PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI Oleh : FAZITA BTE MOHAMAD Perhimpunan bulanan kali pertama Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan telah diadakan pada hari Isnin, 2 Februari 2009 bertempat di Dewan Darul Makmur bermula dari jam 8 pagi. Tetamu kehormat bagi majlis perhimpunan ini adalah Tuan Pengarah IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Encik Mazlan bin Mohamed. Perhimpunan Bulanan kali pertama ini dikendalikan oleh Saudara Shamim Bin Samsudin dari PPISMP Pemulihan Bahasa Melayu Semester 2 dan Saudari Ainil Fatieha Bt Abdul Razak dari PPISMP Pengajian Sosial Semester 2. Perhimpunan bulanan adalah diwajibkan kepada semua warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan. Perhimpunan Bulanan kali pertama ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Abu Farhan Bin Zakaria dari PISMP PAI semester 3. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Norshamsuri Bin Sapiai @ Shafie untuk memimpin nyanyian lagu Negeri Pahang, Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu *IPTAA. Ketika nyanyian 3 buah lagu ini, terdapat masalah susunan muzik bagi Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Lagu *IPTAA. Masalah ini timbul kerana terdapat salah faham antara tajuk bagi kedua-dua buah lagu. Majlis perhimpunan bulanan kali pertama ini diteruskan lagi dengan sesi ucapan penerapan nilai, keilmuan dan profesional talk oleh Ustaz Noorul Alimin Bin Nazri dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Pengisian bagi sesi ini ialah tentang “ Gerhana Matahari Antara Sains dan Islam”. Beliau cuba menyampaikan hukum dan cara menunaikan solat sunat gerhana matahari dengan menggunakan peristiwa gerhana matahari yang berlaku di negara kita baru-baru ini iaitu pada 28 Januari 2009 yang bermula pada jam 4.30 petang dan jangkamasa berlakunya gerhana ini adalah lebih kurang 2 jam. Beliau juga menekankan sejarah solat sunat gerhana ketika zaman Rasulullah s.a.w. Kesimpulan bagi sesi Profesional Talk buat kali pertama ini ialah adalah diharapkan pada masa akan datang, apabila berlakunya gerhana matahari kita dapat melaksanakan solat tersebut serta menekankan bahawa islam adalah satu tatacara hidup yang lengkap, di mana Islam meliputi semua aspek kehidupan manusia. Islam juga telah menyediakan cara bagi menghadapi setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan di dunia ini. Selepas sesi Profesional Talk tersebut, majlis menjemput Yang dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan, Saudara Mohd Redza Bin Mat Nanyan bagi menyampaikan makluman aktiviti guru pelatih. Beliau telah menyampaikan beberapa maklumat penting tentang Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi tahun 2009 yang akan dimulakan dengan Pembubaran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2008 dan taklimat kepada para guru pelatih serta sesi penamaan calon pada 2 februari 2009. Kempen Pilihanraya pula pada 3 Februari 2009. Pengenalan Calon dan Manifesto pula diadakan pada 4 Februari 2009 pada jam 9.00 malam di Dewan Darul Makmur. Seterusnya, pembuangan Undi pada 5 Februari 2009 bermula jam 8.00 pagi sehingga 1.30 petang dan yang terakhir, Pengumuman Keputusan Pilihanraya pula pada 5 Februari 2009.
Selepas itu, Makluman Jabatan yang disampaikan oleh pensyarah bertugas iaitu Ustaz Khairuddin Bin Said. Beliau memaklumkan aktiviti-aktiviti setiap jabatan yang akan diadakan sepanjang bulan Februari ini. Majlis diambil alih oleh, persembahan Nasyid daripada kumpulan Showtul Iman. Majlis Perhimpunan diteruskan dengan ucapan Encik Mazlan Bin Mohamad. Beliau telah menekankan aspek melestarikan pendidkan kearah meletakkan IPG ini di mata dunia dan turut menyeru supaya menanamkan sikap hormat-menghormati tanpa mengira pangkat. Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Pertama ini diakhiri dengan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Negaraku yang dipimpin oleh Encik Norshamsuri Bin Sapiai @ Shafie. Majlis berakhir seiring dengan nyanyian Lagu Negaraku.
kenapa kata tidak ...??
