Bab 5 - Plagiat

  • Uploaded by: Mohd Asri Silahuddin
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Bab 5 - Plagiat as PDF for free.

More details

  • Words: 4,447
  • Pages: 51
Bentuk-bentuk Penulisan

PLaGiaT [email protected] http://maharamdotcom.blogspot.com 03-89216924

Pengenalan • Plagiat = jenayah besar dlm penulisan. • Plagiat membunuh karya, kreativiti & hak cipta penulis asal, seterusnya membunuh perkembangan ilmu dlm bidang itu. • Tidak banyak kes plagiat di bawa ke mahkamah: kos tinggi • Ramai penulis di Malaysia diamkan diri saja.

Definisi Plagiat • Plagiat = ciplak = jiplak • Kamus Dewan: Meniru, mencontoh karangan (tulisan, pekerjaan orang lain) @ mengutip karangan orang lain (tanpa izin). Dianggap seperti mencedok, sedokan ciptaan orang lain & siarkannya sebagai ciptaan sendiri.

Definisi Plagiat Glosori Istilah Kesusasteraan (1998): Penciplakan atau kegiatan dalam kesusasteraan yakni mengambil karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan yang dianggap mungkin sudah dilupakan oleh pembaca lalu diakui oleh penulis itu sebagai karyanya yang asli. Penulis berkenaan mungkin mencedok cerita dari segi plot dan sebagainya dan kemudian mengolahnya semula tetapi pembaca atau pengkaji sastera yang teliti dapat mengesan dari mana sumbernya yang asal diambil oleh si penciplak.

Definisi Plagiat • Plagiarism; literary theft. A writer who steals the detailed plot of some obscure, forgotten story and uses it as new in a story of his or her own is a plagiarist. Plagiarism is more noticeable when it involves a stealing of language than when substance only is borrowed from flagrant exhibitions of stealing both thought and language plagiarism shades off into less serious things such as unconscious borrowing, borrowing of minor elements and mere imitation. In fact, the critical doctrine of imitation, as understood in Rennaissance times, often led to what would nowadays be called plagiarism

pihak yang melanggar hak cipta (infringer) sebagai seseorang yang melanggar apa-apa hak ekslusif pemilik asal hak cipta tersebut. Ertinya, plagiarisme merupakan satu penggunaan idea dan perkataan serta pelanggaran hak cipta orang lain tanpa memaklumkan sumber sesuatu maklumat yang jelas. Moody (1982) berpendapat plagiat sebagai menyalin (copying) artikel asal, menukar atau mengubah beberapa perkataan dan mempersembah tulisan berkenaan sebagai miliknya, yang merupakan satu kegiatan tidak beretika dan menyalahi undang-undang.

Definisi Plagiat • William L. Kibler (1993) telah mendefinisikan plagiat sebagai ketidakjujuran akademik dan satu bentuk penipuan yang digunakan ramai pelajar tanpa memberi kredit kepada penulis asal dalam tugasan mereka dan mengakuinya sebagai hasil karya sendiri. • Laurie Stearns (1998) pula definisikan plagiat sebagai mengambil hasil kerja penulis lain dan menyatakannya sebagai karya sendiri, gagal untuk menyatakan sumber rujukan dan mengulang guna daripada sumber asal tanpa kredit secara wajar. Definisi ini dikutipnya daripada beberapa sumber termasuk Kamus Black’s Law, Kamus Oxford dan Websters’s Third New International Dictionary of the English Language Unabridged.

Definisi Plagiat Berdasarkan pelbagai definisi yang dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa plagiat sebenarnya merupakan satu aktiviti mencuri, mengambil, mengakui “tulisan orang lain” tanpa menjelaskan sumber rujukan secara wajar dan menyatakannya/mengakui sebagai hasil karya sendiri. Ianya meliputi; •

mengakui karya orang lain sebagai karya sendiri,



mengakui gagasan orang lain sebagai pemikiran sendiri,



mengakui penemuan, data, ujikaji orang lain sebagai kepunyaan sendiri,



gagal menyatakan maklumat yang dipilih,

sumber

asal

sesuatu

Definisi Plagiat • menyalin perkataan, idea, struktur ayat, susunan dalam karya orang lain sebagai kepunyaan sendiri, • mengakui karya kepunyaan sendiri,

kelompok

orang

lain

sebagai

• menyajikan tulisan yang sama pada masa yang lain tanpa menyebut asal usulnya, • menyalin, meringkas dan menulis semula perkataan, ayat atau idea yang diperoleh daripada sumber lain dan menulis semula mengikut kefahaman sendiri hingga menghasilkan tulisan baru sama ada menyebut sumbernya atau tidak tetapi rangkaian atau pemilihan katanya masih terlalu hampir atau sama dengan sumbernya, • mengubahsuai penulisan atau penyelidikan sendiri dan menghasilkannya semula sebagai tulisan baru tanpa menyatakannya, dan, • melakukan terjemahan bahasa sumber asal terjemahan tersebut.

