Situasi Qawaid.docx

  • Uploaded by: Aidil SHazwan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Situasi Qawaid.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,146
  • Pages: 4
‫مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية األفـظ‬ Berdasarkan kaedah ini, antara situasi yang berkaitan dengan kaedah ‫مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية‬ ‫ األفـظ‬adalah tentang talak. Hal ini kerana, dalam kaedah ini ada menyebutkan tentang sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya. Sesuatu lafaz atau perbuatan yang dilakukan oleh seseorang akan menjadi terbatal jika lafaz atau perbuatan tersebut tidak sama atau selari dengan apa yang diniatkannya. Perkara tersebut ada dinyatakan di dalam hadis berkaitan segala perkara yang dilakukan haruslah berdasarkan niat khususnya dari segi amalan yang dilaksanakan.

َّ ‫ع َم َر ْب هن ا ْل َخ‬ َ ‫ير ا ْل ُم ْؤ هم هن‬ ‫ “إنَّ َما‬:‫ّللاه يَقُو ُل‬ ُ ‫ين أَبهي َح ْفص‬ َ :‫ب قَا َل‬ َّ ‫سو َل‬ ُ ‫س هم ْعت َر‬ ‫طا ه‬ ‫ع َْن أ َ هم ه‬ ‫سو هل هه‬ ُ ‫ّللاه َو َر‬ َّ ‫ فَ َم ْن كَا َنتْ هه ْج َرتُهُ إلَى‬،‫ام هرئ َما نَ َوى‬ ْ ‫ َو هإنَّ َما هلك هُل‬،‫ْاْل َ ْع َما ُل هبالنهيَّاته‬ ُ‫ام َرأَة يَ ْن هك ُح َها فَ هه ْج َرتُه‬ ُ ‫ّللاه َو َر‬ َّ ‫فَ هه ْج َرتُهُ إلَى‬ ْ ‫ َو َم ْن كَانَتْ هه ْج َرتُهُ هل ُد ْنيَا يُ هصيبُ َها أ َ ْو‬،‫سو هل هه‬ ‫”إلَى َما َها َج َر إلَ ْي هه‬ Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.’ (hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas telah dinyatakan tentang niat adalah penting untuk membezakan antara ibadat dengan adat. Niat itu penting untuk membezakan antara amalan yang ditujukan kepada Allah SWT atau kepada selain Allah SWT. Ibadah seperti solat dan puasa wajib diniatkan kepada Allah SWT agar diterima-Nya.

Perkara atau amalan yang diharuskan oleh syara’, jika ditujukan kepada Allah SWT akan menjadi amalan ibadah, menghampirkan seseorang dengan-Nya dan akan diberi pahala oleh-Nya. Contohnya makan minum, memberi nafkah kepada keluarga dan bergaul dengan isteri . Semua itu dikira ibadah sekiranya dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Berbalik kepada situasi tadi, apabila seorang wanita mempunyai nama seperti thaliq yang bermaksud talak ataupun nama lain yang mempunyai maksud sama seperti talak. Jika suami kepada wanita tersebut memanggilnya dengan menyebut “Thaliq” tanpa ada niat untuk menceraikannya, maka talak tersebut tidak jatuh. Hal ini berlainan pula jika suaminya memanggil nama isterinya Thaliq dengan niat untuk menceraikannya, maka talak tersebut jatuh dan lafaz talak tersebut sah kerana lafaz dan niat mempunyai matlamat atau tujuan yang sama. Selain itu, jika seorang suami berkata kepada isterinya “awak sudah tiada hubungan dengan saya” atau “ awak keluar dari rumah ini selama-lamanya” atau seumpamanya. Lafaz-lafaz seumpama ini dianggap sebagai lafaz kinyah (kiasan) yang mana lafaz-lafaz tersebut menunjukkan suami mahu menceraikan atau menjatuhkan talak kepada isterinya. Jika niat adalah untuk menceraikan isterinya, maka terjatuhlah talak manakala jika suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya , maka talak tersebut tidak jatuh.

Begitu juga jika seseorang lelaki berkahwin dengan niat tidak mahu menyerahkan mahar kepada isterinya, maka kebanyakkan ulama’ menyatakan perkahwinan tersebut terbatal kerana lafaz dan perlakuan yang dilakukan tidak sama dengan apa yang diniatkan. Ia berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menikahi seorang wanita dengan mahar tertentu, sedangkan ia berniat untuk tidak menyerahkan mahar tersebut kepadanya, maka ia adalah penzina". (riwayat al Bazzar dan al-Baihaqi).

