Peranan Pusat Sumber Dalam Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Pelajar Daripada Tahun 2004 Sehingg Kini.docx

  • Uploaded by: AMNI NAJWA
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Peranan Pusat Sumber Dalam Membantu Meningkatkan Pencapaian Akademik Pelajar Daripada Tahun 2004 Sehingg Kini.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,921
  • Pages: 6
PERANAN PUSAT SUMBER DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DARIPADA TAHUN 2004 SEHINGG KINI 1.0 PENGENALAN IPG Kampus Perempuan Melayu pernah dikenali sebagai Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) telah ditubuhkan sejak tahun 1935 lagi. Pada awalnya maktab ini dikenali sebagai MPPM kerana telah membuka kemasukan pelajar perempuan sahaja. Selain itu, maktab ini juga dikenali sebagai The Malay Women’s Training College atau ringkasnya MWTC yang terletak di Durian Daun Melaka kerana ianya ditubuhkan dengan tujuan melatih guru-guru wanita Melayu khususnya bagi pendidikan di sekolah rendah aliran Melayu1.Tetapi bermula 25 Ogos 2008, MPPM mula bertukar nama menjadi IPG Kampus Perempuan Melayu2 iaitu dengan menawarkan bidang ijazah sarjana muda selain daripada menawarkan kursus di peringkat diploma sahaja. Terdapat pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan di IPG antaranya ialah pusat sumber, padang, dewan dan sebagainya. Namun, kajian ini akan menfokuskan kepada peranan pusat sumber itu sendiri sebagai pembangunan prasarana yang dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. 2.0 Pusat Sumber Puteri Pusat sumber ini juga dikenali sebagai Pusat Sumber Puteri berdasarkan kepada gelaran puteri sendiri merupakan gelaran hormat bagi wanita serta berdasarkan kepada pengetua perempuan Melayu pertama di MWTC iaitu Cik Putri Kamariah Bt Megat Ramli3. Oleh itu mulai 1 Januari 2010, pusat sumber IPGKPM mula dikenali dengan nama Pusat Sumber Puteri. Tambahan pula, pada tahun 2004 pusat sumber IPGKPM mempunyai dua cawangan iaitu di Anjung Hikmah dan Anjung Ilmu. Bagi pusat sumber di Anjung Hikmah lebih menumpukan kepada pelajar Kursus Dalam Cuti (KDC) yang berfokuskan kepada kursus Pendidikan Khas4. Pemisahan pusat sumber tersebut juga adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar KDC bagi melakukan rujukan sewaktu cuti tanpa perlu bergerak ke pusat sumber utama yang terletak di Anjung Ilmu. Pada tahun 2007, pusat sumber telah digabungkan menjadi satu cawangan iaitu di Anjung Ilmu disebabkan oleh perubahan struktur pentadbiran. Sistem pengurusan pusat sumber pada tahun 2006 pula adalah secara manual

1

Arkib Negara, diakses di http://www.arkib.gov.my/web/guest/penubuhan-institut-pendidikan-guru-kampusperempuan-melayumelaka?p_p_id=56_INSTANCE_R9Nv&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=colu mn-inner-3&p_p_col_count=1&page=1 pada 20 Mac 2019 2 Sejarah Perguruan Malaysia, Bahagian Pendidikan guru, 2008 3 Pusat Sumber Puteri, diakses di http://ipgkpm.edu.my/psputeri/news.php pada 17 Mac 4 Wawancara dengan Puan Maheran bt Mohamad Ayub di Pusat Sumber IPGKPM pada 6 Mac 2019