tanpa

menyatakan

”Hasil tulisan orang lain” dalam tulisan ini merujuk kepada; •

Keseluruhan karya orang lain



Idea yang diambil daripada sumber rujukan



Menggunakan perkataan asal yang diperoleh daripada sumber, sama ada menggunakan hanya beberapa perkataan hingga keseluruhan rangkap.



Keseluruhan struktur daripada penerangan atau hujah yang dijadikan sumber rujukan.



Maklumat yang diperolehi daripada sumber rujukan yang bukan terdiri daripada ”common knowledge”.

Jenis-Jenis Plagiat • Plagiat boleh dielakkan dengan menyatakan sumber rujukan. • Kaedah penulisan rujukan juga perlu diambil perhatian. Tanpa kaedah penulisan yang betul, karya boleh terlibat dlm plagiat tanpa disedari. • Plagiat boleh dibahagikan kepada 8 kategori

Jenis Plagiat 1. Plagiat secara terus •

Tidak menyatakan sumber rujukan yang digunakan.



sama ada menyalin terus daripada sumber rujukan ataupun hanya melibatkan idea utama dan perubahan struktur ayat dengan penambahan atau pengurangan bagi perkataan-perkataan tertentu tanpa menggunakan tanda kutip.



The Ghost Writer (Penulis Hantu): penulis yang menulis semula hasil karya orang lain, kata demi kata dan kemudiannya mengakui sebagai karyanya sendiri.

Jenis Plagiat/Plagiat secara terus • The Photocopy atau “Penulis Fotokopi” pula bermaksud penulis yang menyalin bahagianbahagian penting dalam teks daripada sumber tunggal dan memasukkan ke dalam tulisannya tanpa melakukan sebarang perubahan. • The Potluck Paper bermaksud mencantumkan pelbagai tulisan lain menjadi satu karya yang baru. Penulis cuba mengelakkan kegiatan plagiatnya dikesan dengan menyalin idea dan pemikiran daripada beberapa sumber berbeza. Penyesuaian pada bahagian-bahagian tertentu akan dilakukan tetapi masih lagi mengekalkan kebanyakan teks asal yang diambil.

Contoh Plagiat secara terus: Petikan Asal • Menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput. Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan dihidangkan bersesuaian dengan selera penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu. (Abdul Samat Salleh, 2005; 40)

Tulisan yang di Plagiat abad kedua puluhan, beberapa ciri • Pertengahan tradisional bangsawan mulai luput. Ini kerana bentuk teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa yang dipersembahkan perlu sesuai dengan selera penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton berubah kepada mengutamakan cita rasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu.

Tanpa Plagiat: • Abdul Samat Salleh berpendapat “Menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput. Keluputan ciriciri tersebut kerana bentuk teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan dihidangkan bersesuaian dengan selera penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu. ¹ • ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, 2005, hal. 40.

Plagiat secara terus ini bukan sahaja melibatkan tulisan-tulisan berkaitan sesuatu sahaja tetapi juga turut dilakukan apabila; •

Menyalin tugasan orang lain dan mengakuinya sebagai hasil karya sendiri. Cara ini mudah dikesan kerana isi kandungannya, ayat, penyampaian, susunan, format dan sebagainya adalah sama, tetapi berbeza penulis.



Laporan ujikaji makmal yang melibatkan lebih daripada seorang. Walaupun ujikaji dilakukan secara bersama, laporan yang disediakan perlu berbeza kerana disiapkan oleh individu yang berbeza. Data-data yang diperolehi masih sama tetapi analisis, gaya penulisan, struktur ayat adalah berbeza. Pengiktirafan terhadap ahli lain yang turut menyiapkan ujikaji berkenaan perlu dibuat.



Menggunakan laporan makmal yang lama daripada ujikaji orang lain sebagai satu ujikaji yang baru dan dibuat sendiri.



Dapatan kajian bersama diakui sebagai hasil tulisan persendirian.

Kejujuran amat penting dalam penulisan. Setiap maklumat perlu dinyatakan kredit terhadap sumber yang diperolehi.

