Bab3 Format Pc

  • Uploaded by: Zul Hairey
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab3 Format Pc as PDF for free.

More details

  • Words: 1,143
  • Pages: 21
BAB 3

TEKNIK MEMFORMAT KOMPUTER

3.1 Pengenalan

Memformat komputer bermaksud membersihkan ataupun memadamkan data pada hard disk yang terdapat di dalam komputer. Teknik ini perlu dipelajari kerana ia merupakan jalan terakhir untuk mengatasi masalah windows rosak, hang, atau dijangkiti virus bagi membolehkan komputer kembali berfungsi seperti biasa. Jenis perisian yang digunakan dalam proses memformat adalah hanya untuk sistem operasi Windows® iaitu Windows® XP Service Pack 2. Jika perisian jenis Windows® yang lain digunakan, paparan yang terhasil mungkin sedikit berbeza tetapi konsepnya adalah sama.

30

3.2 Sistem operasi Windows® XP.

Windows® XP adalah satu sistem operasi komputer yang telah dibangunkan oleh Microsoft® Corporation (www.microsoft.com) untuk kegunaan umum computer peribadi, komputer riba mahupun pusat media. Perkataan XP bermaksud eXPerience iaitu berpengalaman. Windows® XP diterbitkan pada 25 Oktober 2001 dan padaJanuari 2006 telah mencapai 400 juta penggunaannya mengikut statistik oleh International Data Corporation (www.idc.com) sebuah organisasi penyelidikan tentang pasaran sistem maklumat. Sistem operasi ini mempunyai banyak pengguna kerana mempunyai paparan persekitaran yang mesra pengguna. Kebanyakkan menu adalah menarik dan mudah untuk diikuti. Penggunaan pada pertama kali tentu tidak sukar untuk dipelajari dalam masa yang singkat. Windows® XP juga membantu melindungi komputer dengan meyelesaikan masalah yang berlaku akibat sistem fail yang berubah ataupun instalasi program yang tidak stabil. Jika masalah yang dihadapi adalah serius, Windows® XP akan menyalin semula sistem seperti keadaan normal. Selain itu, ia juga mempunyai penapis (Firewall). Firewall berfungsi untuk menghalang dari penceroboh luar memasuki sistem computer pengguna. Windows® XP memiliki firewall semasa komputer dihidupkansehinggalah komputer dimatikan. Firewall Windows® XP adalah yang terbaik pernah dihasilkan. Disamping itu, sistem operasi ini juga mudah dikemaskini (update). Windows® XP mempunyai cirri-ciri di mana sistem pengoperasian pengguna akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Proses kemaskini ini menggunakan medium internet. Kemaskini sistem pengoperasian adalah penting untuk mendapat sistem terkini terutamanya untuk meningkatkan sistem keselamatan komputer.

31

3.3 Persediaan awal sebelum memformat komputer Sebelum proses memformat dimulakan, semua fail penting yang terdapat dalam bahagian (partition) yang hendak diformat disalin (backup/copy) ke dalam partition lain atau cakerakeras lain (contohnya : external USB hardisk, hard disk) yang tidak diformat. Semua fail penting seperti nota pembelajaran, surat menyurat, dokumen-dokumen yang dirasakan penting disalin. Ini kerana apabila proses memformat dilakukan, segala maklumat akan hilang dan terpadam. Perisian cakera padat Windows® XP Service Pack 2 atau Service Pack 3 (Windows® XP CD) perlu disediakan kerana semua maklumat, komponen dan pemandu (drivers) terkandung di dalam cakera padat tersebut.

Rajah 3.3.1 Kod untuk cakera padat Windows® XP ataupun disebut Serial Key (Windows®XP CD Product Code Number) juga perlu ada. Ini bertujuan untuk pengesahan CD Windows® XP semasa proses memformat. Selain itu, Pemandu (driver) yang sesuai dengan komputer dan papan utama (motherboard) juga perlu disediakan. Antaranya pemandu bunyi (sound driver), pemandu video (video driver), USB Driver dan yang bersesuaian dengan komputer. Proses memasukkan (install) semula pemandu ini adalah selepas selesai memformat komputer.

32

3.4 Menetapkan persekitaran boot (setting first boot device)

Sebelum mengkonfigurasi, persekitaran BIOS (Basic Input/Output System) dimasuki untuk menetapkan first boot device. Selalunya persekitaran BIOS adalah berwarna BIRU. Langkah-langkah untuk menetapkannya adalah :

1. Komputer dihidupkan seperti biasa. 2.

Apabila pernyataan seperti ini, ”Press Delete to Enter Setup" atau seumpama dengannya dipaparkan, kekunci DELETE pada papan kekunci (keyboard) ditekan secara berterusan. Sesetengah sistem komputer perlu menekan F2.

3.

Persekitaran BIOS yang akan dipaparkan.

Rajah 3.4.3

33

4. Kemudian, dengan menggunakan anak panah pada keyboard (Arrow up, down, right, left); Advance BIOS Features dipilih dan ENTER ditekan.

