Apakah bentuk-bentuk mekanisme yang boleh digunakan untuk mengukur keberkesanan kurikulum Pendidikan Islam?
1.0
Pengenalan
Kata “penilaian” sendiri tidak pernah digunakan oleh Ibnu Sina. Tetapi apakah sebenarnya penilaian itu? Ada dua fungsi yang menonjol dalam penilaian ini. Pertama sebagai suatu peneguhan terhadap suatu tingkah laku yang ingin dikekalkan.
Kedua adalah sebagai alat
menyaring calon-calon yang ingin mendapat tempat tertentu dalam ujian misalnya 1. Dengan kata lain, penilaian digunakan untuk menentukan apakah tujuan pendidikan tercapai atau tidak.
2.0
Bentuk-bentuk mekanisme yang boleh menjadi kayu ukur keberkesanan kurikulum
Antara langkah yang pernah diambil oleh Universiti Malaya dalam menghasilkan pendidikan berkualiti ialah dengan menggunakan piawaian untuk proses pengajaran, penyelidikan dan pengurusan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (benchmarking)2. Melalui cara ini, segala aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan akan mempunyai suatu garis panduan yang perlu dipatuhi dan diikuti agar mutu yang diinginkan dapat dicapai. Pada masa yang sama, pihakpihak yang terlibat akan dapat mengukur sejauh mana keberkesanan kurikulum sepanjang tempoh pengajian berlangsung. Selain itu, kurikulum pendidikan Islam misalnya dapat diukur melalui hasil pembelajaran (learning outcome). Hasil pembelajaran ini menetapkan kompetensi yang patut diperoleh oleh pelajar apabila selesai mengikuti satu-satu program pengajian3.
Segala pengetahuan dan
kemahiran yang diterapkan adalah bersesuaian dengan kehendak dunia pekerjaan serta realiti
1
Prof. Dr. Hassan Langgulung, Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam Dan Sains Sosial, 2002, Gaya Media Pratama, Jakarta, muka surat 65 2
Sufean Hussin, Dasar Pendidikan Progresif Perspektif Makro dan Mikro, 2002, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, muka surat 103 3
http://www.mqa.gov.my/soalanlazim.cfm
kehidupan.
Perkara ini akan dapat menjadi kayu ukur sejauh mana kurikulum itu berjaya
membentuk insan kamil yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara. Apa yang ingin dilihat daripada learning outcome adalah memenuhi taksonomi tidak kira kognitif, afektif dan juga psikomotor. pembelajaran itu dikira berjaya.
Jika hasil pembelajaran ini dapat dizahirkan, maka
Kejayaan sesuatu pembelajaran adalah bergantung kepada
perancangan bijak guru ataupun pensyarah dalam mengendalikan pelajarnya yang mempunyai pelbagai karenah dan kemampuan yang berbeza disamping latarbelakang keluarga yang memungkinkan jurang di dalam pendidikan berlaku. Malahan, sistem yang dikenali sebagai student learning time (SLT) dilihat mampu untuk menjadi mekanisme sejauh mana pembelajaran itu dapat dikuasai oleh pelajar. Sebagai contoh, sistem pengkuliahan pada keadaan semasa (kini) adalah 3 jam.
Selain daripada masa
pemgkuliahan tersebut, pelajar dikehendaki untuk memenuhi masa pembelajarannya berdasarkan kepada Rancangan Instruksi (RI). Penyeliaan dan penilaian juga merupakan kaedah yang boleh dilakukan untuk mengukur keberkesanan pembelajaran. Jika di sekolah, kita sering mendengar “guru dicerap”. Maka tugasan ini sudah tentu medatangkan banyak faedah terutamanya dalam bidang pendidikan di sekolah. Walaupun tiada istilah penyelia di dalam sistem pendidikan, ini tidak bermakna tiada penyeliaan berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Persepsi yang
beranggapan bahawa sekolah tidak mempunyai penyelia adalah salah kerana organisasi sekolah ditubuhkan untukmelaksanakan program-program pengajaran. Oleh itu, sekurang-kurangnya ada seorang individu dalam sekolah itu perlu dipertanggungjawabkan terhadap keberkesanan perlaksanaan program-program pengajaran itu4. Dengan kata lain, pengetua seharusnya berperanan untuk memantau akan segala pelaksanaan kurikulum di kelas-kelas ataupun wakil-wakilnya seperti Guru Kanan Mata pelajaran atau yang berkaitan. Segala kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dijadikan kayu ukur setakat mana kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru berkesan dan mempengaruhi kecemerlangan pelajar-pelajar.
4
Al. Ramaiah, Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini, 1999, IBS Buku Sdn Bhd, Selangor, muka surat 129-130