KELAS STF dijalankan setiap hujung minggu bagi membantu murid lemah Oleh : Mohamad Faiz b. Zaini
“Ini membuktikan kejayaan itu mampu dicapai jika kita bersungguh-sungguh seperti pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. “Tahun lalu seramai 10 daripada 25 calon mendapat 5A dengan mencatat 88 peratus atau GPS 1.58, sekali gus menduduki tempat ke sebelas di Pahang. “Pada 2007,13 daripada 36 calon mendapat 5A dengan GPS 1.69, manakala lima daripada 37 calon mendapat 5A dengan GPS 1.87 (2006),” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Menyingkap rahsia kejayaannya, Ahmad Tirmizir berkata, beliau menggunakan formula ISA = KECEMERLANGAN. “Pihak pentadbir memberi keutamaan kepada keceriaan bagi mewujudkan suasana kondusif, selain menulis kata-kata perangsang di dinding sekolah yang turut mencetus semangat warga SK LKTP Jengka 16 terus gemilang pada masa depan,” katanya.
Katanya, guru sekolah itu yang kebanyakan anak peneroka memainkan peranan dalam mencorakkan kejayaan kerana mereka mempunyai komitmen tinggi dan sentiasa mendekati murid. “Saya sentiasa mengingatkan mereka supaya bekerja dengan Ikhlas, Sungguh-sungguh dan Amanah (ISA) ketika menjalankan tugas yang akhirnya menghasilkan KECEMERLANGAN. “Murid juga sentiasa disuntik dengan semangat untuk belajar dan bertanggungjawab dalam memastikan mereka terus berusaha memajukan diri masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, setiap pagi, sebelum memulakan pengajaran guru akan memberi motivasi ringkas mengenai pentingnya pelajaran, manakala ibu bapa pula bekerjasama membantu menjayakan program sekolah. “Malah kami memanfaatkan Skim Tuisyen Felda (STF) sepenuhnya untuk meningkatkan pencapaian murid lemah dan berpotensi menerusi kelas yang diadakan pada setiap Sabtu,” katanya.
Selain itu, katanya murid digalakkan menggunakan komputer di Pusat Akses Sekolah untuk mengakses internet, mencari maklumat berkaitan pelajaran serta melakukan latihan tambahan. Kejayaan SK LKTP Jengka 16, bukan saja membabitkan akademik tetapi kokurikulum apabila tahun lalu sekolah itu muncul johan ‘choral speaking’ daerah Maran dan tempat keempat peringkat Pahang. “Pasukan bola tampar perempuan pula menjadi johan daerah Maran, sekali gus mewakili daerah berkenaan ke peringkat negeri.
Isu semasa 1 PELAJARVS24 PELAJAR Oleh : Mohamad Faiz b. Zaini
Kuala Lumpur : “Kenapalah anak saya dihukum sehingga meninggal dunia? Jika dia melakukan kesilapan, janganlah buat hukuman sendiri”, kata Mohamad Din,52 bapa kepada pelajar Tingkatan Empat yang meniggal dunia selepas seminggu telantar koma kerana dibelasah sekumpulan pelajar.
Muhd Hadzrin Mohamad, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi yang cedera parah dikepala meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, kira-kira jam 1 pagi. Pelajar yang dibelasah oleh sekumpulan 24 pelajar lelaki itu pada 9.30 malam pada 13.
Februari akibat daripada perebutan teman wanita. Muhd Hadzrin dipercayai tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di kepalanya akibat dipukul dengan besi dan topi keledar.
Berikutan dengan kejadian tersebut, apakah tindakan guru-guru terutamanya yang bertindak sebagai warden asrama yang ditugaskan untuk menjaga pelajar-pelajar di asrama…?.Apakah tindakakan yang diambil oleh rakan-rakan pelajar terebut rasional ? . Mungkinkah masalah ini makin berleluasa akibat daripada ketidakprihatinan guru dan pihak berwajib ?
