Cadangan Untuk Meningkatkan Kualiti Sekolah Agama Rakyat Tarikh 11 September memberikan impak yang amat mendalam kepada dunia serwajagat, khususnya kepada dunia Islam. Perkara ini menjejaskan imej Islam serta kehidupan bertambah rumit bagi minoriti Muslim yang duduk di barat. Namun kesan yang sangat sinifikan ialah peristiwa 11 September telah scrunity sistem pendidikan dalam Islam tidak kira madrasah mahupun sistem pembelajaran tradisional1. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menghadapi permasalahan yang berkaitan dengan pendidikan sekolah-sekolah agama.
Ini berikutan tindakan Amerika Syarikat yang ingin
memansuhkan perkataan “jihad” dalam kurikulum pengajian Islam.
Ini adalah untuk
memastikan bahawa sistem pengajian di sekolah agama tidak melahirkan pengganas yang akan mendatangkan ancaman kepada barat. Akhirnya, pada Oktober 2002 kerajaan Malaysia telah membuat keputusan dengan “terminate temporarily” bantuan kewangan kepada seluruh Sekolah Agama Rakyat. Perkara ini telah mendatangkan kerumitan kerana sebahagian besar dana bagi sekolah-sekolah agama tersebut adalah datangnya dari kerajaan pusat dan melebihi dari yang diberikan oleh kerajaan negeri.
Antara sebab sekatan ini dilakukan adalah kerana pendidikan di sekolah terbabit
menyemai unsur kebencian kepada kerajaan serta tidak menyediakan pendidikan yang berkualiti2. Cadangan-cadangan penambahbaikan SAR: Antara cabaran yang dihadapi oleh SAR ialah guru tidak mempunyai kelayakan akademik yang memberangsangkan. Kebanyakan daripada guru-guru yang terlibat dalam sistem pengajaran di SAR terdiri daripada pendidik yang berkelulusan ijazah. Malah ada diantara guruguru tersebut tidak mempunyai ikhtisas di dalam bidang pendidikan. Hal sedemikian akan merencatkan sedikit perkembangan SAR di dalam arus perdana kerana pendidikan bukan semata-mata tertumpu kepada ilmu malah juga cara menyampaikan ilmu kepada anak didik. 1
Rosnani Hashim, Educational Dualism In Malaysia: Implication For Theory And Practice, 2004, The Other Press, Kuala Lumpur, muka surat 220 2 Harian Metro, Sukatan Baru Tepati Kehendak Negara, 14 Februari 2003
Maka dengan yang sedemikian, guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan yang membolehkannya terampil di dalam bidang pendidikan hendaklah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi agar setanding dengan pendidik-pendidik lain yang telahpun jauh maju ke hadapan. Selain itu, ikhtisas di dalam pendidikan juga adalah perlu memandangkan kepentingan skill atau teknik pengajaran yang betul akan banyak membantu pendidik dalam mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar. Sukatan pelajaran yang berlainan antara sekolah-sekolah Agama Rakyat telah menjadi suatu permasalahan yang boleh mengundang pelbagai kemungkinan. Jika dilihat antara sekolahsekolah SAR, setiap satunya mempunyai sukatan pelajaran yang berlainan.
Perkara ini
dibimbangi akan menjejaskan mutu pendidikan serta tidak memenuhi dengan kehendak negara. Selain dari itu, sukatan pelajaran yang tidak seragam dikalangan SAR akan memberi impak terhadap institusi pendidikan terbabit. SAR berkemungkinan tidak mendapat pengiktirafan yang wajar dari kerajaan kerana tidak mengikut kurikulum kebangsaan. Sebagai langkah penyelesaiannya, SAR perlulah menyelaraskan kembali sukatan pelajaran yang diajar di sekolah masing-masing. Walaupun pentadbiran diwarisi dari generasi sebelumnya, adalah tidak salah jika sekolah-sekolah terbabit mengambil jalan permuafakatan agar isu yang membabitkan sukatan pelajaran tidak menghalang SAR untuk menjadi sebuah institusi yang cemerlang di peringkat negara mahupun di luar negara. Sebagai contoh, pelajaran yang berbentuk keagamaan hendaklah seimbang dengan pelajaran yang lain seperti matematik, sains, ekonomi dan sebagainya. Ini bertujuan untuk mengeimbangkan pelajar dengan perkembangan dunia semasa. Malah, pelajaran yang berbentuk keagamaan hendaklah diselitkan dengan ilmu-ilmu yang lain agar menjadi sepadu. Antara contoh yang boleh diambilkira ialah cara pengajaran Tok Kenali iaitu mengajar menggunakan kitab lama tetapi diselitkan juga dengan isu-isu semasa.
Selain itu, sukatan pelajaran hendaklah berbentuk amali dan bukannya teori semata-mata. Bentuk pembelajaran yang berbentuk hafalan hendaklah selari dengan kefahaman pelajar. Malahan pelajar juga hendaklah diajar gaya berfikir yang kreatif serta kritis supaya mereka tidak mempunyai cara berfikir yang tradisional serta tidak berkembang. SAR terkenal dengan pentadbiran yang diurus oleh lembaga pengurusan sekolah dan sesetengahnya oleh pemilik asal sekolah tersebut. Hal yang demikian tidaklah menjadi isu utama dalam arena perkembangan SAR di negara ini. Namun apa yang dikesalkan ialah pentadbiran yang dilakukan agak tidak terurus serta tidak mempunyai misi serta visi yang jelas terutamanya dalam jangka masa yang panjang. Pentadbiran yang berkesan seharusnya dipandang serius dalam membangunkan serta meningkatkan mutu SAR di mata rakyat. Pemimpin sekolah SAR seharusnya mempunyai visi serta matlamat yang tertentu agar SAR dapat berkembang dan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang bermutu disamping mempunyai nilai berdaya saing. Sekiranya pemimpin sekolah tidak berupaya untuk merancang serta memandu hala tuju, maka akan terumbang-ambinglah sekolah terbabit umpama berjalan yang tiada arah tuju yang jelas.