Laporan Inovasi Suka

  • Uploaded by: Amirul BM II
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Inovasi Suka as PDF for free.

More details

  • Words: 2,663
  • Pages: 16
LAPORAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 2018

SuKa

Pensyarah Pembimbing: Cik Haslinda binti Mohamad Saad Dr. Roslina binti Suratnu

Disediakan oleh: Mohamad Amirul Husni bin Mohd Nasir Nik Nur Kamilia binti Nik Mawardi Noramira Suhada binti Zainudin Nurul Husna binti Rosli

TAJUK: SuKa Mohamad Amirul Husni bin Mohd Nasir, Nik Nur Kamilia binti Nik Mawardi, Noramira Suhada binti Zainudin, Nurul Husna binti Rosli, Haslinda binti Mohamad Saad & Dr. Roslina binti Suratnu. IPGK Bahasa Melayu ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah kesukaran pelajar bukan bumiputera dalam menyebut dan mengeja suku kata dalam bahasa Melayu. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah pelajar bukan bumiputera berkaitan suku kata di samping mengukuhkan pelaksanaan aktiviti membaca dan menulis dalam kalangan pelajar peralihan sekolah rendah. Instrumen kajian yang digunakan adalah soalan diagnostik sebagai data sokongan. Pengumpulan data dibuat melalui penganalisisan dokumen yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh pelajar peralihan di sekolah sampel iaitu masalah pelajar Cina dan India di Sekolah Kebangsaan Seri Gombak 2 dalam pembelajaran suku kata bahasa Melayu. Segala faktor yang menjadi penghalang kepada permasalahan ini telah dikenal pasti iaitu disebabkan faktor murid, keluarga, sistem bunyi dan ejaan bahasa Melayu yang berbagai-bagai serta pengaruh bahasa ibunda dan lain-lain. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian keseluruhan pelajar dalam suku kata tidak memuaskan terutamatanya dalam perkataan tiga suku kata. Sebelum diperkenalkan inovasi HIRAGANA, kebanyakan murid membuat kesilapan dalam mencantum suku kata untuk membentuk perkataan. Namun, selepas inovasi ini diperkenalkan dapat dirumuskan bahawa kemahiran murid dalam suku kata dapat ditingkatkan. Penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam amalan pembelajaran dan pengajaran (PdP) bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah menggilap kreativiti dan inovasi seseorang.

1.0

TAJUK INOVASI

Inovasi yang kami telah ciptakan adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahap Satu iaitu masalah pengejaan dan pembunyian suku kata yang telah menjadi salah satu punca pertambahan murid-murid yang tidak menguasai bahasa Melayu. Dalam pada itu, kemahiran menguasai suku kata ini penting kepada murid-murid agar mereka mudah untuk membina perkataan. Oleh yang demikian, kami telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan satu inovasi yang membantu pelajar untuk mengenal suku kata dengan lebih mudah. Oleh itu, kami memilih nama inovasi “SuKa” yang merupakan akronim daripada nama suku kata.

2.0

OBJEKTIF INOVASI i)

Meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan suku kata.

ii)

Pelajar dapat membuat banding beza antara suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

iii)

Memastikan pelajar mampu mencantum, menyebut dan mengeja suku kata dan perkataan dengan betul.

iv)

Menarik minat pelajar untuk mempelajari ilmu suku kata.

v)

Membina perkataan mudah melalui suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

3.0

KEUNIKAN INOVASI Idea inovasi ini tercetus apabila kami melihat masalah suku kata dalam kalangan pelajar semakin lama semakin meningkat. Dalam pada itu, cetusan idea yang unik ini dilaksanakan bagi membantu para guru terutamanya guru bahasa Melayu untuk memudahkan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC). Oleh yang demikian, dalam inovasi kali ini kami menggunakan gambar dalam membentuk perkataan berdasarkan suku kata yang disediakan. Selain itu, dalam permainan SuKa ini kami mengaplikasikan teknik permainan

