Bm Kertas2 Set2

  • Uploaded by: Azman Bin Jaeh
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm Kertas2 Set2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,939
  • Pages: 8
SULIT

1103/2

1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2005 2½ jam

JABATAN PELAJARAN PERAK

LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

1103/2

© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 1

SULIT

1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha pengurusan hutan di negara kita dan kepentingan mengekalkan hutan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isu pembalakan haram bukanlah masalah baru yang membelenggu Malaysia. Sekiranya pembalakan ini berlangsung selama lima tahun akan datang, bermakna jumlah pokok yang ditebang akan berlipat ganda. Oleh sebab itu, kegiatan pembalakan perlu dikawal agar tidak memusnahkan alam sekitar. Keadaan ini lebih serius apabila kerja pembalakan haram dilakukan di kawasan sempadan negara. Malaysia pernah didakwa oleh Indonesia sebagai pembeli balak haram kerana terdapat pihak tertentu yang cuba menyeludup kayu balak dari Indonesia secara haram ke Malaysia. Seharusnya Malaysia dan Indonesia bekerjasama untuk memantau kawasan hutan di sempadan kedua-dua buah negara dengan lebih ketat bagi membanteras aktiviti pembalakan haram. Kedua-dua negara tidak harus saling menuding jari hingga menjejaskan hubungan diplomatik. Teknik mengesan profil deoxyribonucleic acid (DNA) pokok adalah salah satu cara untuk mengatasi aktiviti pembalakan haram. Teknik ini dikenali sebagai Random Amplified Polymorphic DNA (RAPD). Setiap spesis pokok mempunyai profil DNA unik yang berlainan dan tidak menyerupai mana-mana profil pokok yang lain. Melalui teknik RAPD, balak yang dicuri dapat dipadankan dengan tunggul pokok yang ditebang secara haram. Teknik ini telah digunakan dengan jayanya di beberapa buah negara maju. Walau bagaimanapun, teknik RAPD memerlukan pihak penguat kuasa perhutanan menjalankan pemerhatian yang kerap di kawasan yang disyaki berlaku aktiviti pembalakan haram. Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) berjaya membaik pulih 1.56 juta hektar hutan kekal di negara ini dan 80 ribu hektar kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia. Pada 1995-2000, sebahagian kawasan hutan di Semenanjung Malaysia telah diguna untuk menjayakan ‘Program Perhutanan Masyarakat’ yang meliputi penubuhan dan penyelenggaraan hutan lipur, hutan perkampungan, hutan bandar dan sebagainya. Selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai “negara dalam taman” dan memulihara alam sekitar, kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menanam 50 ribu pokok setahun dan 1.2 juta pokok menjelang 2020 di negeri masing-masing. Malaysia juga begitu komited untuk melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan deklarasi RI0 pada Jun 1992. Bagi program kemajuan ekonomi jangka panjang, kerajaan berusaha memanfaatkan industri hiliran kayu. Kerajaan memberikan insentif kepada industri berasaskan kayu seperti perusahaan perabot, papan lapis dan kraf tangan. Selain itu, khidmat nasihat dan kepakaran diperluaskan untuk sektor ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti pembalakan memberikan pendapatan yang lumayan kepada negara. Kayu dan hasil pengeluaran kayu menjadi penyumbang pertumbuhan ekonomi dan merupakan eksport ketiga besar negara ini. Sektor ini juga berupaya menyediakan lebih 260 ribu peluang pekerjaan kepada guna tenaga negara. Namun sekiranya aktiviti pembalakan tidak disekat, kesannya akan dirasai oleh generasi akan datang. (Diubahsuaikan daripada rencana utama , ‘Pembalakan Haram: Malaysia Terus Menjadi Mangsa, oleh Awang Azman Awang Pari, 1103/2

© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 2

SULIT

1103/2 Dewan Masyarakat, Februari 2005) Soalan 2 : Pemahaman

Soalan 2(a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Terangkan maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat dalam petikan di atas. [2 markah]

(ii)

Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan sektor perkayuan negara. [3 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk memupuk generasi muda agar menjaga keindahan alam sekitar. [4 markah]

Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PUTERI HANG LI PO: Pandai Orang Kaya mengolah bicara hingga tujuan asal beta untuk melamar cinta telah tuan hamba ubah pula menjadi seolah-olah beta hanya menguji Orang Kaya. HANG JEBAT : Sememangnya pada hemat patik, Tuanku Puteri hanya menguji patik. Adalah wajar perbuatan Tuanku Puteri itu tadi untuk mengukur kesetiaan hamba sahaya. Atas anggapan itu akan patik tanam lagi dengan sekukuh-kukuhnya akan kesetiaan hamba sahaya seperti patik ini untuk panduan Tuanku Puteri. Percayalah Tuanku Puteri bahawa atas nama hulubalang Melayu tidak terlintas di hati lelaki yang perwira dan taat pada rajanya untuk menderhaka sedemikian rupa. Mereka akan lebih rela mati daripada menjejas kedaulatan raja. Apatah lagi Sultan Melaka sungguh adil dan saksama serta bijaksana pula. Jika ada sesuatu kedurjanaan akan segera dikesan oleh baginda. PUTERI HANG LI PO: Malu amat beta dibuat oleh kata-kata Orang Kaya. Apalah lagi yang ada pada beta selepas ini. Sudahlah dagang di negeri orang, menumpang kasih pula dilarang. HANG JEBAT: Sudahlah Tuanku Puteri. Bersabarlah menanti kedatangan Sultan. Apabila baginda kembali dari berburu pelanduk di hutan, patik akan sampaikan betapa rindunya Tuanku Puteri semoga segera dikunjungi baginda. Mohon patik minta diri dahulu Tuanku Puteri, takut geruh pula nanti terlalu lama berdua-duaan begini. Ampun Tuanku Puteri. [Dipetik daripada drama Puteri LI Po, karya Rahmah Bujang, dalam Antologi Kerusit, 1103/2

© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 3

SULIT

1103/2 Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000]

(i)

Apakah sifat-sifat yang dimiliki oleh hulubalang Melayu Melaka?

[3 markah]

( ii )

Pada pendapat anda, mengapakah Hang Jebat menolak cinta Puteri Hang Li Po? [3 markah]

( iii )

Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam drama ini. [4 markah]

Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah didengar oleh bayan titah raja itu, maka sahutnya, “Hai, raja besar yang berakal, sempurna bicaranya, duli yang maha mulia, belilah juga patik ini, supaya penyakit duli syah alam ini patik ubati! Insya-Allah Taala nescaya hilanglah penyakit tuanku itu.” Setelah oleh raja demikian itu maka dibelilah oleh raja dengan harga empat ribu dinar. Setelah sudah maka penyakit sopak raja itu pun diubati oleh bayan itu. Maka penyakit itu pun sembuhlah dengan kurnia Allah Subhanawataala, pulanglah seperti dahulu kala dengan sempurnanya. Maka raja pun terlalu amat sukacita melihat penyakitnya sembuh itu. Hatta, beberapa lamanya maka bayan itu pun berdatang sembah, “Ya tuanku, jikalau ada ampun kurnia duli syah alam akan patik, mohonlah dilepaskan patik, kerana patik hendak melihat anak bini patik, kerana lamanya sudah bercerai.” Maka titah raja, “Baiklah, hai bayan budiman!” Lalu dilepaskan baginda akan bayan itu. Maka ia pun terbanglah kembali kepada anak bininya. Demikianlah hikayat anak bayan yang tiada menurut kata ibu bapanya, dapat juga kesusahan. (Dipetik daripada Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya, dalam antologi, Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)

Mengapakah burung bayan meminta raja itu membelinya?

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah raja itu melepaskan burung bayan yang dibelinya itu? [4 markah]

1103/2

© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[4 markah]

[Lihat sebelah Halaman 4

SULIT

1103/2

Soalan 2(d) Petikan Puisi Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. PANTUN ENAM KERAT Ular tedung jangan dipermudah, Bisanya dapat membawa maut, Jika tak maut merana juga; Berhujan berpanas aku tak endah, Keris lembing aku tak takut, Kehendak hati kuturut juga. Kuda liar berkeliling kota, Kota terbuat daripada kayu, Tempat berkawal lasykar Feringgi; Kami mendengar khabar berita, Bunga kembang sudah pun layu, Gugur ke bumi tak harum lagi. Penakik pisau raut, Ambil galah sebatang lintabung, Seludang dijadikan nyiru; Setitik dijadikan laut, Sekepal dijadikan gunung, Alam terbentang dijadikan guru. Sultan Muda dari Lampung, Memikul Cangkul dengan bajak, Singgah minum di lepau nasi; Sudah sekah tempat bergantung, Telah patah tempat berpijak, Ke mana hendak digapai lagi. Permatang Budi, 1991 Fajar Bakti Sdn. Bhd. i.

