Banding Beza Antara Tamadun Melayu - Copy.docx

  • Uploaded by: AMNI NAJWA
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Banding Beza Antara Tamadun Melayu - Copy.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,520
  • Pages: 8
BANDING BEZA ANTARA TAMADUN MELAYU, CINA DAN INDIA DALAM ASPEK SOSIOBUDAYA 1.0 PENDAHULUAN Perkataan tamadun digunakan bagi menggambarkan taraf pencapaian kemajuan rohani dan jasmani sesebuah masyarakat khususnya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Oleh itu, tamadun dapat didefinisikan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala pemikiran, perlakuan dan kemajuan yang tinggi, luhur, baik dan sopan (Abd Hakim Mohad et, al, 2015). Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa istilah tamadun menggambarkan peradaban sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan dan amat berkait rapat dengan sosiobudaya masyarakat dalam sesebuah tamadun. Oleh yang demikian, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menjelaskan bahawa sosiobudaya merupakan hubungan masyarakat dengan tatacara hidup sesuatu kelompok sosial. Perkembangan sosiobudaya juga amat penting dalam kemajuan sesuatu tamadun kerana dapat mempengaruhi

perkembangan sosial dalam

sesebuah masyarakat. Dalam konteks Malaysia pula, etnisiti muncul apabila berlakunya interaksi dan pertembungan antara tamadun disebabkan oleh kemajuan Tanah Melayu yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam aspek sosiobudaya budaya masyarakat di Malaysia. Menurut Shaliza Dasuki et al (2015), proses asimilasi budaya ini juga berlaku apabila dua budaya yang berbeza bertembung disesuaikan antara satu sama lain mengikut budaya setempat. Akibat wujudnya pengkategorian mengikut kaum ini juga telah mewujudkan persamaan dan perbezaan yang ketara dalam aspek sosiobudaya terutamanya kepada kaum Melayu, Cina dan India. 2.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM ASPEK SOSIOBUDAYA BAGI KAUM MELAYU, CINA DAN INDIA 2.1 PERKAHWINAN Menyentuh kepada perkembangan dan perubahan sosiobudaya, banyak perubahan yang berlaku dalam adat istiadat perkahwinan mengikut kaum dari masa ke semasa. Oleh itu, persamaan yang jelas dapat dilihat melalui adat yang diamalkan oleh semua kaum di Malaysia ialah istiadat perkahwinan dimulai dengan adat merisik atau meninjau. Menurut Shaliza Dasuki et al (2015), adat merisik bertujuan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati dengan lebih lanjut serta dapat menilai adab sopan, tingkah laku dan paras rupa sebelum melangkah kepada upacara seterusnya. Namun begitu, Habsah Noordin dan Rohaniza Abdullah (2012) menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang ketara dalam pengamalan adat perkawinan dalam kaum Melayu iaitu dengan adanya sirih yang diungkapkan dalam simbol tepak sirih, sirih junjung yang berkepentingan sebagai kepala adat 1