Mahjong dan Sahiba. Kedua-dua permainan ini digabungkan

menjadi satu fungsi utama. Melalui pengaplikasian permainan ini, muridmurid lebih seronok untuk bermain dan berasa mudah untuk membina perkataan. Dalam pada itu, permainan sebegini amat sesuai kepada muridmurid kerana melalui peralatan

seperti

blok

kayu

dan

kad

itu

akan

membuatkan mereka lebih seronok untuk menyusun dan mencari sesuatu yang tersembunyi berdasarkan panduan grafik bergambar itu. Selain daripada itu, penggunaan warna yang berbeza bagi suku kata terbuka dan suku kata tertutup juga mampu memudahkan murid-murid mengingati perbezaan antara suku kata terbuka dan tertutup. Akhir sekali, menyahut cabaran revolusi industri 4.0, kami telah mengaplikasikan penggunaan Qr Code. Qr Code ini diaplikasikan bagi memudahkan para guru mahupun ibu bapa mengimbas dan seterusnya mengakses masuk untuk mendapatkan maklumat berkaitan suku kata dengan mudah. Hal ini kerana, teknologi canggih seperti ini membantu seseorang itu mendapat maklumat dengan mudah. Justifikasinya, inovasi yang kami hasilkan ini mampu mendapat tempat di pasaran kelak dek kerana keberkesanannya terhadap murid-murid.

4.0

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DIJALANKAN Pada proses permulaan iaitu sebelum bahan inovasi diuji, kami telah membuat satu ujian pra diagnostik. Ujian ini dilaksanakan bagi mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap suku kata. Setelah ujian ini dilaksanakan, maka dapat dilihat bahawa para murid masih lemah dengan suku kata dan keliru untuk memadankan setiap suku kata itu. Gambar di bawah ini merupakan soalansoalan yang diuji sebelum bahan inovasi dimainkan.

Gambar 1 menunjukkan kertas calon yang mengambil ujian suku kata tempoh hari. 5.0

DATA DAN BUKTI

Peratus Pencapaian Pelajar Sebelum Menguji Bahan Inovasi (SuKa) 100% 80% 60% 40% 20% 0% A

B

C Bahagian Soalan

Carta palang di atas menunjukkan bahawa penguasaan murid-murid dalam memadankan suku kata amat lemah. Hal ini kerana hanya 40% murid sahaja menguasai suai padan suku kata ini. Dengan kata lain, kefahaman murid tahun 2 Tiara di SK Taman Seri Gombak 2 berkenaan dengan suku kata masih berada pada tahap yang rendah.

Peratus Pencapaian Pelajar Selepas Menguji Bahan Inovasi (SuKa) 100% 80% 60% 40% 20% 0% A

B

C

Bahagian Soalan

Carta palang kedua menunjukkan peratus pencapaian pelajar selepas menguji

bahan inovasi (SuKa). Jelas di sini menunjukkan bahawa peningkatan yang cukup ketara dalam kalangan pelajar berkenaan suku kata menyebabkan inovasi yang kami laksanakan telah mencapai objektifnya. Hal ini dapat dibuktikan apabila soalan bahagian B iaitu soalan suai padan suku kata telah mencapai 92% dan ini menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap suku kata semakin berkesan.

6.0

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Kemahiran mencantum, mengecam dan mengeja suku kata penting dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) subjek bahasa Melayu. Suku kata ini perlu dikuasai oleh murid-murid kerana suku kata merupakan perkara asas bagi membina perkataan dan ayat lengkap. Hal ini kerana, tanpa penguasaan yang kukuh tentang suku kata maka seseorang murid itu tidak dapat membina perkataan yang membawa maksud. Kemahiran-kemahiran yang dinyatakan ini memerlukan para murid untuk mengingat, menghafal dan mengenalpasti suku kata tersebut. Sekiranya murid gagal mengenal dan membezakan suku kata dengan baik, maka murid tersebut akan mengalami kesukaran untuk membentuk perkataan-perkataan. Oleh yang demikian, pendekatan inovasi yang dihasilkan ini bertujuan untuk membantu murid-murid mengenal suku kata terbuka dan tertutup serta mampu mencantumkan suku kata tersebut. Kami telah menghasilkan SuKa yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup dan gambar. SuKa ini diharap dapat membantu mengelakkan masalah seperti berikut: i)

Murid tidak dapat mengenal suku kata terbuka dan tertutup

ii)

Murid tidak mengetahui perbezaan suku kata terbuka dan tertutup

iii)

Murid tidak dapat membentuk cantuman suku kata yang mudah

iv)

Murid mudah lupa untuk mengecam suku kata terbuka dan tertutup

v)

Murid tidak dapat menyebut perkataan yang dieja

vi)

Murid tidak dapat menulis dan membaca suku kata itu.

