Langkah Format Pc.

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Langkah Format Pc. as PDF for free.

More details

  • Words: 632
  • Pages: 13
LANGKAH –LANGKAH UNTUK FORMAT KOMPUTER

1. Anda perlu membuat penetapan kepada sistem komputer supaya memlakukan proses melakukan proses membut melalui peranti CD-ROM. Langkah ini boleh dilakukan melalui menu BIOS/CMOS. Langkah adalah berbeza mengikut sistem komputer.

2. Setelah membuat penetapan anda perlu memasukkan CD-ROM perisian Microsoft Windows XP ke dalam dulang pemacu CD-ROM.

3. Kemudian mulakan komputer dengan pemacu tersebut.

4. Apabila perisian pemasangan telah dimulakan ikuti arahan pemasangan. Pada arahan atau langkah ini memerlukan anda untuk menekan kekunci ‘ENTER’ bagi meneruskan proses pemasangan.

5. Pada tahap atau peringkat ini, anda akan dipaparkan dengan Lesen Persetujuan diantara Gambarajah syarikat Microsoft dan pengguna. Untuk6.1 meneruskan operasi pemasangan, anda perlu membaca dan bersetuju dengan syarat lesen ini. Jika anda bersetuju dan ingin meneruskan. Anda perlu menekan kekunci ‘F8’ pada papan kekunci.

6. Untuk meneruskan proses pemasangan anda perlu menekan kekunci ‘ENTER’.

7. Proses seterusnya pula, anda perlu membuat pembahagian cakera keras (partition). Jika anda ingin menggunakan keseluruhan kapasiti cakera keras tanpa membahagikannya anda hanya perlu menekan kekunci ‘ENTER’ untuk meneruskan proses pemasangan. Manakala jika anda ingin membuat pembahagian cakera keras anda perlu menekan kekunci ‘C’.

8. Manakala jika anda telah pun membuat partition atau cakera keras tersebut telah pun mempunyai partition. Anda boleh membuat pilihan samada meneruskan proses pemasangan dengan menekan kekunci ‘ENTER’. Anda juga boleh mencipta bahagian atau partition lain jika masih terdapat ruangan lagi. Partition sedia ada atau telah dicipta boleh di buangkan dengan menekan kekuci ‘D’.

9. Selepas proses membuat pembahagian cakera keras, anda akan diminta untuk memilih sistem pemformatan cakera keras. Microsoft XP membenarkan anda menggunakan samada menggunakan sistem fail NTFS dan FAT. Setiap sistem fail ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sistem fail FAT mempunyai sokongan penggunaan yang meluas. Jika anda menggunakan lebih daripada satu sistem pengoperasian adalah disyorkan menggunakan sistem fail ini. Manakala sistem NTFS didakwa mempunyai lebih kestabilan dan keselamatan. Anda perlu memilih salah satu daripada pilihan tersebut.

10. Proses ini pula merujuk kepada proses penformatan. Anda perlu menunggu sehingga proses ini selesai.

11. Selepas proses menformat selesai, proses pemasangan akan menyalin fail-fail sementara ke dalam cakera keras. Anda perlu menunggu sehingga proses ini selesai.

12. Setelah proses tersebut selesai sistem komputer akan memulakan sistem komputer semula.

13. Biarkan komputer bermula dengan sendiri, seterunya proses pemasangan akan disambung.

14. Pada bahagian ini, anda boleh mengubah ketetapan sistem Windows menurut ketetapan tempatan seperti bahasa, waktu, sistem matawang dan sebagainya. Untuk membuat tetapan anda perlu mengklik butang ‘Customize...’. Jika tidak klik sahaja bebutang ‘Next >’.

15. Seterusnya taipkan nama pada ruangan Name: dan nama organisasi pada ruang Organization:.

16. Anda perlu menaip karektor ‘Produk Key’ dengan betul.

17. Pada ketika ini anda perlu memasukkan nama komputer atau membiarkan nama yang di berikan. Manakala bagi kata laluan pentadbir (‘Administrator’) anda boleh mengisi atau membiarkannya kosong.

18. Ubah waktu dan masa yang betul. Jika perlu ubah zon masa, pilih mengikut kawasan anda.

19. Jika sistem pemasangan perisian mengesan peranti atau sambungan rangkaian maka ini akan dipaparkan anda boleh membuat ketetapan atau membiarkan tetapan tersebut.

20. Ini juga merupakan sebahagian ketapan rangkaian. Jika terdapat ketetapan khusus bagi rangkaian, masukkan ketetapan tersebut. Jika tidak biarkan seperti asal.

21. Seterusnya biarkan sehingga proses selesai.

22. Klik butang ‘OK’, resolusi skrin akan diubahsuai secara automatik.

23. Seterusnya anda akan dibawa kepada paparan ini. Klik ‘Next’ untuk meneruskan proses.

24. Disini anda diberi pilihan untuk mendaftarkan produk atau tidak. Jika anda mempunyai sambungan internet anda boleh melakukan proses pendaftaran.

25. Pada paparan ini sistem pengoperasian sedang cuba mengesan sambungan internet. Anda boleh mengenepikan atau melangakau langkah ini dengan menekan bebutang ‘Skip’

26. Pada paparan ini anda boleh memasukkan nama pengguna, tetapan minimum adalah seorang pengguna. Anda juga boleh memasukkan akaun pengguna yang lain.

27. Paparan ini telah menunjukkan proses pemasangan sistem Microsoft Windows XP selesai.

28. Selepas itu anda boleh memasang perisian bagi peranti dan perisian-perisian yang lain.

Related Documents

Langkah Format Pc.
July 2020 19
Cara-cara Format Pc
June 2020 35
Bab3 Format Pc
June 2020 17
Langkah-langkah
May 2020 45