dan pembuka bicara dalam setiap proses perkahwinan. Adat perkahwinan masyarakat Cina pula mementingkan kepada upacara minum teh di mana pengantin baru perlu memberi teh kepada seluruh ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain (Perpustakaan Negara Malaysia, 2013). Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya perempuan dalam keluarga lelaki di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, majlis perkahwinan kaum India pula berfokuskan kepada adat parisam yang diumpamakan sebagai sebuah majlis pertunangan iaitu pemberian hadiah kepada pengantin perempuan (Abdul Munir Ismail, 2013). Oleh itu, kenyataan berikut menjelaskan bahawa walaupun terdapat persamaan di antara ketiga-tiga kaum berikut namun perbezaan yang terdapat dalam perkahwinan tersebut memberi keunikan kepada kaum itu sendiri. 2.2 KEPERCAYAAN Sesuatu tamadun itu tidak akan wujud tanpa agama dan pembangunan sesuatu tamadun akan mengalami kepincangan jika hanya bergantung kepada kemajuan sosial semata-mata. Hal ini menjelaskan bahawa pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya dan masyarakat (Shamsul Kamarudin, 2011). Oleh itu, dapat dilihat bahawa masyarakat di Malaysia mementingkan kepada aspek teologi iaitu semua agama yang diamalkan menekankan kepada konsep kepercayaan kepada tuhan. Menurut Zaid Ahmad et al (2014), semua agama juga mempunyai doktrin tentang kepercayaan ghaib yang tidak tercapai oleh akal manusia contohnya persamaan konsep kehidupan selepas mati bagi agama Islam dan Kristian manakala Hindu dan Buddha mempunyai persamaan dalam konsep kelahiran semula dan Karma. Meskipun semua agama mempunyai konsep yang sama iaitu kepercayaan kepada tuhan namun terdapat perbezaan bagi manifestasi ketuhanan dalam setiap agama. Hal ini dijelaskan lagi melalui kepercayaan bagi agama Islam yang dianuti oleh masyarakat melayu iaitu dengan mengaku hanya Allah yang wajib disembah sebagai tuhan yang sebenar dan tidak boleh disekutukan dengan manusia atau benda (Nazmi Abd Halim et al, 2016). Dalam kepercayaan agama Hindu pula yang sinonim dengan masyarakat India telah digambarkan dengan pelbagai bentuk dan penjelmaan dewa dan kepercayaan mereka berasaskan kepada tuhan yang satu akan lahir dalam tiga rupa iaitu Brahma, Vishnu dan Siva. Selain itu bagi agama Buddha pula lebih mementingkan kepada konsep penyucian yang berteraskan jalan empat kebenaran mulia dan jalan lapan lapis mulia yang menjadi asas kehidupan bagi mencapai nirvana (Azhar Abdul Rahman, 2015). Tegasnya, pengetahuan tentang masyarakat dan spiritualisme dalam agama adalah sangat penting dalam pembentukan peradaban dan sosiobudaya di Malaysia.

2

2.3 KESENIAN Seni kraf mempunyai hubungan dengan adat resam atau nilai sosial tempatan kerana ia merupakan simbolik atau identiti yang tersendiri seperti simbol kerjasama dan rukun tetangga sesama masyarakat pelbagai kaum suatu ketika dahulu. Justeru, terdapat persamaan yang jelas dalam aspek kesenian bagi pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia iaitu semua seni kraf yang dihasilkan adalah dengan menggunakan tangan secara sepenuhnya atau menggunakan perkakas ringkas dalam penghasilannya Chamburi Siwar et al (1990). Sungguhpun demikian, masyarakat Melayu mempunyai keunikannya yang tersendiri dimana seni kraf wujud melalui penghasilan songket dalam seni tekstil. Hal ini kerana ia bermula dengan proses penghasilan songket yang memerlukan proses penenunan benang emas secara menyungkit sehingga menjadi kain (Othman Yatim et al, 2006). Seni kraf masyarakat Cina pula berfokuskan kepada seni kaligrafi yang dapat dilihat melalui penghasilan kaligrafi Cina yang merupakan hasil kreativiti seni halus melalui tangan-tangan penulis. Menurut Makmur Harun dan Bukhari Lubis (2014) menyatakan bahawa seni kaligrafi Cina dapat diertikan sebagai seni menulis dengan indah, tulisan tangan yang menghasilkan huruf atau tulisan indah sebagai suatu seni menggunakan berus Cina. Masyarakat India pula amat menititikberatkan seni lukisan yang dapat dilihat melalui penghasilan kolam yang dibuat dengan gabungan beras yang terdiri daripada pelbagai jenis warna. Beras yang berwarna tersebut akan ditabur dan disusun mengikut bentuk sehingga menjadi sesuatu corak yang memberikan makna mengikut perayaan (Shaik Hussain, 2016). Pendek kata, seni kraf yang dihasilkan oleh setiap kaum mepunyai keunikan nilai dan estetika yang tersendiri dan mempunyai aspek material budaya yang cukup signifikan bagi mengangkat nilai keluhuran sesebuah bangsa yang bertamadun. 3.0 KESIMPULAN Setiap negara memang telah menyumbangkan budaya masing-masing kepada peradaban dunia. Oleh itu, dalam usaha mewujudkan sosiobudaya yang harmoni dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum kita perlu memiliki strategi yang bercorak kemprehensif dan holistik dalam evolusi budaya. Hal ini kerana kesepaduan sosiobudaya pelbagai kaum telah membentuk Malaysia pada hari ini. Perbezaan ketara yang wujud pada hari ini bukanlah penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia namun perbezaan tersebut juga merupakan faktor kepada peneguhan negara Malaysia ke arah mencapai kemajuan secara bersama. Di samping itu, dalam mewujudkan senario yang sihat dan menyenangkan melalui hubungan interaksi harian pelbagai kaum di Malaysia tidak hanya terletak di bahu pihak tertentu sahaja bahkan ianya melibatkan pelbagai institusi yang wujud dalam masyarakat. Oleh itu, institusi pendidikan perlulah menjadi arena utama dalam mewujudkan 3

