Cadangan Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah Agama Rakyat

  • Uploaded by: ABANG ISAIFUDDIN BIN ABANG NORAN
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Cadangan Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah Agama Rakyat as PDF for free.

More details

  • Words: 490
  • Pages: 2
Meningkatkan kecemerlangan SAR Titik bermulanya pembangunan serta kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan bergantung kepada guru-guru yang mengajar di tempat tersebut. Pada zaman dahulu, orang akan bertanya dengan siapakah kita berguru dan bukannya di mana kita menuntut ilmu tersebut sepetimana yang berlaku pada masa kini. Hal ini telah jelas membuktikan bahawa tokoh-tokoh besar Islam telahpun merantau berjauh-jauh batunya semata-mata untuk mengaji dengan seseorang ulama yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang tertentu. Akhirnya, lahir ulama-ulama Islam yang tersohor serta mampu membawa perubahan kepada dunia sejagat. Antara gagasan untuk meningkatkan kecemerlangan SAR ialah melalui pengurusan sumber manusia.

Pengurusan sumber manusia ini bermaksud pengambilan guru-guru yang

mengajar SAR hendaklah dipilih dan dilakukan dengan cermat.

Perkara ini adalah untuk

menjamin mutu pengajaran seterusnya mampu membawa perubahan kepada sekolah. Guru-guru yang mempunyai kelayakan ijazah hendaklah diutamakan disamping mereka mempunyai sakhsiah serta peribadi yang unggul sebagai pendidik. Tidaklah keterlaluan sekiranya pemilihan tersebut diketatkan kerana sekiranya SAR ingin menjadi institusi yang cemerlang, SAR harus mengambil langkah yang progresif dan bukannya memandang remeh akan hal ini. Mercu ukur kecemerlangan sekolah tidak dilihat pada binaan atau rekabentuk sekolah, tetapi kecemerlangan tersebut terserlah pada pendidik yang menjadi penggeraknya. Oleh yang demikian, guru-guru yang tidak mempunyai kelayakan yang membolehkannya terampil di dalam bidang pendidikan hendaklah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi agar setanding dengan pendidik-pendidik lain yang telahpun jauh maju ke hadapan. Selain itu, ikhtisas di dalam pendidikan juga adalah perlu memandangkan kepentingan kemahiran atau teknik pengajaran yang betul akan banyak membantu pendidik dalam mengharungi dunia pendidikan yang semakin mencabar.

Adalah dicadangkan supaya kerajaan memberikan bantuan sepenuhnya kepada SAR dalam beberapa tahun lagi agar SAR mampu untuk menstruktur semula kewangannya sendiri untuk menjadi institusi yang mampu berdiri dengan sendirinya 1. Bantuan yang sedemikian mampu memberi ruang kepada SAR untuk mencari alternatif lain untuk menjana kewangan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan yuran pelajar sahaja. Selain itu, SAR boleh menjalankan usaha untuk menjana kewangannya sendiri melalui penghasilan produk ataupun projek hasil. Banyak contoh yang boleh diambil dari beberapa buah institusi yang mana mereka mampu menjana kewangan secara halal bagi menampung kos perbelanjaan pengurusan serta pembangunan sekolah masing-masing. Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha di Sungai Merak, Bangi sebagai contohnya telah mengeluarkan cd ceramah agama untuk tujuan menjana pendapatan maahad tersebut. Walaupun maahad tahfiz tersebut bukanlah SAR, tetapi inisiatif yang telah digunapakai bolehlah diikuti oleh SAR bagi menjana pendapatan disamping mempromosikan SAR kepada masyarakat umum. Bolehlah dikatakan usaha ini disebut sebagai serampang dua mata. Pelajar-pelajar yang ingin memasuki SAR juga hendaklah ditapis dan disaring terlebih dahulu sebelum mereka memulakan pengajian mereka di SAR. Ini adalah sebagai langkah untuk memastikan mutu serta pencapaian SAR dapat dikawal serta diselia bagi menjadikan SAR sebagai institusi yang cemerlang dalam bidang pendidikan. SAR boleh menetapkan beberapa pra-syarat untuk memasuki institusi berkenaan agar SAR tidak dipandang sebagai institusi yang hanya menerima pelajar yang bermasalah ataupun yang tercicir.

1

Rosnani Hashim, Educational Dualism In Malaysia: Implication For Theory And Practice, 2004, The Other Press, Kuala Lumpur, muka surat 232

Related Documents


More Documents from ""