Bm Fonetik

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm Fonetik as PDF for free.

More details

  • Words: 2,955
  • Pages: 20
NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

1.0

PENGENALAN Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang bunyi sebutan dalam

sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak. Jangka masa kajian adalah selama tiga minggu. Dalam kajian ini saya telah memilih seorang murid perempuan yang berusia lapan tahun sebagai responden kajian. Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam

dan manusia di sekelilingnya (Rice &

Woodsmall, 1988).

Bertutur melibatkan

proses

merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan mental

yang

menggerakkan

alat

pertuturan

untuk

mengeluarkan sesuatu bunyi bahasa yang bermakna dan difahami.Seorang kanak-kanak yang ingin bertutur perlulah melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat pertuturan yang disebut artikulator. Di dalam penguasaan kemahiran bertutur ini seorang ibu bapa perlulah memastikan kanak-kanak itu dapat bertutur dengan sebutan yang betul dari segi sebutan,intonasi serta menggunakan perkataan

dan ayat yang tepat. Ini bertujuan agar segala

perkataan dan ayat yang dilahirkan itu tidak disalah tafsirkan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kajian pendek. Beberapa instrumen kajian telah digunakan seperti latihan penyebutan bunyi , kata dan ayat untuk mengenal pasti masalah yang timbul .Instrumen _______________________________________________________________________ 1 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

pemerhatian juga digunakan untuk mengenal pasti minat kanak-kanak terhadap kajian ini dan respon kanak-kanak ini terhadap pengujian ini.

1.1

Carta Vokal

Menurut Goay,T.C. (2008) , bunyi Vokal ialah bunyi bahasa yang bersuara, iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan. Selain itu, semasa mengeluarkan bunyi vokal udara dari paru-paru keluar secara berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan suara. Dalam bahasa Melayu, terdapat enam vokal asli iaitu tiga vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang seperti diperlihatkan dalam carta vokal di bawah:

1.2

Carta Konsonan

Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Berikut merupakan carta bunyi konsonan Melayu yang dipetik daripada Abdullah Hassan (1980)

_______________________________________________________________________ 2 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

2.0

OBJEKTIF KAJIAN 2.1 Mengetahui tahap penguasaan bunyi kanak-kanak tersebut. 2.2 Meningkatkan minat kanak-kanak dalam bertutur dalam bahasa melayu 2.3 Mengenal pasti masalah-masalah sebutan yang timbul 2.4 Membantu murid tersebut mengatasi masalah sebutan

tersebut 3.0

MASALAH YANG DIKAJI 3.1 Masalah yang dikaji. Masalah yang sering hadapi murid tersebut ialah bila menyebut perkataan yang mempunyai huruf /r/ dibunyikan /gh/, misalnya ‘geram’, ‘barang’ dan ‘orang’ disebut (gegham), (baghang) dan (oghang). 3.2 Kajian Literatur 3.2.1

2 orang tokoh barat

1) Kajian oleh Charles Read bertajuk Children’s Categorization of Speech Sounds in English membuat kajian tentang Fonologi Bahasa Inggeris. (Artikel penuh rujuk dalam CD) _______________________________________________________________________ 3 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

2) Kajian oleh Ineke Mennen bertajuk “Phonetic and Phonological Influences in Non-native Intonation” mengenai pengaruh fonetik dan fonologi dalam intonasi di kalangan bukan penduduk tempatan (artikel penuh rujuk dalam CD) 3.2.2

2 orang tokoh tempatan

1) Kajian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan bertajuk Kajian Pelaksanaan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (artikel penuh rujuk dalam CD) 2) Kajian oleh Mohd Juraimi bin Ismail bertajuk” Masalah Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Membawa Kepada Kegagalan Penguasaan : (artikel penuh rujuk dalam CD) 3.2 Punca-punca Masalah Kesimpulan dari kajian-kajian di atas masalah sebutan timbul kerana beberapa punca. Antaranya ialah 3.2.1 Pengaruh bahasa ibunda 3.2.2 Bahasa Pasar/basahan 3.2.3 Bahasa Dialek /Daerah 4.0

Metodologi Kajian 4.1. Latar belakang 4.1.1Nama sekolah: SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai, Perak. 4.1.2 Darjah