iaitu dengan menggunakan sistem pustakawan namun perubahan berlaku pada tahun 2009 sehingga sekarang dengan menggunakan sistem ilmu5. Sistem ILMU yang digunakan dapat memudahkan pengurusan pusat sumber dan juga memudahkan pengguna mengakses maklumat bahan yang terdapat dalam PS Puteri dengan cepat. Pencarian maklumat boleh dibuat melalui terminal-terminal komputer dan sistem OPEC yang disediakan. Sebagai gerbang ilmu dan maklumat, PS Puteri sentiasa berusaha menambahbaik kualiti perkhidmatan bagi mencapai objektif dan matlamatnya di samping mewujudkan suasana kondusif, suasana keilmuan yang sihat dan menarik untuk dimanafaat oleh warga IPG Kampus Perempuan Melayu6. 3.0 Bidang Pentadbiran Pusat Sumber 3.1 Sumber Manusia Pusat sumber pada asalnya tidak mempunyai kakitangan yang bertauliah dalam pengurusan. Bermula pada tahun 2004, Puan Maheran selaku Pustakawan telah berkhidmat bersama-sama dengan Puan Salwa selaku pembantu tadbir pusat sumber. Selepas beberapa tahun, pembantu operasi di pusat sumber telah ditambah menjadi 5 orang namun masih terdapat kekosongan mengikut jawatan7. Terdapat perbezaan yang ketara bagi pembantu operasi di pusat sumber kerana pada tahun 2009 tidak mempunyai pembantu operasi yang mempunyai kelayakan yang setaraf dengan jawatan tersebut namun pada jawatan pembantu operasi pada masa kini di isi oleh kakitangan yang berkelayakan iaitu pembantu operasi gred S22 dan S17. Encik Nasarudin juga selaku Ketua Pusat Sumber pada hari ini telah memulakan khidmat pada tahun 2009 sehingga sekarang. Selain itu, organisasi pusat sumber IPGKPM juga dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Encik Nasarudin sebagai ketua Pusat Sumber dan dibantu oleh Puan Maheran sebagai pustawakan yang terlibat dalam pengurusan dalaman berkenaan operasi di pusat sumber. Justeru, dapat dilihat bahawa perubahan yang dilakukan oleh Encik Nasarudin terhadap sumber manusia ialah beliau mewujudkan dua ketua yang mempunyai bidang kuasa yang berlainan yang terdiri daripada Puan Maheran dan Encik Nasarudin. 3.2 Prasarana Perubahan prasarana di pusat sumber bermula apabila pusat sumber disatukan menjadi satu cawangan di Anjung Ilmu. Oleh itu, bahan ilmiah yang terdapat di Anjung Hikmah dipindahkan ke pusat sumber serta lebihan buku tersebut diletakkan di dalam arkib pusat

5

Ibid. Pusat Sumber Puteri, diakses di http://ipgkpm.edu.my/psputeri/news.php pada 17 Mac 7 Laporan Tahunan 2015, Melaka: IPGK Perempuan Melayu, 2015. 6

sumber8. Antara kemudahan prasarana lain yang disediakan ialah kewujudan sudut kanakkanak yang terdiri daripada barangan terpakai, bilik komputer, bilik red spot bagi memudahkan pensyarah dan pelajar untuk membuat penyelidikan dan rujukan terhadap sumber rujukan terkawal seperti jurnal, kertas cadangan penyelidikan dan sebagainya9. Terdapat perubahan dalam susunan meja sejak tahun 2009 iaitu pada mulanya kedudukan meja adalah secara panjang dan pelajar tidak mempunyai privasi untuk membuat rujukan namun begitu atas cadangan ketua pusat sumber kedudukan meja di pusat sumber telah berubah mengikut susunan yang mampu menggalakan perbincangan. Di samping itu, dalam menggalakkan peminjaman sumber ilmiah dalam kalangan pelajar pusat sumber juga menubuhkan mini pusat sumber yang terdapat di bilik tv asrama Cempaka Sari sebagai inisiatif dalam menggalakkan peminjaman buku dalam kalangan pelajar. Buku-buku yang diletakkan di mini pusat sumber terdiri daripada buku pelbagai kategori yang dapat membantu menambahkan sumber rujukan ilmiah kepada pelajar malahan pihak pusat sumber juga menyediakan jurnal sebagai bahan rujukan10. 3.3 Koleksi buku Koleksi sumber rujukan sehingga tahun 2018 yang terdapat di pusat sumber adalah sebanyak 53557 yang meliputi koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak11. Bahan bercetak adalah seperti buku, surat khabar, kertas soalan dan sebagainya manakala bahan bukan bercetak menumpukan kepada jurnal yang boleh didapati di portal ps puteri secara open acces12. Peningkatan dalam koleksi buku di IPGKPM berlaku secara dua cara iaitu melalui sumbangan daripada pengguna dan sumbanagan daripada agensi kerajaan yang terlibat. Oleh itu dapat dilihat bahawa sejak tahun 2004 sehingga kini berlakunya peningkatan dalam koleksi buku yang disediakan untuk rujukan pelajar. 3.4 Perkhidmatan Kemudahan yang disediakan di pusat sumber IPGKPM sedikit sebanyak telah membantu guru pelatih untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Antara kemudahan yang disediakan ialah penyediaan perkhidmatan pengkalan data secara atas talian. Oleh itu rujukan ilmiah tersebut dapat diakses oleh pelajar pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke perpustakaan. Pusat sumber juga telah memperkenalkan u-pustaka serta Inter Library Loan (ILL) yang membolehkan pelajar untuk meminjam buku daripada institusi pendidikan yang lain13. Malahan pusat sumber turut menyediakan taklimat u pustaka dan elib untuk pelajar sekiranya mereka menghadapi sebarang masalah dalam pencarian 8

