Kelangsungan sistem ekonomi dalam tamadun awal manusia menjadikan moral sebagai paksi utama. Dari fahaman ini muncul hak-hak kehidupan yang seimbang antara ekonomi dan moral. Nilai yang hampir sama wujud dalam semua tamadun. Antaranya menolak amalan rasuah, penipuan dan penindasan. Sebagai gantinya amalan-amalan murni dalam kegiatan ekonomi seperti membuat kebajikan, bersedakah dan membela golongan miskin dan lemah amat dianjurkan. Kegiatan ekonomi dalam tamadun Melayu turut berfungsi untuk mempertingkatkan akhlak individu dan masyarakat. Konsep halal dan haram serta untung rugi banyak dibicarakan di dalam al-Qur’an. Ini bertujuan untuk menjelaskan pentingnya konsep ini diambil kira dalam kehidupan seharian. Penipuan, riba dan bentuk-bentuk penyelewengan lain adalah ditegah dalam tamadun Melayu. Zakat pula merupakan unsur ekonomi Islam yang berfungsi memberi jaminan sosial kepada masyarakat Islam. Zakat tidak hanya tertumpu kepada zakat fitrah atau zakat badan yang berfungsi untuk membersih diri, tetapi juga zakat perniagaan dan lain-lain. Ia merupakan satu bentuk kebajikan dalam masyarakat Islam terutama kepada golongan yang berhak menerimanya yang terdiri daripada 8 asnaf. Malah zakat mampu mempertingkat kualiti kehidupan golongan fakir dan miskin dan menjana ekonomi mereka di samping umat Islam seluruhnya. Ajaran Buddha menganjurkan Jalan Lapan Lapis. Ia bertujuan supaya manusia dapat menjalani hidup dalam keadaan suci dan bersih daripada sebarang runtunan hawa nafsu yang disebut sebagai Astamarga. Tamadun Cina yang dipengaruhi kuat oleh falsafah Konfusius memandang rendah kepada golongan pedagang kerana menganggap golongan ini sentiasa terlibat dengan penipuan dan keuntungan yang dilihat sebagai elemen-elemen buruk. Justeru itu, fahaman ini lebih memberi perhatian kepada golongan petani. Tamadun India yang berasaskan pemikiran sekular dan ideologi manusia memperkenal sistem ekonomi kapitalis yang lebih mengutamakan keuntungan material dan kebangkitan individu atau kumpulan tertentu sebagai kuasa pasar. Sistem ini berdasarkan teori Adam Smith. Bagi Smith, sistem pengeluaran sesebuah negara terdiri daripada tiga unsur iaitu sumber alam, sumber manusia dan stok barang (kapital) yang ada. Hal ini jelas dibicarakan dalam bukunya Wealth of Nation (1776) yang menghuraikan secara terperinci pertumbuhan ekonomi kapitalis.
Kesimpulannya, interaksi antara tamadun meninggalkan pelbagai kesan ke atas masyarakat. Walaupun terdapat banyak kesan positif dan negatif. Pertembungan interaksi antara tamadun ini telah mewujudkan banyak perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamaduntamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Perbezaan inilah harus ditangani secara berhati-hati dan bertolak ansur untuk elakkan konflik terutama negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia.