KISAH PAR A SAHAB AT BY SAUDA RA HA FIZUL
Islamnya Abu Zar Ghifari
.
Contoh Takwa Yang Dipertunjukkan Oleh Umar
ISLAMNYA ABU ZAR GHIFARI
Kata Ali r.a.hu. “ Abuzar ialah penyimpan jenisjenis ilmu pengetahuan yang tak dapat diperolehi oleh orang lain ”
Apabila dia mula-mula mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW,dia telah menghantar saudara lelakinya menyiasat dgn. lebih lanjut mengenai orang yang mendakwa menerima berita dari langit.Setelah puas menyiasat,saudaranya pun melaporkan kepada Abu Zar bahawa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang bersopan santun dan baik budi pekertinya.Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.
Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Zar.Dia sendiri keluar utk. mencari kenyataan.Setibanya di Makkah,dia terus ke Baitul Haram.Pada masa itu dia tidak kenal Nabi SAW,dan memandangkan keadaan pada masa itu dia merasa takut hendak bertanya-tanya darihal Nabi SAW.Apabila menjelang malam,dia dilihat oleh Ali RA.Oleh kerana ia seorang musafir,Ali terpaksa membawa Abu Zar ke rumahnya dan melayani Abu Zar sebaik-baiknya sebagai tetamu.Ali tidak bertanya sesuatu apa pun dan Abu Zar bagi dirinya tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah.Pada keesokkan harinya,Abu Zar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad.Sekali lagi Abu Zar gagal menemui Nabi kerana pada masa itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin.Pada malam yang keduanya,Ali membawa Abu Zar kerumahnya.Pada malam itu pun Ali tidak bertanya hal diri Abu Zar.Tetapi pada malam ketiga,Ali bertanya:
"Saudara,apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?" Sebelum menjawab Abu Zar meminta Ali berjanji bercakap benar. Kemudian dia pun bertanya Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: "Sesungguhnya dialah pesuruh Allah.Esok engkau ikut sahaja aku dan aku akan membawamu menemuinya.Tetapi awas,bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau perhubungan kita diketahui orang.Semasa berjalan esok,kalau aku dapati bahaya mengancam kita,aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan kasut aku.Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak mengesyaki perhubungan kita."
Pada keesokkan harinya,Ali pun membawa Abu Zar bertemu dgn. Nabi SAW.Tanpa banyak soal jawab,dia telah memeluk agama Islam.Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh,Nabi SAW menasihatkannya supaya cepat-cepat balik dan jangan mengistiharkan pengislamannya di khalayak ramai.Tetapi Abu Zar menjawab dgn. berani " "Ya Rasullulah,aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya,bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu." Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya.Selepas ia meninggalkan baginda,dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di mana dihadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia telah mengucapkan dua kalimah syahadah. "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah."
Apatah lagi,demi mendengarnya ucapan Abu Zar itu,orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya.Kalau tidak kerana Abbas(bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam)tentulah Abu Zar menemui ajalnya disitu. Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu zar: "Tahukah kamu siapa orang ini?Dia ialah dari puak Ghifar.Khafilahkhafilah kita yang berulang-alik ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka.Kalaulah ia dibunuh,sudah tentu mereka menghalang perniagaan kita dengan Syam." Pada hari berikutnya,Abu Zar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah dihadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.
Kegairahan Abu Zar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luarbiasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya.Apakah dia boleh dituduh sebagai telah mengingkari perintah Nabi?Jawapannya-TIDAK.
Dia tahu bahawa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam.Dia hanya hendak mencontohi Nabi SAW walaupun ia mengetahui,dengan berbuat demikian dia mendedahkan dirinya dalam bahaya.Semangat keislamannya yang beginilah yang telah membolehkan para sahabat mencapai kemuncak kejayaan dalam alam lahiriyah serta batiniyah.
Keberanian Abu Zar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam merangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah. Kekejaman,penganiyaan serta penindasan tidak semestinya melemahkan semangat mereka yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.
TAKWA SAIDINA UMAR Umar r.a.hu kerap memegang sehelai jerami sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dapat menjadi jerami seperti ini." Kadang-kala dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak dilahirkan oleh ibuku!“ Pada suatu ketika Umar sedang sibuk dengan urusan yang penting. Tiba-tiba datang satu hamba Allah dengan satu pengaduan yang berkehendakkan pembetulan. Oleh Umar dicemetinya orang itu di bahagian bahunya. Umar berkata: "Bila aku duduk hendak menerima pengaduan engkau tidak datang tetapi bila aku sibuk dengan urusan penting engkau datang mengganggui aku."
Tanpa berkata apa-apa orang itu pun meninggalkan Umar. Sejurus kemudian ia dibawa ke hadapan Umar sekali lagi. Sambil mengunjukkan cemeti tadi padanya Umar berkata: "Pukullah aku sebagai membalas perbuatan tadi." "Kata orang itu: "Saya mengampuni awak kerana Allah s.w.t.“ Kekesalan Umar tidak dapat dibayangkan. Dengan cepat dia kembali ke rumahnya lalu mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Dia mengkritik dirinya sendiri seperti berikut: "Wahai Umar, dahulu kedudukanmu rendah tetapi kini telah ditinggikan oleh Allah s.w.t.. Dahulu kamu sesat tetapi kini telah dipimpin oleh Allah s.w.t. dan Dia telah memberi kamu kuasa ke atas hamba-hambaNya. Apabila salah seorang daripada mereka datang untuk mendapat keadilan ia dipukul dan disakiti. Apakah alasan yang hendak kamu berikan di hadapan Allah s.w.t.?"