Wawancara dengan Puan Maheran bt Md Ayub di Pusat Sumber IPGKPM pada 6 Mac 2019 Laporan Tahunan 2015, Melaka: IPGK Perempuan Melayu, 2015. 10 Wawancara dengan Puan Maheran bt Md Ayub di Pusat Sumber IPGKPM pada 6 Mac 2019 11 Ibid. 12 Pusat Sumber Puteri, diakses di http://ipgkpm.edu.my/psputeri/news.php pada 17 Mac 13 Laporan Tahunan 2015, Melaka: IPGK Perempuan Melayu, 2015. 9

maklumat di internet. Kemudahan mesin fotostat berbayar juga pernah disediakan namun tidak mendatangkan keuntungan kepada pihak tersebut namun masih terdapat perkhidmatan lain seperti binding dan mencetak bahan serta dikenakan sedikit bayaran14. Selain itu, pusat sumber juga mempunyai perkhidmatan front desk yang membolehkan pelajar yang mempunyai sebarang masalah untuk berhubung terus dengan pembantu operasi berkenaan peminjaman bahan seperti keratan akhbar, majalah, tempahan bilik khas dan sebagainya15. Tambahan pula, pihak pusat sumber turut menyediakan loker besi bagi memudahkan pelajar untuk menyimpan barangan peribadi sewaktu menggunakan pusat sumber16. 4.0 Menganalisis Perubahan Sistem Pustakawan Kepada Sistem Ilmu Setiap pusat sumber mempunyai sistem pengurusan yang berbeza kerana ianya bergantung kepada sistem pengurusan semasa. Pada tahun 2004, pusat sumber puteri menggunakan sepenuhnya kaedah manual dalam sistem pengurusan selama 2 tahun kemudian pada tahun 2006 pusat sumber puteri mula menggunakan sistem dalam pengurusan perpustakaan yang dikenali sebagai sistem pustakawan17. Sistem pustakawan merupakan sistem yang direka khas mengikut kriteria yang diperlukan oleh sesebuah pusat sumber. Selepas 5 tahun menggunakan sistem pustakawan, pusat sumber mendapat dana daripada IPGM dan terus beralih sepenuhnya kepada menggunakan sistem ilmu pada tahun 2009. Sistem ilmu ini menyelaraskan pusat sumber 27 IPG yang terdapat di Malaysia melalui satu sistem yang sama tanpa di asingkan mengikut pusat sumber IPG18. Oleh itu, apabila berlakunya perubahan sistem pustakawan kepada sistem ilmu menyebabkan data dan maklumat yang dimiliki oleh pusat sumber diubah dan dikemaskini supaya maklumat tersebut selari dengan perubahan semasa. Perbezaan utama yang dapat diperhatikan dalam penggunaan sistem ilmu dan sistem pustakawan ialah melalui sistem ilmu dapat memudahkan pelajar untuk meminjam buku. Hal ini kerana jika buku tersebut tidak terdapat di pusat sumber IPGKPM mereka boleh meminjam buku tersebut daripada institusi pendidikan yang lain melalui kaedah ILL. Melalui sistem pustakawan, peminjaman buku antara pusat sumber tidak dapat dilakukan kerana sistem tersebut dalah berpusat dan tidak melibatkan pusat sumber institusi pendidikan yang lain. Sistem ilmu yang digunakan juga dapat memudahkan proses peminjaman dan pemulangan buku. Hal ini kerana melalui sistem ilmu semua maklumat berkenaan statistik, rekod

