Chaos Luv (a.k.a) Aku Cinta Padamu!

  • Uploaded by: firdaus hafiy
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Chaos Luv (a.k.a) Aku Cinta Padamu! as PDF for free.

More details

  • Words: 2,640
  • Pages: 11
D

ewan besar Sekolah Menengah Kebangsaan Gemas riuh sekali. Almaklum sajalah penggal persekolahan baru bermula.Pasti dah lama tak jumpa.So, bila jumpa balik mestilah pot pet..pot pet…kan?aku juga tak terkecuali.Heh! dah 4 tahun aku menjadi penghuninya.Naik form four pun still disini.Tak pindah-pindah. Wah! Dah macam penunggu pulak rasanya.hahaa.. Hari ini adalah hari Orientasi Pelajar tingkatan 4. Tujuannya untuk beri penerangan serba sedikit tentang aliran dan mata pelajar yang ditawarkan.Ialah… masa form 1 hingga form 3 dulu tak ada pilihan. Naik form 4 ni dah boleh choise. Aku ambil Perakaunan.Huh! Dari aku ambil Sains adalah lebih baik aku ambil akaun.Sastera? Hmm.. time tu cam susah sikitla.Aku tak terror pasal sastera ni.Then 1 lagi kelas adalah vokasional.Belajar elektrik atau pertanian.Lagi aku tak minat! “Nur, aku dengar Cikgu Yusof cakap ramai student baru.Kau ada nampak?”tiba-tiba saja teman baikku Nani bersuara. (selalunya dia ni pendiam sikit.Sikitlah…) “Ni..depan kita nikan budak baru,” Yayah berdecit. “Perempuan buat apa! Orang cari lelakilah.” “Mai aii..gatalnya! Habis Zaki tu kau nak letak mana?” “Alaa.. bukannya nak serius pun.Jadi stok geli-geli je,”aku gelak mendengar katakata Yayah. Stok geli- geli maksudnya spear part la…

Yayah, Nani dan Jeda dari tadi tak henti-henti dengan cerita.Habis cerita ni sambung cerita yang ni pula.Aku sengaja melempar pandangan kearah luar. Tiba-tiba mataku menangkap susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri menyandar tubuh di pintu luar dewan. Siapa dia? Kan dah habis waktu rehat.Tadi dia tak dengar ke Cikgu Zul cakap siapa lambat masuk kena rotan.Wah! Berani betul dia buat perangai hari pertama. “Ok pelajar….! Sila beri perhatian.” Cikgu Yusof sudah mahu memulakan ceramahnya.Budak tadi? Haii..kenapa tak masuk-masuk juga? Apa yang ditunggu? Hampir 15 minit kemudian barulah dia berjalan masuk. Bersama-sama dengannya ada 3 orang kawannya. Huh! Tunggu kawan rupanya.Semua budak baru.Hmm..patutlah. Budak lelaki itu melintasi tempat dudukku. Aduh! Aku rasakan saatitu jantung seperti dipanahi api cinta. Cara jalannya.Senyumannya.Penampilannya…Ah! “Nur….tengok tu, tengok tu!”tiba-tiba sepupuku menepuk-nepuk pehaku berkalikali. Aku angkat kening. “Tu…tengoklah! Handsome kan?” “Hmm..memang handsome.”apasal minah ni.Potong betul! Mataku masih memerhati dia.Cara duduknya.Ah! Gelaknya.Semua ku perhati.Benar…inilah kali pertama aku jatuh hati.Aku tidak mengenalinya namun jauh disuatu sudut hati, aku yakin…dia milikku! ** “Budak tu 1 kelas dengan kau ya?”sepupuku yang ku panggil Amoi bertanya. “Hmm..”tu je yang mampu aku jawab. “Siapa namanya?” “Izzam.”acuh tak acuh je jawabnya.Tak ada mood. “Kau senyum-senyum ni kenapa?”tegurku. “Tak adalah! Aku suka dialah.”bisik sepupuku.Ah! gatal sungguh! ** “Kak, jam pukul berapa?” tanya seseorang. “Kakak, oo..kakak..jam pukul berapa?”dia bertanya lagi.Cis! Aku taulah aku debab.Tapi suka-suka hati dia aje nak panggil aku kakak! “Bila aku jadi kakak kau?”marahku tanpa berpaling memandang tuan punya muka.