SuKa juga diharap dapat membantu para guru di sekolah untuk menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) subjek bahasa Melayu terutamanya pelajar peralihan. Hal ini kerana, melalui permainan ini ia memudahkan para guru untuk mengajar dan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar.

7.0

INOVASI YANG DILAKSANAKAN Terdapat beberapa hubungkait yang berkaitan dengan inovasi kami. Antaranya ialah:

a) Hubungkait dengan NKRA dan KPI Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi penekanan kepada enam bidang utama dan salah satu daripadanya ialah meluaskan akses kepada

pendidikan berkualiti dan berkemampuan di mana kerajaan telah

memberi tumpuan kepada empat sub NKRA iaitu prasekolah, Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan tawaran baru kepada pemimpin sekolah. Berikutan hal itu, kami telah memberikan penekanan kepada penguasaan bahasa dalam penghasilan projek kami. Inovasi yang kami laksanakan ini mampu membantu murid-murid linus yang sukar untuk mengenal suku kata mampu mengenal suku kata dengan mudah. Maka, jelaslah di sini bahawa inovasi kami ini mempunyai hubungan dengan NKRA.

Di samping itu juga, inovasi kami juga mampu memberi keseronakan kepada para murid berikutan pelbagai warna yang digunakan untuk membezakan setiap suku kata itu. Selain itu, inovasi yang kami lakukan ini mudah untuk dimainkan dan dibawa ke mana-mana sekaligus mampu memberi

pendidikan

berkualiti

kepada

kanak-kanak

yang

lemah.

Justifikasinya, pendidikan berkualiti mampu lahir melalui inovasi yang bestari. b) Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi, keluaran, atau perkhidmatan baru

Suku kata merupakan satu satuan bunyi yang menjadi unsur dalam sesuatu kata (Kamus Dewan, 2007). Dalam pada itu, suku kata ini dapat dikenal pasti dengan adanya satu huruf vokal dan satu huruf konsonan bagi membentuk suku kata tertutup atau suku kata terbuka. Pada hari ini, bahasa Melayu semakin dipandang enteng dek kerana adanya bahasa yang meningkat naik iaitu bahasa Inggeris dan sering kali digunakan oleh masyarakat pada hari ini. Penggunaan suku kata dalam kalangan pelajar berada pada tahap yang tidak memuaskan kerana mereka tidak mahir menyusun dan membentuk perkataan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, isu ini perlu dipandang serius bagi membentuk generasi yang bukan sahaja pandai tetapi mahir menggunakannya dalam kehidupan seharian. Suku kata merupakan perkara utama yang perlu dikuasai sebelum membina perkataan. Hal ini dikatakan demikian kerana, tanpa mengenal suku kata seseorang itu sukar untuk membina perkataan berdasarkan gambar dan sebagainya. Sekiranya seseorang itu sukar untuk mengetahui dan memahami suku kata, maka cantuman suku kata yang dilakukan nanti akan salah dan tidak memberi maksud apa-apa. Oleh yang demikian, kajian telah membuktikan bahawa masyarakat di Malaysia terutama golongan sasaran kami iaitu pelajar peralihan (bukan bumiputera) dan pelajar tahap 1 masih tidak mampu untuk mencantum suku kata dengan

baik

bagi

membentuk satu perkataan mudah. Lantaran daripada masalah itu, kami bersepakat membuat satu inovasi berkaitan suku kata. Apa yang kami inovasikan ialah kami menggunakan blok-blok kayu yang terpakai dan gambar bagi memudahkan murid-murid untuk membentuk perkataan daripada suku kata itu. Murid-murid dapat mengecam suku kata tersebut sama ada suku kata terbuka atau suku kata tertutup dengan melihat warna pada suku kata itu. Penggunaan warna ini penting bagi merangsang minda kanak-kanak (Nurizzati Ismail, 2014). Hal ini kerana kanak-kanak lebih gemar melihat warna-warni ini. Oleh itu, pemilihan warna yang sesuai telah dipilih oleh kami iaitu kami menggunakan

