Pl3234 Cadangan Kerja Sekolah Nurhamzeelah

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pl3234 Cadangan Kerja Sekolah Nurhamzeelah as PDF for free.

More details

  • Words: 512
  • Pages: 4
Kerja Sekolah Tahun

: 4

Unit

: 6

Tema

: Meninjau warisan negara jiran

Subtajuk

: Lawatan sambil belajar

Kemahiran

:

1. Mendengar 2. Bertutur 3. Membaca 4. Menulis Kemahiran berfikir

: mengumpul data

Nilai murni

: bekerjasama

Aspek pelajaran

: karangan deskriptif

Pengetahuan bahasa

: imbuhan awalan me-, men-, mem-, meng- dan menycontoh perkataan melawat, mencapai, membawa, mengawal dan menyelamat

Objektif

: agar murid-murid dapat menghasilkan karangan deskriptif menggunakan perkataan yang berimbuhan awalan me-, men-, mem-, meng- dan meny-

Kerja Sekolah Tahun 4 •

Murid-murid diberikan tugasan membuat karangan deskriptif tentang lawatan mereka ke Pusat Latihan dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakas secara berpasangan.



Karangan deskriptif menggunakan perkataan yang berimuhan awalan me-, men-, mem-, meng- dan meny-.



Murid-murid diberikan masa selama 40 minit untuk menyelesaikan tugasan ini.



Guru menyediakan beberapa gambar semasa lawatan.



Murid-murid dibenarkan memilih satu atau beberapa gambar semasa lawatan ke Pusat Latihan dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakas.



Murid-murid diarahkan menyimpankan gambar yang mereka pilih dalam karangan mereka.



Kekemasan, kebersihan dan kreativiti dikira dalam pemarkahan.

Pada 11hb Oktober 2008 yang lalu, saya dan kawan-kawan melawat ke Pusat Latihan dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakas. Tujuan kami ke sana adalah bagi tujuan melawat sambil belajar. Kami menyuju ke Pusat Latihan dan Penyelamat Lapangan Terbang Lama Berakas dengan menaiki bas sekolah yang diketuai oleh beberapa orang guru.

Apabila kami tiba, kami diberikan taklimat ringkas oleh seorang pegawai bomba lelaki dan dua orang pegawai bomba wanita. Taklimat adalah mengenai jumlah balai-balai bomba yang terdapat di Negara Brunei Darussalam dan tugas-tugas bomba.

Selesai taklimat ringkas, kami dibawa mengikuti penerangan mengenai kenderaan-kenderaan bomba yang telah disediakan di luar bangunan. Terdapat 5 buah kenderaan bomba yang berbeza, bukan saja dari segi bentuk malah pada fungsinya. Kenderaan pertama disebut MFL-OL dan digunakan apabila ada panggilan kecemasan yang memerlukan cahaya yang terang khususnya pada waktu malam.

Kenderaan kedua adalah sebuah kenderaan yang digunakan oleh pegawai-pegawai atasan apabila ada keperluan mengadakan mesyuarat mendadak di tempat kejadian, misalnya waktu kebakaran besar atau kemalangan yang teruk. Kami diberi kebenaran untuk memasuki ruang mesyuarat ini.

Kenderaan ketiga adalah kenderaan yang disebut BAT, kenderaan ini membawa dan menyimpan 'mask' dan alat pernafasan (oksigen). Kenderaan ini hanya digunakan apabila berlaku kebakaran besar yang mengeluarkan asap tebal dan memerlukan ahli bomba menggunakan 'mask' dan oksigen semasa menjalankan tugas menyelamat. Saya diberi kesempatan mencuba ‘mask’ itu dan udara yang terdapat dalam ‘mask’ itu sejuk.

Kenderaan keempat adalah kenderaan 'Hazmat'. Kenderaan ini akan digunakan apabila ada panggilan kecemasan seperti kebocoran gas beracun atau kimia, 'anthrax' dan sebagainya. Di dalam kenderaan ini tersimpan sut khas yang akan dipakai oleh ahli bomba bagi mengawal gas beracun atau kimia tersebut.

Kenderaan kelima ialah kenderaan bomba yang selalu kita lihat apabila berlaku kebakaran. Kenderaan ini membawa hos yang digunakan untuk memadamkan api kebakaran dan tangga yang digunakan untuk memadamkan api kebakaran di tempat-tempat atau bangunan-bangunan tinggi.

Sebelum lawatan berakhir, pihak bomba mengadakan jamuan untuk kami. Semasa jamuan diadakan kami mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai bomba atas kesudian mereka menerima lawatan kami.

Dibuat oleh: Siti Nurhaliza binti Tahir Misha binti Omar Tahun 4 Bijaksana

Related Documents