Ah! Aku memang selalu hilang mood. Apa tidaknya..bayangkanlah aku pegang jawatan setiausaha PBSM, Bendahari Persatuan Sejarah, Ketua Biro Kebajikan Sekolah (under Pengawas) dan 1 jawatan naib pengerusi rumah sukan. Peh! Kalah PM! Bussy memanjang..! Dalam beberapa minit kemudian… “Nur Hana, jam pukul berapa?”aku berpusing bila suara tadi kedengaran lagi.Kali ni bukan lagi panggilan kakak tapi namaku disebut dengan begitu jelas. “Err..9.45 pagi.” Alamak! dialah…. “Kau ni garanglah.”katanya. Aku senyum.Hahaaa… malu! “ Kerja banyak sangat.Bad mood sikit.Sorry…”Dia tersenyum. Arghh!! Comelnya! Aku mengerling ke arah jam tanganku. Waktu rehat. Kerjaku masih banyak.Aku pandang kiri.Tempat Nani kosong. Ah! Nani ni.. merayap aje kerjanya! Aku pandang kanan.Wan pung hilang? Hmm..mamat sorang ni cari mangsalah tu.Playboy SMKG! “Haii..tak keluar rehat?”sapa seseorang.Aku menoleh.Aik! tak ada orang pun.. “Ya ALLAH!”aku mengurut dada.Terkejut aku! Bila masa pula dia duduk depan aku?Tadi suaranya dari arah belakang? “Sorry..terkejut ke? Hmm..tak keluar makan ke?”dia bertanya. “Tak.Kerja banyak,”dia mengangguk-ngangguk.Aku terus menyelesaikan tugasku.Dan dia masih didepanku memerhati apa yang aku lakukan.Ah! Makin lama kau disisiku makin deras jantungku berdetak! *** Teman-teman sering berkata, mana ada aku disitu ada dia dan begitulah sebaliknya. Ada yang menggelarkan kami kembar.Ada juga yang bertanya apa hubungan kami.Ah! semuanya ku jawab dengan senyuman.Biarlah hanya hatiku yang bisa menafsirkan apa maksud senyuman itu. Lagi 1, kau suka merenung.Kenapa? Bila kau tenung mataku ,aku sure mengelabah. Cari buku teks dan tutup muka @ sengaja angkat tinggi-tinggi biar tak nampak muka kau. Lepastu kau rampas buku teks dan marah bila aku tutup muka.hahaa.. aku malulah! Kau selalu marah. “Bila aku bercakap,pandang muka aku!” Aku sengaja buat tak dengar @ pandang tempat lain. Kau marah tolak kerusi jauhjauh than merajuk taknak cakap dengan aku. Tapi tak sampai setengah jam sure kau datang balik.