Maklumat berikut perlukan sumber rujukan: • Data yang diperolehi daripada pengkaji-pengkaji lain sebagai data utama. • Mana-mana ayat atau petikan yang digunakan kata demi kata atau diterangkan dengan menggunakan perkataan sendiri. • Konsep, idea atau penemuan yang tidak jelas dan bukannya kepunyaan sendiri. • Lukisan, carta, graf dan sebagainya yang disalin daripada mana-mana tulisan. • Prosedur makmal yang diikuti, biasanya manual makmal atau satu kajian daripada artikel asal. • Setiap sesuatu karya yang bukan daripada kerja sendiri.

Jenis-Jenis Plagiat 2.

Menyalin drpd Pengarang asal tanpa sumber rujukan

• Sungguhpun pengarang sebenar diakui, masih berlaku plagiat kerana teks asal telah ditiru dengan melakukan sedikit perubahan tanpa menggunakan sama ada tanda kutip atau nota kaki untuk menyatakan sumber karya berkenaan diperolehi. Dikenali sebagai The Forgotton Footnote • Penulis menyembunyikan maklumat dan lokasi sumber yang dirujuk. Tulisan telah mengkreditkan sumber rujukan yang dibuat tetapi tidak menyatakannya secara spesifik.

benar, salah dan tidak dapat disahkan kewujudannya. Cara ini juga menyebabkan sumber rujukan berkenaan amat mustahil untuk dicari semula oleh pembaca. The Resourceful Citer pula telah menyebut semua sumber rujukan yang diambil, menulis kembali apa yang dimaksudkan sumber rujukan dengan perkataan dan kefahaman sendiri serta menggunakan petikan selayaknya. Walau bagaimanapun, keseluruhan tulisan atau penyelidikan berkenaan hampir tidak mengandungi karya asli. Penulis bijak menyalin dan menampal idea-idea daripada sumber rujukan sehingga kelihatan seolah-olah sebuah penyelidikan

yang

sempurna.

Contoh: Asal

• Menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput. Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan dihidangkan bersesuaian dengan selera penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu. (Abdul Samat Salleh, 2005; 40)

Karya Plagiat • Abdul Samat Salleh mempunyai pendapat yang mengagumkan, iaitu, menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput. Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan dihidangkan bersesuaian dengan selera penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu. Masih lagi dikira sebagai plagiat kerana tanda kutip yang sesuai tidak digunakan, tidak menyatakan halaman sumber berkenaan dipetik SEPATUTNYA seperti berikut; Abdul Samat Salleh mempunyai pendapat yang mengagumkan, iaitu “Menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput. ..... Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu. ¹ • ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, 2005, hal.40.

Jenis-Jenis Plagiat 3. Menulis nota kaki tanpa tanda kutip Walaupun penulis telah meletakkan nota kaki pada tulisan asal yang dipetiknya, tetapi tulisan sebegini masih lagi bercirikan tulisan plagiat kerana tanda kutip masih tidak digunakan bagi memenuhi peraturan penggunaan petikan dalam penulisan secara akademik. Penggunaan beberapa perkataan dari sumber asal juga telah mengalami sedikit perubahan menyebabkan tulisan baru kelihatan berbeza berbanding karya yang asli.

Contoh: ASAL

• Menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput. Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan dihidangkan bersesuaian dengan selera penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu. (Abdul Samat Salleh, 2005; 40)

Karya Plagiat

• Dalam bukunya, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, Abdul Samat Salleh menyatakan, menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput. Ini kerana teater itu berbentuk teater popular. Persembahan bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa yang dipersembahkan perlu sesuai dengan selera penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan cita rasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu. ¹ • ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, bab 3.

Sepatutnya ditulis begini: • Dalam bukunya, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, Abdul Samat Salleh berpendapat bahawa “menjelang pertengahan abad kedua puluhan, beberapa ciri tradisionalnya mulai luput. Keluputan ciri-ciri tersebut kerana bentuk teater itu sendiri sebagai teater popular. Persembahan bangsawan mengambil kira sambutan dan cita rasa penonton. Apa yang dipersembahkan dan dihidangkan bersesuaian dengan selera penonton. Transisi ini, daripada tidak mementingkan cita rasa penonton kepada mengutamakan citarasa penonton, menyebabkan bangsawan berformatkan sebegitu”. ¹ • ¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, 2005, hal. 40.

