PERTAMA KEDUA

TEMPAT KETIGA

Iran

Yemen

Turki

30,000 LE

25,000 LE

20,000 LE

KATEGORI KETIGA (3) TEMPAT TEMPAT PERTAMA KEDUA

TEMPAT KETIGA

Mesir

Tajikistan

Iraq

15,000 LE

12,000 LE

9,000 LE

KATEGORI KEEMPAT (4) TEMPAT TEMPAT PERTAMA KEDUA Australia & Mesir Bahrain * 10,000 LE

9,000 LE

KATEGORI KELIMA (5) TEMPAT TEMPAT PERTAMA KEDUA Kongo Itali Brazzaville 12,000 LE

• •

11,000 LE

Sijil dan hadiah iringan berupa kitab tafsir, cakera padat ensiklopedia Islam dan sejadah

Sijil dan hadiah iringan berupa kitab tafsir, cakera padat ensiklopedia Islam dan sejadah

Sijil dan hadiah iringan berupa kitab tafsir, cakera padat ensiklopedia Islam dan sejadah

TEMPAT KETIGA Mauritius

Sijil dan hadiah iringan berupa kitab tafsir, cakera padat ensiklopedia Islam dan sejadah

8,000 LE

TEMPAT KETIGA Brunei Darussalam 10,000 LE **

Sijil dan hadiah iringan berupa kitab tafsir, cakera padat ensiklopedia Islam dan sejadah

Australia & Bahrain berkongsi Tempat Kedua 10,000 LE bersamaan BND 2700

DESKRIPSI The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 8

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

Penentuan pemenang dan tempat bagi setiap kategori adalah berdasarkan kutipan markah dan bukannya urutan markah. Sebagai contoh Pemenang Kedua dalam Katagori 4 dikongsi bersama oleh peserta dari Australia dan Bahrain dengan pungutan markah mereka berada pada skema yang sama [ seperti contoh : antara 90 -100 markah ], Sebaliknya jika tiada peserta yang memperolehi markah yang ditetapkan maka tiada pemenang diumumkan . Sepertimana tahun tahun terdahulu peserta peserta dari negara negara Arab kekal mendominasi MTQ kali ke 16 ini bagi Kategori 1,2,3 dan 4. Manakala peserta Negara Brunei Darussalam berjaya mencuri perhatian banyak pihak sebagai pesaing utama bagi Kategori 5. Dalam Kategori 5, Walaupun pihak penganjur mensyaratkan penyertaan dari kalangan Negara Bukan Arab, namun ianya tidak mengecualikan penyertaan peserta yang berasal dari Negara Negara Arab (Kelahiran Arab) yang bermastautin mewakili negara negara berkenaan. Hadiah wang tunai dan hadiah hadiah iringan kepada semua pemenang , penerima saguhati dan panel hakim diagihkan dalam satu acara ringkas tidak formal sehari selepas pengumuman rasmi disiarkan.

ACARA SAMPINGAN Beberapa siri lawatan ke tempat bersejarah dan majlis keagamaan telah diatur oleh pihak penganjur. Antaranya ; Lawatan ke :  Mathaf Misri / Muzeum Mesir  Qal’ah / Citadel  Ahram / Pyramid

 Masjid dan Perpustakaan Universiti Al-Azhar  Multaqa Fikri Islami dan Nadwah – Masjid Imam Hussein

MAJLIS PENUTUP The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 9

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

Seperti kebiasaannya majlis penutup diadakan pada 17 Ramadan sempena Haflah Lailatul Qadar yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Waqaf dan Al-Azhar. Majlis yang berlangsung di Pusat Persidangan Al-Azhar dihadiri oleh Presiden Mohammed Hosni Mubarak selaku Tetamu Kerhormat. //// Delegasi Negara selamat sampai di Bandar Seri Begawan pada 1 Oktober 2008 Jam 9.50 pagi

Indeks

4

RUMUSAN

PENGANJURAN Penganjuran kali ke 16 ini lebih mantap dengan jumlah penyertaan yang makin meningkat. Penganjur telah mengemaskinikan prosedur MTQ dengan memenafaatkan kemudahan ICT yang berjaya mewujudkan suasana dan persekitaran pertandingan yang kondusif, kreatif dan berinformasi.

PENYERTAAN Tahap pendedahan dan pengalaman pesereta negara masih ketinggalan jauh, sedangkan majoriti peserta lain adalah mereka yang berpengalaman dan telah lama menamatkan 30 Juz hafazan. Sebagai contoh, ramai daripada mereka yang sudah khatam 30 Juz hafazan Al-Quran sejak 5 hingga 6 tahun yang lalu tetapi memilih laluan mudah dengan menyertai Kategori 5. Sebilangan peserta adalah terdiri dari kalangan kelahiran arab yang bermastautin di negara yang diwakili mereka.

Peserta kita masih kurang mendapat pendedahan dalam aspek “Persembahan” (Al-Adaa) yang memerlukan kelantangan suara, stail bacaan bervariasi dan keyakinan diri.

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 10

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

Walaupun kita terlepas peluang mengekalkan kejayaan tempat pertama yang pernah dicipta pada tahun 2006. Namun kita tetap bersyukur kerana masih berada di senarai teratas pertandingan ini. Dengan kejayaan menduduki Tempat Pertama pada tahun 2006 dan Tempat Ketiga tahun ini, kita telah berjaya meletakkan nama Negara Brunei Darussalam dalam senarai “Pilihan Utama” pertandingan ini.