Bila kau duduk disisi sengaja aku menyibukkan diri. Dan kau akan cakap.. “Tak payahlah pura-pura baca buku.”ah! sebal muka aku! Macam tau-tau je.. Suatu hari… “Nur, ko bagitahu Moi Zam kirim salah tau,”kata Wan. Aku pandang wajah Zam.Dia tersenyum lebar. “Bagitahu tau!” kata Wan lagi. “Bagitahulah sendiri!” “Alaa..tolonglah.diakan sepupu kau.Takkan aku nak pergi kelas sains tu sematamata nak cakap benda ni,”bebel Wan. Aku mendengus. Ah! Hatiku tiba-tiba sakit! “Mana Zam kenal Moi?”tanyaku. “Dia jumpa Moi kat labrary.Tah! Tiba-tiba dia kata minat kat Moi.”kata Wan.Aku hanya mengangguk. Hmm..aku hanya berharap ini tidak akan ada bibit-bibit cinta diantara mereka. Bila kirim salam aku boleh relax lagi tapi bila time kelas agama.Kelas Akaun kena gabung dengan budak kelas Sains.Time tu…Allahuakbar! Naik terbakar kepala aku bila tengok sepupu aku terlentok-lentok malu bila kawan-kawan si Zam usha-usha kan mereka.Aduh!hatiku sakit..kalaulah ada bom tangan memang aku dah lempar kat geng-geng Alang dan Milo tu. Geram betul akulah! *** Aku mulai bosan! Wahhhh!! Budak tu kirim salam baru 3 kali tapi menggediknya macam dah bertahun-tahun budak tu minat dia! Tiap-tiap hari datang rumah aku tanya pasal Zam.Bosannn….! “Kau tanya dekat dia, betul ke dia suka dekat aku.Kalau dia suka kau bagi nombor phone aku dekat dia tau!”suruh Moi. Hmm.. bala-bala! “Tak nak lah! Kau tanyalah sendiri kenapa aku pulak yang kau suruh.” “”Yelah! kaukan 1 kelas dengan dia.Lagipun dia rapat dengan kau.”aku terdiam.Berkali-kali aku didesak hingga aku hilang mood. “Yelah-yelah!”dan akhirnya….terpaksa menyerah.Sakit badan aku dicubit-cubit selagi tak mahu ikut apa yang disuruhnya.Sepupu aku ni memang …hisshh!! Geram betullah! “Cuba kau pikir Nan,kalau aku tanya…apa reaksi Zam?Aku takut dia marah. Dan yang paling aku takut kalau dia salah sangka.Dia ingat aku jealous dia dengan

Moi.Aduh! Parah aku Nan.”sambil mendaki bukit SMKG aku meluahkan isi hatiku pada Nani “Kalau macam tu lebih baik kau jangan cakap.”Nani memberi pandangan. “Tapi selagi aku tak tanya Zam selagi tu minah tu menyusahkan aku.Kau tau tiaptiap hari dia datang tanya pasal Zam,” Nani mengeluh. Bukan dia tak tahu sikap Amoi. Suka mendesak.Bukan dia kira baik buruknya impact pada orang lain yang dia tahu apa yang dia nak mesti dapat! “Kau cubalah cakap baik-baik dengan Zam.”Aku hanya mengangguk.Hmmm… mengeluh lagi. ** “Hmm..apasal kau panggil aku?” Zam berdiri dihadapanku.Alamak! Aku dikepong. Mana nak keluar? Belakang dinding,kiri pun dinding, kanan pula meja. “Aku nak tanya, sebenarnya apa perasaan kau pada Moi?”aduh! Muka Zam berubah. Aku tahu dia tak suka ditanya soalan bodoh begini.Tapi…aku terpaksa. “Apa pasal kau tanya?” Aku telan air liur.Nampaknya aku terperangkap.Macam aku yang cemburukan mereka. “Saja tanya..” “Jawablah,apa perasaan kau pada Moi?”soalku lagi.Zam meghela nafas.Ada riak tidak enak dari desah nafasnya. “Kenapa kau nak tahu?” “Alaa..jawab ajelah.apa masalahnya..” “Masalahnya sekarang aku tak fikir pasal dia.Aku asyik fikir pasal kau! Pasal kau.. faham!”hujung jari telunjuknya dituding ke mukaku. wajahnya tanpa senyumam kupandang. Tergamam! “Huyoo..”tiba-tiba Nani datang sambil tepuk tangan.Aku masih memandang ke muka Zam.Ah! entah kenapa bibir ini tersenyum.Dan senyuman berbalas. *** Buku note kecilku selalu hilang.Pen, pensil box , beg kadang-kadang botol air aku pun kau kebas! Ape kes tah budak ni. Tapi aku tak pernah marah.Kerana apa? Kerana aku sayang pada kau. Kau selalu marah bila aku duduk dengan Pali.Kau buli Pali walaupun dia ketua pengawas sekolah time tu. Kau marah dia bila dia ajak aku keluar buat kerja –kerja yg berkaitan pengawas ni.Sampai Pali takut.Bila dia nak