Jenis-Jenis Plagiat 4. Mengambil Mudah Penulisan Nota Kaki • melibatkan pelbagai perubahan dan parafrasa-parafrasa, melibatkan lebih daripada satu halaman. •

yang

Walaupun terdapat penggunaan nota kaki, tetapi penggunaannya tidak sesuai kerana nota kaki berkenaan tidak menyatakannya secara tepat. Hanya satu sebutan telah diberikan tanpa menyatakan secara tepat muka surat yang betul.

• Terdapat banyak penggunaan perkataan dan ungkapan telah diambil daripada teks asal. Memparafrasakan telah digunakan untuk menyingkatkan hujah tanpa penggunaan tanda kutip yang sesuai. • Plagiat jenis ini menggunakan kaedah yang berbeza sebagai satu cubaan yang disengajakan untuk menukar rupa tulisan berkenaan tanpa mengubah kandungan menyebabkan kegiatan plagiat ini sukar dikesan.

Contoh: • Tulisan asal:

• Para pelakunnya hanya diberikan senario ceritanya dan terpulanglah kepada pelakun untuk menghasilkan keseluruhan ceritanya. Walau apapun yang dihasilkan ia adalah hasil kreativiti para pelakun, latihan tetap diadakan untuk adegan-adegan atau babakbabak tertentu yang dianggap penting. Berbekalkan senario tersebut, para pelakun akan melakunkan peranan yang telah diberikan oleh pengarah, mengimprovise baris-baris dialog, pergerakan-pergerakan fizikal yang bersesuaian, menangani gerakgerak isyarat yang bertepatan, mencetuskan emosi-emosi bersesuaian di sepanjang persembahan tersebut. (Abdul Samat Salleh, 2005; 151 dan 153)

• Para pelakunnya hanya diberikan senario ceritanya dan terpulanglah kepada pelakun untuk menghasilkan keseluruhan ceritanya. Walau apapun yang dihasilkan ia adalah hasil kreativiti para pelakun, latihan tetap diadakan untuk adegan-adegan atau babak-babak tertentu yang dianggap penting¹. Menurut Smiley (1971), Berbekalkan senario tersebut, para pelakun akan melakunkan peranan yang telah diberikan oleh pengarah, mengimprovise baris-baris dialog, pergerakanpergerakan fizikal yang bersesuaian, menangani gerak-gerak isyarat yang bertepatan, mencetuskan emosi-emosi bersesuaian di sepanjang persembahan tersebut². •

¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, 205 hal. 151.



² ibid., hal. 153.

• Para pelakunnya hanya diberikan senario ceritanya dan terpulanglah kepada pelakun untuk menghasilkan keseluruhan ceritanya. Walau apapun yang dihasilkan ia adalah hasil kreativiti para pelakun, latihan tetap diadakan untuk adegan-adegan atau babak-babak tertentu yang dianggap penting¹. Menurut Smiley (1971), Berbekalkan senario tersebut, para pelakun akan melakunkan peranan yang telah diberikan oleh pengarah, mengimprovise baris-baris dialog, pergerakanpergerakan fizikal yang bersesuaian, menangani gerak-gerak isyarat yang bertepatan, mencetuskan emosi-emosi bersesuaian di sepanjang persembahan tersebut². •

¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 151.



² Smiley, 1971. Tajuk buku, halaman dibuat rujukan berkenaan.

Jenis-Jenis Plagiat 5. Petikan yang Tergantung • Plagiat dimulakan dengan menggunakan satu sumber rujukan. Rujukan daripada sumber yang lain telah dibuat tanpa menyatakannya menyebabkan pembaca menyangka bahawa tulisan berkenaan masih lagi daripada sumber yang sama. Contoh: • Menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinang hinggakan lagu-lagu Hindustan dinyanyikan oleh orang-orang India, peranakan Arab dan Melayu (Tan, 1993;16). Lagu-lagu ini berlirikkan Melayu menggantikan lagu Hindustan asal, dipersembahkan di majlismajlis perkahwinan (Edrus, 1960;50-51). Banyak kumpulan nyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin Mamat Mashor yang berperanakan Arab. (Abdul Samat Salleh, 2005; 16) • Menurut Abdul Samat Salleh, “menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinang hinggakan lagu-lagu Hindustan dinyanyikan semula oleh orang-orang India, peranakan Arab dan Melayu¹. Lagu-lagu ini menggunakan lirik dan bahasa Melayu menggantikan lagu Hindustan asal, dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan. Banyak kumpulan nyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin Mamat Mashor yang berperanakan Arab². •

¹ Abdul Samat Salleh, Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 16.