*Untuk merungkai segala persoalan tersebut,kita akan mengadakan sesi perbincangan bersama dengan ketua disiplin bahagian hal ehwal pelajar, Encik Dzulkarnain bin Mat bagi mengupas isu ini dari akar umbi. Jadi, sama-samalah kita nantikan isu akan datang...
laporan pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009 Dalam memenuhi aspirasi negara, satu pilihanraya bagi memilih tampuk peneraju kepimpinan pelajar telah didakan. Sehubungan itu, satu jawatankuasa bebas dan berkecuali yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Pelajar telah dibentuk bagi menguruskan pilihanraya ini. Jawatankuasa ini terdiri daripada 14 orang guru-guru pelatih PISMP dan PPISMP IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Setelah mengambil kira pelbagai aspek, pihak Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Pelajar telah menetapkan bahawa tarikh penamaan calon ialah pada 2 Februari 2009 manakala tarikh pembuangan undi ialah pada 5 Februari 2009. Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar pada tahun ini mempertandingkan 22 kerusi untuk dimenangi.
Proses penamaan calon telah diadakan pada 2 Februari 2009 bertempat di Dewan Darul Makmur IPGM TAA bermula pada jam 9.00 malam. Proses ini berjalan lancar seperti yang telah dirancang. Seramai 39 orang calon yang mewakili setiap unit telah hadir menyerahkan borang pencalonan beserta wang deposit RM 30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) dengan diiringi seorang pencadang dan seorang penyokong. Tempoh bantahan telah dibuka pada malam itu dan pihak Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Pelajar tidak menerima sebarang bantahan yang dikemukakan. Oleh itu, seramai 39 orang calon telah diterima dan disahkan layak untuk bertanding dalam Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar JPP 2009. Pada 4 Februari 2009 bertempat di Dewan Darul Makmur telah diadakan malam manifiesto dan pengenalan calon-calon yang bertanding. Seramai 39 orang calon yang bertanding telah hadir bagi menyempurnakan sesi tersebut. Kesemua calon ini telah dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan iaitu Barisan KITAA, Barisan Penggerak dan Barisan Pakatan Perpaduan.Majlis ini turut dihadiri oleh Encik Roselan bin Ahmad (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar) , Encik Wahab bin Isa (Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar), En Dzulqarnain bin Mat (Penasihat Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Pelajar) dan para pensyarah-pensyarah lain. Majlis ini berlansung dalam suasana yang sungguh meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pelajar IPGM TAA walaupun diadakan pada waktu malam. Bertempat di Dewan Darul Makmur IPGM TAA pada 5 Februari 2009,bermula seawal jam 8.00 pagi telah berlansung proses pembuangan undi. Mengikut daftar pelatih yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar, seramai 764 orang guru pelatih PISMK,PISMP,PPISMP dan KLPI layak untuk mengundi. Proses pengundian ini telah berlansung dengan penuh kelancaran tanpa sebarang kekacauan yang menggangu proses pilihanraya.Pihak pengundi telah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Pelajar. Tepat jam 1.00 tengah hari, proses pengundian ini tamat. Walaubagaimanapun, seramai lima (5) orang pelajar gagal hadir untuk melaksanakan kewajipan ini. Peratus keluar mengundi pada pilihanraya kali ini ialah 99.35%.
Tepat jam 2.30 petang bertempat di Dewan Kuliah A dan B, telah diadakan proses pengiraan undi. Setiap telah menghantar 2 orang wakil iaitu Ketua Unit (KU) dan Penolong Ketua Unit (PKU) sebagai sukarelawan pengiraan undi. Proses pengiraan undi telah dilaksananan dengan penuh ketelitian dan ketelusan dengan dipantau oleh pensyarah-pensyarah penasihat. Proses pengiraan ini berlanjutan sehingga jam 6.40 petang.Sebanyak 51 undi rosak telah dikesan dalam proses pengiraan undi ini. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Pelajar telah berjaya memperolehi seramai 22 orang calon yang mendapat undian tertinggi dengan mengikut kouta yang telah ditetapkan iaitu 14 untuk Bumiputera, 4 Cina dan 4 India. Sesi pengisytiharaan keputusan rasmi pilihanraya telah diadakan pada jam 9.00 malam bertempat di Dewan Darul Makmur IPGM TAA pada hari yang sama. Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Pengarah IPGM TAA, Encik Mazlan bin Mohamad.