warna hijau untuk suku kata tertutup dan warna putih untuk suku kata terbuka. Selain itu, berdasarkan anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) yang menginginkan teknologi dimanfaatkan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, maka kami telah menggunakan QR Code sebagai medan untuk berkongsi nota dan isi-isi penting berkaitan suku kata. Dengan adanya medan alam maya sebegini, ia mampu meningkatkan lagi kemahiran pro aktif ibu bapa dan guru dalam memberi kefahaman yang mendalam kepada para pelajarnya. Menurut Ismail Zin (2006), menerangkan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran. Seperti mana yang sedia maklum, proses pembelajaran yang melibatkan keseronokan dan pelbagai teknik ini akan mendapat sambutan yang menggalakan daripada para pelajar. Akhir sekali, inovasi ini juga mampu dikomersialkan kepada orang ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana, inovasi kami hanyalah melibatkan penggunaan bahan terbuang, mesra alam dan mesra pengguna. Bahanbahan yang digunakan juga menjimatkan kos dan tidak berbahaya kepada murid-murid sekolah rendah. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sebelum dikomersialkan agar permainan SuKa ini menjadi lebih menarik dan menyeronokkan serta tahan lama. c) Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi SuKa merupakan salah satu inovasi yang melibatkan kajian dalam bidang pendidikan yang meliputi subjek bahasa Melayu. Kajian berkaitan suku kata ini dipilih adalah kerana tahap pencapaian pelajar sekolah rendah terutamanya tahap satu dan pelajar peralihan belum mencapai tahap minimum yang dikehendaki. Oleh yang demikian, gerak kerja kami ialah dengan melaksanakan satu inovasi yang mampu memberi kefahaman yang mudah berkaitan suku kata kepada murid-murid. Maka, tercetuslah inovasi

SuKa yang mampu diguna pakai oleh guru dan ibu bapa dalam memberi kefahaman yang lebih berkaitan suku kata kepada anak-anak mereka. d) Butir-butir(tarikh inovasi dimulakan, bilangan anggota dan bilangan kos) Jadual di bawah ini menunjukkan butiran lengkap berkenaan tempoh pelaksanaan inovasi, bilangan anggota dan bilangan kos yang terlibat. Tarikh inovasi dimulakan

11 Julai 2018

Bilangan anggota

Empat orang

Bilangan kos

RM 38.40

e) Keadaan masalah selepas pelaksanaan inovasi Sebelum dan selepas inovasi merupakan dua perkara berbeza. Jika sebelum inovasi, kefahaman pelajar berkaitan suku kata rendah, maka selepas inovasi dijalankan kefahaman mereka terhadap suku kata semakin meningkat. Hal ini dapat dilihat apabila mereka teruja melihat inovasi yang kami laksanakan dan tidak sabar untuk bermain disebabkan oleh blok kayu itu seperti coklat dan gambar – gambar yang diberkan seperti grafik yang bergerak. Namun demikian, dalam pada ada keterujaan, masih ada masalah. Kami menghadapi kekangan masa untuk melaksanakan aktiviti ini sebanyak yang mungkin disebabkan oleh kekurangan alat permainan SuKa ini. Walau bagaimanapun, perkara sebegini dapat diatasi dengan menambahbaik lagi permainan itu supaya dapat dimainkan oleh semua murid pada masa akan datang.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kedudukan selepas inovasi.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5: Markah selepas permainan inovasi Berdasarkan hasil pemerhatian selepas inovasi, dapat dirumuskan bahawa inovasi yang dijalankan oleh kami membawa hasil dan mencapai objektif kerana murid-murid berasa teruja dan faham dengan lebih jelas berkaitan suku kata.

8.0

Faedah-faedah daripada inovasi yang diperkenalkan

a)

Peningkatan hasil kerja (prestasi) -

Membantu murid memahami suku kata terbuka dan tertutup

-

Murid dapat mengetahui beza suku kata terbuka dan tertutup melalui perbezaan warna

-

Murid dapat membina perkataan berdasarkan suku kata yang ada

-

Murid dapat menyebut dan mengeja suku kata tersebut

-

Mewujudkan semangat kerja berkumpulan dalam mencari suku kata

-

Murid dapat mengetahui huruf-huruf vokal dan konsonan bagi membezakan suku kata tersebut

b)

Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan Kepuasan hati pelanggan di sini merujuk kepada sasaran inovasi kami. Inovasi kami menyasarkan kepada murid-murid sekolah. Berdasarkan inovasi yang dibuat, kami telah melakukan uji lari inovasi selama satu hari di SK Taman Seri Gombak 2. Berdasarkan uji lari tersebut kami mendapati bahawa guru bahasa Melayu dan murid-murid 2 Tiara seronok

dan mudah memahami apa yang kami cuba sampai. Maka, jelas di sini menunjukkan bahawa permainan sebegini mampu mengasah minda dan memberi kefahaman yang lebih jelas tentang suku kata kepada muridmurid berbanding menggunakan konsep “chalk and talk” yang hanya memberi penerangan sahaja. Pengurangan kos operasi

c)

Dalam melaksanakan projek inovasi ini, kami telah menggunakan beberapa jenis alat terbuang seperti kotak, blok kayu dan sebagainya. Penggunaan bahan terbuang ini adalah bertujuan untuk meminimumkan kos operasi yang dikeluarkan. Hal ini kerana, inovasi ini memerlukan kreativiti berdasarkan alat yang sedia ada bukan alat baharu. Selain itu, kami juga menggunakan kertas dinding dan kertas warna bagi membalut blok kayu supaya blok itu menjadi lebih menarik dan cantik. Selain itu, peruntukan bajet untuk inovasi kami ialah sebanyak RM60. Namun demikian, dengan adanya alat-alat terbuang ini kami hanya memperuntukkan sebanyak RM38.40 untuk membeli kesemua barang. Hal ini membuktikan bahawa barang-barang kitar semula membantu kami untuk mengurangkan kos operasi. Berikut merupakan perbelanjaan inovasi kami: Bil.

Butiran

Harga (RM)

Unit

Jumlah (RM)

1.

Kertas A4

RM 13.00

1 rim

RM 10.00

2.

Kertas A1 Printing

RM 15.00

1 keping

RM 15.00

3.

Laminate

RM 0.50

10 Keping

RM 5.00

4.

Kertas warna

RM 3.40

1 paket

RM 3.40

5.

Gergaji

RM 3.00

1 bilah

RM 3.00

6.

Hiasan

RM 2.00

-

RM 2.00

Jumlah

RM 38.40

9.0

KESIMPULAN Rumusannya, mengenali suku kata merupakan perkara asas paling penting bagi membantu murid-murid untuk membina perkataan yang mudah (Nik Eliani Nik Nawi, & Othman Ahamad, 2013). Tanpa mengenali suku kata muridmurid tersebut akan mengalami pelbagai masalah bukan sahaja dalam membentuk suku kata tetapi juga dalam membina ayat. Oleh yang demikian, dengan adanya inovasi SuKa ini ia dapat membantu para guru untuk mengadakan pembelajaran yang lebih seronok dengan mengaplikasikan permainan ini sewaktu pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC).

Dalam

pada itu, melalui inovasi ini juga mampu meningkatkan lagi minat para pelajar untuk terus belajar dek kerana pendekatan warna memainkan peranan dalam menarik minat mereka. Tegasnya, penggunaan perkataan yang betul bermula daripada cantuman suku kata.

RUJUKAN Ismail Zin (2006). Aplikasi multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Jantan, Ramlah dan Resad, Nor Afni dan Mohd. Fauzi, Siti Fathimah Az-Zahra. (2016). Aktiviti Didik Hibur Dalam Kalangan Guru Prasekolah Di Daerah Gombak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 19-29.

Kamus Dewan. (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Malaysia, Kementerian Pendidikan. (2018). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia

2013- 2025.

Diakses

pada

25

Julai

2018

daripada:

https://goo.gl/3bhXGz

Nik Eliani Nik Nawi, & Othman Ahamad. (2013). Bacalah Anakku: 8 (1st ed.). Kuala Lumpur: Read Network Venture sdn. Bhd.

Nurizzati Ismail. (2014). Peranan warna mengikut sulalat as-salatin. Diakses pada 25 Julai 2018 daripada: http://eprints.usm.my/37203/1/nurizzati binti ismail.pdf

Related Documents


More Documents from "Ali Mohd"

Laporan Inovasi Suka
August 2019 19
Tugasan 1 Fpm
August 2019 8
Luluh
August 2019 7
Sensor Bmp180 De Precion
August 2019 71
Machines.docx
June 2020 16
The Prisoner Of Zenda
November 2019 23