² Edrus, 1960;50-51

Cara yang Betul: Menurut Abdul Samat Salleh, “menjelang tahun 1880-an teater Parsi begitu popular di Pulau Pinang hinggakan lagu-lagu Hindustan dinyanyikan semula oleh orang-orang India, peranakan Arab dan Melayu¹. Lagu-lagu ini menggunakan lirik dan bahasa Melayu menggantikan lagu Hindustan asal, dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan². Banyak kumpulan nyanyian ditubuhkan dan salah satu kumpulan dipimpin Mamat Mashor yang berperanakan Arab³. ¹ Tan Sooi Beng, Bangsawan: A Social and Stylistic History of Popular Malay Opera, hal.16, dipetik Abdul Samat Salleh dlm. Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 16. ² Edrus, A.H., Persuratan Melayu: Drama dan Perkembangan Bahasa Melayu, 1960 hal.50-51 dipetik Abdul Samat Salleh dlm. Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 16. ³ Abdul Samat Salleh dlm. Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 16.

Jenis-Jenis Plagiat 6.

Plagiat Secara Parafrasa



Parafrasa adalah menulis kembali apa yang dinyatakan dalam sumber rujukan dengan bahasa sendiri. Memparafrasakan mana-mana sumber yang diakui dengan melakukan parafrasa yang terhad kepada material, kemudian membincangkannya, menjelaskan, dan memperdebatkan adalah dibolehkan. Setiap parafrasa dibolehkan apabila memenuhi syarat berikut;



Parafrasa berkenaan tidak mendominasi (menguasai) sumber yang dirujuk.



Parafrasa dilakukan untuk membenarkan pengarang berinteraksi secara kritis dengan pendapat-pendapat orang yang lain



Apabila hujah teks asal ditulis semula dalam kata-kata yang berbeza.

• Memparafrasakan secara meluas dan berterusan tanpa rujukan kepada sumber asal, masih lagi dianggap sebagai plagiat. • Walaupun tidak melakukan penambahan maklumat yang baru dan menyatakan punca tulisan tersebut, tulisan sebegini tidak dianggap sebagai tulisan yang asli. • Menyusun pandangan orang lain dan menyatakannya sebagai satu penyelidikan sendiri sebegini tetap dipanggil plagiat. Sesebuah kajian dan penyelidikan menuntut nilai “asli” walaupun pada masa tersebut tidak ada siapa lagi mempunyai himpunan koleksi yang sama seperti yang menjadi rujukan penulis. • Plagiat sebegini dipanggil The Labor of Laziness. Proses ini biasanya memakan masa kerana melibatkan juga proses mencantum daripada pelbagai sumber yang lain. • The Too-Perfect Paraphrase pula adalah plagiat parafrasa yang menyebut sumber rujukannya di dalam tulisan tetapi telah mengabaikan penggunaan tanda kutip (“ ”)

Petikan asal:

• Waktu untuk latihan selalunya diadakan di sebelah tengahari. Untuk cerita-cerita yang ringan atau cerita-cerita yang sellau dipersembahkan, jarang diadakan latihan. Jangkamasa yang diambil untuk mengadakan latihan tertakluk kepada keadaan cerita. Cerita yang berat, masa latihan lebih lama dan cerita yang ringan masa latihannya tidak selama cerita berat. Latihan yang dilakukan tidak melibatkan kepada keseluruhan cerita, sebaliknya tertumpu kepada babak-babak tertentu sahaja. Babak yang dianggap baru, rumit dan kompleks serta melibatkan iringan muzik, nyanyian atau teknik tasmat (Abdul Samat Salleh, 2005; hal. 82, 83 dan 84)

Plagiat: • Latihan untuk para pelakun biasanya dilakukan pada waktu tengahari dengan jangkamasa latihan tertakluk kepada keadaan cerita. Cerita yang ringan dan telah biasa dilakunkan jarang diadakan latihan berbanding cerita berat yang memakan masa latihan yang lebih lama. Walaupun begitu, latihan yang dilakukan ini tidak melibatkan keseluruhan cerita, sebaliknya tertumpu kepada babak-babak tertentu yang dianggap baru, rumit dan kompleks serta melibatkan iringan muzik, nyanyian atau teknik tasmat... Ubahsuaian yang dibenarkan: • Abdul Samat Salleh menjelaskan bahawa Latihan untuk para pelakun biasanya dilakukan pada waktu tengahari dengan jangka masa latihan tertakluk kepada keadaan cerita¹. Cerita yang ringan dan telah biasa dilakunkan jarang diadakan latihan berbanding cerita berat yang memakan masa latihan yang lebih lama². Walaupun begitu, latihan yang dilakukan ini tidak melibatkan keseluruhan cerita, sebaliknya tertumpu kepada babak-babak tertentu yang dianggap baru, rumit dan kompleks serta melibatkan iringan muzik, nyanyian atau teknik tasmat³. Ini bermakna, bukan semua adegan dalam sesebuah persembahan bangsawan perlu diadakan latihan walaupun persembahan Bangsawan berlangsung secara terus di hadapan penonton. Kemahiran para pelakun yang berbakat menguasai jalan cerita dan menghayati watak masing-masing... •

¹ Abdul Samat Salleh dlm. Aspek Lakonan dalam Teater Bangsawan, hal. 82.



