Carl Rogers.docx

  • Uploaded by: AMNI NAJWA
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Carl Rogers.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,104
  • Pages: 4
TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK CARL ROGERS DAN KESESUAIAN PERLAKSANAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH 1.0 PENGENALAN Teori Pembelajaran Humanistik melihat murid sebagai insan berpotensi, bermotivasi dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017). Hal ini menjelaskan bahawa murid dapat memperkembangkan potensi mereka sekiranya diransang oleh situasi pembelajaran yang mendorong pembelajaran serta hubungan guru yang membina semasa proses pembelajaran sedang berlansung. Menurut Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998), teori pembelajaran humanistik mementingkan kepada aspek perbezaan individu iaitu cara pengajaran dan pembelajaran disusun mengikut kehendak dan perkembangan emosi individu yang berbeza. Hal ini menjelaskan bahawa pendidikan juga menekankan kepada keunikan setiap individu dengan mengiktiraf presepsi, pengalaman dan pendekatan terhadap pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya perbezaan dalam proses pembelajaran perlunya kepada penyesuaian mengikut teori pembelajaran humanistik kerana secara tidak lansung dapat menjadikan murid tersebut bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri (Halimatussaadiah Salleh, Badrul Hisham Ismail, Ahmed Nasir Abdul Muthalif & Izzah Abu Bakar, 2015). 2.0 TEORI HUMANISTIK CARL ROGERS Carl Rogers terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi yang berpusatkan klien. Beliau beranggapan bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri (Noriati et al, 2017). Hal ini menjelaskan bahawa manusia akan berkembang menjadi baik sekiranya perkembangan individu tersebut adalah positif serta baik dari segi rohani dan jasmani. Rogers menjelaskan lagi bahawa pengalaman setiap individu merupakan fenomena logikal iaitu pengalaman tersebut hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri dan dapat dikategorikan pembelajaran kepada pembelajaran kognitif dan pembelajaran bermakna. (Mohd Fuad Sam, Marina A. Majid, Rosnah A. Razak & Nordin Mohd Yusof, 2016). Dalam pada itu, melalui kedua-dua proses pembelajaran berikut dapat menggalakkan murid untuk meneroka, mencari jalan penyelesaian, membuat uji kaji seterusnya menjadikan setiap individu dapat membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.

3.0 PRINSIP

PENDEKATAN

CARL

ROGERS

SERTA

KESESUAIAN

PERLAKSANAANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 Prinsip Pembelajaran Yang Berasaskan Kebebasan Guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk memilih apa yang mereka ingin pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini kerana bersesuaian dengan pendapat Carl Rogers yang menyatakan bahawa pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu jadi melalui kebebasan yang diberikan dalam proses pembelajaran menjadikan murid dapat memilih pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka (Mok Soon Sang, 2012). Murid-murid juga akan lebih mudah memahami isi kandungan pembelajaran sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang sesuatu perkara tersebut. Hal ini dapat dicapai melalui kebebasan yang diberikan kerana aktiviti pengajaran guru tidak terhad kepada satu kaedah semata-mata namun melibatkan kepelbagaian kebolehan pelajar dalam menguasai pembelajaran. Contohnya apabila murid diberikan kertas lukisan mereka bebas untuk melukis apa sahaja berdasarkan imaginasi masing-masing. Murid-murid yang minat terhadap lukisan akan memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap perkara yang diajar seterusnya akan mencuba untuk menghasilkan lukisan yang terbaik. Dalam erti kata lain perasaan ingin belajar dalam diri individu di dorong oleh keinginan semulajadi murid tersebut. Hal ini juga menjelaskan bahawa keberkesanan pembelajaran dapat dihasilkan apabila murid mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran. Dalam pada itu dapat diperhatikan bahawa prinsip kebebasan yang diketengahkan oleh Carl Rogers perlu dipraktikkan dalam bilik darjah kerana dapat mendorong pelajar untuk belajar mengikut aras kognitif murid serta dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat penilaian kendiri terhadap kemampuan diri sendiri (Helenny Gani, 2018). 3.2 Pendidikan Berpusatkan Murid Dalam pembelajaran, Rogers memberikan penekanan kepada hubungan personal antara guru sebagai fasilitator dengan murid. Hal ini menjelaskan bahawa konsep pembelajaran yang ditekankan oleh Rogers dalah mengutamakan pembelajaran yang berpusatkan murid dan penerimaaan tanpa syarat. Menurut Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998) guru perlu mengadakan komunikasi intrapersonal yang jujur dengan murid dalam bilik darjah kerana melalui komunikasi tersebut dapat membina hubungan yang positif. Hal ini selari dengan Teori Pembelajaran Carl Rogers yang menyatakan bahawa manusia tidak boleh mengajar secara lansung tetapi hanya dapat membimbing pembelajarannya. Di samping itu, pembelajaran berpusatkan murid juga dikenali sebagai pembelajaran koperatif dimana murid saling bantu membantu antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil dan guru hanya

