K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke atas hadrat ilahi serta kurniaan nikmat masa, nyawa dan tenaga yang telah dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya meskipun pelbagai kelemahan yang dizahirkan dalam hasil penulisan ini. Namun, saya tetap ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pensyarah yang dikasihi Cik Hayati bin Yusof kerana tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya memberi ruang kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya iaitu A Wahab bin Buang dan Jamaliah binti Hassan kerana memberi motivasi dan sokongan buat saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya rakamkan kepada rakan-rakan yang banyak membantu serta sebagai pemudahcara dalam setiap permasalahan yang timbul. Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun sebaliknya dalam menghasilkan kerja kursus ini. Semoga hasil penulisan ini diberkati dan memberi manfaat kepada diri penulis mahupun para penunutut limu yang mempelajari bidang ini. Diharapkan hasil penulisan ini menjadi suatu wadah untuk mengembangkan lagi idea dalam menberikan manfaat kepada masyarakat serta negara khususnya dalam bidang pendidikan. Terima kasih.
1
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
1.0
PENDAHULUAN
Arus pendidikan yang mengalami perkembangan yang sangat dinamik dan pesat dalam arus globalisasi ini telah mendesak perubahan dalam kurikulum. Justeru, pelbagai insiatif yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyemak dan menambahbaik sistem kurikulum agar seiring dengan dunia pendidikan yang bersifat modenisasi ini. Misalnya, Standard Kurikulum Bahasa Melayu yang telah diperkenalkan bagi mengetengahkan aspekaspek yang perlu dikuasai oleh setiap murid dalam mendepani cabaran yang global. Sehubungan dengan itu, DSKP Bahasa Malaysia telah mengutamakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai dasar utama dalam menentukan hala tuju bahasa Melayu pada masa kini khususnya dalam dunia pendidikan. Perkara ini dibuktikan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) yang menyatakan bahawa: “Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Melayu berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Standard ini menjunjung peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan negara, bahasa ilmu dan juga sebagai bahasa pengantar di sekolah.” (ms. 4) Berdasarkan konteks di atas, kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya jelas mempengaruhi reka bentuk DSKP Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Maka, perkaitan tersebut akan diketengahkan melalui pembuktian yang primer serta perbincangan yang tuntas serta kritis dalam huraian yang selanjutnya.
2
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
2.0
TUJUAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan tunjang utama dalam dunia pendidikan khususnya buat warga pendidik yang menjadi pelaksana kepada segala dasar yang dirangka kementerian. Menurut Azmira Othman (2016) menyatakan bahawa FPK adalah sesuatu yang wajib diketahui oleh guru dan bakal guru di Malaysia agar warga pendidik sentiasa menjadi pendokong kepada aspirasi pendidikan negara. Berikut merupakan kandungan yang terdapat dalam FPK (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013):
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Secara amnya, objektif asas bagi setiap falsafah pendidikan adalah untuk memastikan bahawa setiap murid dibekalkan ilmu serta kemahiran dalam mendepani cabaran kehidupan. Justeru, penekanan akan diberikan kepada beberapa kata kunci seperti perenggan di atas dalam membuktikan bahawa terdapatnya perkaitan antara FPK dan DSKP Bahasa Malaysia yang dilaksanakan khususnya dalam bidang ilmu serta kemahiran. 3.0
PENGHUBUNGKAITAN FPK DAN DSKP BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH i)
Suatu usaha berterusan
‘Suatu usaha berterusan’ merupakan suatu frasa yang menjelaskan bahawa pendidkan di Malaysia tidak terhenti pada tamatnya persekolahan. Keutamaan modal insan yang mengamalkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) harus dititikberatikan dalam menuju pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal mahupun tidak formal. Hal ini kerana, PSH bertujuan menjadikan individu dalam sesebuah masyarakat didorong untuk terus belajar menerusi hayat mereka sama ada secara formal dan tak formal (OECD, 2010). Oleh itu, menjadi suatu kemestian bagi masyarakat khususnya pelajar sebagai modal insan agar sentiasa menambahbaik dan menguasai ilmu mereka.
3
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
Namun begitu, sesuatu pembelajaran tidak akan dikatakan sempurna sekiranya tiada penilaian terhadap hasil pembelajaran tersebut. Oleh itu, antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk memastikan pendidikan itu berterusan adalah melalui penilaian. Menurut Zainuddin Abu Bakar (2014) menjelaskan bahawa: “…melaksanakan penilaian secara berkala untuk melihat keupayaan muridmurid menyerap dan menguasai topik-topik yang diajar…penilaian akan berfungsi sebagai proses peneguhan kepada pembelajaran mereka. Justeru, penilaian seharusnya berkait rapat dengan objektif jangka panjang yang telah ditetapkan dalam kurikulum…” (ms. 292) Misalnya, Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan aktiviti yang berterusan dan memerlukan komitmen yang tinggi serta objektif yang jelas daripada guru mahupun pihak sekolah untuk memperkembangkan pontensi setiap murid ke tahap maksimum (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Dalam konteks ini, penilaian yang dirangka sebagai rujukan buat guru untuk memperbaiki Pentaksiran Sekolah secara jangka panjang. Biar kita ambil contoh, Tafsiran Keseluruhan Tahap Penguasaan Kemahiran Bahasa Melayu mengetengahkan kemahiran bahasa harus dikuasai sejak tahun satu hingga tahun enam melalui rujukan Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi Bahasa Melayu KSSR. Perkara ini sekali gus menunjukkan DSKP merupakan suatu usaha
pendidikan yang berterusan tanpa terhenti pada sesuatu tahap.
4
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
Gambar 1-Tafsiran Keseluruhan Tahap Penguasaan Kemahiran Mendengar Dan Bertutur
ii)
Memperkembangkan
lagi
potensi
individu
secara
menyeluruh
dan
bersepadu…dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani… Pendidikan bukan dicipta untuk menjadikan individu itu supaya berlumba-lumba mendapatkan gred A semata-mata. Namun, pendidikan yang sebenar dapat membentuk individu itu supaya memperoleh ilmu pengetahuan, moral yang tinggi, kemahiran mengurus emosi dan keperluan jasmani dengan baik. Dalam erti kata lain, keberkesanan pendidikan tidak bergantung kepada performance-based semata-mata, akan tetapi aspek yang lain juga turut dijadikan keutamaan. Menurut John Dewey menegaskan bahawa tujuan pendidikan secara dasarnya adalah mendedahkan kepada golongan muda perkaraperkara yang mereka perlukan untuk berkembang secara baik dan sistematik sebagai anggota dalam sebuah masyarakat (Mohd Zamri Husaini, 2017).
5
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
Maka, pendekatan tematik dalam DSKP Bahasa Malaysia menjadi salah satu contoh kepada suatu pendekatan yang mampu mengembangkan kebolehan diri secara menyeluruh dan bersepadu. Pendekatan ini khasnya meliputi bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Berikut merupakan cakupan tema yang ditekankan dalam konteks PdP mata pelajaran bahasa Melayu:
Berdasarkan rajah tersebut, cakupan tema yang dianjurkan ini secara jelas telah merangkumi sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi setiap murid yang mempelajarinya. Misalnya, pemilihan tema sains, teknologi dan inovasi mampu mengembangkan intelek murid-murid kerana ilmu ini merujuk kepada pengetahuan yang teratur dan seterusnya membentuk individu yang mampu menjana idea untuk menghasilkan sesuatu inovasi. Selain itu, pendekatan tematik yang berunsurkan kemasyarakatan juga turut menyentuh dari aspek kerohanian individu. Hal ini kerana, tema ini menfokuskankan kepada murid sekolah untuk membina keharmonian dan kepentingan hidup
secara
bermasyarakat
melalui
akhlak
mulia,
hormat-menghormati
dan
Rajah 1- Cakupan tema dalam PdP bahasa Melayu
Kekeluargaan
Kemasyarakatan
Kesihatan dan Kebersihan
Keselamatan
Perpaduan
Kebudayaan, Keseniaan dan Estetika
Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Sains, Teknologi dan Inovasi
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Pertanian dan Penternakan
Ekonomi, Keusahawan dan Pengurusan Kewangan
bertanggungjawab. Kemudian, dalam PdP mata pelajaran bahasa Melayu juga boleh menerapkan unsur jasmani melalui tema kesihatan dan kebersihan. Tema ini bertujuan 6
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
bagi mendedahkan kepada murid mengenai penjagaan kebersihan dan amalan gaya hidup sihat meskipun murid mempelajari bahasa Melayu. Rumusnya, melalui pendekatan tematik ini perkembangan murid-murid tidak hanya tertumpu berdasarkan sesuatu aspek perkembangan sahaja. Ketidakseimbangan itu dapat dielakkan jika guru dapat menyepadukan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) secara seimbang dan efektif dalam pengajaran mereka. Jadi, pendekatan tematik yang terdapat dalam DSKP ini sememangnya jelas selari dengan kehendak apa yang dihasratkan dalam kandungan FPK itu sendiri. 4.0
KEBERKESANAN
REKA
BENTUK
DSKP
BAHASA
MALAYSIA
DALAM
MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA SELARAS DENGAN HASRAT FPK Dalam melahirkan warganegara Malaysia seperti yang dihasratkan dalam FPK, reka bentuk DSKP juga memainkan peranannya melalui pendidikan yang diterapkan. Reka bentuk DSKP yang dibina ini boleh dilihat berdasarkan rajah berikut:
Rajah 2- Reka bentuk kurikulum bahasa Malaysia
Reka bentuk yang dibina ini sememangnya menjadi satu inisiatif kepada guru dalam melahirkan generasi baharu seperti yang dihasratkan dalam kandungan FPK itu sendiri.
Reka bentuk
Standard Kurikulum
Kemahiran bahasa
Pendekatan modular
Keberkesanan tersebut dihuraikan seperti yang berikut:
7
Sistem bahasa
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
i)
Penerapan kemahiran bahasa mampu membina individu yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan.
Kemahiran bahasa merupakan suatu kemahiran yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran-kemahiran asas ini sekurang-kurangnya perlu dikuasai oleh masyarakat jika ingin mencapai sebuah negara maju dan berdaya saing. Menurut Roselan Bakti (2003) menyatakan: “Kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai.” (ms. 5) Misalnya, melalui penerapan kemahiran membaca dalam DSKP adalah untuk melatih murid-murid membaca pelbagai jenis ayat dan ragam ayat daripada pelbagai bahan bacaan secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul di peringkat sekolah rendah. Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa sistem kurikulum yang dibina ini adalah untuk mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan masyarakat sejak di awal peringkat umur lagi. Buktinya, Bahagian Sekolah-Sekolah KPM telah merangka Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi menfokuskan kepada literasi bahasa Melayu, iaitu lisan, bacaan dan tulisan terhadap murid-murid yang keciciran dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Tuntasnya, penerapan kurikulum dalam program ini secara tak langsung memberi kesan yang baik kepada masyarakat dalam membangunkan lagi modal insan yang berpengetahuan dan berkompeten tinggi. ii)
Menzahirkan kesejahteraan diri melalui kecekapan bahasa
dalam
pembelajaran yang menyeronokkan Standard
Kurikulum
Bahasa
Melayu
distrukturkan
dengan
menggunakan
pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015). Pendekatan modular ini terbahagi kepada beberapa unit-unit yang kecil yang dikenali sebagai modul dan pembahagian tersebut boleh dilihat seperti rajah yang berikut:
8
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Modul Kemahiran Bahasa
Model Tatabahasa
Pendekatan modular
Modul Seni Bahasa
Modul Kemahiran Menulis
Rajah 3- Modul pendekatan modular
Jadi,
melalui
pendekatan
modular
ini
proses
pembelajaran
dan
pemudahcaraan (PdPc) dapat dizahirkan secara aktif kalangan murid. Misalnya model seni bahasa dapat memberi pengukuhan kepada kecekapaan berbahasa murid kerana murid dapat menghasilkan karya mereka dengan bervariasi teknik yang menarik sama ada melalui lisan ataupun bertulis. Tambahan lagi, aspek ini juga menekankan didik hibur yang merangsang murid agar melibatkan diri secara aktif dan bertindak sebagai pembina pengetahuan. Menurut Abdul Rasid Jamian dan Hasmah Ismail (2013) menjelaskan unsur-unsur didik hibur ini didatangkan dalam bentuk modul yang lengkap dan aktiviti-aktiviti yang disusun rapi sebagai panduan kepada guru tentang konsep didik hibur. Namun, jika pendekatan yang konvensional masih dipraktikkan, sudah tentu ini akan membentuk kaedah pembelajaran yang sehala dan tidak berpusatkan murid. Pendekatan ini sememangnya tidak sesuai untuk sistem pendidikan moden kini jika proses PdPc masih bergantung sepenuhnya kepada guru, papan hitam dan buku teks (Ramlah Jantan & Mahali Razali, 2002). Jadi, agak sukar untuk murid mencapai apa yang dihasratkan dalam kandungan jika pendekatan yang digunakan masih bersifat tradisional atau lebih sinonimnya dikenali sebagai kaedah ‘Chalk and Talk’. Justeru, pembelajaran ini harus diganti dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21
9
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
(PAK-21) agar murid dapat bertanggugjawab ke atas pembelajaran mereka sendiri serta dapat mencapai kesejahteraan diri dalam kehidupan melalui proses pendidikan. iii)
Pengaruh sistem bahasa terhadap identiti masyarakat dan negara