integrasi pelbagai kaum iaitu melalui pemupukan elemen kerjasama dan perpaduan yang dapat diterapkan semasa proses pembelajaran di sekolah. Rakyat Malaysia juga perlu meneliti peranan setiap kaum sejak dahulu lagi kerana tanpa adanya kaum Cina dan Melayu bangsa dan ketamadunan yang diamalkan pada hari ini tidak dapat diwujudkan. Malahan peranan kaum bumiputera yang lain juga tidak dapat dinafikan oleh masyarakat tempatan kerana kaum tersebut juga memberi sumbangan yang besar terhadap pembangunan dan kemudahan infrastruktur di Malaysia. Tuntasnya, kesinambungan proses interaksi dan asimilasi yang wujud dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia telah mewujudkan ketamadunan dalam masyarakat yang mementingkan kepada jati diri negara dan bangsa.

4

RUJUKAN Abdul Hakim Mohad, Rosa Aiza Mohd Mokhtar, Dg Hafizah Ag Basir & Siti Halimah Putung. (2015). Modul Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS). Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Abdul Munir Ismail. (2013). Adat Perkahwinan Masyarakat Jawi Peranakan India Muslim Di Pulau Pinang. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, 6(2), 210-222. Azhar Abdul Rahman. (2015) Konsep Penyucian Jiwa : Kajian Perbandingan Antara Islam Dan Buddhisme. Ph.D Dissertation. Universiti Sains Malaysia Chamburi Siwar, Ahmad Md. Zin & Abdul Hamid Jaafar. (1990) Kraftangan Malaysia. Jurnal Kraftangan Malaysia, 1-5 Habsah Mohd Noordin, & Rohaniza Abdullah. (2012). Perkahwinan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Makmur Haji Harun & Muhammad Bukhari Lubis. (2014). Seni Kaligrafi Cina dan Kaligrafi Islam. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Nazmi Abd Halim, Jaffary Awang & Helmy Abdul Gapar. (2016). Tahap Pengetahuan Rakyat Malaysia Terhadap Asas Agama-agama Dominan di Malaysia: Kajian Lapangan di Negeri Kedah dan Selangor. Jurnal Komunikasi Borneo, 64- 83 Othman Mohd Yatim, Zainal Abidin, Mohammad Nazzri Ahmad & Mohamad Anis Abdul Samad. (2006). Estetika Dan Keindahan Songket Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 17, 1-15 Perpustakaan Negara Malaysia. (2013). Adat Resam Perkahwinan Maysarakat Cina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

5

Shaik Hussain. (2016). Seni Lukisan Kolam Masyarakat India. Dicapai pada 16 Februari 2019 daripada https://www.academia.edu/30569444/SENI_LUKISAN_KOLAM_MASYARAKAT_INDI A Shaliza Dasuki, Fazlina Radzi, Nurkhazilah Idris & Hasliza Abdulah. (2015). Perkembangan Budaya Popular dan Perubahan Sosio-Budaya Masyarakat Pasca Moden: Adaptasi Budaya Asing Dalam Perkahwinan Melayu. Melaka: UiTM Melaka. Shamsul Kamarudin. (2011). Kepentingan Pendekatan Kepercayaan Dan Keyakinan Kepada Tuhan Melalui PTV. Jurnal of Edupres, 1, 249-257. Zaid Ahmad, Ahmad Tarmizi Talib, Nur Ayuni Mohd Isa, Sarjit S. Gill, Jayum Jawan & Abd Hakim Mohad. (2014). Tahap Kepentingan Isu-Isu Antara Agama Di Malaysia. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective. Universiti Kebangsaan Malaysia, 20 November.

6

LAMPIRAN

Sireh Junjung

Tepak Sireh

Adat Minum The

Teh Cina

Adat Parisam

Proses Menyungkit

7

Kain Songket

Seni Kaligrafi Cina

Kolam

8

Related Documents


More Documents from "dayana"