Fonetik & Fonologi2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fonetik & Fonologi2 as PDF for free.

More details

  • Words: 587
  • Pages: 19
FONETIK & FONOLOGI

Alat – alat Artikulasi…

Alat-alat Artikulasi

1) Bibir atas 2) Bibir bawah 3) Gigi atas 4) Gigi bawah 5) Gusi 6) Lelangit keras 7) Lelangit lembut 8) Anak tekak 9) Hujung lidah 10) Hadapan lidah

1) Tengah lidah 2) Belakang lidah 3) Akar lidah 4) Epiglotis 5) Pita suara 6) Rongga tekak 7) Rongga hidung 8) Rongga mulut 9) Rahang 10)Tenggorok (halkum)

Fungsi Alat Artikulasi

ORGAN YANG MENGHASILKAN BUNYI BAHASA

PARU-PARU • Udara yang masuk ke paru-paru ditekan keluar oleh paru-paru • Udara merupakan unsur yang aktif dalam menghasilkan bunyi bahasa

RONGGA RENGKUNG/ KOTAK SUARA • Agak kompleks keadaannya, ia terdiri dari 9 keping tulang rawan. • Dalam rongga rengkung inilah terletaknya halkum • Dalam halkum itulah terletaknya sebuah kotak suara yang penting dalam penghasilan bunyi

EPIGLOTIS • Merupakan anak tekak yang terdiri dari sekelompok otot yang berbentuk bujur daun yang boleh bergerak ke depan atau ke belakang untuk menutup rongga rengkung • Ia juga boleh digerakan untuk menyempitkan atau meluaskan rongga rengkung

RONGGA TEKAK • Bermula dari rongga rengkung atau halkum membawa ke rongga hidung • Panjangnya lebih kurang 15cm • Otot dinding organ ini boleh dikuasai untuk meluas atau menyempitkan rongga tekak tersebut • Langit lembut boleh diangkat untuk menutup rongga hidung @ diturunkan iuntuk mengalirkan udara • Pergerakan ini sangat penting untuk menghasilakn bunyi bahasa

ORGAN SEBUTAN

LIDAH • Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. • Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. • Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. • Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. • Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.

GIGI • Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. • Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. • Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.

BIBIR • Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. • Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. • Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. • Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.

GUSI • Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. • Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.

LELANGIT • Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. • Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. • Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. • Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung

RONGGA HIDUNG • Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. • Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

PITA SUARA • Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. • Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

Pita suara tertutup

Pita suara terbuka

Pita suara disempitkan (bunyi yang dihasilkan berbisik)

SEKIAN TERIMA KASIH….

Related Documents

Fonetik & Fonologi2
November 2019 22
Fonetik
April 2020 11
Fonetik
May 2020 15
Bm Fonetik
May 2020 14
Fonetik Fonologi.docx
December 2019 24