Bm-ayat Dan Klausa

  • Uploaded by: Mihevoli
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bm-ayat Dan Klausa as PDF for free.

More details

  • Words: 503
  • Pages: 12
AYAT & KLAUSA NOORFADILLAH AKMA BINTI DESA NUR SUHAILAH BINTI SHAHRIL FATIN LIYANA BINTI HAMZAH MOHD FIRDAUS BIN FADZIL

KLAUSA • Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa. • Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat. • Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas. • Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan dengan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut: Klausa

Ayat

Subjek

Predikat

Subjek

Predikat

budak itu

mendengar radio

Budak itu

Mendengar radio.

mereka

ke pantai

Mereka

ke pantai.

Klausa Tak Bebas • Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dengan klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat. • Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.

• Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama. – Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan dengan teliti terlebih dahulu. – Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga. – Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.

• Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk. • Ini kerana ayat-ayat ini mempunyai dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas. • Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.

AYAT • Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. • Satu ayat boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil iaitu klausa, rangkai kata,kata dan morfem. • Merupakan satu bentuk yang didahului dan diakhiri oleh kesenyapan.

FONEM

FRASA

MORFEM

PERKATAAN

KLAUSA

KATA

AYAT

Penjenisan Ayat • Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. • Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan. • Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif. • Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.

SUSUNAN AYAT • Ayat bukan sahaja dapat dilihat dari segi unsur yang mendirika ayat tetpi juga dari segi susunan unsur-unsur itu. • JIk dilihat dari sudut ini, ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang. • Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.

• Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang. • Pendepanan boleh melibatkan bahagianbahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.

Contoh ayat • Adik-adik saya mandi lagi di sungai itu. • Mandi lagi adik-adik saya di sungai itu (FK mandi lagi didepankan). • Ahmad ke Langkawi dengan keluarganya. • Ke Langkawi Ahmad dengan keluarganya (FS ke Langkawi didepankan).

Related Documents

Bm-ayat Dan Klausa
May 2020 30
Dan
April 2020 66
Dan
August 2019 69
Dan
June 2020 37
Dan
June 2020 39
Dan
May 2020 46

More Documents from ""