Indeks

5

CATATAN KHAS

Beberapa pembaharuan dan pendekatan berkaitan penyertaan MTQ ini dapat di catat seperti berikut : 1. Permohonan visa pada tahun ini telah dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah – Visa on Arrival (VoA). Ini lebih mudah dan menjimatkan masa berurusan tanpa perlu menghadapkan permohonan visa ke Kedutaan Mesir Di Kuala Lumpur – Pre-Visit Visa (PVV). Diperincikan seperti berikut ;  Bagi peserta dan pengiring Warganegara Brunei Darussalam dikenakan bayaran USD15 Duti Setem (Damghoh)  Manakala bagi pengiring dari kalangan Warganegara Malaysia TIADA sebarang bayaran dikenakan.  Jika sekiranya pengiring dari kalangan Warganegara Indonesia permohonan Pre-Visit Visa adalah diperlukan.

2. Segala urusan pengeluaran tiket penerbangan perlu dirundingkan terus oleh Kementeriaan Hal Ehwal Ugama dengan Kedutaan Besar Republik Arab Mesir di Kuala Lumpur. Hal ini berbangkit memandangkan selama ini tiket penerbangan peserta ke MTQ ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Kebawah Duli. The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 11

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

Indeks

KONKLUSI / SUMBANG SARAN

6

Berikut adalah saranan 1. Meneruskan sesi khas taklimat/bengkel kepada peserta sebelum menyertai mana mana musabaqah peringkat antarabangsa dengan penambahbaikan pengisian program yang difikirkan bersesuaian 2. Memperuntukkan tempoh latihan khas bagi memberi ruang kepada peserta dan pengiring/jurulatih menjalani latihan 3. Meneruskan langkah penghantaran Pengiring / Jurulatih. 4. Beberapa perkara berkaitan prosedur dan produk MTQ yang difikirkan perlu untuk sama sama diteliti kesesuaian dan keberkesanan perlaksanaannya di Negara

Brunei

Darussalam, antaranya : i.

Mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT terutama dalam prosedur penghakiman seperti Sistem Pengkalan Data bagi koleksi soalan dan skim jawapan

ii.

Mempertingkatkan

penggunaan

berbagai

peralatan

multimedia

bagi

kemudahan peserta, panel hakim dan audiens. iii.

iv.

Hakim Faatih dan Munabbih lebih dari seorang.

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 12

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

v.

Memperkenalkan Pemenang Bersama “ Fai-z Mukarrar” bagi pemenang pemenang yang memperolehi jumlah markah yang sama

5. Mencadangkan penghantaran Pegawai Pemerhati dari bahagian berkenaan di Kementerian Hal Ehwal Ugama menghadiri mana mana pertandingan peringkat antarabangsa bagi mempelajari selok belok pengendalian MTQ peringkat antarabangsa.

PENUTUP Musabaqah peringkat antarabangsa seumpama ini bukan saja dapat menguji kredibiliti peserta kita setelah disaingkan dengan peserta peserta dari berbagai negara, malah lebih dari itu ianya dapat mencetuskan perangsang paling berharga bagi diri peserta itu sendiri. Kesempatan mempersembahkan bacaan dikhalayak ramai yang mana saingan dan publikya terdiri dari berbagai bangsa dan warna kulit sudah tentunya merupakan pendedahan positif yang amat berguna. Semoga penyertaan ini mampu membangkitkan kesedaran peserta peserta kita untuk berusaha, mempertingkatkan keupayaan diri dan berikhtiar mengenepikan kelemahan. Bagi Pegawai Pengiring / Jurulatih perlu mengambil peluang ini mengumpul data berkaitan bagi merumuskan kaedah dan wasilah latihan yang terbaik kepada bakal calon negara pada masa akan datang. Maklumat berkaitan bagaimana sesuatu pertandingan peringkat dunia dijayakan juga tidak kurang penting dikutip sebagai aset perkongsian bersama untuk dijadikan panduan bagi diimplementasikan di peringkat negara dan mungkin juga suatu masa di peringkat serantau atau antarabangsa yang akan diungkayahkan Di Negara Brunei Darussalam INSYA ALLAH .

SEKALONG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 13

‫ مصر‬- ‫المسابقة العالمية السادسة عشر للقرءان الكريم‬

Ucapan Tahniah yang setinggi tingginya di atas kejayaan yang dicapai oleh peserta negara, Semoga dengan kejayaan yang telah dicapai di MTQ ini mampu menjadi momentum untuk Negara Brunei Darussalam mencipta kejayaan yang lebih membanggakan, khasnya di MTQ yang lebih berprestij di Dubai dan Makkah Al-Mukkarramah Juga ucapan penghargaan dan terimakasih kepada semua pihak dan individu yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung dalam mendokong MISI ini.

HAJI ABDUL HAFEIZ HAJI NUH [email protected] 06 Syawal 1429/ 06 Oktober 2008 /var/www/apps/pdfcoke/pdfcoke/tmp/scratch5/9976234.doc

The Sixteenth Universal Glorious Al-Quran Cempetition – Arab Republic of Egypt

Ms 14

Related Documents

1st Report
November 2019 16
Report 1st
November 2019 24
Wu Report 1st Draft
April 2020 11