² ibid., hal. 83.



³ ibid., hal. 84.

Jenis-Jenis Plagiat 7. Kitar Semula Karya • Plagiat jenis ini dikenali sebagai The Self-Stealer. Penulis telah meminjam secara keseluruhannya idea, data, maklumat, analisis, hujah, dan penemuan daripada tulisantulisan atau kajiannya sendiri yang telah dibuat sebelum ini. • Plagiat karya sendiri merupakan satu bentuk penipuan yang menyalahi etika penulisan dan dianggap sebagai satu tindakan mencuri. Pengarang seakan sengaja mengelirukan pembacanya dengan anggapan pembaca boleh memafkan perkara berkenaan kerana hanya melibatkan hasil penulisan penulis sendiri. • Pengubahsuaian hanya dilakukan di sana sini dan dihantar kepada pensyarah yang berbeza bagi kursus-kursus tertentu yang saling berkaitan. • Di kalangan ahli akademik yang telah mantap sendiripun, plagiat menjadi satu masalah apabila artikel atau buku yang sama diserahkan untuk penilaian bagi kenaikan gaji atau pangkat. Ada juga dikalangan mereka yang menghantar artikal yang telah diubahsuai kepada beberapa syarikat penerbitan untuk diterbitkan.

Jenis-Jenis Plagiat 8. Melakukan terjemahan bahasa • Penterjemahan karya ke bahasa yang lain melibatkan hakcipta. Terjemahkan karya tanpa kebenaran penulis dan penerbit, tidak mengkreditkan sumber secara wajar, seterusnya mengakui karya terjemahan itu sebagai karyanya yang asli, tergolong sebagai karya ciplak. • Karya terjemahan perlu mendapat daripada penulis asal dan penerbit.

kebenaran

bertulis

• Penulis asal dan penerbit akan dikreditkan secara sewajarnya dalam karya terjemahan. Pada masa yang sama, nama penterjemah turut dicetak. Karya ini dilindungi di bawah akta hakcipta sama seperti karya asal. • Penulis asal dan penerbit akan mendapat royalti. Penterjemah pula hanya dilindungi akta hakcipta bagi karya terjemahan itu sahaja. • Kepesatan IT mudahkan banyak perkara termasuk ada perisian kamus dan enjin penterjemahan secara atas talian (online). Boleh lakukan terjemahan dengan mudah, cepat dan percuma.

Plagiat di Malaysia Izani Zakaria. April 2000 dlm majalah EH!

Ranolfa Dianti Irwan. Berita Minggu, 3 Disimber 2000.

ASAL

CIPLAK

Yang Aneh dan Unik Itu Lelaki

Harga Sebuah Kasih Ayah

• Hei, para gadis. Sampai waktunya. Sembuhlah daripada impresimu yang menyimpang! Kenalilah lelaki! Fahamilah lelaki! Kenalilah siapa itu lelaki – bermula fikirannya, kelebihan, sikap, tindakan sehinggalah gaya hidupnya. Belajarlah daripada experimental learning kerana itulah sebaik-baik pembelajaran.

daripada • Sembuhlah impresimu yang menyimpang. Ketahuilah lelaki. Fahamilah lelaki. Kenalilah siapa itu lelaki. Bermula daripada fikirannya, perasaan, kemahuan, kesukaan, kebencian, kekuatan, kelebihan, sikap, tindakan sehinggalah gaya hidupnya. Bisikan diri berlegar pada setiap zarah diri Aku.

Izani Zakaria. majalah EH!

April

2000

dlm

Ranolfa Dianti Irwan. Berita Minggu, 3 Disimber 2000.

ASAL

CIPLAK

Yang Aneh dan Unik Itu Lelaki

Harga Sebuah Kasih Ayah

• Menjenguk satu lagi cerita parah. Cinta benar-benar telah membutakan mata, hati dan jiwa seorang wanita di kelopak kemudaannya. Cinta yang gila dan buta. Malang, itulah yang diperolehi. Cinta yang nikmat dan bahagia bukan untuknya.