14

Wawancara dengan Puan Maheran bt Md Ayub di Pusat Sumber IPGKPM pada 6 Mac 2019 Ibid. 16 Laporan Tahunan 2015, Melaka: IPGK Perempuan Melayu, 2015. 17 Wawancara dengan Puan Maheran bt Md Ayub di Pusat Sumber IPGKPM pada 6 Mac 2019 18 Ibid. 15

peminjaman dan kategori buku dapat diakses secara atas talian jadi Ketua Pusat Sumber dan Pustakawan dapat menganalisis tentang aktiviti pusat sumber secara menyeluruh dan tepat19. Selain itu, sistem pustakawan juga dapat mengesan peminjam yang lewat memulangkan buku namun maklumat tersebut tidak dapat dicetak tetapi melalui sistem ilmu peminjam yang lewat memulangkan buku sistem tersebut akan mengesan secara automatik tempoh lewat peminjam buku serta jumlah denda yang dikenakan. Tambahan pula, sistem ilmu juga menyediakan perkhidmatan tempahan buku secara atas talian. Sekiranya buku tersebut sudah mempunyai peminjam, peminjam akan datang boleh membuat tempahan di kaunter untuk masa akan datang kemudian peminjam tersebut boleh mengambil buku tersebut pada masa yang telah ditetapkan20. 5.0 Mengenal Pasti Masalah Dan Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dan Pusat Sumber Dalam Menguruskan Sumber Ilmiah Masalah dan cabaran yang dihadapi terbahagi kepada masalah kepada pelajar dan masalah kepada pusat sumber itu sendiri. Masalah yang dihadapi oleh pusat sumber dalam memenuhi sumber ilmiah kepada pelajar ialah kekurangan dana. Hal ini kerana peruntukan dana untuk pusat sumber adalah RM 400 000 setahun namun semenjak kebelakangan ini tiada peruntukan dana yang diberikan kepada pusat sumber yang menyebabkan aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan21. Selain itu, terdapat buku-buku khusus untuk mata pelajaran menyebabkan pelajar tidak berminat untuk mengunjungi pusat sumber kerana maklumat tersebut boleh didapati di dalam buku tersebut tanpa memerlukan rujukan lain22. Contohnya ialah subjek Cabaran Dan Isu Semasa sudah mempunyai buku khusus dan lengkap yang mampu memenuhi keperluan kursus tersebut. Kekangan lain yang dihadapi oleh pelajar ialah waktu interaksi yang terlalu padat menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengunjungi pusat sumber. Hal ini pernah di atasi dengan menambah waktu operasi pusat sumber iaitu dibuka pada waktu malam dan hari minggu namun kurang mendapat sambutan daripada kalangan pelajar. 6.0 Penutup Perubahan yang berlaku dari masa ke semasa terhadap PS Puteri IPGKPM sedikit sebanyak telah membantu dalam peningkatan pencapaian akademik pelajar. Hal ini kerana perkhidmatan yang disediakan adalah setanding dengan pusat sumber yang lain. Walaupun terdapat kekurangan yang jelas seperti koleksi sumber ilmiah namun pihak pengurusan pusat

19

Ibid. Wawancara dengan Puan Maheran bt Md Ayub di Pusat Sumber IPGKPM pada 6 Mac 2019 21 Wawancara dengan Encik Nasarudin bin Ghazali di Pusat Sumber IPGKPM pada 9 Mac 2019 22 Ibid. 20

sumber telah menyediakan sumber lain secara atas talian yang dapat menambah kekurangan sumber tersebut secara fizikal. Namun tidak dinafikan bahawa kurangnya promosi dan galakan daripada pihak pusat sumber sendiri menyebabkan pusat sumber tidak menjadi pilihan utama dalam kalangan pelajar dan pensyarah di IPGKPM. Oleh itu, pihak PS Puteri perlu memainkan peranan mereka secara maksimum dalam menggalakkan dan mempromosikan pusat sumber kepada pelajar dengan memberi pendedahan yang lebih jelas dan berkala tentang perkhidmatan dan kemudahan sumber rujukan yang disediakan kepada pelajar. Kesimpulannya, pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Related Documents


More Documents from "LamCY"