: 2

4.1.3 Jantina

: Perempuan

4.1.4 Keluarga murid : 4.1.4.1 Bapa _______________________________________________________________________ 4 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Pekerjaan : Askar Tempat Lahir : Alor Setar, Kedah 4.1.4.2 Ibu Pekerjaan : Suri rumah tangga Tempat Lahir : Sungai Bakap, Pulau Pinang. 4.1.5 Fizikal murid, Ketinggian : 1.3 meter Berat :

30 kg

4.1.6 Lain-lain yang menyokong kajian Pernah mengikut bapa berpindah dari: a) Alor Setar , Kedah - 1997 – 2003 b) Permatang Pauh – 2004 – 2005 c) Kuala Lumpur – 2006- 2007 d) Bagan Serai , Perak – 2008 hingga kini Bilangan adik beradik : Anak Tunggal Hobi

: Membaca

4.2 Kaedah kajian Temu bual Rakaman 1 Tarikh : 22 September 2008 Masa

: 3.00 petang

Tempat : Sekolah Rakaman 2 Tarikh : 24 September 2008 Masa

: 3.00 petang

_______________________________________________________________________ 5 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Tempat : Sekolah Rakaman 3 Tarikh : 4 Oktober 2008 Masa

: 1.00 petang

Tempat : Rumah Responden

4.3 Batasan Kajian Kajian ini hanya menyelidik perkara yang berkaitan dengan masalah penyebutan atau pertuturan beberapa perkataan atau fonem terbatas kepada hanya seorang responden di SK Jalan Matang Buluh, Bagan Serai. Perak. Maklumat kajian diperoleh dari temu bual dengan murid (sampel) tersebut. Tempoh masa untuk kajian ini terhad untuk tempoh kurang dari 2 bulan. 5.0

Hasil Kajian 5.1 Perkataan

Kata kerja Bil. Ujaran Responden

Kategori Perkataan

Ujaran Bahasa Trankripsi Melayu

Fonetik

1. Ngaju nama khas raju 2. Ghohani Nama khas rohani 3. sempeghit Nama am semperit 4. oghang nama am orang 5. banghang Nama am barang 6. Ghumah Nama am rumah _______________________________________________________________________ 6 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

7. 8. 9. 10 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19 20. 21. 22.

kendughi haghi ghaya Ghamai keghepek gegham maghah sughuh cughi benghitahu heghan haghap ghasa gogheng segegha Baghu

Nama am Nama am Nama am Nama am Nama am kata kerja kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata kerja Kata adjektif Kata adjektif

kenduri hari raya ramai kerepek geram marah suruh curi beritahu hairan herap rasa goreng segera baru

5.3 Punca masalah Bahasa itu terdiri daripada sekumpulan dialek bersalingfahaman antara satu sama lain (Chambers dan Trudgill, 1980) Ciri kesalingfahaman ini merupakan asas penting yang menentukan sama ada sesuatu ragam (variety) itu dialek kepada satu bahasa yang sama ataupun terdiri sebagai satu bahasa tersendiri. Newton (1972) pula menyatakan kewujudan pelbagai dialek dalam sesuatu bahasa itu adalah akibat daripada perubahan yang berlaku dari segi sejarah ke atas satu bahasa yang asalnya seragam. Faktor ruang geografi dan waktu merupakan dua faktor utama yang menyebabkan terpecahnya bahasa asal kepada beberapa dialek keturunannya. Terdapat berbagai-bagai punca responden tersebut menyebut perkataan begitu. Sebabnya: 5.3.1 Jenis kawasan kediaman murid _______________________________________________________________________ 7 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Murid yang tinggal di kawasan kediaman yang menyediakan mereka peluang berbahasa Melayu dengan sebutan yang kurang tepat.

5.3.2 Peranan ibu bapa di rumah Penggunaan bahasa Melayu di rumah membantu murid menguasai bahasa Melayu yang tepat.. Walau bagaimanapun, majoriti ibu bapa murid tidak menggunakan bahasa Melayu yang baku Mereka sering kali bertutur dengan menggunakan dialek masing-masing. 5.3.3 Pengaruh Faktor Diri Murid ke Atas Sebutan Yang Betul Dalam Bahasa Melayu 6.7.1 Faktor diri murid meliputi kekerapan berbahasa Melayu yang tepat , sikap terhadap bahasa Melayu, minat berbahasa Melayu, pengaruh jiran, pergaulan dengan rakan yang berbahasa Melayu, dan minat membaca bahan bacaan dalam bahasa Melayu.