Keseluruhannya, perjalanan Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009 ini telah berjalan dengan lancar dan sempurna mengikut jadual dan perancangan yang telah ditetapkan. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Perwakilan Pelajar telah mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Tengku Ampuan Afzan, pensyarah-pensyarah penasihat jawatankuasa, dan seluruh warga IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan. Oleh : FAHMI ASHRAF
JPP PRIHATIN *BERHADAPAN MAKMAL KOMPUTER 1 *1.15 PTG-2.30 PTG *18 FEBRUARI 2008 (SELASA)
Walaupun baru sahaja ditauliahakn sebagai Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar 2009 (JPP) mereka membuat perubahan pada aktiviti tahun ini dengan mengadakan slot baru yang diberi nama JPP Prihatin. Aktiviti ini diadakan bagi memberi ruang kepada pelajar institut ini melahirkan komen atau laporan mengenai masalah yang dihadapi dalam kawasan sekitar institut sama ada di kawasan kolej kediaman atau blok akademik. Secara keseluruhannya aktiviti yang dilaksanakan Biro Seranta JPP ini berjalan dengan lancar. Buktinya hampir banyak aduan diterima melalui Borang Aduan Pelanggan(BAP) yang disediakan. Semua aduan telah dibaca dan dianalisis mengikut skop-skop tertentu. Tindakan selanjutnya akan diambil dan diuar-uarkan dari semasa ke semasa.
CERAMAH PENDERMAAN SUM-SUM TULANG *DEWAN DARUL MAKMUR *2.30 PTG-6.00PTG *19 FEBRUARI 2009 (KHAMIS)
Ceramah pendermaan sum-sum tulang telah diadakan bagi memberikan pendedahan kepada guru pelatih institut ini mengenai kepentingan pendermaan sum-sum tulang. Ceramah ini memberi banyak informasi tentang cara pendermaan sum-sum tulang serta beberapa jenis penyakit yang dapat dirawat dengan kaedah pendermaan sum-sum tulang seperti penyakit luekimia dan sebagainya. Cermah ini juga memaparkan beberapa pesakit yang benar-benar memerlukan sumbangan sum-sum tetapi tidak sempat berbuat demikian kerana tiada penderma yang sesuai. Pada slot terakhir ceramah ini penceramah menyarankan agar pelajar mendaftar sebagai penderma bagi kebajikan pesakit yang berkaitan sum-sum tulang. Prosedur pendaftaran agak mudah iaitu dengan mengisi borang pendaftaran dan mengambil darah penderma bagi memastikan penderma bebas dari sebarang penyakit berjangkit. Ramai guru pelatih mengambil kesempatan ini untuk menderma dan menjadi salah seorang daripada penyumbang sum-sum. Semoga lebih ramai lagi penderma tampil menderma dan diharap dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.
TAYANGAN AIR MATA GAZA *DEWAN KULIAH A *9.15MLM 2008-RABU( MUSLIMAT),
*25 FEBRUARI
26 FEBRUARI 2008- KHAMIS (MUSLIMIN)
25 dan 26 haribulan yang lalu, IPG ini telah menganjurkan satu tayangan bertajuk “TAYANGAN AIR MATA GAZA”. Tayangan ini berlangsung selama dua hari iaitu 25 februari (Ppelajar muslimat) dan 26 februari (Pelajar muslimin) betampat di dewan kuliah A. Air mata gaza merupakan simbolik bagi penderitaan umat islam Palestin hasil cetusan idea lajnah dakwah tarbiah dan juga HELWI, Biro Agama 2009. Menariknya, tayangan ini memaparkan tentang penderitaan rakyat Palestin di samping serba sedikit sejarah kejatuhan kerajaan Khilafah Islam khusus kerajaan Islam Turki Uthmaniah. Tiada bayaran dikenakan. Hanya memerlukan keikhlasan dan keinsafan guru pelatih mendalami penderitaan rakyat Palestin. Majlis tayangan tersebut telah berjaya menarik ramai guru pelatih untuk mendalami penderitaan rakyat palestin dan mengetahui kisah sebenar disebalik penderitaan tersebut. Ramai diantara mereka memberi tindak balas posititf dan menunjukkan rasa semangat apabila slogan “membenci Israel” dilaungkan pada akhir majlis tersebut. Paparan tersebut diharap dapat membentuk sifat mahupun rasa cinta akan tanah air. Pada akhir tayangan tersebut, guru pelatih dialualukan menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. Diharap, sumbangan tersebut dapat membantu mereka dari segi kewangan. Pihak penganjur juga turut menjual cenderamata seperti t-shirt dan button yang sangat menarik.
