Buku Skrap Pantun Budi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Buku Skrap Pantun Budi as PDF for free.

More details

  • Words: 764
  • Pages: 9
ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

M/S

1

Sejarah pantun

3

2 3 4 5 6.

Definisi pantu Pantun,maksud,bentuk dan isinya Contoh-contoh pantun kesimpulan Bibliografi

3 4-6 7 8 9

SEJARAH PANTUN

Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan

perasaan

mereka secara berkesan

tetapi

ringkas,kemas,tepat dan menggunakan bahasa yang indah-indah.Pada zaman dahulu kala masyarakat melayu belum lagi pandai menulis dan membaca.Hal ini demikian kerana masyarakat melayu pada waktu itu belum lagi bertamadun.Keadaan ini telah membuktikan bahawa orang melayu sebelum tahu menulis dan membaca telah pandai mencipta dan berbalas-balas pantun antara satu sama lain.Keadaan ini

membolehkan kita menganggap pantun itu sebagai pusaka orang melayu sejak turun-temurun lagi yang menjadi identiti masyarakat melayu bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.pantun tetap dipertahankan oleh orang melayu walaupun zaman telah berubah.

Menurut kajian bahawa pada abad yang ke-17 barulah sempurna bentuk,isi,maksud dan alasan pantun

itu.Keadaan ini dapat dibuktikan di dalam rencana Hamzah Fansuri yang telah meninggal dunia dalam tahun 1630.

DEFINISI PANTUN

Tun merupakan kata dasar merujuk kepada beberapa bahasa di

I NUSANTARA.Antaranya

termasuklah bahasa PAMPANGA “TUNTUN” bermaksud teratur,bahasa Tagalog “tonton”bermaksud

mengucapkan sesuatu dengan susunan tertentu,bahasa Toba “pantun” bermaksud kesopanan dan bahasa jawa kuno “tuntun”bermaksud benang.

Pantun,bentuk dan isinya Pisang emas di-bawa belajar, Masak sa-biji di-atas peti, Hutang emas boleh di-bayar, Hutang budi dibawa mati.

Berdasarkan pada pantun diatas,dapat dilihat secara rawak tentang nilai budi disamping masyarakat kita pada zaman purba.Hutang emas walaupun banyak dapat juga dijelaskan dengan cara beransur-ansur walaupun bukan dijelaskan secara tunai hutang yang banyak akan selesai juga akhirnya.Keadaan ini berlawanan dengan budi,hutang budi seseorang manusia tidak dapat dinilai dengan emas atau intan berlian.kesudahannya hutang budi tidak dapat dibayar sehingga kita meninggal dunia sekali pun.

Budi pula tidak terhad kepada pemberian sesuatu benda sahaja bahkan tenaga dan bahasa yang lemah lembut itu dianggap sebagai budi juga.Budi itu akan dikenang oleh orang yang menerimanya,jika barang yang dianggap budi itu sanggat diperlukan oleh orang itu.Misalnya sekiranya kita menyelamatkan nyawa seseorang maka budi kita akan diingatnya selagi hayat dikandung badan.Sesuatu budi itu lebih memberi kesan sekiranya ditumpukan kepada orang-orang miskin daripada orang kaya ataupun orang kepada orang yang tidak memerlukan.

Pulau Pandan jauh ka- tengah, Di-balek Pulau Angsa Dua, Hanchor badan di-kandong tanah, Budi yang baik di-kenang jua.

Justeru,besarlah erti budi kepada masyarakat melayu.Hal ini demikian kerana walaupun badannya telah hancur dikandung tanah namun budi yang baik itu tetep dikenang jua.

Keadaan yang paling penting sekali yang terdapat didalam pantun diatas ialah betapa agungnya nilai budi disisi seseorang yang mengenal dan menghargai budi.

Budi juga boleh dianggap sebagai pakaian batin,perhiasan dan mahkota hidup.Seharuslah kita berbudi kepada semua peringkat masyarakat dan budi yang dihulurkan kepada seseorang bukanlah untuk mengharapkan balasan atau pujian.

Pada zaman purba,masyarakat bangsa kita cukup menghargai orang yang berbudi.Orang yang berbudi akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat dan budi mereka itu akan dijadikan perbandingan.

Bunga melati bunga di-darat, Bunga seroja di-tepi kali, Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Berdasarkan pantun diatas,dapat dilihat bertapa perlunya seseorang itu berbudi kepada masyarakat.Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman dahulu kala amat mementingkan nilai budi dalam kehidupan seharian mereka.

Masyarakat zaman dahulu kala amat menganggungkan budi kerana sekiranya seseorang pemuda ingin berkahwin dengan seorang pemudi perkara pertama yang akan dilihat oleh ibubapa pemudi itu ialah bakal menantunya berbudi atau tidak,begitu juga sebaliknya ibubapa pemuda yang memasuk meminang untuk anak mereka akan menilai dahulu sama ada bakal menantunya berbudi atau tidak.Sekiranya didapati tidak berbudi secara langsung ikatan yang terjalin akan terbatal.

CONTOH-CONTOH PANTUN BUDI Penat-lah saya menanam padi, Nenas juga di-pandang orang, Puaslah saya mananam budi, Emas juga di-pandang orang. Tenang2 ayer di-laut, Sampan kolek modek ka-tanjong, Hati terkenang mulut tersebut, Budi yang baik rasa na’junjong. Yang kurek kundi, Yang merah saga, Yang baik budi, Yang indah bahasa. Pisang nangka di-masak pengat, Kait2 banyak duri-nya, Macham mana saya ta’ingat, Orang baik dengan budi-nya. Baik2 bertanam ubi, Biar rapat jangan jarang, Baik2 bertanam budi, Biar dapat di-kenang orang.

Kesimpulannya pantun budi mengunakan bahasa yang ringkas,bebas dan mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat merangkumi kanak-kanak,dewasa dan orang tua.pantun budi boleh juga digunakan untuk mendidik dan membentuk minat berbudi dalam kalangan kanak-kanak.

Kesimpulan

Sejak daripada zaman purba lagi pantun telah wujud dalam kehidupan masyarakat melayu.Pengaruh pantun dalam masyarakat melayu sangat luas kerana dijadikan sebagai alat berkomunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan,pemujaan,dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.Selain itu juga pantun dianggap sebagai alat hiburan,alat pendidikan dan alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan serta sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat.

Pantun pada masa sekarang termasuk dalam jumlah perbendaharaan sastera lama.Justeru marilah

kita mengembang dan menyuburkan pusaka lama agar kesusasteraan bangsa kita akan bertambah maju dan jaya.

Related Documents

Pantun Budi
October 2019 48
Pantun Budi
October 2019 38
Pantun Budi
October 2019 46
Pantun Budi
October 2019 41
Pantun Budi
October 2019 41