6.0

PEMBINAAN

MODUL

PENGAJARAN

UNTUK

MENGATASI

PERMASALAHAN SEBUTAN 6.1

Teori pembelajaran

Teori pembelajaran yang dipilih untuk mengajar permasalahan sebutan yang dihadapi oleh responden ialah Teori Pembelajaran Behaviourisme. Menurut ahli-ahli psikologi Behaviors , pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku yang berlaku pada diri seseorang individu _______________________________________________________________________ 8 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

yang disebabkan oleh pengalaman. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respons) organisma. Berasaskan pelaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi

diselitkan.

Menurut

Pavlov,

setiap

rangsangan

akan

menimbulkan gerak balas. Teori ini dikenali sebagai Teori Pelaziman Klasik Pavlov.

6.2 Perkaitan antara teori dan kaedah Kaedah yang dipilih ialah kaedah latih tubi. Murid tersebut ditayangkan slaid power point sebagai bahan rangsangan (stimuli) . Dalam slaid turut disediakan ikon speaker. Ikon tersebut apabila diklik akan membunyikan perkataan yang sedang dipaparkan. Murid tersebut akan mengikut sebutan perkataan yang betul mengikut slaid tersebut. Murid mengikut sebutan tersebut adalah sebagai tindak balas (respons) . Apabila diulang berkali-kali, murid tersebut semakin faham dan fasih untuk menyebut perkataan yang mengandungi fonem / r / . Ini disebut sebagai pelaziman . Kaedah latih tubi ini bersesuaian dengan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. 6.3 Alat Bantu Mengajar

_______________________________________________________________________ 9 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Guru mengajar dengan menggunakan Perisian Power Point. Alat Bantu Mengajar tersebut disimpan di dalam CD yang dilampirkan. 6.4 Rancangan pengajaran yang lengkap Masa

: 9.00-10.00 pagi

Tahun

:2

Mata Pelajaran

: Bahasa Melayu

Tema

: Haiwan

Tajuk

: Rama-rama Biru

Kemahiran ; Fokus Utama (FU): 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1

i. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan (FS): 1.2 Membaca dan menjawab tentang sesuatu perkara dengan bertatasusila Aras 1 _______________________________________________________________________ 10 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

iii. Menjawab secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai Perkataan yang perlu ditegaskan: Perkataan yang mengandungi fonem / r / Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: i)

Menyebut sekurang-kurangnya 5 perkataan dengan fonem / r / dengan tepat.

ii)

Dapat menjawab sekurang-kurangnya 3 soalan berkaitan dengan cerita yang diberi dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada Murid: Murid-murid pernah melihat rama-rama di sekitar kawasan mereka . Nilai-nilai Murni : Menghargai, bersungguh-sungguh. Alat Bantu Mengajar : Perisian “Power Point” KBKK : Menjana idea, menyesuaikan dan melabelkan. Penggabungjalinan Mata Pelajaran : Pendidikan Seni dan Pendidikan Muzik LANGKAH

ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN - Guru meminta murid -Menyanyi bersama murid menyanyi mengikut slaid dan bersoal jawab tentang “Power

Set Induksi

Point”

yang rama-rama.

dipaparkan

9.00 – 9.05 - Memperkenalkan tajuk - Memperkenalkan tajuk _______________________________________________________________________ 11 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

pagi (5 minit)

pada hari ini;

pada hari ini iaitu “Rama-

“Rama-rama Biru”

rama Biru”. - Murid diminta mengeja dan menyebut tajuk yang dipaparkan dalam perisian “Power Point”

-

Guru

“Power

memaparkan - Guru membaca cerita Berdasarkan Point”

yang sebaris demi sebaris dan Teori

disediakan. (Rujuk CD)

murid

mengikut

bacaan Pembelajaran

guru. Langkah 2 9.05pagi

-

9.15

Behaviourisme,

Guru

membetulkan guru

sebutan murid.

menggunakan kaedah latih-tubi

(10 minit)

untuk menyebut perkataan

dan

ayat

dengan

fonem

/

r

/

sehingga murid boleh menyebutnya dengan tepat

Langkah 3 9.15 – 9.30 pagi

Latih-tubi

perkataan -Guru

dengan fonem /r/.

meminta

menyebut

murid Kaedah

perkataan Latih- tubi.

tersebut

berulang

sehingga

murid

kali dapat

_______________________________________________________________________ 12 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

(15 minit)

Langkah 4 9.30 9.45pagi (15 minit)

Dari

Rindu

menyebutnya

Tidur

Terbang

betul dan tepat.

