6.3:Keistimewaan Bangunan Istemewanya masjid ini ialah lokasinya yang strategik di atas bukit di Pantai Lido, Menghadap ke Selat Tebrau, dari halaman belakang masjid ini, kota Singapura terlihat jelas. 6.3.1:Reka Bentuk Pelan Masjid ini mempunyai empat buah menara yang berbentuk iras beberapa buah masjid-masjid di negara-negara Timur Tengah atau Asia Barat, terutama di Mesir, Saya melihat beberapa buah menara-menara masjid di Mesir seiras dengan Masjid Sultan Abu Bakar.Antaranya seperti Masjid Ibnu Touloun yang berinspirasikandari samara, Kepala Negeri masoputamia-Abbasiah. Menaranya dua tingkat bulat di atas dan empat segi di bawah serta berkubah , pangkal-pangkal tiangnya berukir seperti beberapa buah masjid-masjid di Mesir ,antaranya masjid-masjid kaiet Bey , Markouk,Azhar ,Sultan Hasan dan Masjid Imam Shafie. Bentuk asal menara-menara itu mengikut bentuk mamluk asal (Qalaun),tahun-tahun 12501350; serta campur mengikut bentuk maklum Akhir (Barquq),tahuntahun1400-1517. Seni bina ini berunsurkan Victoria Morrish. Bentuk Pelan bangunan ialah bujur snagkar dan di setiap muka bangunan terdapat anjung yang berkubah setinggi empat tingkat. Masjid ini mempunyai sebuah dewan berjemaah berbentuk segi empat tepat dengan serambi di sebelah utara dan selatannya. Bahagian atas tingkap yang mencecah ke lantai ini terdapat dalam dua gaya rekaan kemasan
plaster yang berbeza . Tempat mengambil wuduk (Air sembahyang) dibuat disebelah bawah supaya terjamin kebersihan tempat solat dan hamparanya dari terkena basah dan kotor, sementara disebelah atas untuk jemaah atau pelawat-pelawat menglilingi Masjid dan kawasannya. Oleh kerana di dalam Masjid itu tidak dibenarkan sesiapa pun tidur maka disebelah bawahnya berhampiran dengan tempat mengambil wuduk telah disediakan satu ambin (bangku besar) disitulah dibenarkan orang yang berkemalan menumpang tidur disitu. Satu keistimewaannya Masjid Sultan Abu Bakar ini kerana sentiasa sejuk atau berhawa Nyaman walaupun berada di dalam keadaan musim panas.
6.3.2:Bahan Binaan Binaan bangunan hampir keseluruhanya menggunakan konkrit tetulang, jubinya pula menggunakan putih telur dan lampu gantungnya dari Czechoslovakia ,kaca berwarna dari Venice, mimbar yang berukir diperbuat dari keluli Dan datang dari Turkey dan batu marmar yang dibeli khas dari Itali.
6.3.3:Pengubahsuaian Pengubahsuaian telah berlaku kerana jemaah hadiri dengan ramainya. Jadi penambahan berlaku di tempat ruang solat wanita . 6.3.4:Hiasan Dalaman Hiasan yang digunakan Masjid Sultan Abu Bakar ialah lampu gantungnya dari
Czechoslovakia ,kaca berwarna dari Venice, mimbar yang berukir diperbuat dari keluli Dan datang dari Turkey dan batu marmar yang dibeli khas dari Itali.
6.3.5:Kegunaan Dahulu Dan Sekarang Dahulu Masjid ini digunakan untuk menunaikan solat lima waktu dan tempat menuntut Ilmu. Dan sekarang pula Masjid dilingdungi oleh kerajaan Malaysia hanya boleh melakukan solat lima waktu, tempat berehat dan baru-baru ini satu Perkhawinan di jalankan di Masjid Sultan Abu Bakar. 6.3.6:Cara Pembinaan Cara pembinaan ini ialah menggunakan konkrit tetulang dan putih telur dan batu.