Penggunaan sistem bahasa dalam proses PdPc bahasa Melayu membuka dan melatih murid mengaplikasikan bahasa Melayu secara baku. Reka bentuk DSKP Bahasa Malaysia yang merangkumi penggunaan tatabahasa, sistem ejaan, kosa kata dan peribahasa sebagai indikator standard pembelajaran telah membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan suatu medium perpaduan dalam mengekalkan kemakmuran negara. Hal ini disebut dalam Fasal 152, Perlembagaan Persektutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, disebutkan bahawa, ‘bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu (Pendaulatan bahasa Melayu, 2014). Jadi, tidak hairanlah bahasa Melayu dijadikan bahasa komunikasi utama dalam kalangan masyarakat yang majmuk kerana bahasa Melayu telah diikitiraf sebagai bahasa kebangsaan negara ini sejak sekian lamanya lagi. Oleh itu, peranan generasi baharu inilah yang bertanggungjawab mendaulat serta memartabatkan bahasa Melayu kembali sebagai bahasa lingua franca seperti zaman kegemilangan empayar Melaka dahulu. Pada masa yang sama, bukanlah suatu sikap yang harus ada dalam diri rakyat Malaysia jika berasa malu dengan bahasa kebangsaannya sendiri. Bahkan lebih teruk, segelintir masyarakat khususnya generasi muda yang menggunakan bahasa rojak ataupun selanga dengan berleluasa sehingga menghakis kekuatan dan identity bahasa itu sendiri. Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata “Penggunaan
bahasa
Melayu
yang
betul
dilihat
semakin
di-
pinggirkan..tatabahasa, susunan gaya bahasa berunsur estetika apatah lagi efek kepuitisannya dipinggirkan. Selepas 60 tahun negara mencapai kemerdekaan, tidak ada sebab mengapa rakyat negara ini masih tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan kita dengan baik sama ada secara lisan mahupun tulisan,” (Utusan Online, 2017) Tuntasnya, kesedaran melalui pendidikan seperti reka bentuk DSKP ini sekurang-kurangnya memberi ilmu dan pendedahan kepada generasi baharu bahawa melalui bahasalah identiti sesebuah masyarakat dan negara akan 10
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
dipandang hebat di peringkat global dan melalui bahasa jugalah kemakmuran masyarakat dapat dikekalkan hingga ke hari ini. 5.0
KESIMPULAN
Dunia yang penuh global ini telah mendesak sistem kurikulum kita untuk berubah agar seiiring dengan perkembangan dunia semasa. Namun, perubahan dan penambahbaikan dalam sistem kurikulum kita masih berpaksikan kandungan Falsafah Pendidikan Negara yang utuh menjadi pegangan dan rujukan buat warga pendidikan. Di samping itu, reka bentuk kurikulum yang dirangka ini sememangnya jelas bertujuan memberi dan menyediakan sekolompok masyarakat yang mampu mendepani cabaran global di masa hadapan. Oleh itu, segala bentuk pendidikan khususnya dalam bidang bahasa Mealyu perlu dikuasai secara holisitik agar melalui pendidikan potensi individu dapat dicungkil dan dikembangkan secara maksimum untuk memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.
11
K A J I A N K U R I K U L U M B A H A S A M E L A Y U ( B M M B 3 0 4 3)
RUJUKAN Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu: 3(2), 49-63. Azmira Othman. (2016). Bukan salah cikgu. Kajang: Kopi Cetak Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran bahasa Melayu sekolah kebangsaan. Dipetik pada 1 Mac 2018 daripada https://www.moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20BAHASA %20MELAYU%20SK%20Tahun%206.pdf Kementerian Pendidkan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 20132025. Mohd Zamri Husaini. (2017). Cikgu bukan ultraman. Kuala Lumpur: NAQ Publications Sdn. Bhd. OECD.
(2010). PISA at a glance. http://www.oecd.org/pisa/46660259.pdf
Dipetik
pada
5
Mac
2018
daripada
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia. (2013). Dipetik pada 9 Mac 2018 daripadahttp://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/34596/1/GENERAL %20PAPER_1.pdf R. Umavathi. (2017). Bahasa ‘rojak’ berleluasa dalam media sosial. Utusan Online. Dipetik pada 9 Mac 2018 daripada http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bahasa-rojakberleluasa-dalam-media-sosial-1.533466 Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi pendidikan-pendekatan kotemporari. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Zainuddin Abu Bakar. (2014). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Partridge Publishing Sdn. Bhd.
12