ajak aku keluar sure dia tanya kau boleh ke tidak. Dan selalunya riak muka kau mesti berubah. Kau kata.. “Pergilah.Tapi jangan lama-lama dia tu isteri aku.Faham!” Hmm.. aku bahagia masa tu. Pagi-pagi bila aku melintas jalan, kau turun bus dan kau akan jerit “Hai..Sayang!” Bila balik sekolah, aku melintas jalan dan kau dah atas bus kau jerit “Bye Sayang!” Bahagianya… *** Ingat tak masa kelas Perdagangan. Kau tak pernah jauh dariku.Kau tarik kerusi dan duduk disebelahku. Tak borak pun tak apa.Asal duduk dekat.Actually, bukan Perdagangan je.Semua subject kalau boleh. Sampai cikgu halau baru kau duduk balik tempat kau.Ingat tak? Jik! Kenangan paling indah pada aku adalah time kita nak cuti raya masa form 4. Kau hulur tangan nak salam aku jawab. “Tak bolehlah.Haram!” “Alaa..aku nak salam dengan kau.” Pastu kau hilang. Dalam 10minit kau datang sambil menghulurkan tangan padaku. Aku gelak! Kenapa? Sebab kau sanggup pinjam sarung tangan budak kedet polis semata-mata nak salam dengan aku. Kau hulur lagi tangan, aku sambut. Kau menggenggam kukuh tanganku.Lama tangan kita bertaut.Aku rasa bahagia dan selamat.Hmm..bukan sekali kita salam.2 kali.sebelum balik kau hulur lagi tangan.Hmm.. entah apa-apa entah!tapi aku bahagia sangat-sangat.. ** Form 5… Kau masih lelaki yang aku cintai walaupun ada lelaki yang hadir menghulur kasihnya padaku.Namun… ah! Mengapa bukan kau Jik? Aku dengar kau ada girlfriend.Tapi aku tak pernah tanya.Biarlah.. aku tidak mahu melukakan hatiku sendiri.Dan aku saat itu juga ketika itu punya teman lelaki. Muhamad Afiq.Ah!! nama lelaki itu bisa membuatkan hatiku terasa pilu. Maafkan aku Fiq, aku tidak pernah menyangkal bahawa kaulah lelaki yang terbaik.Aku hargai nilai cintamu.Aku melihat betapa besarnya pengorbananmu. Namun maafkan aku, cintaku bukan milikmu.. aku dan dia berpisah ketika baru 3 bulan berteman. Fiq, andai sahaja saat ini aku bertemu denganmu hanya 1 yang ingin ku katakan… aku mohon maaf. Aku tahu, sudah terlalu banyak perkara yang membuatkan hatimu

terluka hingga kau menghilangkan diri hingga kini.Maafkan aku Fiq, hatiku telah dipunyai walaupun dia tidak mengetahuinya. Rutin seperti form 4 masih berlaku. Nama Nur Hana tidak lagi kedengaran.Hanya “Sayang, darling..” huh! Gila! Aku suka pergi sekolah sebab nak jumpa kau aje tau tak! Wan pernah tanya pasal kita.Kawanmu Syah juga selalu bercerita katanya kau selalu cerita pasal aku bila kau orang duduk lepak.Cerita pasal apelah tu! Adam dan Khai pun pernah cerita benda yang sama.Tapi mengapa kau enggan ucapkan cinta?Ah! mungkin hanya aku yang terlalu perasan.. huh! Entahlah… Kau pernah kata.. “Kau pakai ilmu apa hah?Apa pasal aku asyik fikir pasal kau?” aku just senyum… ilmu cinta! Pernah dengar? *** Form 6 Pindah ke STAR @ sek.tunku abd.rahman.Tak sangka jumpa kau balik! Memang seperti dah dijodohkan.Kau sekali lagi 1 kelas dengan ku. First time masuk, kau tanya Ima.. “Nur mana?” “Tuu.. depan tu tak nampak?” kata Ima. Aku menoleh. Kau senyum meleret.Seperti 2 tahun lalu, sekali lagi kau heret kerusi duduk dihadapanku.Ah! jik… Sekali lagi.. aku melukakan hati lelaki demimu.Maafkan aku Zulkifly.Maafkan aku Harith.. Aku tidak bisa menerima cinta kalian. Form 6 … hmm..nothing special.Kau dah tak banyak berbual dengan aku.Dah semakin jauh.Aku sedih.. kau pun selalu ponteng sekolah.Kalau rindu, hanya mejamu menjadi pengubat. Kita dah tak mesra macam dulu.Hanya sesekali kau singgah dimejaku.Tapi 1 hari kau datang minta pen. Aku marah. “Ni last! Hilang lagi lepas ni jangan mintak dekat aku!”warningku. Esoknya.. Eri datang ditempat dudukku. “Nur, kau nak dengar cerita tak?” “Apa?” “Semalam, masa aku dengan Zam naik motor pen kau jatuh atas jalanraya.Lepastu Zam suruh aku berhenti motor, dia nak ambil pen.Tapi nasib baik aku tarik dia ke tepi jalan sebab belakang dia lori. Kalaulah kena langgar…”cerita Eri. “Hoi! Kau ni...buat apa cerita benda tu.”tegur kau pada Eri.Wajahmu serius. Aku menghela nafas. Ya ALLAH…nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.

