Contoh Pelaksanaan Aktiviti .docx

  • Uploaded by: fida
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Contoh Pelaksanaan Aktiviti .docx as PDF for free.

More details

  • Words: 371
  • Pages: 3
BAB 10 : PEMBELAJARAN MASTERI 1. Tahun : 1 2. Tema : Kebersihan 3. Tajuk : Menjaga Diri 4. Kemahiran : Kemahiran Mendengar dan Bertutur

5. Standard Kandungan (SK) 1.1 Mendengar dan memberikan respons 6. Standard Pembelajaran (SP) 1.1.1 Mengajuk dan menyebut perkataan yang mengandungi pelbagai bunyi. 7. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat : i. mengajuk sekurang-kurangnya lapan perkataan dengan betul. ii. menyebut perkataan yang mengandungi pelbagai bunyi dengan betul.

Set Induksi (5 Minit) Murid dipertontonkan satu video (lagu) tentang ’Anggota saya’. Murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu dengan menggayakan pergerakan kreatif. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kandungan lagu. Jawapan murid dengan bimbingan guru dikaitkan dengan tajuk pada hari itu.

Langkah 1 (10 Minit) Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti. Murid diminta menyebut semula nama anggota badan yang disebutkan oleh guru secara kelas. Murid mengajuk perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan. Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-masing.

Langkah 2 (15 Minit) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid diminta untuk membuat perbincangan tentang cara-cara menjaga kebersihan diri dan peralatan yang selalu digunakan dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh guru dan membuat pembentangan di hadapan kelas.

Langkah 3 (10 Minit) Murid mendengar dan mengajuk perkataan yang disebut oleh guru berpandukan kad perkataan yang ditunjukkan. Murid menyebut perkataan yang terdapat pada kad dan mengasingkan kad-kad yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan. Murid mengkelaskan perkataan yang menunjukkan anggota badan dan bukan anggota badan dengan penggunaan peta i-Think. Guru menilai hasil yang dibuat oleh murid. Langkah 4 (15 Minit) Guru membuat aktiviti pemulihan dengan menggunakan bahan visual seperti gambar supaya murid lebih memahami. Bagi aktiviti pengayaan, guru meminta murid untuk menggunakan perkataan anggota badan untuk membina ayat secara lisan dan tulisan. Penutup (5 Minit) Penutup Kognitif Murid-murid menyatakan kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru meminta murid untuk merumuskan isi pelajaran.

Penutup sosial Murid menyanyikan lagu ’Anggota saya’ dengan intonasi dan sebutan yang betul. Guru memberikan pujian atas sikap murid yang menjaga kebersihan diri. Nilai murni Kebersihan fizikal dan mental, bekerjasama.

****Gambar, lembaran kerja, BBM – video lagu......perlu diasingkan dalam muka surat baharu. Contoh 1 ada kekurangan isi. Ikut contoh ini. KETUA SEGERA E-MEL KEPADA SEMUA PELAJAR. TQVM

Related Documents


More Documents from "AYUP AHMAD"

Minggu 8 Hari Selasa.docx
December 2019 29
Esei.docx
December 2019 19
Bertutur 2.docx
December 2019 19
Spect Bidang (1).docx
December 2019 20