Pantun, Sajak Dan Permainan Tradisional

  • Uploaded by: Aidil Puzi
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pantun, Sajak Dan Permainan Tradisional as PDF for free.

More details

  • Words: 812
  • Pages: 16
Folio BM Nama: Mohamad Nor Aidil Bin Puzi Kelas: 2Ungu Nama Guru: En. Zainal Bin Cole

Isi Kanadungan

• Pendahuluan 1

• Pantun Nasihat 2 • Pantun Teka-Teki • Sajak • Permaianan Tradisional

Pendahuluan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru bm saya yang telah memberikan saya tugasan ini. Saya harap tugasan ini dapat diterima.

Pantun Nasihat Angin teluk menyisir pantai    Hanyut rumpai di bawah titi Biarlah buruk kain dipakai    Asal pandai mengambil hati Pergi mendaki Gunung Daik              Hendak menjerat kancil dan rusa          Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Air melurut ke tepian mandi Kembang berseri bunga senduduk Elok diturut resmi padi                    Semakin berisi semakin tunduk

Jangan pergi mandi di lombong          Emak dan kakak sedang mencuci Jangan suka bercakap bohong Semua kawan akan membenci Buah cempedak bentuknya bujur Sangat disukai oleh semua Jika kita bersikap jujur Hidup kita dipandang mulia Jikalau tuan mengangkat peti    Tolong masukkan segala barang Jikalau anak-anak bersatu hati    Kerja yang susah menjadi senang Kayu bakar dibuat arang        Arang dibakar memanaskan diri Jangan mudah menyalahkan orang Cermin muka lihat sendiri   

Pantun Teka-Teki Kalau Tuan pergi ke kedai Belikan saya buah keranji Kalau tuan bijak pandai Apa binatang keris di kaki? Ada sebiji roda pedati Bentuknya bulat daripada besi Bila bermain diikat sekuat hati Dilempar hidup dipegang mati? Buah budi bedara mengkal Masak sebiji di tepi pantai Hilang budi bicara akal Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan 1 : Ayam Jawapan 2 : Gasing Jawapan 3 : Buah Melaka

  KINI KU TAHU

Sajak

Lahirnya tidak berbapa Hidup tidak beribu Mati tidak berkeluarga Dibangkitkan tidak bersaudara Keriuhan bila terbahak-bahak Kesunyian bila terisak-isak SeNabi tak bererti seagama Seraja tak bererti senegara Setanjak tak bererti pembela Sekeris tak bererti tentera Secupak tak akan segantang Sepinggan tak akan sedulang

Kini ku tahu Berkuasa tapi tak bertenaga Berakal tapi membuntut Bermulut tapi bisu Bermata tapi buta Bertelinga tapi pekak Berhati tapi mati Bermuka tapi bertopeng Kini ku tahu Boleh dijual...boleh dibeli Boleh terjual...tapi tak terbeli

h ki t SAJAK RAMADHAN a o Di dalamnya ada sinar, ra n Di dalamnya penuhkan dengang sabar, y Di dalamnya penuhkan tasbih dan zikir, a Di dalamnya juga ada Lailatuln qadar, g ju Penantian penuh debar, ju Apakah kita tidak sedar, r, Banyak tazkirah sudah diwar-war, A

g

Banyak pahala perlu dikejar, ar

hi d u Syaitan ketakutan mengeletar, p ti Syaitan diikat dibawa ke dasar, d a Jangan takut dan usah gusar,

Marilah kita cegah yang munkar, Masyarakat penyayang akan lahir, Jadilah kita orang yang jujur, Agar hidup tidak sukar, Rezki datang dengan malar, Wajib kita untuk bersyukur, Bila Ramadhan semakin berakhir, Syahwal pula semakin hampir, Di aidil fitri kita bertakbir.

Permaianan Tradisional • Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Wau • Permainan wau ini juga dikenali dengan layanglayang.Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. • Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding

Sepak Raga • Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. • Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Congkak • Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubanglubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. • Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

Rumusan Saya berasa berbangga kerana dikurniakan sebagai rakyat Malaysia. Folio ini telah memerikan saya inspirasi tentang Malaysia.

Related Documents


More Documents from ""