*** Kau belajar di U Kedah / aku di U area Selangor.. April fool2008… Kau msg aku kata kau sekarang dihospital. Jatuh tangga hostel.Doktor kata kau kena sakit paru-paru.Aku mati-mati percaya. Kau cakap, hanya aku sorang yang tahu.Aku memang dah nak menangis dah time tu.Nak lagi bila kau minta maaf. Kata kau.. “Aku minta maaf.Aku takut kalau-kalau ada apa-apa yang berlaku dengan aku malam ni dan aku serba salah kalau minta maaf dari kau,” Time 2 memang otak aku dah 90% senget! Nak melalak dah.ye lah… ko cakap doktor kata kau dah tak ada harapan untuk sembuh.Mau tak aku melalak! Dan macam orang gila meroyan pun ada gak! Puas jugaklah budak housemate aku pujuk. Than kau tanya, “Kau sayang aku tak?” Aku jawablah sayang. Kau tanya. “Sayang macam-mana?” “Sayang sangat-sangat.Sebab kau kawan baik aku..”ah! takkan aku nak cakap aku suka dia! Kau kata.. “Cakaplah betul-betul kau sayang aku macam-mana?” “Betullah ni..sayang sebagai kawan.Tak lebih dari itu..”maafkan aku kerana menipumu Jik! Then kau diam. Kau kata “tak apalah macam tu…aku pun sayang kau.”hatiku sayu. Kau sekali lagi minta maaf. Aku cakap.. “Kau tak pernah ada dosa pada aku Jik.Tak pernah..” Pastu kau cakap.. “Yelah aku nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki ni bukan apa sebab kau dah kena APRILFOOL..!!!” Ahhh! Kurang asam betul kau Jik!! Patutlah dulu masa sekolah cikgu panggil kau jembalang tanah.Jahat tahap melampau!Durjana sungguh! Tapi jik… apa maksud kau tanya aku macam tu?adalah kau dapat menghidu cintaku?ah! tak mungkin, tak mungkin! Kau call aku tak angkat.Hatiku sakit! Kau buat lawak tapi jantungku hampir berhenti berdenyut dengan gurauan kau! 3 hari berikutnya…