Apakah maksud Telah patah tempat berpijak, Ke mana hendak digapai lagi dalam pantun di atas?

[2 markah]

ii.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mengatasi masalah kehilangan tempat bergantung dahan berpijak. [3 markah]

iii.

Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas. [ 4 markah]

1103/2

© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 5

SULIT

1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat daripada rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan nama khas. (i) ( ii ) ( iii ) ( iv ) (v) ( vi )

kesedaran sosial bersikap terbuka mengorak langkah bersemangat patriotik pemangkin kemajuan melontarkan pandangan [6 markah]

(b) Tukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang. (i)

Razak telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan cerpen remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

( ii )

Anak-anak kakak saya sedang berkejar-kejaran bermain bola di padang berhampiran rumah mereka.

( iii )

Hamisah dan rakan-rakannya membaca buku di pusat sumber sekolahnya pada setiap hari Sabtu. [6 markah]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i)

Kerajaan menggesa gulungan remaja melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan mahir.

( ii )

Perabut yang dibeli oleh ayah itu mahal harganya kerana kayunya kualiti tinggi dan diimport dari luar negeri.

( iii )

Anggarkan sebanyak 10000 orang penuntun menyaksikan persembahan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Nasional baru-baru ini. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. (i)

1103/2

Sesebuah keluarga itu akan tinggal dalam suasana yang harmoni dan saling faham-memahami jika ibu bapa dapat mentadbir rumah tangga dengan cemerlang.

© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 6

SULIT

1103/2

( ii )

Ibu bapa perlu membimbing akan remaja secara berterusan agar mereka sentiasa memulihara disiplin diri untuk manfaat jangka panjang.

( iii )

Para petani yang bercocok tanam di tanah bukit itu telah mendapat khidmat nasihat dari pegawai Jabatan Pertanian untuk meningkatkan hasil tanaman. [6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah. (i)

Setiap kali pertukaran menteri berlaku, dasar dan matlamatnya berubah itulah perubahan yang sering kali berlaku dalam kementerian atau jabatan kerajaan.

( ii )

Setiap manusia hanya boleh merancang dan berusaha dengan pelbagai persiapan teliti dan rapi demi memastikan diri mereka mampu menghadapi masa depan yang penuh dengan pelbagai cabaran.

( iii )

Peranan pemimpin negara dalam menggerakkan semangat cinta akan bahasa, budaya, kesenian dan warisan bangsa sangat dituntut dan diharapkan agar warisan tersebut tidak lenyap ditelan zaman. [6 markah]

1103/2

© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 7

SULIT

1103/2

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang berikut: (i)

Terminal Tiga karya Othman Puteh

( ii )

Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

( iii )

Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

( iv )

Bukit Kepong karya Ismail Johari

(v)

Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

( vi )

Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah

( vii ) Julia karya Abu Hassan Morad ( viii ) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a)

Satu aspek penting dalam penulisan sebuah novel ialah latar. Berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan latar masyarakat dalam novel tersebut. [8 markah]

(b)

Nyatakan empat nilai murni yang terkandung dalam novel-novel tersebut. [7 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2

© 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak

Set 2

[Lihat sebelah Halaman 8

Related Documents

Bm Kertas2 Set2
November 2019 19
Bm Sjk Kertas2 Set2
May 2020 15
Stpm Pam Kertas2 Set2
June 2020 7
Pmr Bi Kertas2 Set2
May 2020 20
Bm Sjk Kertas2 Set1
May 2020 14
Lts Bm 011 Set2
October 2019 24

More Documents from "Azman Bin Jaeh"

Pmr Science Paper 2 Set 2
October 2019 34
Upsr Mat K2 Set 1
October 2019 26
Spm Kimia K1 Set 3
November 2019 37
Pmr B Melayu Kertas 1 Set 2
October 2019 31
Spm M3t Kertas 1 Set 2
November 2019 33