bertindak sebagai pemerhati (Efendi Zakaria, 1998). Contohnya murid melakonkan watak di dalam satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Hal ini mampu untuk memudahkan proses pembelajaran kerana melalui aktiviti pengajaran dikaitkan dengan kehidupan nyata ianya dapat memupuk kemahiran hidup murid seterusnya dapat menjayakan pembelajaran yang berpusatkan murid (Abdullah Sukor Ghazali, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang, 2016). Dalam pendekatan humanistik rogers juga guru haruslah berkongsi perasaan dan idea dengan murid-murid. Hal ini kerana melalui perkongsian perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu dapat diperhatikan bahawa pendidikan berpusatkan murid perlu diaplikasi dalam bilik darjah kerana dapat membantu memudahkan proses pembelajaran. 3.3 Suasana Pembelajaran Yang Kondusif

4.0 RUMUSAN Berdasarkan huraian yang telah dinyatakan jelaslah menunjukkan bahawa Teori Humanistik Carl Rogers merupakan teori penting yang perlu dipelajari kerana prinsip yang diketengahkan di dalam teori tersebut adalah sesuai untuk diaplikasikan dalam bilik darjah. Melalui teori ini juga dapat menjadikan pembelajaran dan pengajaran yang lebih bermakna kerana murid perlu melalui proses pembelajaran tersebut melalui pengalaman. Dal ini dapat dilihat bahawa perlunya sikang saling menghargai dan tanpa prasangka dalam membantu individu tersebut mengatasi masalah yang dihadapinya. Tambahan pula, teori ini juga dapat disesuaikan dengan setiap prinsip yang dikemukakan kerana aktiviti perlaksanaan yang dilakukan adalah berpandukan kepada akviti pembelajaran murid di sekolah. Hal ini menjadikan pembelajaran yang lebih bermakna dan menjadi signifikan kepada pembelajaran murid di sekolah. Oleh itu, guru-guru haruslah sentiasa peka akan perubahan semasa yang berlaku dalam bidang pendidikan kerana hal ini bagi membolehkan guru-guru menghadapi murid yang mempunyai pegetahuan tentang teknologi yang jauh ke depan sehinggakan dapat menandingi pengetahuan guru. Kesimpulannya, teori pembelajaran humanisitik Carl Rogers mampu memandu guru untuk memilih prinsip yang sesuai dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

RUJUKAN Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Boon Pong Ying & Ragbir Kaur. (1998). Diploma Perguruan ; Psikologi 11. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Abdullah Sukor Ghazali, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang, (2016). Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Dan Masalah Yang Dihadapi Guruguru Pelatih Program Pensiswazahan Guru Untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Semasa Praktikum. Kertas seminar.... Halimatussaadiah Salleh, Badrul Hisham Ismail, Ahmed Nasir Abdul Muthalif & Izzah Abu Bakar (2015). Murid & Alama belajar. Selangor: Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd. (Mohd Fuad Sam, Marina A. Majid, Rosnah A. Razak & Nordin Mohd Yusof (2016). Murid dan Pembelajaran. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2012). Helenny Gani. (2018). Pendekatan Humanistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dicapai pada 11 Mac 2019 daripada https://kupdf.net/download/pendekatan-humanistik-dalampengajaran-dan-pembelajaran_5af5da3fe2b6f5db0824cd10_pdf# Efendi Zakaria (1998). “Pembelajaran Koperatif”. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia.

Related Documents

Carl Brunetti
December 2019 15
Carl Zeiss
May 2020 12
Carl Cannabich
April 2020 7
Carl Rogers.docx
June 2020 12
Carl Jung
April 2020 27
Carl Linnaeus
November 2019 6

More Documents from ""