Aku dapat sms.Dari seorang budak yg mengenalkan dirinya sebagai Steven. Dia kata… “You kenal siapa punya handset ni?” Aku ingatkan kau.Yelah..Aprilfool dah terkena ni takut terkena lagi. Then aku marahlah.. Pastu dia cakap.. “I jumpa handset ni.Dia tertinggal di café.I buka meseg, banyak meseg dari you.Itulah sebabnya I call you.” Hmmm.. Then budak ni tanya. “You ni girlfriend dia ke?” Haa… perangkap maut! Aku jawab “Taklah… just friend.” Pastu dia terus jawab “oklah..biar I cari sendiri tuan punya handset ni,” pelik tak? Kalau dia kenal kenapa dia nak meseg aku?then tak tanya pula siapa nama pemilik handset tu,tinggal dimana ke apa-apa ke… pelikkan? Haaa..siapakan lelaki itu sebenarnya? *** 2009 (july) Aku still study.. Kau dah kerja. Sekarang dengar cerita jadi cikgu tuisyen. Jik… apa sahaja yang kau lakukan asal kau fikir yang terbaik aku akan sokong.Aku sentiasa dibelakangmu Jik. 7 tahun aku pendam isi hatiku.. kau fikir mudah? Andai sahaja kau tahu, apa reaksi kau Jik? Kau tahu.. hatiku sakit bila melihat kau dan dia.Ah! gambar di dalam laptopmu membuatkan aku kecil hati. Tapi Alhamdulillah aku masih punya iman. Masih punya pegangan hidup dan falsafah cinta. Aku juga sedar.. siapalah aku jika mahu bergandingan dengan kau.Rupa tiada, pelajaran juga sederhati.Namun aku ada hati yang tidak pernah lelah dari mengingatimu.. jik.. aku sangat mengagumi cintamu pada bondamu. Cinta tulus dan murni…dan kerana keindahan yang kulihat itulah membuatkan cintaku padamu semakin besar dan utuh! Kau kata ; “Aku doa, biarlah ALLAH ambil nyawa aku dulu sebelum mak.Sebab aku takkan mampu menghantar pemergian ibuku.Aku tak kuat.” Hatiku jadi sayu… hmm..anak yang baik! Jik… Aku gadis… Walaupun bertahun-tahun cinta ini kusimpan namun untukku meluahkannya tidak sesekali..

Kerana apa?kerana aku perawan… ada malu dan ada segan dihatiku. Andai benar kau dan aku telah ditentukan ALLAH untuk hidup bersama akulah orang yang paling bahagia.Namun jika tidak… segala ketentuannya ku terima dengan hati yang ikhlas. Andai sekarang kau punya kekasih hati, jagailah hatinya. Aku kini semakin mengerti mentafsir erti cinta. Sesuatu yang tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela… ** Ingat lagu spider? Lagu favourite kita masa form 4 dulu… kau selalu nyanyi lagu tu, datang je tempat aku sure lagu ni yang kau nyanyikan. Ayat lagu ni macam punya sesuatu yang tersirat. Kau selalu mintak lirik lagu ni.Dan hampir muak aku menulisnya.Tah mana hilangnya kertas2 yang dah aku tulis lirik tu pun tak tahulah… Kekal… by_spider Tidak percaya Tak pernah aku menduga Kasih terpisah dalam sekelip mata Sukar untuk dimengerti Berat untuk difahami Mengapa mawarku berduri Kau pelangi mengiringi gerimisku… Kau.. Kau didalam hatiku Engkau dalam ingatan Kau sebagai kasihku Kekal sepanjang zaman Kira kau dan aku suatu hari nanti Akan bersatu.. Biar terbakar jiwa diperjalanan Aku bersumpah pulang ke pangkuan Kau cahaya menginari Duniaku… Wahai kekasih… Bisikkanlah pada bayu malam ini yang kau juga sayang padaku… Bisiklah pada embun pagi nanti yang kau juga cinta padaku… Bisikanlah ditelingaku azimat yang sudah lama aku ingin dengar darimu.. Aku sungguh tidak mengerti hatimu wahai lelaki. Andai benar ada cinta dihatimu mengapa tidak kau katakan padaku? Hanya ALLAH yang mengerti apa yang ada didasar hatimu Sesungguhnya Jik, Aku sayang padamu!

Aku yg cinta padamu..

(pepatung laut a.k.a chaos luv)

Related Documents


More Documents from "Adib Ahyar"

Tatkala Aku Rindu..
June 2020 18
1.4.3 = I Love You
May 2020 27
Penghujung Rindu
June 2020 20
Surat Cinta
May 2020 19
Semua Kerana Cinta
July 2020 30
Lagi2 Chaos Luv
June 2020 10