Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus

  • Uploaded by: AYUP AHMAD
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus as PDF for free.

More details

  • Words: 327
  • Pages: 2
LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini dijalankan bagi memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus sekolah mentadbir sekolah. Tempoh pelaksanaan PBS adalah 1 minggu, iaitu bermula pada 10 MAC 2009 sehingga 13 MAC 2009. Bagi PBS Edisi Ketiga ini, tugasan akan diberikan oleh pensyarah matapelajaran Elektif 1 (Pendidikan Jasmani) . Pelajar yang akan menjalani PBS ditempatkan di sekolah yang ditentukan sendiri dan dan pihak sekolah akan dimaklumkan dengan program ini melalui Jabatan Pelajaran Negeri untuk tindakan lanjut. Sepanjang PBS dijalankan pelajar akan melihat persekitaran kawasan sekolah dan membuat pemerhatian tentang pentadbiran, pembelajaran dan sebagainya mengikut tugasan-tugasan yang telah dibekalkan kepada mereka. Segala aktiviti yang akan dibuat di sekolah pilihan nanti berkait rapat dengan objektif PBS. Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat;

(i)

memahami budaya sekolah;

(ii)

menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah;

(iii)

mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;

(iv)

memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran;

(v)

membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;

(vi)

membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;

(vii)

membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal

(viii) membina sikap positif terhadap profesion keguruan; (ix)

membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;

(x)

mendokumentasikan pengalaman semasa sesi refleksi.

yang

Laporan Disediakan Oleh :

. (AYUP BIN AHMAD) Peserta Program Pengalaman Berasaskan Sekolah PISMP-IPGM PSV SEM 3 ambilan Januari 2008

dilalui

untuk

perbincangan

13 MAC 2009

Related Documents


More Documents from ""

Retro
May 2020 18
Cinta Tiada Padanya
April 2020 11
Kaedah Situasional
April 2020 6
Konsep Ppp
May 2020 8
Edu 1
April 2020 8