Rajah 3.4.4 5. Menu Advances BIOS Feature akan dipaparkan dan anah panah (Arrow Button) digunakan untuk mencari 1st Boot Device.

Rajah 3.4.5 34

6. 1st Boot Device ditetapkan kepada CDROM.

Rajah 3.4.6 7. F10 ditekan untuk menyimpan setting dan komputer direstart.

35

3.5 Proses memformat Setelah 1st Boot Device ditetapkan, proses memformat dimulakan. Berikut merupakan langkah-langkahnya : 1. CD Windows® XP dimasukkan ke dalam CDROM. 2.

Apabila paparan berikut (Rajah 3.5.2) dipaparkan, apa-apa kekunci pada keyboard ditekan.

Rajah 3.5.2 3.

Setelah menekan sebarang kekunci pada keyboard, sistem akan membawa ke paparan seterusnya (Rajah 3.5.3). Pernyataan Windows® Setup di bahagian kiri atas skrin berwarna biru tersebut menunjukkan Sistem Operasi Windows® XP telah bermula untuk dimasukkan ke dalam memori komputer.

36

Rajah 3.5.3 4.

Setelah langkah 3 di atas dilakukan, paparan berikut akan dipaparkan :

Rajah 3.5.4 

Kekunci ENTER ditekan Untuk memformat Windows® XP.

5. Selepas ENTER ditekan, EULA (End User License Agreement) atau Perjanjian tentang Windows® XP akan dipaparkan. F8 ditekan untuk setuju iaitu untuk meneruskan proses memformat.

37

Rajah 3.5.4 6. Sekiranya Hard Disk mempunyai Windows® XP, Setup akan bertanya sekiranya nak baiki Windows® XP yang lama. Butang ESC ditekan kerana Windows® XP yang baru hendak didinstallkan.

Rajah 3.5.6

38

7.

Partition C dipilih untuk install Windows XP.

Rajah 3.5.7 8.

Butang C ditekan untuk setuju.

Rajah 3.5.8

39

9.

NTFS dipilih sebagai file system dan ENTER ditekan.

Rajah 3.5.9 10.

Butang F ditekan untuk format Hard Disk.

Rajah 3.5.10

40

11.

Setup akan bermula memformat Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer akan restart dengan sendirinya.

Rajah 3.5.11

41

3.6

Mula Menggunakan Windows XP

1.

Proses menginstall Windows XP akan bermula. Butang Next diklik.

Rajah 3.6.1 2.

Nama dimasukkan dan butang Next diklik.

Rajah 3.6.2

42

3.

Nombor siri bagi Windows XP dimasukkan dan butang Next diklik.

Rajah 3.6.3 4.

Password bagi Administrator dimasukkan dan butang Next diklik.

Rajah 3.6.4

43

5.

Dalam ruangan Time Zone, Kuala Lumpur dipilih dan butang Next diklik.

Rajah 3.6.5 6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.

Rajah 3.6.6

44

7.

Pada komputer mempunyai Network Card, terdapat pilihan mengenai Network. Butang Next diklik sebanyak dua kali.

Rajah 3.6.7 8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart nsekali lagi.

Rajah 3.6.8

45

9.

Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution akan diubah mengikut kesesuaian. Butang OK diklik.

Rajah 3.6.9 10.

"Welcome to Microsoft Windows" dipaparkan. Butang Next diklik.

Rajah 3.6.10 11.

Pilih "Not right now" dan butang Next diklik.

Rajah 3.6.11

46

12.

Windows akan cuba mengesan sambungan Internet. Langkah ini boleh ditinggalkan dengan menekan butang Next.

Rajah 3.6.12 13.

Pilih "No, not at this time" supaya tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.

Rajah 3.6.13

47

14.

Nama dimasukkan dan tekan butang Next.

Rajah 3.6.14 15.

Akhir sekali, klik pada butang Finish.

Rajah 3.6.15

48

16.

Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan boleh mula menggunakannya.

Rajah 3.6.16

49

3.7 Kesimpulan

Melalui teknik memformat komputer ini, pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk mengatasi masalah windows rosak, hang, atau dijangkiti virus bagi membolehkan komputer kembali berfungsi seperti biasa. Sehubungan dengan itu, pelatih dapat mengetahui bagaimana proses format dijalankan. Proses format hendaklah dilakukan dengan teliti supaya tidak berlaku sebarang kesilapan. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, windows komputer tersebut mungkin tidak akan berfungsi dengan sempurna. Kemahiran ini menambahkan lagi pengalaman pelatih dalam bidang komputer bersesuaian dengan kursus yang diambil di Politeknik iaitu elektronik komputer.

50

Related Documents

Bab3 Format Pc
June 2020 17
Bab3
June 2020 19
Bab3
October 2019 38
Cara-cara Format Pc
June 2020 35
Langkah Format Pc.
July 2020 19
Veille Pc Format A3 Test
April 2020 10

More Documents from ""

Halaman Isi Kandungan
June 2020 14
Penhargaan
June 2020 17
7.2
June 2020 4
6
June 2020 8