Rama-

Mencari

rama

Menari

Ruru

Riang

Riri

gembira

- Bersoal jawab tentang – cerita yang dibaca.

Guru

dengan

bersoal murid

dengan

jawab tentang

Soalan:

cerita yang telah dibaca

i) Apakah warna Riri?

untuk menguji ingatan dan

ii) Rama- ada berapa kefahaman murid. kaki? iii)

Bagaimana

rama-

rama bergerak? iv) Siapakah yang Riri rindu? v) Apakah warna Ruru? vi) Apakah yang sedang Ruru lakukan? vii)Mengapakah

mereka

gembira? - Melabelkan gambar

-

Guru

mengedarkan

rama-rama.

lembaran

i) mata

mengandungi

ii) kaki

rama-rama.

iii) kepak

- Murid-murid dikehendaki

kerja

yang gambar

Langkah 4 iv) sesungut melabelkan bahagian _______________________________________________________________________ 13 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

yang 9.45 9.55pagi

mempunyai

petak

kosong.

(10 minit)

- Setelah siap melabelkan, Pengintegrasian: murid-murid

hendaklah Seni Visual

mewarnakan Rama-rama Biru sesuai dengan tajuk cerita.

-Guru

meminta

murid -. Guru meminta murid

menyanyi lagu dalam set menyanyi lagu dalam set Penutup

induksi

9.55 – 10.00 pagi (5 minit)

tadi

sambil induksi

memastikan

sambil

murid memastikan

menyebut dengan

tadi

murid

perkataan menyebut fonem

/

r

dengan tepat

perkataan

/ dengan fonem / r / dengan tepat -

Guru

memberi

penghargaan murid

tersebut

kepada sambil

memberi galakan supaya murid

tersebut

dapat

menuturkan fonem / r / dengan tempat sepanjang masa.

6.5 Proses

Uji

kaji

atau

Eksperimen

mengikut

Rancangan

Pengajaran _______________________________________________________________________ 14 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Rakaman dibuat untuk membuktikan murid tersebut dapat menuturkan perkataan yang mempunyai fonem / r / dapat disebut dengan tepat. Ia turut dilampirkan dalam CD.

6.6 Refleksi Setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan ke atas responden yang dikaji, jelas sekali responden tersebut mula menyedari yang dia selaku menuturkan fonem / r / dengan sebutan yang salah. Setelah aktiviti latih tubi mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas, responden dapat mengatasi masalah sebutannya. Secara kesimpulan, !00% objektif yang disasarkan dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) di atas berjaya malah keputusan yang dicapai melebihi dari objektif kerana responden tersebut dapat menyebut semua perkataan dengan fonem / r / dengan tepat.

7.0

CADANGAN LANGKAH-LANGKAH

Berdasarkan kepada dapatan utama kajian ini, berikut disenaraikan cadangan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan permasalahan sebutan fonem dan perkaitan di kalangan murid: 7.1

Pihak

sekolah

dan

guru

bahasa

Melayu

perlu

diberi

kemahiran

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran supaya pengajaran dan _______________________________________________________________________ 15 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan selain daripada kaedah latih tubi yang digunakan secara meluas di sekolah 7.2 Latihan praperkhidmatan atau program latihan dalam perkhidmatan perguruan perlu menitikberatkan pengajaran fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Manakala guru bahasa Melayu yang bukan beropsyen bahasa Melayu perlu diberi latihan tentang pendekatan dan kaedah pengajaran fonetik dan fonologi bahasa Melayu. 7.3 Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan bahasa Melayu, iaitu bukan sahaja terhad dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan semasa berinteraksi

dengan guru Melayu, tetapi juga perlu digalakkan dalam

berkomunikasi dengan guru bukan Melayu, masyarakat luar dan mengeratkan perpaduan antara kaum. Pihak pengurusan sekolah perlu memikirkan cara meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti sokongan bagi menjayakan pelaksanaan bahasa Melayu. 7.4 Pihak pengurusan sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk murid menguasai bahasa Melayu seperti menyediakan sudut bercerita bagi bahasa Melayu, dan bahan bacaan secara audio bahasa Melayu yang menarik di perpustakaan atau pusat sumber. Bagi guru bahasa Melayu di luar bandar, bahan bantu mengajar di sekolah perlu disediakan dengan bahan yang terkini. 7.5

Pihak ibu bapa perlu diberi kesedaran tentang mengadakan tindakan

susulan di rumah bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Melayu anak

_______________________________________________________________________ 16 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

mereka iaitu dengan menggalakkan anak mereka berbual dengan mengguna bahasa Melayu baku. 7.6 Pihak pengurusan sekolah perlu memberi penekanan kepada peningkatan penguasaan fonetik bahasa Melayu bagi meningkatkan minat dan penguasaan mereka dalam bahasa Melayu.

8.0

PENUTUP

Kajian ini telah mengenal pasti faktor persekitaran , peranan ibu bapa dan faktor murid sendiri yang mempengaruhi permasalahan sebutan

bahasa Melayu di

sekolah. Faktor ini didapati berkait rapat di antara satu sama lain dalam mempengaruhi permasalahan sebutan bahasa Melayu di sekolah . Sebahagian daripada faktor ini dikenal pasti mempunyai pengaruh ke atas peningkatan pelaksanaan bahasa Melayu dan sebahagiannya lagi menjadi penghalang kepada permasalahan sebutan dalam bahasa Melayu .Sebahagian daripada cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini ialah untuk menangani faktor yang menghalang kebolehan murid tersebut mengatasi permasalahan sebutan dalam bahasa Melayu Oleh itu langkah yang berkesan dengan berpandukan cadangan yang dikemukakan itu perlu diteliti dan diberi perhatian oleh semua _______________________________________________________________________ 17 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

pihak yang bertanggungjawab sama ada di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia , sekolah , ibu bapa mahupun masyarakat keseluruhan amnya.

7.0 BIBLIOGRAFI Abdullllah Hassan,, (1980).. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia.. K..L..::Fajar Bakttii.. Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs. Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd Ashman, A. and Elkins, J. (eds.). (1994). Educating Children with Special Needs. Sidney: Prentice Hall of Australia Pty Ltd Azman Wan Chiik, (1987).. Editted:Isu-Isu Dallam Pengukuran Dan Penilaian Bahasa Malaysia.. Kuala Lumpur: DBP. _______________________________________________________________________ 18 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

Chambers, J.k. dan P. Tungill (1980) Dialectologi.Cambridge. Cambridge University Press Chambers, J.k. dan P. Tungill 980 Dialectologi.Cambridge. Cambridge University Press Goay,T.C (2008) Teks Pra-U STPM Bahasa Melayu Kertas 1. Selangor.Longman Koh Boh Boon..(1989).. Analisis Kadar Penguasaan Bakal Guru Bahasa Malaysia dalam Penggunaan Kata Kerja,, Kata Sifat Adverba dan Kata Nama,, Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia''.. Kuala Lumpur:: DBP. Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press Newton, B. 1972. The Generative interpretation of dialect. A study of modern Greek fonology. Cambridge . Cambridge University Press Ramiinah Sabran..(1983).. `Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu Dii Kalangan Guru Pelatih,,'' M.Ed.. Thesiis,, Facullty of Educattiion, Uniiversiitty of Mallaya.. Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Samarudin Rejab , Nazri Abdullah (1993), Panduan Menulis Tesis , Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

_______________________________________________________________________ 19 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NOR BAHIYAH BT MD. RAFIDI (710403-08-5982) _____________________________________________________________________________________________________ _

LAMPIRAN

_______________________________________________________________________ 20 _ HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Related Documents

Bm Fonetik
May 2020 14
Fonetik
April 2020 11
Fonetik
May 2020 15
Fonetik & Fonologi2
November 2019 22
Fonetik Fonologi.docx
December 2019 24
Bm
May 2020 47