Luahan YangDipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGM Tengku Ampuan Afzan sesi 2009
Bersama YDP JPP IPGM TAA 09 *MOHD FAIZAL BIN ABDUL RAZAK
Apa peranan YDP 2009...? Alahamdulillah syukur ke hadirat illahi kerana limpah kurniaNya dipilih menjadi YDP. Saya cukup terharu kerana guru pelatih IPGM TAA ini telah memberi mandat dan kepercayaan melantik saya untuk membawa suara mereka pada pihak atasan. Saya akan melakukan apa yang termampu bagi membawa nafas baru pada JPP IPGM TAA 09.
Perubahan/pembaharuan yang ingin dilakukan...?? Kami JPP akan melakukan apa yang termampu bagi memenuhi kehendak sewajarnya guru pelatih IPGM TAA dan cuba mengambil pengajaran dari JPP yang lepas untuk lebih proaktif supaya hasilnya merupakan tahap guru pelatih yang berijazah.
Respon tentang JPP 08... Tidak dapat dinafikan sememangya banayak kekangan dan masalah yang timbul dalam kita bepersatuan. Apa yang mampu diperkatakan, JPP lepas banyak mengajar kami apa yang bakal dihadapi dan cuba mencari altenatif lain bergantung 100% pihak institut.
Harapan kepada guru pelatih...?? Diharapkan guru pelatih dapat menyokong apa yang dilakukan JPP IPGM TAA 09 ini. Apam yang kami cuba lakukan adalah untuk kebaikan anda pada masa akan datang. Diharapkan juga penglibatan dam kerjasama guru pelatih dalam program yang diadakan supaya perjalanan berjalan lancar. Sekiranya ada kekhilafan, saya memohon maaf dan meminta guru pelatih menegur dengan berhemat. Terima kasih.
Respon pensyarah/pengarah tentang JPP 09.... Alhamdulillah, terdapat pensyarah yang melihat potensi kami dan mudah-mudahan dipertingkatkan dalam semas kesemasa, terdapat juga yang memberi nasihat dengan berperinsipkan melahirkan guru kelas pertama.
Bagaimana ingin mengubah persepsi yang mengatakan “JPP hanya sekadar nama”...... Mulut tempayan mudah ditutup, mulut manusia siapa yang tahu. Kami berurusan dengan penuh berkhemah. Sekiranya ada yang tidak berpuas hati, berikan cadangan /idea/pendapat serta cara perlaksanaan bagi menjayakan dan mendapat sokongan guru pelatih.
Kata dua untuk guru pelatih dan mereka yang membaca buletin ini..... Terima kasih kerana memberi mandat kepada saya dan barisan JPP IPGM TAA 09 ini. Kami berjuang hak sebagai guru pelatih sewaajarnya. Barisan JPP teruskan sikap kalian dan memperbaiki kelemahan kalian kerana kalian dipilih kerana diri anda sendiri. Guru pelatih, sentiaslah berurusan dengan JPP tentang sebarang permasakahan. Insya Allah, kami akan berikan perkhidmatan terbaik dan pintu kami sentiasa terbuka untuk anda. Teruskan menyokong dan memperkuatkan lagi jentera JPP IPGM TAA 09. Sekian terima kasih....