Menurut Setiausaha PPSR, Khairul Anwar El-Syazalli Musa , keadaan sembilan buah Sekolah Menengah Agama di Perak kini begitu uzur dan tidak lagi boleh bertahan jika tiada bantuan diberikan. Menurut beliau lagi, kesemua sekolah berkenaan hanya memperoleh bantuan daripada Baitulmal Perak dengan peruntukan purata RM12 setahun setiap pelajar. “Daripada 38 sekolah agama di negeri ini, enam daripadanya telah ditutup dan 23 buah sekolah terpaksa diambil alih oleh kerajaan Pusat dan yang kekal cuma sembilan buah, itu pun dalam keadaan uzur. “Apa yang menyedihkan lagi, kebanyakan guru sekolah agama ini berada di bawah paras kemiskinan sehingga ada yang terpaksa bekerja sambilan seperti menjadi pemandu dan pengawal keselamatan untuk mencukupkan pendapatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Ipoh, kelmarin Sementara itu, Presiden Majlis Permufakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, langkah kerajaan negeri Perak itu membelakangi agenda pendidikan kerajaan Pusat yang memberi keutamaan pendidikan kepada semua kaum. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, tindakan itu menjurus kepada motif politik yang jelas tidak mengutamakan keadilan kepada kaum lain.
Tentu banyak lagi ulasan-ulasan yang yang bersifat racist terhadap tindakan Kerajaan Perak yang menganugerahkan 400 hektar tanah kepada sekolah persendirian Cina di Perak supaya ia dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbirannya. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah berkenaan pada masa ini tidak memadai. Kepada persoalan tersebut , sila rujuk penjelasan Setiausaha Politik kepada YAB MB Perak, di sini atau di sini Umno dan spesis yang sewaktu dengannya mahu berlagak sebagai pembela kepada SAR. Kenapa sebelum ini mereka membisu dan pekak badak terhadap segala rintihan dan keluhan para guru dan pentadbir , ibubapa dan murid Sekolah Agama Rakyat ? Siapa sebenarnya yang menzalimi SAR? Peristiwa 11 September 2001 di mana berlaku sikap sangsi Barat secara umumnya terhadap Islam dan ini termasuklah sistem pendidikan Islam. Dalam menangani isu ini nampaknya Malaysia terlalu ke depan dan seolah-olah takut dengan bayang-bayang yang dimainkan oleh Amerika. Strategi pre-emption Malaysia lebih terkedepan apabila ia memutus untuk
memberhentikan bantuan per kapita kepada SAR pada 2002. Pembatalan bantuan per kapita kepada SAR adalah pada 25 Oktober 2002. Strategi pre-emption yang diusahakan oleh Dr. Mahathir melangkaui atau mendepani strategi pre-emption oleh Amerika sendiri. Episod ini bolehlah diumpamakan sebagai apabila Amerika bersin Malaysia yang demam selsema! Kalau inilah motif kenapa bantuan per kapita SAR dihentikan maka ianya jelas bermotifkan politik. Umno / BN jangan lupa bahawa merekalah sebenarnya yang mengkhianati Sultan, rakyat dan Islam. Merekalah yang menzalimi bangsa Melayu dan Islam Antara tindakan zalim Pemimpin Umno/BN terhadap Sekolah Agama Rakyat ialah : • Tidak mengiktiraf Sijil Tinggi Ugama yang sebelum ini diiktiraf oleh Universiti al Azhar Mesir • Tidak memberi latihan perguruan kepada guru-guru dan tidak memberi guru terlatih kepada SAR seperti yang diberi kepada sekolah jenis kebangsaan (cina dan tamil ) • Tidak membina makmal komputer , makmal sains dan kemahiran hidup di semua SAR. • Memfitnah dan merendahkan kemampuan SAR • Memberhentikan gran berkapita tahunan berdasarkan bilangan murid dan kelas dengan kadar RM 130.00 setahun bagi setiap pelajar • Berusaha supaya tidak ada pelajar yang belajar di SAR dengan mengugut untuk dikenakan denda dan tindakan kepada waris dan pelajar. • Ingin memastikan sekolah agama rakyat ditutup dan mati • Menghapuskan usaha yang dipelupuri oleh Sultan Kedah dan ulamak terdahulu. Kesan tindakan zalim Pemimpin Umno / BN ialah : • Gaji guru dan kakitangan sekolah tidak dapat di jelaskan mengikut tarikh bayaran sepatutnya. Terdapat guru sudah 3 bulan tidak mendapat gaji. Ramai guru terpaksa berhenti. • Proses pengajaran dan pembelajaran lebih rumit dan pengajaran akan membebankan guru • Sekolah Agama Rakyat terpaksa ditutup • Makin ramai pelajar akan buta tulisan jawi dan penguasaan agama Islam yang tepat. Sekolah- sekolah yang didirikan hasil wakaf ,zakat dan infak sumbangan dari datuk dan ibubapa juga dari kita tidak dapat dimakmurkan lagi. Tiada lagi generasi yang akan lahir sebagai ulamak 15 tahun akan datang.
Bantuan perkapita dengan kadar RM130.00 bagi setiap murid setahun, bermakna cuma 38 sen sahaja sehari untuk seorang murid. Walaupun jumlah ini terlalu kecil, namun ianya sangat bermakna kepada SAR ; tetapi Umno / BN tergamak menafikan bantuan tersebut.
Apalah sangat bantuan 38 sen sehari itu jika mahu dibandingkan dengan perbelanjaan untuk seorang banduan di penjara sebanyak RM8 sehari, perbelanjaan untuk setiap pelatih pusat serenti adalah sebanyak RM25 sehari dan perbelanjaan untuk seorang pendatang haram adalah sebanyak RM10 sehari. Ini bererti penarikan bantuan per kapita kepada sekolah SAR adalah persoalan sekunder kerana persoalan primernya ialah untuk menghakis dan seterusnya mematikannya (sekiranya suasana politik mengizinkannya). Sekiranya ada guru yang mengajar ‘ajaran salah’ maka guru itu yang harus diambil tindakan bukan menjadikan sebagai alasan untuk menghukum institusi ini secara keseluruhan. Ini nampaknya memperjelaskan lagi keadah membakar kelambu disebabkan oleh seekor nyamuk. Hujah yang mengatakan terdapat murid SAR yang memijak-mijak gambar pemimpin negara juga susah untuk dipertahankan atas hakikat bahawa sekira SAR dilihat sebagai kilang untuk melahirkan kader-kader PAS, maka sudah semestinya gambar-gambar pemimpin negara (baca UMNO) tidak ada yang tergantung di dinding-dinding sekolah!! Kajian menunjukkan pelajar SAR mempunyai tahap disiplin dan akhlak yang tinggi. Perkara yang sebaliknya berlaku dikalangan pelajar SK dan SMK kendalian kerajaan pusat. Mungkin sebab itu, Menteri Pelajaran Malaysia (baca Menteri Pelajaran Umno) bertindak melarang gambar Menteri Besar Pakatan Rakyat digantung di pejabat-pejabat pelajaran dan sekolah-sekolah bagi mengelakkan gambar-gambar tersebut dipijak-pijak?