Daripada Abu Hurairah rahimahullah berkata: "Nabi SAW menganggap pembeli (orang yang berhutang) dan lelaki yang menikah bila keduanya berniat untuk tidak menunaikan kewajipannya bagaikan orang yang berzina dan mencuri, sehingga dosanya sama besarnya dengan dosa penzina dan pencuri". (rujuk Al Fatawa Al Kubra 6/59).

Ibnu Taimiyyah r.h berkata: "Sesungguhnya niat dan keyakinan sentiasa diperhitungkan dalam setiap perbuatan dan tradisi, sebagaimana keduanya sentiasa diperhitungkan dalam setiap amal ibadah.

"Niatlah yang menjadikan suatu perkara halal atau haram, sah atau rosak/ batal, atau sah dari satu sisi dan batal dari sisi lain. Sebagaimana niat dalam amalan ibadah menjadikannya wajib, atau sunah atau haram atau sah atau rosak/batal". (rujuk Al-Fatawa Al-Kubra 6/54)

Perkara tersebut sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW iaitu :

ُ‫ع َم َل هل َم ْن الَ نهيَّةَ لَه‬ َ َ‫هإنَّهُ ال‬ Maksudnya : Sesungguhnya tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat. (Hadis riwayat al-Baihaqi dlm Sunan al-Baihaqi).

Dalam situasi ibadah pula, niat dan lafaz perlu ada persamaan ataupun membawa kepada matlamat dan tujuan yang sama. Jika seseorang itu mengeluarkan zakat tetapi dalam penyerahan wang tersebut, dia telah meniatkannya untuk sedekah dan bukan untuk zakat. Maka ibadah zakat tersebut tidak sah dan ia hanya dianggap sebagai sedekah sahaja. Hal ini kerana lafaz atau perbuatan yang dilakukan dengan apa yang diniatkan itu tidak bersangkutan. Tujuan dan matlamat haruslah sama dan saling bersangkutan antara lafaz dan niat. Jika seseorang mengerjakan suatu ibadah dengan niat murni untuk mendapatkan dunia. Misalnya menjadi muazin dengan niat agar diberi wang atau menjadi imam masjid agar digaji semata-mata tanpa ada niat langung kerana Allah SWT, maka orang yang seperti ini batal (tidak diterima) ibadahnya dan terjatuh ke dalam syirk qasd (syirk dalam hal tujuan),perkara tersebut ada dinyatakan dalam ayat quran :

“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka Balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.--Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.” (terjemah Huud: 15-16).

Walaubagaimanapun, jika Seseorang yang dalam ibadahnya bertujuan untuk taqarrub kepada Allah namun ada juga tujuan duniawi yang hendak diperolehnya, maka ia dibolehkan. Sepatutnya setiap apa berbuatan atau amalan yang dilaksanakan haruslah bertujuan kerana Allah SWT supaya lafaz atau perbuatan yang kita laksanakan tidak menjadi sia-sia, bahkan kita bukan sahaja mendapat nikmat di dunia malah mendapat juga nikmat di akhirat kelak. Misalnya, Ketika melakukan thaharah (bersuci), disamping niatnya beribadah kepada Allah, ia juga berniat untuk membersihkan badan.

Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

‫ت‬ ‫النيَا ه‬ ‫إهنَّ َما اْلَ ْع َما ُل به ه‬ Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. (Riwayat al-Bukhari).

Berdasarkan hadis ini, kita maklum bahawa niat merupakan perkara yang amat penting kerana ia yang akan menentukan tujuan amalan tersebut. Sebagaimana niat memberi kesan dalam ibadah dan munakahat, ia juga turut berperanan dalam muamalat dan perniagaan. Contohnya ialah pemberian harta kepada orang lain sekalipun perbuatannya nampak sama tetapi penilaiannya adalah berbeza berdasarkan niat si pemberi. Pemberian itu ada berbagai tujuan di antaranya ialah hibah, zakat, sedekah, kafarah dan sebagainya. Kaedah ini memberi kefahaman bahawa niat menjadi syarat utama sah atau batalnya sesuatu perkara itu atau diberi pahala ataupun dosa. Untuk itu amalan yang tidak disertai dengan niat tidak mendatang apa-apa kesan.

Related Documents

Lirik Situasi
April 2020 25
Situasi Politik1
June 2020 22
Situasi Qawaid.docx
June 2020 16
Kajian Situasi Ppt.pptx
November 2019 22

More Documents from "darin"