Soalan ini dihadapkan kepada dirinya bukan sekali malah beberapa kali. Pada suatu malam Umar sedang meronda di suatu tempat dipersekitaran kota Madinah dengan hambanya Aslam. Tiba-tiba kelihatan cahaya api tidak jauh dari tempat mereka berada. Dia berkata: "Nun di tengah-tengah padang pasir nampaknya ada khemah, mungkin kepunyaan suatu khalifah yang tidak dapat memasuki kota kerana kegelapan malam. Mari kita uruskan perlindungan mereka.“ Setibanya mereka di tempat perkhemahan itu, yang kelihatan hanyalah seorang perempuan dengan beberapa orang anaknya. Si ibu tadi sedang menjerang secerek air, sambil memberi salam dia meminta izin untuk mendekatinya.
Umar: "Mengapa kanak-kanak ini menangis“ Perempuan: Kerana mereka lapar“ Umar: "Apa yang ada di dalam cerek itu?“ Perempuan: "Hanya air untuk memperdayakan mereka supaya mereka tidur dengan sangkaan yang makanan sedang disediakan untuk mereka. Ah, Allah s.w.t. akan mengadili pengaduanku terhadap Umar pada hari kiamat nanti kerana membiarkan aku didalam keadaan begini.“ Umar (Menangis)"Semoga Allah s.w.t. mengampuni kamu tetapi bagaimanakah Umar hendak mengetahui tentang penderitaan kamu!“ Perempuan:"Orang yang menjadi Amir patut tahu akan keadaan setiap rakyatnya.“
Umar balik kekota dan terus ke Baitulmal. Dia mengisikan sebuah karung dengan tepung, buah tamar, minyak dan kain baju. Dia mengeluarkan juga sedikit wang. Apabila karung tadi telah penuh Umar pun berkata kepada Aslam: "Letakkan karung ini keatas belakangku Aslam“ Aslam: "Tidak, tidak, ya Amirul Mu'minin! Biar saya yang memikulnya“ Umar: "Apa! Adakah engkau yang akan memikuli dosaku dihari kiamat kelak? Aku terpaksa memikulinya kerana akulah yang akan dipersoalkan nanti mengenai perempuan ini“ Dengan perasaan serba salah Aslam meletakkan karung itu diatas belakang Umar. Dengan diikuti oleh Aslam dia telah berjalan dengan pantas menuju khemah perempuan itu. Dia memasukkan sedikit tepung, buah tamar dan minyak kedalam cerek tadi lalu mengacaunya. Dia sendiri meniup bara untuk menyalakan api. Kata Aslam: "Saya melihat asap mengenai janggutnya"
Sebentar kemudian makanan itu pun siaplah. Umar sendiri menghidangkan kepada keluarga miskin itu. Selepas kenyang perut kanak-kanak itu, mereka pun bermainlah dengan gembiranya. Melihat keadaan anak-anaknya, perempuan itu pun berkata: "Semoga Allah s.w.t. memberi ganjaran kepada kamu kerana kebaikan hatimu. Sesungguhnya kamu lebih layak memegang jawatan khalifah daripada Umar.“ Umar melipurkan hati perempuan itu lalu berkata: " Apabila kamu datang berjumpa dengan khalifah, kamu akan menjumpai aku disana.” Setelah melihat kanak-kanak itu bermain beberapa ketika, Umar pun beredar dari situ. Dalam perjalanan pulang Umar telah bertanya kepada Aslam: "Kamu tahu tak mengapa aku duduk disitu beberapa ketika?"Aku ingin melihat mereka bermain-main dan gelak ketawa kerana kesukaan setelah melihat mereka menangis kelaparan."
Mengikut riwayat ketika mengerjakan solat fajar Umar sering membaca SURAH "KAHF, TAHA" dan lain-lain surah yang hampirhampir sama dengan surah-surah itu. Waktu inilah dia kerap menangis sehingga tangisannya jelas kedengaran beberpa saf kebelakang. Pada suatu subuh ketika membaca ayat SURAH "YUSUF" yang bermaksud: Hanya aku mengadukan kesusahanku dan kedukacitaanku kepada Allah. (SURAH YUSUF-86) Dia telah menangis teresak-esak sehingga tidak dapat meneruskan pembacaannya.
Wahai kaum muslimin, kisah-kisah Umar yang baru saja diceritakan sepatutnya dijadikan bahan rujukan oleh kita bersama. Umar diketahui umum merupakan kesatriaan Islam yang terkenal kerana gagah beraninya. Namanya saja sudah dapat mengecutkan perut pemusuh-pemusuh Islam. Namun demikian dihadapan Allah s.w.t. dia menangis ketakutan. Dimanakah seorang Raja atau Pemimpin negara yang bersedia menunjukkan belas rahimnya kepada seorang hamba rakyatnya yang hina seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Umar? Demikianlah kesucian, kemurnian dan ketinggian sopan santun yang dikehendaki oleh Islam, Agama yang kita semua akui sebagai penganut-penganutnya.