Menjenguk satu ceritera parah. Cinta benar-benar telah membutakan mata, hati dan jiwa seorang wanita di kelopak kemudaannya. Cinta yang gila dan buta. Malang, itulah yang diperolehi.



Cinta yang nikmat dan bahagia bukanlah untuknya. Aku hanya bercinta dengan bayang sang lelaki. Air matanya yang murah telah lama kering. Baginya, dunia hanya air mata. Amat malang apabila dunia yang dihuni hanya wujud manusia berjantina lelaki atau semuanya berjantina perempuan. Ini bukanlah satu dogma; mungkin juga satu igauan integrasi diri Aku.

• Dia hanya bercinta dengan bayang-bayang sang lelaki. Air matanya yang murah telah lama kering sampai badan turut kurus kering. Baginya, dunia hanya pilu dan air mata. Amat malang lagi apabila dunia yang dihuni hanya seorang manusia berjenama lelaki.

Lee Keok Chih. Berita Minggu, 3 Februari 2002.

Azman Hussin. Berita Minggu, 9 Disimber 2001.

CIPLAK

ASAL



Carpe Diem

memang lincah • Engkau berbicara ketika soal politikekonomi-sosial diungkit. Juga soal hidup! Engkau bicarakan soal hidup, yang seandainya ada pilihan, katamu, biarlah aku tidak wujud langsung di dunia ini. Hidup menyusahkan, hidup ini tidak berguna. Hidup bermaksud jahanam. Hidup satu accident, dan kewujudan manusia langsung tidak bermakna. Semuanya tidak berguna. Tolak. Kali-campurbahagi, semuanya tak berguna langsung.



Apa Yang Kau Cari

memang lincah • Kau berbicara ketika soal politikekonomi-sosial diungkit. Juga soal hidup! Kau bicarakan soal hidup, yang seandainya ada pilihan, katamu, biarlah aku tidak wujud langsung di dunia ini. Hidup menyusahkan, hidup ini tidak berguna. Hidup bermaksud jahanam. Hidup satu accident, kewujudan manusia sungguh tak ada maksud apa-apa. Semuanya tidak berguna. Tolak. Kalicampur-bahagi, semuanya tak berguna langsung. •

• Lee Keok Chih

Azman Hussin. Berita Minggu, 9 Disimber 2001.

• CIPLAK

ASAL

• Carpe Diem

• Apa Yang Kau Cari

• Engkau kupas teori Bing Bang, saduran idea Stephen Hawking, penulis buku Black Hole. Kalau Nietzche ditakwil menyadur teori evolusi Charles Darwin dalam kaji hayat, engkau mengadaptasi idea alam semesta Howking demi menzahirkan kebenaran pemikiran.

• Kau kupas teori Bing Bang, saduran idea Stephen Hawking, penulis buku Black Hole. Kalau Nietzche ditakwil menyadur teori evolusi Charles Darwin dalam kaji hayat, kau mengadaptasi idea alam semesta Howking demi menzahirkan kebenaran pemikiran.

Dikejauhan ini

Fatimah Ngah (ASAL)

Dikejauhan ini

Kepada Ibu Normah Harun (CIPLAK)

Ada resah

Ibu, Dikejauhan ini

dalam menyambung harap

ada resah

yang patah

dalam menyambung

ibu, rangkullah aku

harapan yang patah

dalam doamu Dalam keasingan begini aku lemas sendiri di Belantara duka,

Dalam keasingan di sini aku lemas sendu di belantara duka

tiada sudahnya

tiada sudahnya

kucuplah aku dalam

Dalam dingin malam di sini

rindumu, Ibu.

aku terkenang

Dalam dingin malam di sini

bayang wajah dukamu

Aku terkenang bayang wajah

didakap risau

dukamu didakap nisan yang sentiasa mencengkam

yang sentiasa mencengkam ruang hatimu

ruang hatimu

kirimlah kasih

kirimkan kasihmu

titipkan rindu

dikejauhan ini,

panjatkan doa

ibu!

penuh syahdu, buatku, dikejauhan ini, ibu!

