Bincangkan Keistimewaan Pendidikan Yang Diterima Oleh Para Sahabat Dengan Merujuk Buku.docx

  • Uploaded by: Aidil SHazwan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bincangkan Keistimewaan Pendidikan Yang Diterima Oleh Para Sahabat Dengan Merujuk Buku.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 405
  • Pages: 1
bincangkan keistimewaan pendidikan yang diterima oleh para sahabat dengan merujuk buku "Pertunjuk Sepanjang Jalan" oleh al-Syahid Sayed Qutub. Anda boleh juga merujuk buku-buku yang lain untuk perbincangan lanjut yang bersesuaian.

Para sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan Rasulullah SAW kerana para sahabat inilah yang banyak menyokong serta membantu dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atas perintah Allah SWT. Pada zaman Rasulullah dan Sahabat, al-Quran merupakan sumber rujukan yang paling utama dan juga sebagai sumber dakwah yang memberi petunjuk kepada umat manusia agar mengikuti apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Merujuk didalam bukuk “PetunjukSepanjang Jalan” oleh al-Syahid Sayed Qutub ada meyatakan bahawa sumber pokok yang diambil oleh generasi pertama iaitu generasi para sahabat ialah Al-Quran. Hadis Rasulullah SAW adalah semata-mata merupakan pentafsiran kepada sumber utama itu. Ketika Assaiyidah `Aisyah Radhiallahu'anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan perjalanan hidup Rasulullah SAW maka beliau menjawab: yang bermaksud: “kelakuan dan perjalanan hidup beliau [Rasulullah SAW] itu ialah Al-Quran” (hadis riwayat Nasai’). Tujuan Rasulullah SAW mengarahkan supaya sumber panduan dan pengajaran generasi pertama iaitu generasi para sahabat hanya terbatas kepada al-Quran sahaja supaya jiwanya melurus ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Hal ini juga bertujuan untuk membentuk satu generasi yang bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangannya, bersih perasaannya dan murni jalan hidupnya mengikut lanadasan ilahi yang terkandung di dalam al-Quran. Antara keistimewaan pendidikan yang diterima oleh para sahabat adalah dengan hanya menerima panduan daripada sumber yang tunggal itu sahaja iaitu sumber daripada al-Quran. Oleh kerana itulah generasi itu telah berhasil membentuk sejarah gemilang di zamannya. Para sahabat di dalam generasi pertama itu tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan hanya untuk mencari pelajaran, ilmu dan bahan bacaan semata-mata, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan. Bahkan mereka pelajari Al-Quran itu dengan maksud untuk mempelajari bagaimanakah arahan dan perintah Allah SWT dalam urusan kehidupan peribadi dan hidup bermasyarakat. Mereka belajar untuk dilaksanakan serta merta seperti seorang tentera yang menerima, “arahan harian” atau “surat pekeliling” bagi dilaksanakan perintah dengan serta merta. Cara penerimaan pendidikan sebeginilah yang menambah luasnya ma'rifat dan pengalaman mereka dari ajaran Al-Quran. Oleh itu, sistem atau cara penerimaan pendidikan yang diterima oleh para sahabat boleh dijadikan sebagai panduan kepada kita dengan mengambil contoh para sahabat yang mendekatkan diri dengan al-Quran bukan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran dan ilmu semata-mata tetapi bertujuan untuk mengetahui tentang arahan dan perintah Allah SWT serta mengaplikasikan dengan serta merta apa yang telah mereka pelajari di dalam kehidupan mereka.

Related Documents


More Documents from "zuhadisaarani"