Cara Elak Plagiat 1. Memberikan Kredit dalam Tulisan sumber rujukan yang memerlukan kredit dalam setiap tulisan;

• −

− − − −

Kata-kata atau idea yang diterbitkan atau terdapat dalam majalah, buku, akhbar, jurnal, lagu, atur cara TV, filem, laman web, pengaturacaraan komputer, surat, iklan atau mana-mana medium lain. Memperolehi maklumat melalui temuramah atau perbincangan dengan orang lain secara bersemuka, melalui telefon ataupun secara bertulis. Apabila menyalin kata-kata atau ungkapan yang unik. Apabila mencetak semula apa-apa gambarajah, illustrasi, jadual, graf, carta, gambar atau bahan-bahan visual yang lain. Apabila menggunakan atau menghantar semula (secara elektronik) imej-imej, suara, muat turun video atau media lain.

Perkara tidak perlu dikreditkan: 1.

Menulis pengalaman-pengalaman hidup sendiri, berdasarkan pemerhatian dan wawasan sendiri, pemikiran sendiri dan kesimpulan mengenai sesuatu. Ianya perlulah belum pernah diterbitkan.

2.

Apabila menulis hasil kajian sendiri menggunakan data mentah yang diperolehi melalui ujikaji makmal dalam bidang eksperimen yang memerlukan penulis melakukan sendiri ujikaji. Ianya juga perlulah belum pernah diterbitkan.

3.

Apabila menggunakan hasil seni sendiri seperti foto, audio, video yang belum pernah diterbitkan.

4.

Apabila menggunakan “pengetahuan umum” seperti budaya rakyat, pemerhatian akal, mitos, lagenda dan peristiwa bersejarah (tidak termasuk dokumen-dokumen sejarah).

5.

Menggunakan fakta yang diterima umum, umpamanya, angkasawan pertama negara adalah Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie, Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia pertama, Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Cara Elak Plagiat 2. Menyatakan sumber dalam teks

ketikanya, menyebut nama • Ada pengarang, hak milik, dan genre (buku, artikel, atau laman web dan sebagainya) adalah salah satu cara yang baik sekiranya sumber berkenaan menjadi rujukan utama dalam tulisan yang dihasilkan.

Cara Elak Plagiat 3. Membuat petikan Nyatakan petikan yang diambil daripada sumber rujukan. Gunakan kaedah penulisan “memetik” yang sewajarnya. Lengkapkan maklumat berkaitan sumber yang dirujuk apabila membuat petikan.

Cara Elak Plagiat 4. Menyenaraikan rujukan i.

Bibliografi

ii. Nota kaki iii. Nota hujung

Cara Elak Plagiat 5. Memohon Izin Penulis Asal Mohon izin penulis asal apabila ingin melakukan terjemahan, menggunakan data, graf, hasil kajian secara meluas dalam tulisan. Izin diperolehi secara bertulis, emel, perjanjian dll.

Plagiat & Internet • Kemajuan teknologi menjadikan dunia bersifat langit terbuka tanpa sempadan • Tidak banyak perbezaan antara plagiat secara siber atau plagiat secara tradisional yang sering dilakukan. Kedua-dua plagiat ini tetap bersifat “mencuri” harta orang lain dan kemudiannya “mengaku” sebagai hasil karya sendiri. • plagiat secara siber melibatkan karya-karya secara digital dan perisian program tertentu yang akan dijadikan hak milik tanpa izin.

• Aktiviti plagiat secara siber ini biasanya melibatkan teks, perisian, grafik, audio, video, animasi dan sebagainya. • Teks yang diplagiat biasanya bersumberkan artikel, buku, jurnal, ensiklopedia dan lain-lain. • Bahan berbentuk grafik audio, video dan animasi melibatkan komponen seperti mp3, video, filem, logo, banner, gambar, lukisan, simbol dan juga pelbagai permainan komputer secara atas talian (online).

Bagaimana Plagiat Secara Siber Berlaku •

Salin dan tampal (copy and paste) artikel daripada laman web,



Muat turun (download) artikal secara percuma,



Membeli artikel secara maya dan menyatakannya sebagai karya sendiri,



Menyatakan idea secara tidak sempurna rujukannya atau tidak menyatakan sumber rujukan langsung,



Membuat petikan secara tidak sempurna,



Memalsukan pernyataan atau petikan,



Mengambil idea, konsep, formula, fakta, rumusan dan perbincangan orang lain dan menulis semula menggunakan ayat dan kefahaman sendiri tanpa memberi kredit secara wajar (parafrasa).



Mengambil keseluruhan kajian orang lain.



Melakukan terjemahan bahasa.

Related Documents

Bab 5 - Plagiat
June 2020 18
Plagiat
October 2019 29
Plagiat
May 2020 12
Plagiat Stevie 7%.docx
October 2019 21
Lagi-lagi Plagiat
May 2020 30
Bab 5
May 2020 51

More Documents from "munasir"